Pengenalan Wall Climbing

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

PENGENALAN:

Sukan Wall Climbing merupakan suatu jenis sukan yang sedang pesat membangun dengan
popular. Ianya amat mirip dengan aktiviti Rock Climbing, cuma ianya lebih kepada dalam
suasana persekitaran yang lebih terkawal dan justeru dianggap lebih selamat. Wall Climbing ini
boleh diadakan di mana-mana pusat kecergasan yang dilengkapi dengan peralatan Indoor Rock

Climbing dengan beberapa lagi peralatan yang dilengkapi bagi memastikan keselamatan
pengguna.
Setiap fasiliti dari dinding memanjat biasanya mempunyai sejumlah instruktor yang
berkelayakan di mana mereka ini pada kebiasaanya sudah mempunyai pengalaman memanjat
yang lama dan telah melalui pelbagai program persijilan yang sah. Instruktor-instruktor ini
memainkan peranan dalam memastikan keselamatan pemanjat sekaligus bertindak sebagai
pengajar mereka.
Komponen utama dalam Wall Climbing ini ialah memanjat dinding. Bahan-bahan yang
ada pada dinding sukan ini boleh terdiri daripada pelbagai jenis, contohnya kayu, batu, gentian
kaca , ataupun besi. Terdapat juga bahan tersebut dalam jenis yang mudah alih. Kadang-kala
untuk mensimulasikan bahan tersebut lebih kelihatan seperti batu semula jadi, beberapa
dinding memanjat mempunyai tebing yang realistik, overhang, underhangs, dan celah-celahan.
Pemegang dinding memanjat biasanya melekat keras pada permukaan dan selalunya
dikodkan dengan warna di mana setiap set warna melambangkan arah-arah yang tertentu.
Setiap arah tersebut dibuat berdasarkan arah yang dilalui oleh individu yang pertama kali
memanjat dinding berkenaan. Semasa melakukan pendakian, seorang pemanjat akan biasanya
hanya menggunakan pemegang berwana untuk memanjat ke puncak dinding. Level kesukaran
atau gred boleh dikategorikan daripada pemula kepada level pakar.

You might also like