4 Strategi Membaca PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5

Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2.0

2014

STANDARD KANDUNGAN DAN


STANDARD PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA

Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan


membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu
diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan bahan sastera
secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya
menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca.
Standard Kandungan Kemahiran Membaca
Murid patut mengetahui dan boleh:
2.1

Asas membaca dengan sebutan yang betul

2.2

Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan yang betul.

2.3

Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.

2.4

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai
bahan untuk memberi respons dengan betul.

2.5

Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan


dalam pelbagai bahan dengan betul.

2.6

Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat
membaca.

maklumat yang terdapat

Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca


2.2.3

Membaca memahami ayat yang mengandungi imbuhan pinjaman dalam bahan bacaan
prosa dengan sebutan yang betul daripada pelbagai sumber dan memahami perkara
yang dibaca.

2.3.1

Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat secara mekanis
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

50

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

2.3.2

Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang
subjek dan predikat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.

2.4.1

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada idea utama dan idea
sampingan dalam bahan bagi membuat ramalan dengan tepat.

2.4.2

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat


membuat keputusan dengan alasan yang betul.

2.4.3

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada
pelbagai bahan untuk membuat ulasan yang betul.

2.5.1

Membaca dan memahami maklumat dalam puisi dengan betul.

2.5.2

Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam puisi dengan betul.

2.5.3

Membaca, memahami dan menaakul puisi untuk memindahkan maklumat kepada


bentuk prosa dengan betul.

2.6.1

Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara
kritis.

2.6.2

Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk memperkaya laras
bahasa.

51

daripada pelbagai bahan untuk

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2.0

STRATEGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
MEMBACA

Semasa
menyediakan
strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran membaca, guru perlu
memberi pertimbangan
aktiviti yang
sesuai sebelum, semasa dan selepas
kemahiran membaca yang diajar.
Pengajaran
dan
pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan
melalui
pelbagai
aktiviti
secara
terancang bagi mencapai objektif yang
telah
ditentukan.
Guru
boleh
merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara
seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini.

52

2014

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

TEMA

Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

TAJUK

Gotong-royong

2014

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

2.2.3 Membaca ayat yang mengandungi imbuhan pinjaman dalam


bahan bacaan prosa dengan sebutan yang betul daripada pelbagai
sumber dan memahami perkara yang dibaca.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.

OBJEKTIF
ii.

PENGISIAN
KURIKULUM

membaca ayat yang mengandungi imbuhan pinjaman dalam


bahan bacaan prosa dengan sebutan yang betul daripada
pelbagai sumber.
membaca dan memahami ayat yang mengandungi imbuhan
pinjaman dalam bahan bacaan prosa dengan sebutan yang
betul daripada pelbagai sumber.

Ilmu: Sivik
Celik Kewangan
Nilai : Kerajinan, Kasih Sayang , Kerjasama
EMK: Kreatif dan Inovatif
ENT : Belajar Cara Belajar bacaan intensif, luncuran
KP - Verbal Linguistik,naturalis
KB - menganalisis

SISTEM BAHASA

Tatabahasa: Perkataan berimbuhan pinjaman

BAHAN BANTU
BELAJAR

Petikan , gambar, surat khabar dan lampiran aktiviti

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Membaca dan memahami ayat yang mengandungi imbuhan


pinjaman dalam bahan bacaan prosa dengan sebutan yang betul
daripada pelbagai sumber.

REFLEKSI

53

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Membaca dan menaakul gambar


1. Murid meneliti gambar suasana gotongroyong.
2. Murid bersoal jawab dengan guru
tentang gambar tersebut.

Nilai:
Kerjasama
Menghargai alam

Lampiran 1
KP Naturalis

Ilmu:
Sivik

Bacaan Mentalis dan Mekanis


1. Murid diberikan petikan Pengumuman
dan diminta membaca secara senyap.

EMK :
Keusahawanan

BCB Bacaan
intensif
KP Naturalis

2. Beberapa orang murid diminta


membaca teks dengan sebutan dan
intonasi yang betul.

Ilmu :
Celik kewangan

Lampiran 2

1. Murid diminta mencari dan membaca


ayat yang mengandungi imbuhan
pinjaman dan menggariskannya.

Nilai:
Ketekunan, Kerjasama

KP - Verbal
linguistik

2. Beberapa orang murid membaca ayat


yang mengandungi imbuhan pinjaman
yang telah digariskan.

Ilmu:
Sivik

3. Murid menyatakan isi utama dan isi


sampingan dalam petikan yang dibaca.
4. Murid mengenal pasti cara menyimpan
wang berdasarkan petikan.

Membaca Ayat Berimbuhan Pinjaman

Lampiran 3

54

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

2014

CATATAN

Membaca dan Menulis Ayat


1. Murid membaca dan menyalin semula
perkataan berimbuhan pinjaman yang
betul dalam jadual.

Nilai:
Ketekunan, Kerjasama

2. Murid menulis kata dasar daripada


perkataan berimbuhan pinjaman.

Ilmu:
Sivik

Lampiran 4

3. Murid membina ayat menggunakan


perkataan berimbuhan pinjaman dengan
betul.
4. Murid membaca ayat yang dibina.

Penilaian
1. Murid membaca ayat yang diberi dalam
lembaran kerja yang diberi.

Nilai : Rajin, Tekun


Ilmu : Sivik

2. Murid menggarisi perkataan berimbuhan


pinjaman yang terdapat dalam ayat.

KP- Verbal
linguistik
BCB - luncuran
Lampiran 5

3. Murid membaca semula perkataan


berimbuhan pinjaman.

Pemulihan
1. Murid dibimbing membaca ayat yang
disediakan dengan sebutan yang betul.

Nilai : Kerajinan

2. Murid melengkapkan ayat dengan


perkataan berimbuhan pinjaman yang
diberi.

Lampiran 6

Pengayaan
1. Dengan menggunakan akhbar dalam
darjah, murid diminta mencari sepuluh
perkataan berimbuhan pinjaman.

KP- Verbal
linguistik
BCB - luncuran

EMK: Kreativiti dan inovasi


Celik Kewangan
Nilai : Rajin, Tekun
lmu : Sivik

55

KP - Verbal
linguistik
KB - menganalisis

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 1
Apakah yang mereka lakukan?
Bincangkan.

56

2014

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

Lampiran 2
Baca dan fahami teks di bawah.

PERHATIAN!!
Satu kempen untuk menjadikan kawasan sekolah bersih dan ceria akan
diadakan. Kempen ini bertujuan untuk memastikan semua prasarana yang
terdapat dalam sekolah terpelihara. Kempen ini akan berlangsung selama
sebulan. Kempen akan bermula pada 1 Julai hingga 31 Julai 2012. Kempen
ini melibatkan seluruh warga sekolah termasuklah para sukarelawan dan
sukarelawati, golongan cendekiawan, ibu bapa dan pihak yang
dipertanggungjawabkan.
Antara aktiviti yang akan dijalankan sempena kempen tersebut
adalah seperti yang berikut:
a. Gotong-royong
b. Pertandingan kelas terbersih dan terceria
c. Pertandingan mewarna
d. Ceramah kesihatan
e. Pemeriksaan kesihatan percuma
Majlis perasmian kempen ini akan diadakan pada 1 Julai 2012. Yang
Berbahagia Tuan Haji Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Pegawai Pendidikan
Daerah, dijangka hadir. Kempen ini mendapat tajaan daripada pelbagai
usahawan dan para dermawan yang merasakan aktiviti ini dapat menyemai
rasa cinta akan kebersihan dan keindahan alam sekitar.
Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah berbentuk trofi,
wang simpanan dan barangan.
Warga Sekolah Kebangsaan Heritage diseru supaya dapat memberikan
kerjasama yang padu agar kempen berjaya dilaksanakan. Sila hebahkan
perkara ini kepada kawan-kawan. Hadiah yang lumayan bakal dimenangi
oleh peserta yang berjaya. Untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini,
murid-murid haruslah merujuk kepada guru kelas masing-masing.
.

57

2014

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

Lampiran 3
Garisi perkataan berimbuhan pinjaman
yang terdapat dalam petikan di bawah
dan senaraikannya.

PERHATIAN!!
Satu kempen untuk menjadikan kawasan sekolah bersih dan ceria akan
diadakan. Kempen ini bertujuan untuk memastikan semua prasarana yang
terdapat dalam sekolah terpelihara. Kempen ini akan berlangsung selama
sebulan. Kempen akan bermula pada 1 Julai hingga 31 Julai 2012. Kempen ini
melibatkan seluruh warga sekolah termasuklah para sukarelawan dan
sukarelawati,
golongan cendekiawan,
ibu bapa dan pihak yang
dipertanggungjawabkan.
Antara aktiviti yang akan dijalankan sempena kempen tersebut adalah
seperti yang berikut:
a. Gotong-royong
b. Pertandingan kelas terbersih dan terceria
c. Pertandingan mewarna
d. Ceramah kesihatan
e. Pemeriksaan kesihatan percuma
Majlis perasmian kempen ini akan diadakan pada 1 Julai 2012. Yang Berbahagia
Tuan Haji Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah, dijangka
hadir. Kempen ini mendapat tajaan daripada pelbagai usahawan dan para
dermawan yang merasakan aktiviti ini dapat menyemai rasa cinta akan
kebersihan dan keindahan alam sekitar.
Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah berbentuk trofi, wang
simpanan dan barangan.
Warga Sekolah Kebangsaan Heritage diseru supaya dapat memberikan
kerjasama yang padu agar kempen berjaya dilaksanakan. Sila hebahkan perkara
ini kepada kawan-kawan. Hadiah yang lumayan bakal dimenangi oleh peserta
yang berjaya. Untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini, murid-murid
haruslah merujuk kepada guru kelas masing-masing.

58

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 4

Senarai perkataan berimbuhan


pinjaman yang terdapat dalam petikan.

JADUAL 1
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

59

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 4
Baca maklumat dalam jadual 1. Salin semula
perkataan tersebut.
Kemudian, tuliskan kata dasar.

JADUAL 2
Perkataan berimbuhan
pinjaman

Kata dasar

Bina ayat menggunakan perkataan berimbuhan pinjaman.


1.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

60

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Penilaian
Lampiran 5
Baca dan gariskan perkataan berimbuhan
pinjaman yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Murid-murid prasekolah sedang memungut sampah di padang.


2. Mesyuarat dwibulanan akan dijalankan bagi meningkatkan produktiviti pekerja
di syarikat itu.
3. Maharaja dari India telah mengadakan lawatan rasmi ke seluruh Asia
Tenggara pada hujung bulan lepas.
4. Sebuah syarikat automobil dari Jepun telah menjalinkan usaha sama dengan
sebuah syarikat tempatan.
5. Mahasiswa dari beberapa buah universiti mengambil bahagian dalam aktiviti
goyong-royong menanam semula pokok bakau di Kuala Selangor.
6. Pemandu pelancong memberi penerangan tentang kelip-kelip di Kuala
Selangor dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
7. Program gotong-royong dan kemasyarakatan itu ditaja oleh seorang usahawan
Melayu yang berjaya.
8. Juruacara majlis mempersilakan Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau untuk merasmikan Program Gotong Royong Perdana.
9.

Murid-murid diajar tatacara menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

10. Hazim dan kawan-kawannya mendaftar untuk menjadi sukarelawan


membantu mangsa banjir.

61

bagi

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Pemulihan
Lampiran 6
Lengkapkan ayat di bawah menggunakan perkataan
yang sesuai dan betul.

dwibahasa

mahasiswi

juruterbang

cendekiawan

novelis

prakata

1. Nurul Ain ialah

2. Kamus

3.

Universiti Putra Malaysia.

itu banyak mengandungi kosa kata bahasa Arab.

buku motivasi itu ditulis dalam dua bahasa oleh pengarangnya


sendiri.

4.

pesawat Air Asia itu didakwa kerana cuai sehingga menyebabkan


pesawat yang dipandunya itu jatuh terhempas.

5. Kebanyakan karya

muda itu memaparkan tema berkaitan

kepincangan sosial dalam kehidupan masyarakat pada masa kini.

62

2014

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

Pengayaan
Lampiran 6
Baca keratan akhbar dan senaraikan sepuluh perkataan
berimbuhan pinjaman.

Contoh Keratan Akhbar

63

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


TEMA

Ekonomi / Keusahawanan

TAJUK

Abdul Rahim Ngah: Resipi Kejayaan

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF

2.3.2 Membaca pelbagai bahan bacaan yang mengandungi ayat


tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat secara
mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.
membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi ayat
tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat
dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
ii.

PENGISIAN
KURIKULUM

membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar,


sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Ilmu : Pendidikan Islam, Pendidikan Moral


Celik Kewangan
Nilai : Kerajinan
EMK : - Keusahawanan
- Kreativiti dan inovasi
BCB - bacaan intensif

SISTEM BAHASA

Sebutan dan intonasi


Tatabahasa : ayat tunggal dan ayat majmuk

BAHAN BANTU
BELAJAR

Lampiran bahan bacaan, keratan akhbar dan lampiran aktiviti

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi ayat tunggal dan


ayat majmuk berbilang subjek dan predikat dengan lancar, sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul.

REFLEKSI

64

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Bacaan Mekanis
1. Murid secara individu membaca
bahan bacaan secara kuat .
2. Bacaan akan dinilai oleh guru dan
beberapa orang murid lain
berdasarkan intonasi, sebutan
dan kelancaran membaca.

EMK:
- Keusahawanan
- Celik Kewangan

Lampiran 1

BCB - Bacaan
mekanis
Nilai: Bekerjasama

3. Murid membaca kuat secara


berpasangan dan berkumpulan
dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.

Lampiran 2

4. Murid menyatakan nilai pada


perenggan yang terakhir tentang
pengurusan wang.

Bacaan Mentalis
1. Murid membaca bahan bacaan
semula secara mentalis.

Nilai : Bekerjasama

2. Murid menggaris ayat tunggal


dan ayat majmuk daripada bahan
bacaan secara kumpulan.
3. Murid mencatat beberapa contoh
ayat pada papan putih dan
membaca secara kuat.
4. Guru menerangkan ayat tunggal
dan ayat majmuk.

65

Guru memberi
peneguhan/ hadiah untuk
murid yang terbaik
bacaannya.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

2014

CATATAN

Permainan Kotak Beracun


1. Guru menyediakan kad ayat
majmuk dan ayat tunggal
berdasarkan bahan bacaan 1.

Lampiran 3

2. Murid yang terpilih membaca


kuat (mekanis) ayat tunggal dan
ayat majmuk dengan sebutan
yang jelas dan intonasi yang
betul.
3. Murid merumuskan nilai murni
yang terdapat dalam bahan
bacaan.

Penilaian
1. Murid membaca pelbagai bahan
bacaan seperti keratan akhbar
secara mentalis (senyap) untuk
tujuan mencari ayat tunggal dan
ayat majmuk.

Nilai; Teliti, Tekun

KB - Menganalisis

EMK: Keusahawanan
Celik Kewangan
Lampiran 4 , 5

2. Murid menulis ayat tunggal dan


ayat majmuk yang diperolehi
daripada bahan bacaan.
3. Murid membaca kuat (mekanis)
ayat tunggal dan ayat majmuk
yang diperoleh daripada bahan
bacaan seperti keratan akhbar.

Pemulihan
1. Guru membimbing murid
membaca ayat tunggal dan ayat
majmuk.

KP - Verbal
linguistik
Lampiran 6

2. Murid membaca dan mengenal


pasti ayat tunggal dan ayat
66

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

majmuk.

Pengayaan
1. Murid berlakon sebagai pembaca
berita.
membaca bahan berita
daripada surat khabar yang
mengandungi ayat tunggal
dan ayat majmuk berbilang
subjek dan predikat.

BCB - main
peranan

67

2014

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 1
Baca petikan di bawah , garis ayat tunggal
dengan warna biru dan ayat majmuk
dengan warna merah.

Abdul Rahim Ngah: Resipi Kejayaan


Abdul Rahim bin Ngah dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki dan hanya mempunyai tangan
kanan yang sempurna. Kegigihan dan percaya boleh melakukan semua perkara ialah resipi
kejayaan beliau. Abdul Rahim ialah seorang yang berkemampuan besar melakukan semua
perkara yang dilakukan oleh manusia biasa seperti mengemas rumah, mengunci pintu,
memasak dan memandu kereta. Beliau melakukannya sendiri kerana tidak mahu
menyusahkan orang lain.
Abdul Rahim berasal dari Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu. Beliau
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Losong. Beliau merupakan antara sepuluh pelajar terbaik
dengan pencapaian yang membanggakan di sekolah itu. Abdul Rahim belajar di Sekolah
Menengah Sultan Ahmad sehingga tingkatan enam atas. Keputusannya yang kurang
memuaskan dengan hanya mendapat satu A dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
telah mendorongnya untuk belajar dengan lebih gigih. Akhirnya Rahim berjaya menjadi pelajar
contoh di sekolah itu. Beliau merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dengan memperoleh 13 agregat. Seterusnya, beliau mengambil peperiksaan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Setelah itu, beliau menyambung pelajaran ke Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Pengalaman yang paling indah dalam hidup Abdul Rahim adalah apabila diterima
belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau berjaya membuktikan bahawa seorang insan
sepertinya mampu belajar sehingga ke tahap itu. Walaupun kedudukan bangunan Fakulti
Ekonomi dan Perniagaan di kampus itu terletak agak tinggi, beliau tidak pernah berasa bosan
untuk memanjat anak-anak tangga demi merealisasikan cita-cita dan menjadi model kepada
mereka yang senasib dengan dirinya. Beliau bergerak menggunakan dua buah bangku kecil.
Abdul Rahim menumpukan sepenuh perhatian dalam hidupnya untuk belajar. Rakan-rakan
sekelas yang prihatin kerap membantu dengan memberi semangat dan sokongan untuk beliau
meneruskan usaha di universiti.
Kini, Abdul Rahim sedang bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat. Beliau
memperoleh pendapatan yang memuaskan. Bakat amalan menabung yang diamalkan sejak
kecil lagi telah melatihnya menjadi seorang yang bijak berbelanja. Beliau sentiasa membuat
bajet bagi setiap perbelanjaan dan simpanannya. Wang simpanan itu akan digunakan sebagai
dana bagi memulakan perniagaan. Usahanya yang berterusan untuk membaiki diri dan
keluarga telah tercapai. Beliau berazam menjadi seorang usahawan yang berjaya pada suatu
hari nanti.

68

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 2
Sila baca dengan kuat petikan di atas.

Senarai Semak Penilaian Bacaan Kuat


SKALA:
1 - SANGAT LEMAH
2- LEMAH
3 SEDERHANA
MURID

INTONASI

69

4- BAIK

5- SANGAT BAIK

SEBUTAN

KELANCARAN

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 3
Baca contoh ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul.

Ayat majmuk.
1. Abdul Rahim bin Ngah
dilahirkan tanpa kedua-dua
belah kaki dan hanya
mempunyai tangan kanan yang
sempurna.

Ayat tunggal.
1.

Abdul Rahim berasal dari Losong


Panglima Perang, Kuala
Terengganu.

2.

Beliau bersekolah di Sekolah


Kebangsaan Losong.

3.

Akhirnya Rahim berjaya menjadi


pelajar contoh di sekolah itu.

4.

Beliau bergerak menggunakan dua


buah bangku kecil.

5.

Beliau memperoleh pendapatan


yang memuaskan.

2. Beliau melakukannya sendiri


kerana tidak mahu
menyusahkan orang lain.
3. Rakan-rakan sekelas yang
prihatin
kerap
membantu
dengan memberi semangat dan
sokongan
untuk
beliau
meneruskan usaha di universiti.

70

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 4
Cari dan baca satu petikan daripada pelbagai
bahan bacaan seperti akhbar kemudian kenal
pasti ayat tunggal dan ayat majmuk.

Kecekalan Penanam Nanas Warga Emas


Nama
Umur
Nombor Telefon
Tempoh Mengusahakan Nanas
Keluasan Tanaman
Lokasi Kebun
Pemillikan Tanah
Jenis Nanas Ditanam
Hasil Satu Pusingan
Modal Awal
Perancangan Masa Depan

: Salehah bte Tikam


: 65 tahun
: 017-7356779
: 2001 sehingga sekarang
: 7 ekar
: Lepau, Pengerang
: Sendiri
: N36, Moris dan Josapine
: RM 49,000.00
: Sendiri, LPNM
: Menambah keluasan

Salehah Tikam merupakan seorang pengusaha tanaman nanas di Kampung Lepau, Pengerang.
Beliau berusia hampir 60 tahun. Beliau telah mengusahakan penanaman nanas sejak tahun
2001. Beliau yang berkongsi kehidupan dengan suaminya, Rawan Abdullah telah
mengusahakan tanaman nanas seluas lima ekar. Suaminya kini uzur berikutan penyakit lelah
dan tidak berkemampuan lagi membantunya. Namun, beliau tetap cekal menghadapi sebarang
dugaan kerana punca rezekinya di situ.
Walaupun usianya telah lanjut, warga emas ini tidak memperlihatkan tanda-tanda beliau
akan berhenti daripada terus mengusahakan tanaman nanas. Beliau tidak pernah berasa jemu.
Hampir setiap hari beliau akan menjalankan kerja-kerja di kebunnya itu.
Beliau mengenali tanaman nanas dalam tempoh agak lewat. Sungguhpun begitu beliau
tidak menoleh ke belakang lagi. Salehah memang tidak dilihat sebagai penyumbang besar
dalam industri nanas negara tetapi kehidupannya nyata banyak berubah sejak mengusahakan
tanaman nanas. Rumah kampung yang pada suatu masa dahulu begitu uzur telah pun dapat
dibaik pulih. Pasangan suami isteri ini juga dapat menjalankan kehidupan dengan sempurna
daripada hasil tanaman nanas.
Menurut Salehah yang sememangnya terkenal dengan kerajinannya itu, beliau mula
mengusahakan tanaman nanas setelah didatangi oleh pegawai daripada Lembaga
Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Baginya, kedatangan pihak berkenaan bagai membawa
satu rahmat yang besar. Tanpa disedarinya, tanah di kampungnya itu amat bersesuaian sekali
untuk tanaman nanas.

71

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 5
Penilaian
Baca petikan yang diberi. Tuliskan ayat
tunggal dan ayat majmuk yang
diperolehi daripada petikan ke dalam ruang
yang disediakan.

JENIS AYAT

AYAT

BETUL/
SALAH

AYAT TUNGGAL

AYAT MAJMUK

JUMLAH

72

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 6
Pemulihan
Baca ayat di bawah. Tuliskan (T) untuk
ayat tunggal dan (M)
untuk ayat
majmuk dalam ruang yang disediakan.

1.

2.

3.

Abdul Rahim belajar di Sekolah Kebangsaan Losong.

Abdul Rahim bin Ngah dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki dan
hanya mempunyai tangan kanan yang sempurna.

Walaupun cacat, Abdul Rahim disayangi oleh gurunya kerana


sikapnya yang baik dan rajin belajar.

73

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

TEMA

PERTANIAN

TAJUK

Penanaman Getah di Malaysia

2014

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF

2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada


pelbagai bahan untuk membuat keputusan dengan betul.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. membaca maklumat daripada pelbagai bahan dengan sebutan
yang betul dan jelas
ii. membaca dan memberi alasan berdasarkan maklumat tersurat
yang terdapat dalam petikan

PENGISIAN
KURIKULUM

Ilmu : Sivik, Sains


Nilai : Kerajinan, Bersyukur
EMK : Keusahawanan,Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengurusan Kewangan -Celik Kewangan
ENT : KB Banding Beza, Mengumpul dan Mengelas
BCB Bacaan Intensif

SISTEM BAHASA

Tatabahasa: Sebutan dan Intonasi

BAHAN BANTU
BELAJAR

Slaid dan lampiran aktiviti

PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

Membaca dengan intonasi yang betul dan memberi alasan


berdasarkan maklumat tersurat yang terdapat dalam petikan.

REFLEKSI

74

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Membaca petikan
1. Murid membaca dan memahami
petikan pada slaid.
2. Murid menyatakan hasil barangan
daripada pokok getah.
3. Murid menyatakan sumber
pendapatan berdasarkan petikan
yang dibaca.

EMK - Keusahawanan,
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
Nilai:
Ketekunan, Kerjasama
Celik Kewangan

KB

- Banding beza
- Mengumpul
dan mengelas

Lampiran 1

Ilmu:
Kajian Tempatan

Membaca petikan
1. Murid diminta membaca perkataan
berwarna yang terdapat dalam
petikan.

Ilmu:
Celik Kewangan

2. Murid mencari makna perkataan


yang diwarnakan dengan merujuk
Kamus Dewan Bahasa secara
berkumpulan.

BCB

- Bacaan
intensif
- Luncuran
- Merujuk
kamus

Lampiran 1

3. Murid membaca perkataan dan


memberi makna serta menulis
dalam lembaran yang diberi.

Lampiran 2

Bernyanyi
1. Murid membaca senikata lagu yang
dipaparkan.

KP :
Verbal linguistik
Muzik
Kinestatik

2. Murid menyanyi lagu Rasa


Sayang sambil bertepuk tangan.

Lampiran 3
3. Murid berbincang dalam kumpulan
untuk menyenaraikan bahan-bahan
75

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

2014

CATATAN

yang diperbuat daripada getah dan


melaporkan hasil perbincangan di
hadapan kelas.

Penilaian
1.

Murid membaca petikan secara


mentalis.

2.

Murid membuat keputusan serta


memberi alasan dengan betul di
dalam lampiran yang disediakan.

EMK

- Keusahawanan

Lampiran 1

Ilmu:
Celik Kewangan

Lampiran 4

EMK

BCB
Bacaan luncuran
Lampiran 5

Pemulihan
1.

Murid dibimbing membaca ayat


dengan sebutan yang betul.

2.

Murid membuat keputusan serta


memberi alasan dengan betul.

- Keusahawanan

Ilmu:
Celik Kewangan

Pengayaan
1.

Murid membaca dan memahami


petikan daripada sumber internet
dengan sebutan yang betul.

Lampiran 6

76

2014

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

Lampiran 1
Baca dan fahami petikan di bawah.
Kemudian, senaraikan perkataan yang
berwarna.

Penanaman getah di Malaysia telah wujud sejak puluhan tahun


yang lalu, iaitu semasa negara kita dijajah oleh pihak British. Pihak British
telah memperkenalkan pelbagai kaedah untuk meningkatkan pengeluaran
getah. Sehingga kini, getah merupakan salah satu tanaman yang
diusahakan secara meluas di seluruh Malaysia. Pokok getah
mengeluarkan susu getah yang dikatakan amat berguna dalam sektor
pembuatan tayar, kasut dan sarung tangan getah.
Malaysia merupakan sebuah negara pertanian sejak dahulu lagi. Negara kita merupakan
pengeluar utama pelbagai jenis hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah, beras dan
sebagainya. Sebagaimana yang kita tahu, getah merupakan tanaman yang paling
menguntungkan negara kita. Oleh itu, kebanyakan tanah di Malaysia digunakan untuk
tananam getah.
Sehubungan dengan itu, para penoreh getah juga mendapat pulangan yang
lumayan kerana getah merupakan bahan yang tidak ternilai harganya pada zaman
moden ini. Harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8.00 sekilogram. Penoreh
kini mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3 500.00 sebulan. Kini mereka
mampu merancang kehidupan yang lebih bermakna untuk keluarga. Malah, mereka juga
diiktiraf sebagai individu yang mampu menjana ekonomi negara dan tidak lagi dipandang
rendah oleh masyarakat. Pengeksportan bahan mentah seperti getah ke negara-negara
asing telah meningkatkan status negara kita di arena antarabangsa dan kita sudah
berupaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain.
Justeru, sebagai rakyat kita patut bersyukur kepada Tuhan kerana kesuburan
bumi kita membolehkan pokok getah menjadi tanaman dan eksport utama Malaysia.

77

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 2
Baca, kemudian tulis makna bagi
perkataan di bawah dengan merujuk
kamus.

sektor

meluas

menguntungkan

menjana

status

dijajah

eksport

bahan mentah

78

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 3
Baca senikata lagu dan nyanyikan mengikut
rentak yang diberi. Kemudian senaraikan bahanbahan yang diperbuat daripada getah.

Rasa Sayang
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Sungguh indah sulaman nyonya;
Duduk menyulam di pohon ara;
Pokok getah banyak gunanya;
Hasil utama pendapatan negara.
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
http://www.liriklagu.com/liriklagu_nr/RasaSayang.html

79

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Lampiran 4
Andaikan kamu mempunyai tanah terbiar yang sangat
luas. Adakah kamu akan mengusahakannya dengan
tanaman getah? Berikan pendapat kamu dengan alasan
yang sesuai. Baca alasan itu kepada rakan anda.

KEPUTUSAN

ALASAN

Ya

Tidak

Tidak pasti

80

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Pemulihan
Lampiran 5
Baca pernyataan yang diberi. Tulis (Ya) jika bersetuju
(Tidak) jika tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Tulis alasan yang sesuai dalam ruang yang disediakan.
Baca alas anda dengan yakin.

PERNYATAAN

YA /
TIDAK

Anda mempunyai tanah terbiar


yang luas. Adakah anda akan
mengusahakannya dengan
tanaman getah?

Andaikan anda seorang


penoreh getah yang
berpendapatan sebanyak
RM3000.00 sebulan. Adakah
anda akan membelanjakan
semua wang tersebut?

81

ALASAN

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Kemahiran Membaca

2014

Pengayaan
Lampiran 6

Baca petikan berdasarkan laman


sesawang yang disediakan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tuah-berbudi-kepada-tanah1.95452?localLinksEnabled=false

82

You might also like