Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Contoh Penulisan Penuh

Ibu bapa ialah tonggak sesebuah keluarga. Peranan mereka umpama nakhoda sebuah bahtera yang
sedang merentasi sebuah samudera yang penuh cabaran. Budaya membaca sebagai penanda aras
penting sesebuah masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan dan kemajuan patut bermula dari
rumah. Di tangan ibu bapalah asas pembentukan tingkah laku dan tabiat anak-anak dapat disemai.
Peribahasa menyebut bahawa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa hendaklah
memainkan peranan utama bagi memupuk budaya membaca di rumah. Penentu kejayaan peranan ibu
bapa termasuklah keupayaan kepimpinan, kewangan dan dorongan yang berterusan.
Kepimpinan ibu bapa dalam konteks pemupukan budaya membaca bermaksud proses mempengaruhi
anggota keluarga supaya sentiasa aktiviti pembacaan semasa berada di rumah. Untuk itu, ibu bapa
terlebih dahulu hendaklah memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan budaya
membaca. Kesedaran itu kemudian dipanjangkan kepada anak-anak supaya mereka juga memiliki tahap
kesedaran yang sama dengan ibu bapa mereka. Kesedaran tentang budaya membaca dizahirkan
menerusi minat ibu bapa terhadap bahan bacaan menerusi percakapan dan juga perbuatan. Pendek
kata, kesedaran ibu bapa adalah asas pemupukan budaya membaca di rumah.
Cogan kata 'kepimpinan menerusi teladan' sudah biasa kita baca dan dengar. Sebagai pemimpin
keluarga, ibu bapa ialah suri teladan terdekat kepada anak-anak. Ibu bapa dan anak-anak bukan sahaja
memiliki hubungan biologi yang jelas, bahkan sebahagian besar pembawaan dan tabiat ibu bapa turut
diwarisi oleh anak-anak. Peranan ibu bapa dalam proses pemupukan budaya membaca ialah
pengukuhan pengaruh positif secara konsisten. Ibu bapa bukan hanya menggesa anak-anak supaya
membaca, sebaliknya mereka sendiri menunjukkan teladan amalan membaca yang ketara.
Sebagai pemimpin keluarga, ibu bapa berperanan merancang jadual kegiatan keluarga, termasuk
peruntukan waktu membaca bagi seisi keluarga. Ibu bapa mungkin sibuk dengan pekerjaan dan urusan
rumah tangga yang lain, tetapi tiada sebarang sebab yang munasabah mengizinkan berlakunya
pengabaian kegiatan seisi keluarga termasuk pembacaan. Misalnya, ibu bapa mengumpulkan seisi
keluarga di ruang tamu sambil memegang bahan bacaan yang bermanfaat seperti buku dan majalah.
Sebarang gangguan terhadap tumpuan pembacaan seperti siaran radio dan televisyen dihentikan.
Peruntukan waktu senyap di rumah akan membuka laluan supaya tabiat membaca berkembang dan
menjadi kebiasaan di rumah.
Ibu bapa juga mesti meluangkan masa bersama anak-anak untuk berkunjung ke perpustakaan awam
yang berdekatan. Misalnya, pada pada hujung minggu, selepas sarapan pagi, seisi keluarga bergerak
menuju perpustakaan dan berada di sana mungkin dalam tempoh satu atau dua jam. Ibu bapa harus
menemani anak-anak yang masih kecil untuk memberi galakan ke arah pengukuhan tabiat membaca
yang didambakan. Ibu bapa juga boleh membantu anak-anak untuk memahami bahan bacaan pilihan
masing-masing. Ibu bapa mesti sanggup menurunkan tahap komunikasi supaya setara dengan anak-anak
supaya aktiviti pembacaan tidak bersifat beban yang berat atau membosankan. Kunjungan ke
perpustakaan awam hendaklah dijadualkan, manakala anak-anak diberi pengukuhan supaya memiliki
tahap kesediaan yang tinggi untuk terus bersama mereka ke perpustakaan awam.
Belanjawan keluarga memang perlu dirancang dengan berhemah bagi memenuhi semua keperluan,
walaupun pendapatan ibu bapa mungkin tidak sebanyak mana. Di samping melangsaikan segala
perbelanjaan asas rumah tangga, peruntukan untuk membeli bahan bacaan harus ada walaupun sedikit
Misalnya, setiap orang anak dihadiahkan senaskhah buku setiap bulan. Kini, buku dan bacaan bacaan
yang bermutu tidak hanya dijual di toko buku yang besar, bahkan di gerai pasar malam dan pasar tani,
terutama buku terpakai yang masih baharu. Penerbit buku juga mungkin mengadakan pameran buku
bergerak dengan tawaran potongan harga yang menarik. Ibu bapa boleh membeli bahan bacaan yang
bersesuaian sambil dapat berjimat.

Kegiatan bacaan di rumah juga menjadi lebih selesa jika terdapat suasana fizikal rumah yang
sesuai. Ibu bapa boleh mengatur susunan perabot yang menyokong aktiviti pembacaan. Ruang tamu
tidak hanya dipenuhi dengan rak cakera padat hiburan, tetapi didominasi oleh bacaan bacaan yang
menarik. Berdekatan dengan set televisyen juga tertera slogan seperti 'baca buku dahulu, kemudian
baharu menonton'. Minda seisi keluarga sudah dibiasakan dengan keutamaan amalan membaca. Disiplin
dalam pembacaan juga diterapkan dalam kalangan anak-anak. Seisi keluarga menghormati tempoh
waktu membaca tanpa sesiapa pun yang cuba membuat kecoh. Tiada sebarang bacaan yang dibiarkan
berselerak usai aktiviti membaca. Pendek kata, ibu bapa berperanan besar dalam menyediakan suasana
membaca di rumah.
Di negara maju seperti Jepun dan Jerman terdapat pasar raya buku yang khusus. Di Malaysia,
walaupun gedung besar seumpama itu belum wujud, sekurang-kurang terdapat kedai buku di lot kedai
atau pasar raya utama. Ibu bapa boleh memainkan peranan memupuk budaya membaca di rumah
dengan mengajak anak-anak mengunjungi premis kedai buku yang berkenaan. Kunjungan ke kedai buku
bukan bererti untuk membuat belian bahan bahan bacaan dalam kuantiti yang banyak. Sebaliknya ibu
bapa menetapkan senaskhah buku bagi setiap orang anak. Tujuan sampingan ke kedai buku adalah
untuk membuat tinjuan judul buku terkini. Ibu bapa boleh memberitahu anak-anak supaya merujuk
buku-buku yang berharga mahal di perpustakaan sahaja.
Anak-anak yang masih mentah mungkin sekali tidak konsisten dalam amalan bacaan mereka.
Umpama bunga yang mudah layu, siraman air akan mengembalikan kesegarannya. Maka, demikian juga
dengan anak-anak yang mungkin tergoda dengan aktiviti lain yang lebih santai dan ringan hingga
melanggar peruntukan waktu untuk pembacaan. Maka, ibu bapa berperanan untuk memberi
pengukuhan, peringatan, dorongan dan galakan, sama berbentuk lisan dan hadiah yang munasabah
Pujian yang dihamburkan oleh ibu bapa hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan
suci hati. Bahasa mesra yang digunakan untuk menggalakkan anak-anak untuk terus membaca bakal
menyumbang terhadap proses pemupukan budaya membaca di rumah.
Aktiviti pembacaan yang sihat tidak berakhir dengan begitu sahaja tanpa sebarang susulan yang
konkrit. Ibu bapa berperanan untuk memastikan bahawa setiap sesi pembacaan seisi keluarga memberi
manfaat yang berpanjangan. Caranya adalah dengan melakukan perbincangan ringan tentang perkara
yang dibaca. Ibu bapa dan anak-anak saling bersoal jawab tentang pengalaman pembacaan yang telah
dilalui. Input bacaan dikongsi bersama dalam bentuk aplikasi alam nyata. Anak-anak juga diberi
peluang meluahkan pendapat samada setuju atau membantah saranan yang ditemui dalam bahan
bacaan masing-masing.
Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca di rumah begitu
menyumbang terhadap pembinaan sebuah masyarakat yang mencintai ilmu dan kemajuan dalam segala
bidang. Ibu bapa bukan sekadar memainkan peranan yang pasif dengan hanya tahu menyuruh anakanak membaca, sebaliknya mempamerkan contoh teladan yang terbaik. Amalan membaca bukan suatu
pilihan, tetapi ialah suatu kewajipan sebagaimana yang disarankan lewat surah al-Alaq. Tanggungjawab
yang dipikul oleh pemimpin keluarga untuk menyemarakkan amalan membaca di rumah tidak boleh
dibuat secara sambil lewa. Peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca di rumah sebenarnya
sangat kritikal.

Soalan:Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca
dalam diri anak-anak.
Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya memberikan bukti yang jelas akan peranan
utama ibu bapa dalam aspek pembacaan anak-anak. Ibu bapalah yang harus menjadi tunggak
atau pendorong utama dalam memupuk sikap membaca generasi muda kita kelak. Sebagai
persoalannya, apakah peranan-peranan yang dimainkan oleh ibu bapa agar amalan membaca ini
mampu dipupuk dalam jiwa anak-anak mereka ini?
Salah satunya ialah, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam
aspek ini. Dalam konteks ini, mereka perlulah sendiri mengamalkan sikap membaca dengan jelas
seperti membaca semua bahan-bahan penting seperti akhbar atau bersama-sama membaca
bersama anak mereka. Buktinya, luang masa membaca bersama-sama anak-anak mereka pada
musim cuti atau hujung minggu dengan berkunjung ke perpustakaan. Fokusnya, contoh yang
diberikan oleh ibu bapa ini sudah pasti akan tertanam dalam dalam sanubari anak-anak kerana ke
mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasinya?
Selain itu, ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat
umur anak mereka. Secara umumnya, bahan bacaan ini tidak semestinya merupakan bahan
bacaan sekolah sahaja tetapi mungkin bacaan umum. Misalnya, jangan bersikap kedekut untuk
mendapatkan bahan-bahan bacaan secara berkala, bukannya hanya melepaskan batuk di tangga.
Kepelbagaian bahan bacaan ini mampu memberikan satu dimensi pengetahuan yang unik kepada
anak selain memupuk sikap membaca mereka.
Seterusnya, didikan dari kecil harus diutamakan dalam memupuk amalan membaca.
Sesungguhnya, minat dan bakat boleh diasah sejak kecil kerana ketika ini, mereka mudah
dibentuk dan lebih mendengar kata. Sebagai contoh, bacalah buku-buku cerita sebelum anakanak ini tidur kerana dengan cara ini, mereka akan terdedah dengan amalan membaca. Fokusnya,
tabiat sedemikian akan menjadi amalan harian anak-anak dan mereka sendiri juga akan
mewariskan perbuatan sama pada pewaris mereka pula suatu hari nanti.
Konklusinya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu diperoleh oleh generasi muda
kita. Peranan dan sikap ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap membaca ini kerana
merekalah yang menjadi teladan kepada anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkannya. Sikap membaca yang tinggi juga mampu menjadikan warga
masyarakat kita satu kelompok masyarakat yang berilmu tinggi kerana membaca jambat

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan
Pengetua sekolah SMK Dato Bentara Dalam , barisan kehakiman yang sentiasa berteraskan panji-panji
keadilan , para penjaga masa yang sentiasa berpegang prinsip al-Asr dan para hadirin rupawan penyeri
dewan. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera saya ucapkan . Berdirinya
saya di sini bukanlah untuk menjadi seorang peguam bicara yang hebat melontarkan hujahnya bagi
menegakkan keadilan di mata masyarakat tetapi berdirinya saya di sini dalam suasana yang sakinah
pada pagi ini untuk membicarakan tentang Peranan Ibu Bapa dalam memupuk Gaya Hidup Sihat .

Ikan di air terlihat-lihat,


Ikan bernama si ikan laga;
Amalkan gaya hidup sihat,
Makan minum hendaklah dijaga.
Sidang hadirin yang saya hormati ,
Pantun yang saya ucapkan tadi ada menerangkan tentang salah satu cara dalam mengamalkan
gaya hidup yang sihat . Apakah yang dimaksudkan dengan 'Amalan Gaya Hidup Sihat'? Amalan gaya
hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai cara hidup yang mampu mengurangkan risiko untuk mendapat
penyakit-penyakit yang akan membawa maut pada masa akan datang. Menurut kajian pakar-pakar
dietetik Malaysia, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami obesiti semakin meningkat bak cendawan
tumbuh selepas hujan dari hari ke hari.Hal ini yang demikian kerana ribuan rakyat Malaysia
mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang
mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Malah , kira-kira 38%
peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih
berat . Hal ini amat membimbangkan pihak mamlakat kerana mereka bakal memimpin negara pada
masa yang akan datang . Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu
bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan
ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
Saudara saudari yang sekalian,

Hadirin yang dihormati sekalian ,


Seterusnya ialah pihak ibu bapa haruslah mmenyediakan sebuah ruang atau bilik yang dikhaskan
untuk bersenam . Dalam erti kata lain menyediakan prasarana seperti mini gymnasium dirumah .
Penyediaan ruang ini boleh menjamin keselesaan tanpa perlu menunggu giliran yang lama untuk
menggunakan alatan senaman tersebut di samping memudahkan ibu bapa untuk memantau
keselamatan anak-anak ketika bersenam . Selain itu , dengan kewujudan mini gymnasium di rumah
juga , waktu untuk bersenam boleh dilakukan pada bila-bila masa setiap hujung minggu berbanding
apabila pergi ke gymnasium yang sebenar ada hari-hari dan waktu waktu tertentu gymnasium itu
dibuka dan ditutup.Tempoh untuk melakukan sesuatu senaman menggunakan sesuatu alatan
bersenam juga agak terhad lantaran ada pengguna lain yang ingin menggunakan alatan tersebut
juga.Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh mendekorasi mini gymnasium tersebut seolah-olah seperti
sebuah gymnasium sebenar . Mengikut saintis barat kanak-kanak cenderung melakukan sesuatu
aktiviti ketika mereka berada di tempat yang mampu memukau pandangan mereka . Izharlah kanakkanak akan lebih teruja dan seronok untuk melakukan aktiviti bersenam .Mereka juga akan merasai
diri mereka sedang berada di sebuah gymnasium yang sebenar. Benarlah , mini gymnasium mampu
memupuk amalan gaya hidup sihat di dalam diri anak-anak dan dapat menjadkan anak anak memilik
badan yang cergas , minda yang cerdas sesuai dengan slogan amalan gaya hidup sihat Badan sihat ,
Otak cerdas .
Sejajar dengan itu ,peranan seterusnya dalam memupuk amalan gaya hidup sihat berada di
bawah lembayung frasa , ibu bapa haruslah menjaga pemakanan yang sihat serta seibang . Anak-anak
memerlukan tenaga yang mencukupi untuk membolehkan otak berfungsi dengan baik dan menjamin
tumbesaran yang sihat.Pemakanan seimbang mempunyai daya tahanan yang tinggi daripada
penyakit.Sebagai analoginya , ibu bapa perlu menyediakan makanan mengikut pyramid makanan yang
disyorkan oleh Kementerian Kesiahatan Malaysia iaitu dengan memberikan pemakanan seimbang
yang mencakupi karbohidrat , protein , vitamin dan garam mineral kepada anak-anak secara konsisten
. Dengan ini ibu bapa juga dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti jantung dan kencing
manis ketika anak-anak dewasa kelak . Selain itu , anak-anak perlu menjauhi makanan segera kerana
menurut Mantan Menteri Kesihatan , Datuk Seri Dr.Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera
umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakt kronik apabila diambil sejak usia muda .
Oleh itu , anak-anak dapat membina personality yang cergas dan meyakinkan dengan membudayakan
amalan ini sehingga dewasa bak kata peribahasa alah bias tegal biasa.
Sidang saksi yang saya muliakan ,
Ibu bapa juga perlulah menyediakan anak-anak bekal untuk dibawa ke sekolah . Dalam konteks ini ,
ibu bapa dapat menyediakan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak . Secara analoginya , ibu bapa
menyediakan bekalan seperti sandwich , nasi goring dan sebagainya . Hal ini kerana , makanan di kantin
sekolah tidak semestinya menjual makanan yang berkhasiat .Lantaran kita masih lagi terdengar dengar
tentang scenario pelajar sekolah yang mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa di bawa ke

hospital untuk mendapatkan rawatan . Ekoran kejadian ini , sudah pasti ibu bapa tidak mahu hal ini
terjadi kepada ank-anak kita dan mengambil langkah berjaga-jaga . Senario ini sesuai dengan pepatah
Melayu mencegah sebelum merawat . Bertitik tolak daripada itu , anak-anak juga dapat menyimpan
duit belanja uang ibu bapa bagi dan dapat digunakan untuk masa hadapan bak kata pepatah sediakan
payung sebelum hujan . Kesihatan anak-anak akan lebih terjamin dan tidak terdedah kepada makanan
yang tercemar.Intihannya , sebagai ibu bapa sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan
bekalan untuk anak-anak supaya dapat memupuk amalan gaya hidup sihat.
Hadirin sekalian ,

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,


Sebagai penutup tirai wacana ilmu berkaitan kesihatan kita pada hari ini. Secara vitalnya
pelbagai peranan ibu bapa yang harus dilakukan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat . Benarlah
kata saintis barat bimbinglah anak-anak kamu sejak umur mereka setahun jagung lagi kerana dada
mereka masih suci dan bersih menunggu corak yang cantik atau hodoh dilakukan dalam hati
mereka.Justeru sebagai ibu bapa yang kamil dan soleh , mereka lebih mengetahui untuk memberikan
impak yang positif mahupun negatif kepada anak-anak mereka.Harapan saya setinggi gunung Everest
dan sedalam Mariana untuk melihat Malaysia menjadi negara yang mengamalkan tabiat menjaga
kesihatan kerana kesihatan yang baik merupakan salah satu elemen penting untuk sesebuag
kesempurnaan hidup.. Akhirul kalam , kepada ibu bapa ingatlah melentur buluh biarlah dari
rebungnya . Biarlah pepohon terus menghijau biarlah sang suria terus memancarkan cahaya
teranganya dan biarlah Malaysia dapat melahirkan rakyat yang sihat dan cergas . Sekian, terima
kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like