Aristotle

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Aristotle merupakan pelajar kepada Plato (384-322

SM) dilahirkan di Stagyra, Macedonia, putera


Nichomachus iaitu doktor kepada raja Macedonia.
Beliau adalah seorang pelajar yang sangat tekun dan
mula menuntut dengan Plato ketika berusia 20 tahun.

Seperti gurunya Plato, Aristotle menumpukan

perhatian kepada persoalan seni dengan melihat


bahawa unsur peniruan atau mimesis sebagai yang
lebih positif.
Aristotle mengatakan bahawa karya seni harus
mempunyai nilai peniruan, iaitu meniru kejadian
aktiviti di dunia.

Beliau tidak bersetuju pendapat Plato yang

mengatakan bahawa peniruan adalah kategori ketiga


dan karya peniruan itu adalah tidak benar.
Sebaliknya Aristotle menekankan bahawa mimesis itu
adalah sebagai representasi aksi dan kehidupan
manusia melalui sesuatu rangka cerita atau struktur
yang sesuai.

Aristotle telah menerangkan bahawa proses mimesis

adalah merujuk kepada proses meniru atau


menghasilkan semula kata-kata dan gerak-geri orang
lain dan ini adalah sebagai imitasi.
Beliau banyak menunjukkan contoh dalam seni
kesusasteraan dan drama.

Dalam karyanya bertajuk Poetics, beliau menyatakan,

imitasi ialah sesuatu yang dilakukan oleh seorang


manusia semasa dia masih kanak-kanak, dan salah
satu keuntungan manusia jika dibandingkan dengan
binatang ialah seseorang manusia itu merupakan
makhluk hidup yang mengimitasikan (kata-kata dan
gerak-geri manusia lain), dan dia juga mula
mempelajari sesuatu itu daripada proses imitasi.

Aristotle merujuk kepada karya drama tragedi yang

mewakili aksi dan kehidupan manusia. Itulah yang


dikatakan mimesis.
Ia mewakili manusia bukan dengan menceritakan
kehidupan seseorang yang wujud dan hidup di dalam
dunia ini, tetapi melalui cerita yang direka oleh
penulis dan pengarah.

Menurut Lok (1997), mimesis berlaku apabila ahli

drama itu menyusun peristiwa dalam dramanya


supaya ia mempunyai ciri-ciri rangka cerita bahagian
permulaan, pertengahan dan akhir dan mempunyai
pertalian demi pertalian antara peristiwa dalam
sesebuah drama tragedi.

Bagi Aristotle, watak individu dan peristiwa dalam

sesebuah drama itu hanya merupakan alat yang


digunakan oleh ahli drama untuk menyampaikan
pengetahuan dan pengajaran yang lebih umum.
Beliau mengatakan fungsi drama ialah menceritakan
sesuatu peristiwa melalui mesej tertentu. Pendapat ini
bertentangan dengan Plato yang mengatakan drama
adalah cerita palsu.

seni bukanlah meniru hasil buatan orang atau meniru

alam sekitar, tetapi seni meniru aktiviti semula jadi.


alam semula jadi menghasilkan sesuatu dengan
menyatukan bahan yang sesuai dengan sesuatu
bentuk.

Seseorang seniman meniru proses kreatif dalam alam

semula jadi dengan menyatukan bahan tertentu dalam


bentuk atau struktur yang sesuai.
Seniman menggunakan sumber alam untuk
membentuk melalui idea menjadi sesuatu bahan
kreatif.

Dalam karyanya bertajuk Poetics, bab 1, beliau

menunjukkan bahan yang digunakan oleh bentukbentuk seni yang berlainan dalam proses imitasi.
Ahli seni catan dan ahli seni pahat menggunakan
warna dan bentuk untuk menghasilkan sebuah karya
imitasi.

Dalam konteks ini, mimesis tidak boleh dirujuk

kepada mengeluarkan semula objek asal tetapi bahan


yang digunakan untuk menghasilkan karya adalah
tidak sama dengan objek asal.
Ini bermakna seseorang seniman itu menghasilkan
suatu bentuk yang baru melalui kreativiti pengkarya.

karya seni harus dinilai sebagai suatu peniruan.

Peniruan yang dimaksudkan ialah tiruan dunia


alamiah dan dunia manusia sendiri.
pembuat karya seni berbeza dari tugas pensejarahan
yang menceritakan hal-hal kejadian yang lepas.
Karya seni harus lebih dari itu iaitu memiliki
keunggulan idea dan falsafah yang bersifat universal.

You might also like