Tamadun Islam & Tamadun Asia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN
Sebagai pelajar PISMP semester 1, kami telah mendapat tugasan pengajian
Tamadun Islam dan Tamadun Asia iaitu untuk mengkaji tentang tokoh-tokoh
tamadun Jepun dan sumbangannya terhadap tamadun.
Sehubungan dengan itu, kami telah mencari beberapa bahan rujukan yang
berkaitan dengan ketemadunan Jepun. Umumnya Jepun terdiri daripada empat
kepulauan yang utama iaitu Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku serta
kepulauan yang kecil yang lain. Negara Jepun juga dikenali sebagai negara
matahari terbit yang terletak di bahagian Timur Benua Asia. Negara Jepun
mengalami iklim empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk.
Ketamadunan Jepun berasal daripada kaum Ainu yang datang dari Siberia
kira-kira 20 000 tahun yang lalu dan dikatakan telah pupus pada sekitar tahun 1955.
Orang Ainu adalah bangsa Photokaukasian yang btelah menduduki Jepun lebuh
awal daripada orang Mongoloid. Terdapat juga beberapa orang Jepun yang
berketurunan Mongoloid. Mereka dipercayai mempunyai hubungan dengan orang
dari negara China, Korea dan Indo-China.
Ketamadunan Jepun terus berkembang dengan kewujudan zaman Jomon
sekitar tahun 4500 sebelum masihi. Pada zaman ini, orang Jepun tinggal di rumah
yang beratapkan sejenis rumput buluh halus. Kegiatan pada waktu itu masih lagi
berbentuk sara diri seperti memburu dan mengupulkan makanan.
Selepas itu, berlaku satu perkembangan sosial yang mewujudkan pihak
pemerintahan di dalam masyarakat. Di dalam sistem pemerintahan ini, sistem yang
digunkan ialah Sistem Kedua. Sistem ini dinamakan sebagai Sistem Uji yang
bermaksud ketua. Kewujudan sistem uji telah mewujudkan persaingan antara ketua
Uji untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.
Zaman ketamadunan Jepun terus berkembang dan menjadi contoh kepada
tamadun lain di Asia Tenggara. Negara Jepun kini telah berkembang pesat dan
menghasilkan teknologi yang canggih di dunia.

2.0 Tokoh Tokoh Tamadun Jepun dan Sumbangan Kepada Tamadun


Pembinaan sesebuah tamadun merupakan usaha yang berterusan dan
memerlukan pemikir-pemikir yang hebat dalam memperluskan kuasa sesebuah
Negara.
Kemajuan sesebuah tamadun dapat dilihat dari banyak sudut seperti
pembanggunan Negara, kemajuan teknologi, kekuatan pertahanan Negara dan
banyak lagi. Justeru, kearah pembinaan sesebuah tamadun, sesebuah Negara
memerlukan tenaga kerja sebagai pemacuh kepada perkembangan dan pembinaan
kearah ketemadunan yang pesat.
Sehubungan dengan itu, Negara Jepun adalah Negara yang bertuah kerana
memiliki tokoh-tokoh yang hebat dalam membantu proses ketemadunan Negara
Jepun sehingga menjadi tumpuan tamadun-tamadun lain.
2.1 Putera Shotoku ( 591 MS 622 MS)
Putera Shotoku merupakan cucu kepada ketua Soga iaitu dari suku
bangsawan yang kerap melakukan perkawinan campur dengan keturanan-keturunan
diraja. Dia telah menjalankan tugas sebagai Putera Mahkota dan Pemangku Raja
selama 30 tahun pada zaman Nara sehinggalah sampai ke penghujung hayatnya.
Beliau merupakan antara tokoh-tokoh agung dalam sejarah Jepun dan merupakan
arkitek penting dalam kejayaan agama Buddha.
Sepanjang umurnya, dia telah tumpukan kepada memajukan agama buddha
dan memperkembangkan pendidikan China dengan lebih mendalam lagi. Dalam
tradisi pula, dialah pengasas dua biara Buddha yang paling terkenal di Jepun,
antaranya ialah biara Horyoji dekat Nara yang masih mengekalkan beberapa
banggunan asal pada kurun ke tujuh Masihi. Shotoku juga telah menyediakan jalanjalan kerja yang lebih luas untuk generasi yang berikutnya.
Di samping itu, beliau sangat tertarik untuk mempelajari dan meniru corak
pemerintahan Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun Cina. Sehubungan dengant
itu, dia telah menghantar rombongan serta utusan-utusan ke China untuk
menyelidiki corak pemerintahan Dinasti Tang. Rombongan utusan yang terdiri
daripada sarjana Jepun telah tinggal dalam tempoh yang lama untuk mengkaji
2

pelbagai aspek kebudayaan Tang dari segi politik dan agama. Oleh itu, jelaslah sifat
ingin tahu dan semangat mencari ilmu dalam masyarakat Jepun sangat tinggi
sehingga sanggup merantau ke tempat asing untuk belajar tamadun Negara lain.
Selepas kemangkatan Putera Shotoku pada 622 Masihi, suku Soga telah
mengukuhkan dan menambahkan lagi kekuasaan mereka sebagai tanda kesediaan
hendak merampas kuasa, sehinggalah pada tahun 645 Masihi berlakunya rampasan
kuasa yang diketuai oleh Nakatomi-no-Katamari yang juga dikenali sebagai Fujiwara
Katamari.
2.2 Nakatoni-no-Katamari ( Kerajaan Fujiwara 645 MS 1100 K)
Nakatoni-no-Katamari merupakan pengasas kepada salah satu daripada
keluarga-keluarga termasyur dalam sejarah Jepun iaitu Fujiwara Kamatari. Dialah
leluhur keluarga Fujiwara yang menguasai kerajaan selama beberapa abad.
Fujiwara Kamatarilah yang telah merancang untuk menubuhkan sebuah kerajaan
mengikut model kerajaan Tang. Hal ini kerana, modal kerajaan Tang akan
menjadikan Maharaja Jepun sebagai raja yang mutlak dan berkuasa dalam segenap
bidang.
Oleh itu, satu kerajaan pusat yang amat kompleks telah didirikan dan dapat
dilihat pada setiap tingkat pentadbiran telah diubahsuai supaya selaras dengan
sistem yang terdapat di China. Pada kurun ke-7, masih terdapat satu gabungan
kesukuan yang agak longgar kerana bentuk muka bumi yang bergunung -ganang itu
telah mernyebabkan masyarakat Jepun terpaksa menerima keadaan ini.
Dari sudut politik, dia telah melantik tuan-tuan tanah sebagai gabenor-gabenor
daerah dengan harapan agar sekurang-kurangnya sebahagian daripada hasil cukai
tanah akan diberikan kepada kerajaan.
2.3 Kiyamori (1118 M - 1153 M )
Kiyamori merupakan tokoh utama dalam kenaikan kuasa suku Taira di istana.
Beliau dilahirkan pada tahun 1118 dan meninggal dunia pada tahun 1181. Suku
Taira tidak memiliki bidang-bidang tanah yang luas dan bersambung-sambung,
tetapi mempunyai mempunyai tanah ladang yang berselang-seli dengan tanah-tanah
kepunyaan saingan-saingan mereka. Oleh itu, berlakulah perang diantara suku-suku
3

yang ada, namun setiap pertempuran tidak wujud kata muktamad. Namun, dengan
kebangkitan kuasa suku Tiara di ibu kota, bererti kemenangan dan penyingkiran
kepada pihak Minamoto.
Pada tahun 1153, beliau telah menggantikan ayahnya untuk berkuasa di Kyoto
ketika dia telahpun menjadi tokoh dalam golongan tentera yang memerintah. Beliau
telah mencadangkan kuasa yang agung selama 30 tahun dan sepanjang 30 tahun
tersebut,

bayak

rancangan

sulit,

kebangkitan

serta

tipu

muslihat

untuk

menggulingkanya telah timbul.


Sehubungan dengan itu, beberapa kali pertempuran sengit dan pertumpahan
darah telah berlaku di Bandar Kyoto . Namun, Kyimori terselamat dalam semua
serangan tersebut dan matinya hanyalah mati di atas katil.
2.4 Minamoto Yoritomo ( 1188 M 1199 M)
Yoritomo berasal daripada suku Minamoto yang bermusuhan dengan suku
Taira. Sebelum Kyimori meninggal dunia, beliau telah bangkit berkuasa di sebelah
timur. Kemunculannya dalam suku Minamoto telah menghidupkan semangat dan
harapan sukunya. Beliau adalah tokoh penting dalam sejarah Jepun kerana telah
beroleh kemenangan di kawasan Kyamori dan suku Taira mengalami kegagalan.
Seterusnya, beliau telah mendapat gelaran tinggi Shogun oleh Maharaja. Pada
tahun 1192 M, beliau dilantik sebagai Sei-I-Taishogun dan membina kerajaan
Kamakura. Kamakura terletak diwilayah sagami dan telah menjadi ibu Negara dan
pusat kegiatan politik Jepun. Zaman ini merupakan kerajaan keshogunan iaitu
bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam sejarah Jepun. Kerajaan ini juga
dikenali sebagai kerajaan Bakufu.
Antara kejayaan utama Yoritomo ialah penubuhan sebuah Negara feudal yang
dikelolakan kepada tokoh tertinggi tentera iaitu Shogun dan diperintah dari
markasnya yang bukannya di ibu negara tetapi terletak di Timur Jepun. Meskipun
corak politik masih kekal seperti terdahulu, namun kuasa pemerintahan kerajaan
yang sebenar adalah di Kamakura.
Sepanjang hidup Yoritomo telah banyak dihabiskan untuk berfikir dalam
mengelolakan sokongan baginya dan sebahagian besarnya daripada institusi4

institusi feudalisme Jepun itu adalah hasil daripada usahanya. Penubuhan kerajaan
feudal ini merupakan satu perkembangan yang paling penting dalam sejarah Jepun
kerana buat pertama kalinya dapat menjalankan kekuasaan ke atas seluruh negeri.
Sehinggalah pada tahun 1199, Yoritomo sendiri telah meninggal dunia, tanpa
meninggalkan putera yang berkebolehan.
Apabila

dilihat

dari

aspek

pembinaan

kerajaan

Kamakura,

secara

keseluruhannya kerajaan ini mempunyai dua pusat pemerintahan iaitu Kyoto dan
Sagami. Kyoto mengekalkan keagungan pentadbiran tradisional Jepun, yang
menempatkan maharaja Jepun bersemayam dan lebih menumpukan kepada
perkembangan sastera yang merangkumi penulisan sastera Jepun. Manakala
Sagami pula merupakan jentera pentadbiran Kamakura. Ia menjadi pusat dominasi
kuasa tentera oleh golongan Samurai.
Bagi mengekalkan kestabilan negara yang baru pertama kali menerima
suasana pemerintahan yang berorentasikan kuasa tentera, Yorimoto dikatakan
mengekalkan pentadbirannnya di bahagian Timur. Dari aspek pentadbiran kerajaan
Kamakura pada asasnya mempunyai tiga jabatan iaitu Samurai Dakoro, Mandokoro
dan Manchujo.
Selain dari tiga unit asas utama dalam pentadbiran kerajaan, dua lagi jawatan
diwujudkan oleh Yoritomo iaitu Shugo dan Jito. Dengan wujudnya jawatan-jawatan
ini maka pentadbiran kerajaan Kamakura menjadi semakin kukuh. Tanggungjawab
dan tugas utama setiap jabatan dalam kerajaan ini adalah seperti Samurai Dokoro
yang diketuai oleh kumonjo bertanggunjawab menguruskan hal ehwal tentera
dibawah autonomi jabatan supaya dapat mendisiplinkan golongan samurai. Mondoro
pula menguruskan urusan harian bakufu sementara manchujo pula menguruskan
mahkamah agong dan membicarakan semua kes-kes awam.
Sementara itu bagi jawatan shugo dan jito pula, kedua-duanya dianggap
sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai klasifikasi tugas yang berbeza. Shugo
bertindak sebagai pegawai tinggi polis manakal jito bertanggungjawab menguruskan
semua perkara berkaitan dengan tanah awam dan persendirian di wilayah-wilayah.
Pemerintahan banyak memberi penekanan dari segi ketenteraan dan kehakiman. Ini
bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerajaannya.

Di samping itu, Yarimoto juga menubuhkan estet-estet persendirian yang dipanggil


syo

atau

syoen.

Ini

adalah

hasil

daripada

pertubuhan

feudalisme.

Jika dilihat secara keseluruhannya, Bakufu Kamakura ini mempunyai sistem yang
mudah dan ringkas. Walaupun begitu, kerajaan Kamakura hanya

berjaya

mengekalkan pemerintahan selama hampir 150 tahun iaitu dari 1192M-1333M dan
menangani pelbagai masalah dan ancaman yang menjatuhkan kerajaannya.
2.5 Tokugawa Leyasu ( 1543 1616)
Tokugawa Leyasu dilahirkan di Okazaki pada 31 Januari 1543 dan meninggal
dunia di Shizuka pada 1 jun 1616 ketika berusia 73 tahun. Nama beliau ketika
dilahirkan ialah Matsudaira Takechiyo. Beliau merupakan seorang daimyodan
shogun di Jepun dan merupakan pengasas kepada kesyogunan Tokugawa.
Beliau telah menyertai Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan
Imagawa. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu rapat
Oda Nobunaga yang dipercayai. Mereka bersama-sama dengan Toyotomi Hideyoshi
dan OdaNobunaga, Ieyasu adalah salah satu dari tiga tokoh yang menyatukan
Jepun pada zaman Sengoku. Ia memerintah dari tahun 1600 dan secara rasminya
pada tahun 1603 sehingga turun takhta pada tahun 1605.
Pada tahun 1567, beliau menjadi pemerintah Mikawa dan diiktirafkan oleh
kerajaan imperial kuasanya dan memakai nama keluarga Tokugawa. Beliau telah
dilantik sebagai salah seorang majlis pemangku raja yang diwujudkan oleh Toyotomi
Hideyosi. Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi Shogun dan meletakkan
jawatan dan digantikan oleh anaknya Hidetada.
Sehubungan

dengan

itu,

Syogun

Tokugawa

Ieyasu

juga

telah

memperkenalkan beberapa dasar-dasar untuk mengukuhkan kesyogunan ini dan


bermatlamat untuk melemahkan kuasa-kuasa tuan daimyo atau tuan-tuan feudal.
Dasar-dasar ini diperkenalkan berikutan kebimbangan tentang konsep kesetiaan
daripada kuasa-kuasa daimyo yang berpotensi dan berkeupayaan menggugat
Kesyogunan Tokugawa.

2.6 Mutshusito ( 1868 1912 )


Mutsuhito merupakan maharaja Jepun yang ke-122. Beliau lahir pada 3
November 1852 dan magkat pada 30 Julai 1912. Maharaja Mutsuhito ialah
pemangkin utama zaman Meiji yang memerintah selama 44 tahun bermula dari
tahun 1868 hingga 1912. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji
mengambil alih kuasa pemerintahan.Pemerintah Meiji setelah mengambil tampuk
pemerintahan daripada Keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk
memajukan dan membangunkan Jepun. Kuasa sebenar berada di tangan golongan
pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas-bekas tentera. Objektif utama
mereka adalah mengubahsuai perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai
kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa
Barat. Proses pemulihan yang dilakukan oleh Meiji dipengaruhi oleh pemimpinpemimpin terkemuka seperti Inobuti Hirobumi, Saigo Takmori, Okuma Shigenobu,
Fukuzawa dan diketuai oleh Maharaja Mutsushito yang dikenali dengan gelaran
Maharaja Meiji.
Maharaja Mutsuhito merupakan maharaja yang terbaik dan bergelar Meiji.
Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh Meiji ke atas Jepun bagi
memodenkannya serta mengikut perubahan zaman. Antara langkah yang dilakukan
oleh Meiji ialah memindahkan ibu negara dari Kyoto ke Edo dan kemudiannya Edo
bertukar ke Tokyo.
Perubahan yang dilakukan oeh Meiji adalah menghapuskan sistem feudal
menjelang tahun 1871, sistem politik feudalism ditamatkan ditukarkan kepada sistem
pemerintahann secara demokrasi. Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai.
Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah
dihapuskan. Bayaran secara tunai dipraktikkan dalam jenis urus niaga. Satu sistem
cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan sistem wang yang
baru. Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji dan
membolehkan kerajaan mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas negara dan rakyat.
Pada tahun 1876, sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan pemerintahan
pusat dibentuk.
Pemerintahan Meiji juga menamatkan sistem class dan Uji. Lapisan
masyarakat sebelum ini dikuasai golongan samurai, petani dan pedagang. Keadaan
7

ini mengubah corak kehidupan masyarakat Jepun di mana golongan samurai telah
dibenarkan menceburi bidang lain seperti berniaga. Walau bagaimanapun, ramai
antaranya yang gagal untuk menyesuaikan diri dengan keadaaan yang baru. Bagi
rakyat jelata pula, mereka diberikan kebebasan untuk memilih cara hidup sendiri.
Manakala petani dengan tuan tanah menjadi lebih mesra dan unik dalam
perhubungan. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistimewaankeistimewaan sebagai rakyat Jepun.
Menjelang Jun 1868, Meiji memberikan kebebasan dan penekanan kepada
kepentingan mencari ilmu pengetahuan khususnya dari Barat. Hal ini kerana beliau
menyedari bahawa pentingnya mencari ilmu, terutama untuk menjadikan kuasa
ekonomi dan militari termoden. Pada 1871, sebuah Jabatan Pendidikan ditubuhkan
dan aspek pendidikan awal dan menengah ditekankan. Keadaan ini menyebabkan
majoriti rakyat Jepun celik huruf dan cekap dalam bidang teknikal serta bersedia
menerima pembangunan.
Zaman
menggantikan

Meiji
sistem

berjaya

membentuk

pendidikan

sistem

Terrokoya.

pendidikan

Sistem

moden

pendidikan

dan

Terrokoya

mementingkan kemahiran membaca, menulis dan mengira dirombak dengan


penumpuan ke arah pemikiran yang kritis. Pemerintahan Meiji juga telah
mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan. Ramai pakar-pakar
asing dan penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahsa Jepun diambil.
Perkembangan

pendidikan

zaman

Meiji

adalah

sebagai

salah

satu

cara

menyatupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat ke arah modenisasi nasional.


Selain itu, pelbagai pembaharuan material dilakukan antaranya adalah
bandarYokohama dan Kobe telah dibangunkan dengan reka bentuk Barat.
Pembinaan jalan kereta api dibina pada tahun 1872, iaitu sepanjang 18 batu dan
pada 1897 sepanjang 3000 batu. Ekonomi pada era ini berkembang dengan
pesatnya di mana banyak bank-bank ditubuhkan seperti Central Bank of Japan pada
tahun 1882 dan Yokohama Specie Bank pada tahun 1887.
Seterusnya beberapa perlembagaan telah dibentuk. Maharaja mengeluarkan
titah agar satu perlembagaan dilaksanakan menjelang tahun 1890. Perlembagaan
ini bertujuan untuk membentuk negara Jepun yang moden dan demokratik.

Kesimpulannya, zaman Meiji merupakan zaman kegemilangan bagi negara


Jepun. Meiji memiliki kebijaksanaan politik yang sukar ditandingi oleh pemerintah
negara-negara Asia yang lain. Keagungan Kuasa Jepun terserlah setelah jepun
berjaya mengalahkan China dalam perang China-Jepun. Kesannya negara Jepun
telah diiktiraf sebagai kuasa pertama dari Asia yang setanding dengan kuasa Barat
lain dari segi ekonomi dan ketenteraan.
4.0 Kesimpulan
Jepun merupakan kuasa yang terkuat di seluruh Asia dan juga di peringkat
antarabangsa dari segi ekonomi. Perkembangan pesat dalam pelbagai bidang
membawa perubahan dalam beberapa aspek. Perkembangan teknologi dan
maklumat mendedahkan masyarakat Jepun kepada dunia luar yang mengakibatkan
penerapan nilai dan unsur-unsur lain dalam peradaban.
Masyarakat Jepun masih mengekalkan banyak aspek yang menjadi tradisi dan
identiti bangsa Jepun. Agama yang menjadi pegangan hidup kepada masyarakat
Jepun. Masyarakat Jepun menjadikan agama sebagai panduan mereka. Warisan
turun-temurun Jepun dikekalkan seperti bahasa dan tulisan Jepun.
Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh pemerintah Jepun mengubah cara
kehidupan masyarakat Jepun dari masa ke semasa. Setiap pemerintah yang
memerintah Jepun akan melakukan pelbagai perubahan dari pelbagai aspek seperti
aspek pendidikan, sosio budaya masyarakat dan sebagainya. Namun, kebanyakan
unsur tadisi Jepun masih dikekalkan. Perubahan yang berlaku hanya sekadar
menyesuaikan tradisi lama supaya bersesuaian dengan perkembangan zaman.
Kebijaksaan

pemimpin-pemimpin

Jepun

harus

dijadikan

contoh

dalam

membangunkan dan memajukan negara kerana tidak dapat dipertikaikan bahawa


Jepun merupakan negara nombor satu dari segi keberkesanan institusi masa kini
dalam usaha mengatasi masalah semasa dalam zaman selepas perindustrian.
Dasar pandang ke Timur yang diketengahkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
membuktikan Jepun merupakan model perkembangan tamadun. Tamadun Jepun
banyak memberi sumbangan dalam perkembangan tamadun dunia.

Refleksi
Nama : Munirah Binti Marjoh
Kumpulan : PISMP Sem 1 MT/PJ/BI/BM 1
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, saya
memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana hasil daripada tugasan ini,
saya telah mendapat pengetahuan baru tentang perkembangan tamadun Jepun
sekaligus berkenaan tokoh-tokoh tamadun Jepun yang telah banyak memberi
sumbangan.
Pada awal perlaksanaan tugasan ini, saya telah mencari bahan rujukan yang
berkaitan dengan Jepun, dan kebanyakan daripada bahan-bahan tersebut adalah
daripada buku lama yang menceritakan tentang sejarah Jepun. Oleh itu, saya telah
berusaha untuk membaca dan mengnalisis tentang tokoh tamadun Jepun yang telah
memberi sumbangan kepada perubahan setiap zaman pemerintahan.
Meskipun terdapat kesukaran dalam memahami penulisan bahasa melayu
lama, saya tetap berusaha untuk memahami dengan menambah pembacaan dari
sumber lain seperti internet. Hasil daripada pembacaan selama dua hari, barulah
saya memulakan penulisan untuk tugasan ini.
Memandangkan tugasan ini secara berkumpulan, kami sama-sama telah
mengkaji dan mencari bahan rujukan yang berkaitan dan di bawa pulang sewaktu
balik bercuti. Dengan ini, hasil daripada dapat bahan yang kami peroleh kami telah
cantumkan kepada satu tugasan yang sempurna untuk dihantar kepada pensyarah
pembimbing.
Kesimpulan daripada tugasan ini, saya mendapati bahawa tamadun Jepun
telah berkembang maju hasil daripada sikap masyarakat yang ingin tahu dan
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam banyak bidang dan berusaha
untuk mencapai kemajuan. Mereka tidak malu untuk pergi mencari ilmu daripada
tamadun lain yang awal berkembang dalam membantu pembinaan tamadun Negara
sendiri. Sehubungan dengan itu, saya suka untuk menjadikan sikap dan semangat
orang Jepun sebagai salah satu contoh dalam mengejar ilmu dunia dan akhirat.

10

Nama : Ena A/P Zamffri


Kumpulan : PISMP Sem 1 MT/PJ/BI/BM 1
Bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya masa dan kesihatan yang
baik sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan ini diberikan bagi memenuhi
kehendak sukatan pelajaran pelajar PISMP semester 1.

Terdapat sepuluh tajuk

yang diberi bagi tugasan ini. Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang dan
dikehendaki memilih satu tajuk. Saya dan rakan telah mendapat tajuk berkaitan
dengan tamadun Jepun. Kami dikehendaki memilih beberapa orang tokoh Jepun
dan sumbangannya terhadap perkembangan tamadun dunia.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dan rakan menggunakan kaedah
telaah pusataka dan merujuk internet bagi mendapatkan maklumat. Melaui kaedahkaedah yang digunakan kami telah menemui seramai enam orang tokoh yang
memberi sumbangan besar kepada perkembangan tamadun Jepun. Pencarian
maklumat tidaklah begitu sukar kerana tamadun Jepun merupakan tamadun yang
terkenal di Asia.
Tamadun Jepun berkembang secara positif dari masa ke semasa.
Pemerintahan tamadun berubah mengikut pemerintah. Pelbagai pembaharuan yang
dilakukan oleh pemerintah. Setiap kekurangan yang terdapat pada zaman sebelum
pemerintahan mereka akan dirombak dan diperbetulkan bersesuaian dengan
peredaran zaman.
Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai perkembangan tamadun Jepun. Saya mengetahui proses kemunculan
dan perkembangan tamadun Jepun secara terperinci. Saya tertarik dengan usaha
pemerintah dan rakyat Jepun yang bersungguh-sungguh dalam memajukan negara
mereka. Mereka sanggup mempelajari ilmu dari Barat bagi mendapatkan mencapai
kegemilangan. Tokoh-tokoh Jepun begitu kreatif dan kritis dalam merancang
pembangunan negara mereka. Kegigihan rakyat Jepun dalam memajukan negara
memberi inspirasi kepada saya dalam memperbaiki kekurangan diri. Saya juga
dapat mempelajari strategi-strategi yang berguna bagi meningkatkan potensi diri
dalam pelbagai bidang.

11

Rujukan
Bahan Buku
Abdullah Sultan, K.Anandarajan. (2004). Sejarah Menengah Dewan. Shah Alam,
Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Abdullah Sultan, K.Anandarajan, Hasrm Haron. (1974). Sejarah Menengah Dewan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
F.Vogel, E. (1994). Jepun Nombor 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
FitzGerald, C. (1973). Intisari Sejarah Asia Timor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Bahan Internet
Maharaja Meiji. (2012, march). Retrieved march 10, 2012,http://wikipedia.org/wiki
ciri-ciri pemodenan yang dilakukan Maharaja Meiji. (2012, march). Retrieved march
10, 2012, from http://www.scribd.com
pemodenan Jepun. (2012, march). Retrieved march 10, 2012, from
http://www.scribd.com

12

You might also like