Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 31

BENDERA

NEGERI
DI MALAYSIA
Di Sediakan oleh:
Cikgu Lai Kim Lee

Kelantan

NEGERI KEDAH
DARUL AMAN
Merah

ialah warna kebangsaan negeri


Kedah yang turun temurun. Padi
maknanya negeri ini makmur dalam hal
kehidupan. Anak bulan tanda negeri
beragama Islam. Perisai pula maksudnya
Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan
memelihara rakyatnya dan penduduk
dalam negeri ini daripada kezaliman.

Terengganu

NEGERI TERENGGANU
DARUL IMAN
Latar

belakang berwarna putih maksudnya


D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah
hitamyang bermakna rakyat - oleh itu
bermakna Sultan adalah memberi
perlindungan kepada seluruh rakyat
baginda. Anak bulan dan bintang tanda
Agama Islam, agama negeri.

Pahang

NEGERI PAHANG
DARUL MAKMUR

Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna


iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.
Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa
pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah
seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas
hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri
yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini
juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat
resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada
Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

Perlis

NEGERI PERLIS
INDERA KAYANGAN
Warna

kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja.


Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu
maknanya kerjasama yang erat di antara
Raja dengan Rakyat baginda.

Kedah

NEGERI KEDAH
DARUL AMAN
Merah

ialah warna kebangsaan negeri


Kedah yang turun temurun. Padi
maknanya negeri ini makmur dalam hal
kehidupan. Anak bulan tanda negeri
beragama Islam. Perisai pula maksudnya
Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan
memelihara rakyatnya dan penduduk
dalam negeri ini daripada kezaliman.

Perak

NEGERI PERAK
DARUL RIDZUAN

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan


mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning
dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama
lebarnya.Warna putih melambangkan
kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning
melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat
Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna
hitam melambangkan kebesaran Duli Yang
Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Negeri
Sembilan

NEGERI SEMBILAN
DARUL KHUSUS
Tanah

kuning itu maksudnya D.Y.M.M.


Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna
merah bermakna rakyat. Sementara
bahagian tiga segi yang berwarna hitam
maksudnya Datuk-datuk Undang bagi
Luak-luak yang menjadi bahagianbahagian negeri ini.

Melaka

NEGERI MELAKA
BANDAR BERSEJARAH
Warna-warna

merah, putih, kuning dan


biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan dan menunjukkan bahawa
Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan
bintang pecah lima itu pula ialah tanda
Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

Johor

NEGERI JOHOR
DARUL TA'ZIM
Anak

bulan dan bintang yang berwarna


putih itu menandakan Raja yang
berdaulat. Bahagian yang berwarna merah
bermakna hulubalang yang
mempertahankan negeri. Bahagian yang
berwarna biru tua itu pula maksudnya
Kerajaan Negeri.

Sabah

NEGERI SABAH

Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan


ketenteraman, putih melambangkan kemurnian
dan keadilan, manakala merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru salji melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara warna nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat
kerjasama.

Lima jenis warna itu melambangkan lima buah


Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk
Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

Sarawak

NEGERI SARAWAK

Warna merah melambangkan keberanian,


kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam
daya usaha mereka yang berterusan untuk
mengejar serta mempertahankan kemajuan dan
ketinggian maruah dalam proses membina
Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan
Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan
serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang
kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber


asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan
sebagainya yang merupakan landasan bagi
memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung
sembilan melambangkan sembilan bahagian di
mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi
rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

Pulau Pinang

NEGERI PULAU PINANG


Warna

biru muda maksudnya warna laut


yang indah di sekeliling pulau itu. Warna
putih maksudnya negeri Pulau Pinang
yang aman damai. Warna kuning tanda
kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon
dari mana pulau itu mendapat namanya.

Selangor

NEGERI SELANGOR
DARUL EHSAN
Empat

bahagian yangberwarna kuning


dan merah itu maksudnya daging dan
darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk
memberi jiwa dan tenaga kepada negeri
ini. Bulan bintang pula ialah sebagai
Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri
dan kesucian Agama Islam ditunjukkan
dengan warna putih.

Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan
Labuan

Wilayah Persekutuan
Putrajaya

You might also like