Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Hidrologi

1.0

Pengenalan

Istilah hidrologi boleh dibahagikan kepada dua istilah iaitu hidro yang berkaitan
dengan air dan logi dari perkataan Greek yang memberi maksud pengetahuan. Oleh itu,
hidrologi adalah kajian atau pengetahuan tentang air. Lebih mendalam lagi, hidrologi
merupakan kajian taburan dan pergerakan air sekitar bumi. Ia merupakan kepentingan asas
yang sangat penting kepada penduduk dunia.
Pergerakan berkitar air dari laut ke atmosfera dan kemudiannya sebagai curahan ke aras
bumi, di mana air berkumpul di dalam sungai dan mengalir semula ke laut, dikenali sebagai
kitaran hidrologi.
2.0

Kitaran hidrologi

Di bawah pancaran suria, air dalam laut akan menyejat dan awan yang mengandungi
wap air bergerak melintasi aras bumi. Curahan seperti salji, hujan batu dan hujan terpelowap
dalam bentuk embun di atas aras bumi. Salji dan ais di daratan merupakan air simpanan
sementara. Air mula mengalir balik ke laut. Hujan yang turun ke permukaan mungkin juga
dipintas oleh tumbuh-tumbuhan dan menyejat kembali ke atmosfera. Sebahagian daripada air
ini menyusup ke dalam tanah dan bergerak ke bawah atau menelus ke dalam zon tanah tepu
di bawah aras air bumi. Air di kawasan ini mengalir perlahan-lahan menerusi akuifer ke
dalam terusan sungai atau kadangkala terus ke laut. Air yang menyusup juga menghidupkan
tumbuhan hingga perpeluhan berlaku daripada daun-daun tumbuhan ini.
Sebahagian daripada baki air di permukaan menyejat kembali dalam bentuk wap, tetapi
sebahagian besarnya mengalir masuk ke dalam berbagai-bagai bentuk saluran dan mengalir
sebagai air larian permukaan. Permukaan sungai dan tasik juga menyejat, oleh itu kehilangan
air masih banyak lagi berlaku di sini. Akhir sekali, baki air yang tidak tertelus atau tersejat,
akan tiba semula ke laut menerusi saluran sungai. Air bumi yang bergerak lebih perlahan,
sama ada akan keluar ke dalam saluran sungai atau tiba di persekitaran pantai, akan
menyusup semula ke dalam laut, dan seluruh kitaran bermula semula.
3.0

Proses-proses dalam kitaran hidrologi

3.1

Sejatan

Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Ia merupakan
proses asas dan pertama dalam kitaran hidrologi. Ia berlaku secara menegak dan berlaku
apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam
atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu. Proses sejatan ini memerlukan haba yang
mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam
dan lain-lain. Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di permukaan air yang terdedah seperti
laut, sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya. Proses sejatan semula jadi akan berlaku
sekiranya wap bagi udara sekitar kurang tekanan wap pada permukaan air yang tersejat.
Proses sejatan juga berlaku dari permukaan tanah yang lembap.

3.2

Sejatpeluhan

Sejatpeluhan berlaku menerusi proses perpeluhan. Ia berlaku kerana tekanan wap pada
sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.
Istilah sejatpeluhan dari sudut hidrologi merujuk kepada kehilangan air dari proses sejatan
secara langsung, sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan. Sejatpeluhan
terbahagi kepada dua iaitu sejatpeluhan potensi dan sejatpeluhan sebenar.
3.3

Pemeluwapan

Pemeluwapan menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia


mengalami proses pemeluwapan. Ia merupakan satu proses penukaran wap-wap air kepada
cecair seperti hujan atau pepejal seperti salji. Ia terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim
udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera. Jisim udara menjadi sejuk dan
penyejukan dinamakan adiabatik. Penyejukan berlaku melalui sentuhan apabila dua
kumpulan udara yang berlainan suhu iaitu panas dan sejuk bertemu di mana jisim udara yang
sejuk. Jika suhu di bawah takat embun di bawah takat beku maka wap-wap air dalam jisim
udara berkenaan bertukar kepada pepejal iaitu salji. Proses pemeluwapan juga memerlukan
zarah higroskopik seperti garam dan karbon untuk menarik wap-wap air berkumpul ke
arahnya membentuk manik-manik hujan. Terdapat tiga keadaan yang membolehkan proses
pemeluwapan berlaku iaitu kandungan wap air dalam atmosfera mesti mencukupi. Selain itu,
ia perlulah berlakunya penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun. Selain
itu, ia mesti terdapat nukleus-nukleus pemeluwapan. Ketiga-tiga faktor ini berintegrasi antara
satu sama lain bagi mewujudkan proses pemeluwapan.
3.4

Kerpasan

Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi
sebagai cecair ataupun pepejal. Sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mesti
berlakunya proses pemeluwapan dan pejalwapan atau kedua-duanya sekali. Bermula dengan
proses pemeluwapan, setiap bintik air yang terbentuk akan membesar dan bercantum antara
satu sama lain. Bintik-bintik air ini akan terapung-apung sebagai awan.
3.5

Pintasan atau cegatan silara

Dalam konteks semula jadi pintasan dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan. Cegatan silara
pula merujuk kepada halangan dari kanopi (silara) tumbuhan terhadap air hujan yang turun.
Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan oleh daun
tersebut buat sementara waktu sebelum disejat kembali. Simpanan ini dikenali sebagai aturan
sementara. Terdapat tiga komponen pintasan bagi sebatang pokok iaitu jatuhan langsung,
titisan kanopi dan aliran batang. Air hujan yang terus langsung jatuh ke lantai dinamakan
sebagai jatuhan langsung. Air hujan yang dipintas oleh daun yang dititis oleh daun
dinamakan sebagai titisan kanopi. Air hujan meleleh mengikut dahan dan batang dikenali
sebagai aliran batang. Pintasan amat penting dalam konteks kitaran hidrologi untuk
meningkatkan simpanan air tanah di kawasan tadahan.

4.0

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, hidrologi ialah kajian variasi dan kepelbagaian secara ruangan
dan masa terhadap komponen-komponen yang terlibat dalam kitaran air di daratan, lautan
dan atmosfera. Air mempunyai tiga bentuk fizikal iaitu cecair , pepejal dan gas. Di samping
itu, ia mengkaji pergerakan dan simpanan air di atas dan bawah tanah, sifat dan proses-proses
kimia dan fizikal serta kajian proses-proses biologi yang mempengaruhi simpanan dan
pergerakan air serta hubungan dan pengaruhnya dengan persekitaran.

Luluhawa
1.0

Pengenalan

Luluhawa ialah proses pemecahan, peleraian, pereputan dan penguraian batuan di


permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu menyebabkan berlakunya
perubahan fizikal atau kandungan kimia batuan oleh agen-agen luluhawa seperti iklim serta
biotik. Ia juga merupakan satu kumpulan proses yang melibatkan tindak balas di antara
mineral dalam batuan dengan unsur-unsur iklim seperti suhu, air hujan, fros, angin, tekanan
udara dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga turut memainkan peranan
terhadap keberkesanan proses-proses luluhawa. Proses luluhawa ini berlaku secara insitu iaitu
ia tidak melibatkan pemindahan atau pengangkutan terhadap hasilan yang terluluhawa.
Sebenarnya proses luluhawa boleh dianggap sebagai satu proses persediaan batuan yang kecil
untuk agen-agen geomorfologi seperti air mengalir, tiupan angin, pergerakan glasier dan
ombak untuk melakukan proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Begitu juga
pergerakan jisim lebih mudah berlaku hasil daripada proses luluhawa yang lampau. Oleh itu,
antara proses-proses luluhawa dan proses-proses geomorfologi yang lain adalah saling
bergantungan. Keberkesanan agen-agen geomorfologi ini dipengaruhi oleh kadar luluhawa.
Sebaliknya keupayaan proses luluhawa juga dipengaruhi oleh agen-agen geomorfologi
tersebut. Ahli geomorfologi telah mengklasifikasikan proses-proses luluhawa kepada jenis
luluhawa fizikal atau mekanika dan luluhawa kimia dan biotik.
Luluhawa fizikal ialah satu proses pemecahan batuan besar kepada serpihan-serpihan kecil
atau kumin-kumin kecil secara insitu dengan bantuan unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan,
fros dan sebagainya. Proses-proses luluhawa fizikal hanya melibatkan pemecahan yang
mengubah sifat bentuk fizikal batuan sahaja tanpa mengubah sebarang isi kandungan kimia
batuan.
2.0

Faktor-faktor luluhawa fizikal

2.1

Struktur batuan

Batuan yang mengandungi banyak retakan akan terluluhawa lebih pantas berbanding
dengan batuan sejenis yang kurang bilangan retakannya. Kehadiran retakan memberi
permukaan yang lebih luas untuk proses luluhawa berlaku. Retakan dapat memudahkan air
untuk memasuki dan meresap ke dalam badan batuan. Satah perlapisan memudahkan lagi
laluan air contohnya lapisan yang condong dan tegak lebih mudah dimasuki air berbanding
dengan lapisan yang mendatar.

2.2

Kandungan batuan

Batuan yang berbeza cara pembentukannya mempengaruhi kadar luluhawa untuk berlaku
contohnya batuan igneous yang peka terhadap perubahan kimia dibandingkan batuan
sedimen. Batuan igenous wujud dalam persekitaran fizikal dan kimia yang sangat berlainan
dengan keadaan di permukaan bumi. Sebaliknya, batuan sedimen memang muncul di
permukaan bumi sebagai serpihan daripada batuan igneous yang cukup stabil di persekitaran
permukaan bumi. Ada juga batuan sedimen yang tidak stabil di permukaan bumi . Eg: batu
kapur, garam batu, anhidrit dan evaporit. Kandungan batuan igneous ada yang bersifat asid
dan bes, kandungan yang bersifat bes lebih cepat mengalami luluhawa kimia kerana ia
mengandungi silikat yang bersebatian dengan kalsium, besi dan mangnesium. Silikat ini lebih
mudah mengalami tindakan kimia. Jika kedua-dua jenis batuan igneous didapati hadir
bersama, maka, batuan yang berbes membentuk lekuk sedangkan topografi yang menonjol
ditunjukkan oleh batuan asid.
2.3

Peranan Iklim

Kawasan tropika lembap yang kurang luluhawa fizikal tetapi tinggi luluhawa kimia
kerana kehadiran air dan suhu yang tinggi. Kawasan kering , luluhawa fizikal lebih tinggi.
Tindakan fros berlaku jika adanya penukaran suhu yang membolehkan air untuk membeku.
Penukaran suhu biasanya berlaku di kemuncak gunung tinggi , kawasan sejuk, kawasan
tropika. Iklim gurun/separa gurun - perubahan suhu yang besar.-siang amat panas, malam
sejuk kerana tiada awan yang menahan pancaran haba. Hal ini, menyebabkan pengembangan
dan pengecutan berlaku, tegasan dan terikan dapat memecahkan batuan.
2.4

Tumbuhan

Kehadiran tumbuhan mengurangkan luluhawa fizikal contohnya akar tumbuhan yang


menahan lapisan tanah daripada bergerak. Namun, tindakan tumbuhan menghasilkan asid
humus yang bertindak sebagai luluhawa kimia ke atas batuan.
2.5

Bentuk muka bumi

Aktif di kawasan bercerun berbanding dengan kawasan yang bentuk muka buminya rata.
Batuan di kawasan bercerun sentiasa terdedah kepada agen-agen luluhawa kerana bahanbahan regolit yang terluluhawa tidak kekal lama di kawasan tersebut. Ia sentiasa dipindahkan
oleh agen hakisan seperti air mengalir, glasier. Sebaliknya di kawasan yang bentuk muka
buminya rata, bahan-bahan regolit hasil kegiatan luluhawa sentiasa melitupi bahagian batuan
daripada terdedah dan keadaan ini menyebabkan kegiatan luluhawa terganggu. Cerun yang
menghadap angin lazim akan menerima jumlah hujan tahunan yang lebat berbanding cerun
yang membelakangi arah tiupan angin. Hujan yang lebat akan menggalakkan berlakunya
luluhawa kimia di kawasan cerun yang mengadap angin lazim tersebut tersebut.
2.6

Warna batuan

Batuan yang berwarna gelap biasanya mengalami tindakan luluhawa yang lebih giat
kerana lebih banyak menyerap dan menyimpan haba bahang matahari berbanding batuan
yang berwarna cerah yang kurang menyerap dan menyimpan haba. Contoh batuan gelap ialah
gabro, olivin, augit dan biotit menyerap lebih banyak bahang daripada matahari berbanding
batuan yang mempunyai permukaan yang lebih cerah seperti felsfar, kuarza, dan muskovit
yang lebih memantulkan balik sebahagian bahang matahari yang diterimanya.

3.0

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, luluhawa memberi kepentingan kepada aktiviti manusia seperti


kegiatan pertanian, kegiatan perindustrian dan juga kegiatan pelancongan.
Rujukan
E. M. Wilson; diterjemah oleh Fatimah Mohd Noor [et al.]. Hidrologi Kejuruteraan. Unit
penerbitan akademik, UTM.
Tim Davie. 2002. Fundamentals of Hydrology. USA and Canada, Routledge
http://ms.wikipedia.org/wiki/Luluhawa
http://en.wikipedia.org/wiki/Biodiversity

5.0

Lampiran

Proses-proses dalam kitaran hidrologi

You might also like