Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Jalan cerita

Puteri Rania merupakan anak kepada Raja Triton. Raja Triton mempunyai kuasa
dan empayar yang besar. Manakala, Puteri Kirana merupakan anak kepada Raja
Arthur. Puteri Kirana suka mengikut ayahandanya melawat Raja Triton. Oleh itu,
Puteri Kirana telah menjadi sahabat baik kepada Puteri Rania. Mereka sering
bermain dan keluar berjalan bersama - sama. Ms 1
Pada suatu hari, Puteri Rania dan Puteri Kirana telah keluar ke bandar.
Mereka ingin melawat kawasan bandar kerana banyak gerai menjual barang di
situ. Mereka begitu teruja setelah sampai ke bandar. Banyak penjual menjual
pelbagai barangan. Barang perhiasan, perkasasan, barang antik, hasil seni,
pakaian dan makanan turut dijual. Ms 2, 3
Puteri Rania telah membeli makanan dan Puteri Kirana lebih berminat
kepada hasil seni yang dijual. (gambar Pesta Ceria Bandar) " Pesta Bandar
Ceria? Apa maksudnya?", tanya Puteri Rania kepada Puteri Kirana. Lalu Puteri
Kirana menjawab, " Pesta itu bertujuan mengajak semua penduduk supaya
menjaga kebersihan dan keceriaan bandar ". Puteri Rania mengangguk tanda
faham dengan penjelasan Puteri Kirana. Ms 4
Sebelum pulang ke istana, Puteri Rania dan Puteri Kirana gemar beristirehat
di kawasan lapang. Kawasan tersebut berdekatan dengan sebatang sungai yang
mengalir sehingga ke bandar. (puteri Rania membuang sampah sisa makanan
ke dalam sungai). " (nama puteri Rania - nada menyergah), jangan membuang
sampah ke dalam sungai ini ", nasihat Puteri Kirana kepada Puteri Rania. Puteri
Rania hairan dengan larangan Puteri Kirana. Namun begitu, Puteri Rania tidak
mengendahkan nasihat Puteri Kirana dan tetap membuang sampah ke dalam
sungai. Ms 5

Puteri Kirana menggelengkan kepala dengan sikap Puteri Rania. Setelah


pulang

ke

istana,

Puteri

Kirana

berfikir

sejenak.

Puteri

Kirana

ingin

menyelamatkan sungai daripada tercemar. Puteri Kirana juga ingin mengubah


sikap Puteri Rania supaya tidak mengulangi perkara yang sama. (gambar Puteri
Kirana mendapat akal) Akhirnya Puteri Kirana mendapat satu akal. Ms 6
Puteri Kirana telah mengajak Puteri Rania untuk bersiar - siar. Setelah
dipujuk akhirya Puteri Rania bersetuju dengan ajakan Puteri Kirana. Mereka
telah ber siar - siar ke beberapa tempat sehinggalah Puteri Rania berasa penat. "
Sudah jauh kita berjalan pada hari ini ", kata Puteri Rania. Lalu Puteri Rania
menambah lagi, " Saya berasa sangat dahaga ". Lalu Puteri Kirana berkata, "
Tetapi bekalan air kita sudah habis ". Puteri Rania sangat terkejut. Ms 7
Maka, mereka mengambil keputusan untuk mencari sungai. Mereka sangat
terkejut melihat keadaan sungai. Sungai itu sangat kotor dan tercemar dengan
sampah sarap. Puteri Rania berkata, " Air sungai di sini sangat kotor ". Maka
Puteri Kirana pun menambah, " Inilah akibatnya apabila kita membuang sampah
ke dalam sungai ". Ms 8
Puteri Rania terpinga - pinga mendengar penjelasan Puteri Kirana. Puteri
Kirana bercakap lagi, " Sebelum ini, air sungai di sini sangat jernih dan bersih.
Tapi kerana sikap suka membuang sampah ke dalam sungai telah mengubah
keadaan sungai ini. Oleh itu, kita seharusnya menjaga kebersihan kawasan
persekitaran termasuklah sungai ini ". (Puteri Kirana menjelaskan kepada
Puteri Rania sambil mengenyitkan mata) ms 8
Puteri Kirana juga berkata, " Kita haruslah menghargai sungai ini kerana
menjadi sumber air kepada kita serta penduduk bandar. Tanpa sumber air yang
bersih akan mengundang pelbagai masalah seperti penyakit kulit, cirit birit dan
pelbagai lagi . Adakah kita mahu mewariskan sumber air yang kotor dan
tercemar

kepada

generasi

kita?".

Puteri

Rania

hanya

menundukkan

pandangannya. Ms 9
Puteri Rania berasa insaf selepas mendengar nasihat daripada Puteri
Kirana. Puteri Rania juga berasa kesal dengan sikapnya yang membuang
sampah ke dalam sungai sebelum ini. Sejak daripada itu, Puteri Rania telah
mengubah sikapnya. Ms 9
Puteri Rania akan mengajak Puteri Kirana turun ke bandar setiap hujung
minggu. Kini, Puteri Rania akan mengajak penduduk bandar menjaga kebersihan
bandar dan sungai. Pesta Ceria Bandar menjadi lebih meriah dan mendapat
sambutan. Aktiviti membersihkan sungai yang tercemar juga dilakukan. Puteri
Kirana berasa sungguh gembira dengan perubahan sikap Puteri Rania. Ms 10
MORAL OF THE STORY - Perbuatan merosakkan persekitaran akan
mengundang kesan buruk kepada kita. Kita haruslah mencintai alam
sekitar terutama kawasan sungai dan menjaganya dengan baik supaya
generasi akan datang dapat merasai alam sekitar yang bersih dan nyaman
serta bebas pencemaran.
Watak - watak yang terlibat
Watak utama
Puteri Rania
- anak kepada Raja Triton
- bersikap ceria dan periang
- bersahabat baik dengan Puteri Kirana
- menghormati penduduk bandar
- mempunyai sikap kurang baik iaitu membuang sampah ke dalam
sungai

Puteri Kirana
- anak kepada Raja Arthur
- bersahabat baik dengan Puteri Rania
- bersikap matang
- suka menasihati
- bijaksana
Watak sampingan
Raja Triton
- ayahanda kepada Puteri Rania
Raja Arthur
- ayahanda kepada Puteri Kirana
Penduduk bandar
- mesra antara satu sama lain
- saling menghormati
Latar belakang jalan cerita
Berkonsepkan dan berlatarbelakangkan kawasan kerajaan terdahulu. Lebih
berfokus kepada kerajaan Inggeris terdahulu. Unsur ini jelas terserlah melalui
bentuk istana dan pakaian yang dikenakan kepada raja dan puterinya. Di
samping itu, dari segi nama juga menunjukkan ciri - ciri kerajaan Inggeris
terdahulu. Selain itu, cerita ini juga berfokus kepada penjagaan alam sekitar
terutama kawasan sungai yang menjadi sumber air utama kita.
Istana Eropah
Kawasan bandar
Sebatang sungai

Sungai tercemar
Pesta Ceria Bandar
Sumber Idea
Puteri Rania

You might also like