Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ISU-ISU BAHASA

Trend Bahasa Ringkas SMS Pengaruhi Pelajar Membimbangkan


PAGOH 20 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua pihak agar memandang serius
trend pengunaan bahasa 'moden' yang ringkas dan singkat oleh golongan pelajar pada
masa ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun trend itu fenomena global, namun
penggunaannya tidak harus mencemarkan bahasa standard khususnya dalam bidang
pendidikan.
"Untuk membolehkan pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa lain tidak
tercemar, guru-guru di sekolah perlu ingatkan pelajar supaya membuat karangan dan jawab
soalan dengan menggunakan ejaan standard seperti yang ditetapkan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP).
"Kita tahu walaupun daripada segi perhubungan ini fenomena global dan khidmat pesanan
ringkas (SMS) tak boleh panjang untuk jimat dan bahasa ringkas. Daripada segi komunikasi
kita faham dan saya harap jangan terpengaruh sangat dan tidak guna singkatan dalam
proses pembelajaran," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas trend golongan pelajar yang banyak
menggunakan singkatan dalam komunikasi harian terutamanya dalam SMS yang dihantar.
Muhyiddin ditemui selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor di
Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.
Ditanya mengenai persiapan menghadapi banjir, Timbalan Perdana Menteri berkata, semua
jabatan dan agensi yang berkaitan telah diarahkan bersedia menghadapi bencana itu.
Menurutnya, Jabatan Meteorologi menjangkakan musim tengkujuh tahun ini lebih awal dan
meminta orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan
jawatankuasa banjir di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah diminta bersedia dengan
bantuan yang akan diberikan kepada mangsa banjir dan menyimpan stok makanan bagi
menghadapi bencana itu.
Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyat
dan menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan khususnya kaum bumiputera
menjadi peniaga kecil dan sederhana (PKS) dan telah memperuntukkan dana yang banyak
iaitu RM16.1 bilion bagi tempoh 2006 hingga 2012.

Bagaimanakah Bahasa Melayu boleh berfungsi secara berterusan sebagai bahasa


perpaduan?
Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa
Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa Melayu bukan sahaja
berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi mahupun tidak rasmi.
Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti
tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Bukti terbaru, Datuk Seri
Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia telah bertutur dalam Bahasa Melayu
sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru- baru ini.
Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu yang standard dan
mengikut struktur Bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi
apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan
orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang
diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam
dokumen rasmi yang lain.
Rentetan itu, Bahasa Melayu berfungsi sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa
depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar
sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan
dirinya dengan perubahan semasa.
Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka
begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat
mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilahistilah baru dan kata asing.
Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur
seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta (Sanskrit). Sayugia diingat dalam
keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini
menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk
menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.
Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk
membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan
seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan


apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa
Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak
akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.
Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah
menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan
Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.
Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan
betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa
komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan
pelbagai kaum. Terkini Bahasa Melayu diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi dan
mendasari pentadbiran negara. Status sebagai bahasa Kebangsaan menyebabkan
fungsinya digunakan dengan meluas dan berkesan di semua jabatan-jabatan kerajaan,
swasta, dan badan-badan berkanun.
Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis
(PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato Bahasa Melayu antarabangsa. Ini
membuktikan Bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh
sesiapa sahaja dalam masyarakat dunia.
Menelosori perkembangan isu semasa berkaitan Bahasa Kebangsaan ini, amatlah wajar
untuk saya katakan bahawa Bahasa Melayu kini masih lagi dapat bertahan memainkan
peranannya sebagai lingua franca selagi mana tiada pencerobohan oleh insan-insan yang
tidak bertanggungjawab terhadap Bahasa Melayu itu sendiri. Pemilihan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu
identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui
penggunaan satu bahasa.

You might also like