Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

Pengenalan kepada sejarah permainan


SEJARAH LAWN BOWLS
Mengikut Encyclopedia Brittanica permainan lawn bowls telah mula dimainkan sejak 5000
tahun sebelum masihi. Pendek kata semua permainan yang menggunakan bola telah
"dicipta " di zaman purba ini dengan menggunakan tengkorak manusia sebagai bola.
Sejarah "modern" pula mencatatkan bahawa pada tahun 1299 sebuah gelanggang atau
"green" telah dibina di Southampton, di selatan England. Green ini masih digunakan sehingga
hari ini. Pada 18 Julai 1588 Sir Francis Drake (jenama Drake Bowls diambil dari nama ini,)
seorang pahlawan Inggeris yang terkenal dan juga peminat sukan lawn bowls yang
terkemuka, telah memerintahkan kelasi-kelasi kapalnya tunggu beliau habis bermain lawn
bowls di Plymouth Hoe sebelum turun kelaut menentang armada Spanyol yang sedang mara
untuk menyerang England. Raja-raja Inggeris pada masa yang sama pun telah
mengharamkan permainan lawn bowls ini kerana bimbang rakyatnya akan menjadi terlalu
asyik dalam sukan ini dan hilang kemahiran mereka dalam bidang panah memanah yang
sangat perlu dalam peperangan. Walau bagaimanapun sukan ini dimainkan secara sulit. Raja
Henry VII pula telah meluluskan akta mengenakan pembayaran 100 paun bagi lessen
membina sebuah green.
Pada pertengahan 1800 satu jawatankuasa telah ditubuhkan dengan bantuan seorang
peguam di Glasgow, Scotland dan telah dapat menyediakan satu "Code of Rules". Pada masa
itu bowls ( atau bola yang digunakan ) adalah diperbuat ( dibentuk ) daripada kayu jenis
"lignum vitae", satu kayu keras yang tahan lasak. Kemudian sains moden telah dapat
mencipta vucanised rubber atau ebonite dan seterusnya pada hari ini bowls adalah diperbuat
daripada plastic compound atau composition.
Sukan lawn bowls telah berkembang secara besar-besaran dimerata dunia terutama sekali di
negara-negara dalam komanwel seperti Australia, New Zealand, South Africa dan Canada.
Dalam sukan komanwel yang lalu yang diadakan di Victoria, Canada lebih kurang 20 negara,
termasuk Malaysia, telah mengambil bahagian dalam acara lawn bowls.
Sukan lawn bowls ini tidak diperkenalkan secara besar-besaran di Malaysia. Kerajaan British
yang telah memerintah Malaya telah membina hanya tiga buah green iaitu di Kelab Tasik
Perdana (Lake Club), Kelab Sukan Pulau Pinang (Pinang Sports Club) dan Pengkalan Tentera
Udara Di Raja Australia di Butterworth. Dari tiga ini hanya green di Butterworth sahaja yang
kekal sehingga tahun lepas.
Persatuan Lawn Bowls Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1992 setelah Kuala Lumpur
diisytiharkan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 dan sejurusnya beberapa
persatuan-persatuan negeri pula telah ditubuhkan. Dengan pertolongan The Royal Victorian
Bowling Association, Melbourne, PLBM tekah menghantar 8 orang pemain ke Melbourne pada
bulan Februari 1993 sebagai pelatih yang ulung sekali mendapat pengajaran rasmi dalam
bidang permainan, kejurulatihan dan undang-undang. Empat daripada pemain ini telah lulus
dalam peperiksaan umpiring yang dianjurkan oleh RVBA. Persatuan telah dapat menggunakan
gelanggang lawn bowls kepunyaan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam
sehinggalah beberapa kursus pengenalan dan pertandingan dapat diadakan di situ.
Dalam tahun 1994 lapan buah gelanggang yang menggunakan rumput tiruan ( synthetic
grass) telah dibina oleh Kerajaan dan tidak lama lagi semua negeri di Malaysia akan
mendapat gelanggangnya.
Dalam sukan Komanwel di Canada tahun lalu Malaysia telah menghantar satu pasukan "fours"
lelaki dan pada hari ini Persatuan telah mengenalpasti satu skuad negara terdiri daripada 14
lelaki dan 14 wanita yang sedang menjalani latihan pusat di Kuala Lumpur.
Adalah menjadi harapan Persatuan Kebangsaan dan Persatuan-Persatuan Negeri bahawa
sukan lawn bowls ini dapat dipopularkan dan menjadi satu sukan negara, kelak.
===================================================================
==========
Lawn bowls adalah satu permainan yang seakan-akan sukan boling. Perbezaannya ialah tenpin boling
tujuannya menjatuhkan 10 pin yang telah disediakan diatas lane atau lorong. Lawn bowls pula sasarannya
ialah untuk mendekatkan bowls yang dileretkan kepada sebiji bola putih yang dinamakan "jack". Mengikut

Encyclopaedia Britannica, sejarah lawn bowls telah bermula sejak 5000 tahun sebelum masihi. Semasa
zaman Firaun, permainan ini dimainkan dengan menggunakan kepala manusia sebagai bowls. Sejarah awal
yang dicatatkan tahun 1299 di Southampton, Selatan England, telah didapati "green" yang tertua sekali di
mana ia telah dimainkan Masters Tertutup pertama. Gelanggang ini masih digunakan sehingga ke hari ini.
St. Thomas telah menulis bahawa permainan ini talah dimainkan oleh kerabat diraja dan orang bangsawan.
Mungikut sejarah lawn bowls pada 18 Julai 1588 di Playmouth Hoe, England, Sir Francis Drake telah
bermain lawn bowls sementara menunggu kedatangan tentera dari Sepanyol untuk menyerang England.
Pada tahun 1778 Captain James Cook telah menemui penduduk di pulau Sandwich sedang bermain
permainan yang serupa dengan lawn bowls.
Sejarah permainan lawn bowls di Maaysia bermula semasa penjajahan British. Beberapa gelanggang lawn
bowls telah dibina di Kelab Tasik Perdana, Kelab Sukan pulau Pinang dan Pengkalan Tentera Udara Australia
di Butterworth pada tahun 1924. Setelah tentera Australia kembali ke negara mereka, kelab ini telah diambil
alih oleh TUDM pada tahun 1987, tetapi ianya tidak didaftarkan. Pada tahun 1993 kelab ini telah ditukar
nama kepada Kelab Lawn Bowls TUDM.
Persatuan Lawn Bowls Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1992. Akhirnya Persatuan Lawn Bowls Malaysia
telah bergabung dengan lembaga Boling Dunia (WBB) pada tahun 1993. Pada tahun 1994, bahagian wanita
pula telah bergabung dengan Lembaga Boling Wanita Dunia (WIBB). Penyertaan pertama pasukan negara di
kejohanan rasmi ialah semasa Festival Sukan Arafura, yang diadakan di Darwin, Australia pada 24 hingga
30 April 1993. Kejohanan rasmi pertama di Malaysia ialah Kejohanan Terbuka Selangor yang telah diadakan
di Kelab Golf Sultan Abd. Aziz, Shah Alam pada 17 hingga 20 Sepember 1993. Manakala kejohanan
peringkat kebangsaan pula telah diadakan pada 25 hingga 30 Januari 1994 bertempat di kelab yang sama.
Gelanggang tiruan yang pertama dibina di negara ini ialah di Pusat Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur
tahun 1994. Kejohanan yang pertama diadakan di gelanggang tiruan ialah semasa Sukan Malaysia yang
telah diadakan di Ipoh yang bermula dari 10 hingga 13 Jun 1994. Sehingga kini, Malaysia mempunyai dua
gelanggang rumput iaitu di Kelab Golf Sultan Abd. Aziz dan satu lagi di Kelab Lawn Bowls TUDM,
Butterworth. Pembinaan gelanggang tiruan telah pun dibina di Ipoh yang mempunyai 2 gelanggang dan
sebuah gelanggang di Kampung Pandan, Kangar, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor baharu dan Kuching.

You might also like