Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PERATURAN PERTANDINGAN KALAM JAMAIE

IHTIFAL j-QAF PERINGKAT DAERAH .. 2009

1. PERATURAN

1.1.

PENYERTAAN

1.1.1. Terbuka kepada semua murid sekolah j-QAF.


1.1.2. Setiap kumpulan terdiri daripada satu jantina sahaja dengan memberikan nama
kumpulan.
1.2.

PAKAIAN PESERTA

1.2.1. Pakaian peserta sopan dan menutup aurat.


1.3.

BILANGAN PESERTA

1.3.1. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan dihadkan lepada 17 orang sahaja
termasuk konduktor.

1.4.

TAJUK

1.4.1. Setiap kumpulan bebas memilih tajuk tetapi hendaklah berkisar tentang
pendidikan dan tema sukatan pelajaran Bahasa Arab sekolah rendah.
1.5.

UNDIAN GILIRAN

1.5.1. Undian giliran kumpulan hendaklah dibuat serentak semasa pendaftaran dan
ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.
1.5.2. Undian hendaklah dibuat oleh ketua atau wakil kumpulan.
1.5.3. Sekiranya ketua/wakil tiada, undian dibuat oleh jawatankuasa pertandingan.
1.6.

MASA

1.6.1. Setiap kumpulan diberi masa 8 minit untuk membuat persembahan.


1.7.

BAHASA

1.7.1. Penggunaan bahasa Arab fusaha yang terang dan jelas.


1.7.2. Penggunaan dialek ammiah atau bahasa pasar tidak dibenarkan.

1.8.

PENYAMPAIAN

1.8.1. Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks semasa persembahan.
1.8.2. Cara penyampaian ;
1.8.2.1.

Diketuai oleh seorang konduktor.

1.8.2.2.

Persembahan hendaklah secara bersahaja tanpa membaca nota.

1.8.2.3.

Mementingkan aspek pertuturan dan percakapan, bukan bernasyid atau

lakonan.
1.8.2.4.

Memek muka dan intonasi suara yang baik.

1.8.2.5.

Pergerakan yang sopan yang dibenarkan adalah dari paras pinggang ke

atas.
1.9.

SKRIP

1.9.1. Teks salinan skrip hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan semasa
pendaftaran.
1.9.2. Skrip akan diambil kira dalam markah pertandingan. Markah bahagian isi tidak
akan dinilai sekiranya skrip tidak diserahkan.
1.9.3. Skrip hendaklah bertaip komputer bersaiz 16 font Arabic Transparent.
1.9.4. Isu-isu yang sensitif berkaitan agama, bangsa, politik, kebudayaan ataupun
menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.
1.10.

PEMBATALAN PENYERTAAN

1.10.1. Pengerusi atau jawatankuasa pengelola pertandingan berhak menukar atau


membatalkan penyertaan mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan
pertandingan.

1.11.

PERALATAN

1.11.1. Kumpulan tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan sokongan atau


tambahan bagi tujuan muzik semasa persembahan.

2. PENGHAKIMAN
2.1.

Hakim terdiri daripada ;

2.1.1. Ketua hakim

1 orang

2.1.2. Hakim isi

2 orang

2.1.3. Hakim persembahan/kreativiti

2 orang

2.1.4. Hakim bahasa dan suara

2 orang

2.1.5. Juru kira/pengumpul markah

2 orang

2.1.6. Penjaga masa

1 orang

2.2.

Pembahagian Markah

2.2.1. Setiap kumpulan akan dihakimi mengikut aspek-aspek berikut :


2.2.1.1.

Persembahan (40 markah)

2.2.1.1.1.

Susun atur/disiplin peserta.

2.2.1.1.2.

Persembahan yang meyakinkan.

2.2.1.1.3.

Isyarat atau pergerakan yang sesuai tanpa berubah tempat.

2.2.1.1.4.

Memek muka.

2.2.1.1.5.

Intonasi dan sebutan Arab fushah.

2.2.1.2.

Isi (30 Markah)

2.2.1.2.1.

Isi bersesuaian dengan isu-isu yang diketengahkan.

2.2.1.2.2.

Idea yang tersusun.

2.2.1.2.3.

Pengolahan isi yang baik.

2.2.1.3.

Bahasa dan suara (30 Markah)

2.2.1.3.1.

Bahasa yang bersesuaian dengan isu-isu yang diketengahkan.

2.2.1.3.2.

Dialek ammi (bahasa pasar) tidak dibenarkan.

2.2.1.3.3.

Sebutan yang jelas dan tepat.

2.2.1.3.4.

Tatabahasa yang tepat.

2.2.1.3.5.

Gaya bahasa yang menarik.

2.2.1.3.6.

Suara yang terang dan jelas.

2.2.2. Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi akan diisytiharkan sebagai
johan pertandingan, seterusnya tempat kedua dan ketiga. Sekiranya berlaku
persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah
persembahan, seterusnya markah isi, dan jika masih berlaku persamaan, jemaah
hakim akan bersidang untuk menentukan pemenang.

2.2.3. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

3. TUGAS-TUGAS JEMAAH HAKIM


3.1.

TUGAS KETUA HAKIM

Mengatur serta mentadbir cara penghakiman yang lengkap dan memastikan ia


dijalankan dengan amanah dan rahsia. Antara tugas-tugas yang akan dijalankan adalah
seperti berikut ;
3.1.1. Mengawasi perjalanan dan proses penghakiman sepanjang pertandingan
dijalankan supaya berjalan dengan teratur dan lancar.
3.1.2. Mempengerusikan mesyuarat jemaah hakim mengenai butir-butir yang perlu
sebelum dan selepas pertandingan diadakan.
3.1.3. Memastikan tugas-tugas hakim mengikut bahagian-bahagian yang dihakimi.
3.1.4. Memastikan hakim pengganti bagi hakim yang tidak dapat hadir atau uzur.
3.1.5. Mengesahkan dan menandatangani borang penghakiman dan keputusan
pertandingan.
3.1.6. Memastikan jurukira bertugas untuk menjumlahkan markah-markah setiap
kumpulan dan seterusnya menyediakan keputusan pertandingan.
3.1.7. Memastikan penjaga masa, pemungut markah dan jurukira markah menjalankan
tugas dengan sempurna.
3.2.

TUGAS HAKIM PERSEMBAHAN

Hakim persembahan bertanggungjawab menghakimi perakara-perkara berikut ;


3.2.1. Persembahan yang bersopan.
3.2.2. Segala isyarat dan gerakan yang dibenarkan.
3.2.3. Tidak membaca skrip atau nota.
3.2.4. Tidak berhenti separuh jalan seperti lupa, tersekat-sekat dan sebagainya.
3.2.5. Kesesuaian nada, intonasi dan penyampaian yang berkeyakinan.
3.2.6. Suara yang terang dan jelas.

3.3.

TUGAS HAKIM ISI

Hakim isi bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut ;


3.3.1. Idea dan isi yang tersusun.
3.3.2. Pengolahan isi yang baik.
3.3.3. Kesesuaian isi dengan tajuk/tema.

3.4.

TUGAS HAKIM BAHASA DAN SUARA

Hakim bahasa dan suara bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut


3.4.1. Menggunakan gaya bahasa yang bersesuaian dengan diminasi persembahan.
3.4.2. Penggunaan tatabahasa yang betul.
3.4.3. Tidak menggunakan dialek ammiah (bahasa pasar)
3.4.4. Bahasa fushah.
3.4.5. Keharmonian suara.

You might also like