Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Kedatangan imigran Cina dan India ke Negeri-Negeri Melayu

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja
mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan
politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah
dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu.
Hal ini menjadi semakin hebat selepas campur tangan British di Negeri-negeri Melayu,
kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya.
Dari segi ekonomi, perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan
kemasukan imigran cina dan India secara beramai-ramai. Penghijrahan imigran Cina dan
India ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu sehingga ke hari ini.
Penghijrahan masyarakat luar ke Tanah Melayu bukan sahaja melibatkan kaum
Cina dan India, malah ada orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera,
Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Kebanjiran imigran-imigran dari luar
ini telah membentuk konsep masyarakat majmuk di Malaysia, bermulanya dari sejak
awal lagi. Persoalannya sekarang, kenapakah penghijrahan berlaku pada zaman itu?
Mengapakah kaum Cina dan India yang menjadi intipati kepada pokok persoalan
penghijrahan di Tanah Melayu, sedangkan terdapat juga bangsa-bangsa lain? Soalan ini
akan terjawab apabila kita mengupas akan proses kedatangan imigran Cina dan India ke
Negeri-negeri Melayu.
Dalam konteks sejarah, proses migrasi jelas berlaku pada abad ke-19 apabila
Kerajaan British berusaha membawa masuk golongan imigran Cina dan India untuk
berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.
Bahkan bukan sedikit yang berpendapat, masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini
ialah kerana kontruksi pihak British. Menurut J.S. Furnival dalam Ruslan Zainuddin
(2004), masyarakat majmuk kepada sebuah masyarakat seperti Malaysia hari ini terdiri
daripada pelbagai kaum dengan setiap kaum mempunyai budaya, agama, bahasa, adat
resam dan cara hidup yang tersendiri.
Melalui dasar pecah dan perintah (devide and rule) pihak British, konsep
masyarakat majmuk lahir daripada migrasi kaum-kaum Cina dan India dapat dicirikan
dengan perpecahan dan konflik antara kumpulan-kumpulan manusia yang berada di
bawah satu sistem. Perpecahan ini dapat dirujuk kepada aspek politik, ekonomi, dan
sosial masyarakat. Keadaan ini jelas apabila berlaku pembahagian buruh dalam sistem

ekonomi berdasarkan pemisahan kaum dalam masyarakat dengan setiap kaum


mempunyai fungsi-fungsi ekonomi yang tersendiri (Ruslan Zainuddin, 2003).
Jelas, bahawa proses kedatangan imigran-imigran Cina dan India ke Tanah
Melayu telah mendominasi kepelbagaian etnik di negara ini sekaligus melahirkan sifat
hetergenousbudaya, perpecahan social dan konflik. Masyarakat dikelompok mengikut
lokasi dan peluang-peluang ekonomi mereka. Keadaan ini telah melahirkan sedikit
sebanyak sifat komunalisme (perkauman) dalam masyarakat. Rentetan daripada isu
kemajmukkan masyarakat di Malaysia hari ini, fokus penulisan esei ini turut meninjau
perspektif proses kedatangan imigran-imigran Cina dan India ke Tanah Melayu
berdasarkan sebab tertentu dan kesannya.

PENGHIJRAHAN IMIGRAN CINA


Penghijrahan imigran Cina ke Tanah Melayu mengikut pendapat para sejarawan
dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka lagi. Namun kemasukan yang
agak jelas, bermula pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka manakala kemasukan besarbesaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku selepas pendudukan British di
Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke 18. Imigran Cina juga datang ke Tanah Melayu
untuk berdagang. Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletak antara
laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau singgah ke
pelabuhan Melaka ketika itu. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan
bekalan buah-buahan, bijih timah, gincu, lada hitam, candu dan ubat akar kayu. Mereka
juga memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera, kain benang emas, tembikar,
pinggan mangkuk dan sebagainya. Hubungan perniagaan yang luas dan mewah ini
membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat konsisten dan
berterusan.
Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19.
Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih
timah dan ladang lada hitam. Kemasukan imigran Cina juga sedikit sebanyak memberi
kesan kepada pelbagai aspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu. Antara
yang utama ialah dari aspek politik, sosial, ekonomi dan kesenian di Tanah Melayu.
Menurut Ruslan Zainuddin (2004), faktor mendorong imigran Cina untuk memulakan
kehidupan baharu di seberang laut menjadi pemangkin kepada proses penghijrahan ini di
samping memiliki sifat keberanian, ingin mengembara dan mahir dalam ilmu pelayaran.
Mengikut statistik, Negeri-negeri Selat mencatat bilangan tertinggi dari segi

kemasukan imigran Cina ini. Menurut Ranjit Singh Malhi (1985), pada tahun 1820
terdapat 8300 orang Cina di Pulau Pinang manakala pada tahun 1822 terdapat 1150 orang
Cina di Singapura. Bilangan imigran Cina di Melaka pula pada tahun 1826 ialah seramai
4100 orang. Keadaan ini menunjukkan kepesatan penghijrahan imigran Cina ke Tanah
Melayu, khususnya Negeri-negeri Selat akibat daripada kepesatan ekonomi era penjajah
British di Tanah Melayu. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu
berasal dari bahagian selatan China, iaitu dari wilayah-wilayah Fukien, Kwangtung dan
Kwangsi. Menjelang tahun 1830, bilangan imigran Cina di negeri-negeri Melayu
dianggarkan berjumlah kira-kira 40 000 orang (Purcell, (1997) dalam Ruslan Zainuddin,
2003). Justeru itu, kebanjiran imigran Cina di Tanah Melayu menjadi titik tolak terhadap
perkembangan ekonomi Tanah Melayu dalam era penjajah selanjutnya.

FAKTOR DAN PROSES KEDATANGAN IMIGRAN CINA


Penghijrahan imigran Cina disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya, foktor
penolak dan faktor penarik. Dari segi faktor penolak, iaitu yang mendorong mereka untuk
meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lain-lain.
Sebagai contoh, semasa pemerintahan Dinasti Manchu (1644-1911), pemberontakan dan
kekacauan sering berlaku akibat perasaan tidak puas hati rakyat seperti Pemberontakan
Taiping (1850-1864) dan Pemberontakan Boxer (1899-1900). Huru-hara dan banyak
nyawa terkorban menjadi ketakutan orang Cina untuk berhjirah ke luar, khususnya ke
Tanah Melayu (Ruslan zainuddin, 2010).
Selain itu, masalah dalaman Negara China yang dilanda krisis penduduk yang
ramai menyebabkan rakyatnya kekurangan makanan diburukkan lagi bencana alam
seperti banjir, kemarau dan gempa bumi yang melanda China. Banyak harta dan nyawa
terkorban dan keluaran pertanian turut musnah. Antara lain, dasar Kerajaan China yang
menggalakkan rakyatnya berhijrah negara lain bagi penghidupan baru yang lebih baik
turut menjadi faktor penolak kemasukan golongan imigran Cina ini (Ruslan Zainuddin,
2010).
Bagi faktor penarik pula, pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu
telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan
perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang. Faktor
ekonomi merupakan pendorong utama kemasukan imigran Cina ini ditambah lagi dengan
pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi
kemasukan imigran. Kehadiran modal asing terutamanya dalam perusahaan getah dan

bijih timah meripakan faktor penarik yang penting penghijrahan imigran Cina ke Tanah
Melayu menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah
Melayu. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.
Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat
perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk
berhijrah ke Tanah Melayu. Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat
membangun melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang
pekerjaan.
Akibat daripada perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain, permintaan
terhadap bahan mentah seperti getah dan bijih timah membuka banyak kawasan pertanian
dan lombong, dan ini sudah tentu memerlukan tenaga kerja yang ramai juga. Politik di
Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah
menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran Cina ke Tanah Melayu.
Dari segi cara kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah melalui sejenis
sistem kemasukan khas yang dipanggil tiket kredit. Tiket kredit dipraktikan dalam usaha
membawa masuk imigran dari Cina secara sistematik dan berkesan. Usaha British ini
dibantu oleh agensi-agensi kerja yang menguruskan kemasukkan imigran Cina ke Tanah
Melayu. Kaedah ini memerlukan imigran Cina ini berhutang terlebih dahulu dan
membayarnya sehingga selesai.
Kaedah kedua, iaitu Khek Thau (ketua). Apabila tiba di Tanah Melayu, ejen-ejen
ini akan menjual buruh-buruh ini kepada majikan yang memerlukan khidmat buruh di
Tanah Melayu khususnya pengusaha lombong bijih timah yang dimiliki British. Buruh
yang dibeli, terpaksa berkerja untuk tempoh tertentu tanpa gaji, kerana gaji mereka dikira
telah dibayar ketika majikan membeli mereka dari ejen dahulu. Selain itu, cara ketiga
ialah melalui bantuan rakan atau anggota keluarga. Mereka yang menggunakan cara ini
dikenali sebagai Sin Kheh. Melalui kaedah ini, ejen yang membawa mereka ke Tanah
Melayu yang mengatakan bahawa kebajikan mereka di sini akan dijaga sepenuhnya oleh
majikan, hakikatnya,mereka menjadi mangsa penindasan majikan. Selepas tamat kontrak
bekerja dengan majikan yang membeli mereka, barulah mereka akan dilepaskan dan
dibenarkan berkerja dengan majikan lain. Apabila sudah tidak terikat, mereka dikenali
sebagai Lau Khek.
Akhir sekali, berhijrah secara berkumpulan. Mereka datang secara beramai-ramai
menggunakan satu kapal. Menurut Ruslan Zainuddin (2010), penghijrahan orang

Foochow ke Sibu, Sarawak semasa zaman Charles Brooke diketuai oleh Wong Nai Siong.
Cara ini berjaya membawa masuk orang Cina dan sekaligus menetap secara
berkumpulan.

PENGHIJRAHAN IMIGRAN INDIA


Penghijrahan imigran India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula
pada tahun 1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang
pertanian, khususnya tanaman getah. Maka oleh sebab itulah jumlah masyarakat India
meningkat secara mendadak di Tanah Melayu. Kerajaan British di Negeri-negeri Selat
tidak banyak menghadapi masalah membawa masuk buruh-buruh itu ke Tanah Melayu
kerana pada ketika itu India berada di bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris
(EIC). Ini menyebabkan semua urusan dapat dikendalikan dengan mudah dan lancar.

FAKTOR DAN PROSES KEDATANGAN IMIGRAN INDIA


Faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan imigran India ke Tanah Melayu
juga dapat dikategorikan oleh faktor penolak dan penarik. Seperti kaum imigran yang
lain, kehadiran kaum India di Tanah Melayu banyak didorong oleh pergolakan dalaman
yang berlaku di negara asal mereka. Masalah pertambahan penduduk yang pesat,
daripada 130 juta orang (1845) meningkat kepada 390 juta orang pada tahun 1941
(Ruslan Zainuddin, 2004). Pertambahan penduduk banyak masalah seperti kekurangan
sumber untuk menyara diri dan keluarga, situasi kerap kali menimpa golongan tani yang
miskin. Banyak petani miskin hilang tanah mereka dengan menjual, menggadai kerana
terpaksa membayar cukai dan hutang yang tinggi.
Keadaan diburukkan lagi oleh bencana alam seperti banjir, kemarau, kebuluran
yang kerap berlaku. Masalah kesusahan hidup, sistem sosial di India membataskan
mobiliti sosial dan ekonomi masyarakat. Amalan hukum kasta yang rigid turut
mengekang keadaan kaum India menikmati hak yang sama dengan orang yang berkasta
tinggi. Tambahan pula, jurang mereka yang berpendidikan dengan yang kurang terdidik
atau buta huruf telah menjadi isu besar sekaligus membataskan pilihan dan peluang
pekerjaan.
Dari segi faktor penarik, kemasukan beramai-ramai imigran India untuk bekerja di
ladang getah menjadikan bilangan mereka pada akhir 1920-an lebih ramai daripada

orang bumiputera sendiri. Selepas 1900 apabila getah menjadi satu perusahaan yang mula
berkembang dan ladang-ladang getah dibuka banyak selepas itu serta keperluan untuk
mendapatkan buruh menjadi satu kemestian. Orang-orang Melayu ketika itu juga tidak
gemar untuk berladang getah. Permintaan buruh India yang semakin banyak, akibat
Revolusi Perindustrian di Eropah.
Kerajaan British memberi galakkan kepada kemasukan buruh dari India kerana
sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang rendah. Selain menjadi buruh di ladangladang getah, mereka juga diambil bekerja untuk membina jalan raya dan jalan keretapi.
Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan
orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah
Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di
Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu
juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.
Proses kedatangan imigran India ke Negeri-negeri Melayu antaranya melalui
sistem kontrak. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang getah akan membuat
pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampungkampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu.
Tambang pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat
pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu diserahkan kepada
majikan. Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu
selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani
dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji
mereka rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di samping itu,
mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan
tambang perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini dihapuskan.
Kedua, sistem kangani yang diperkenalkan pada tahun 1898. Majikan yang ingin
mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari
ladangnya ke India. Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di India dan
mengumpulkan saudara mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yang ingin
berhijrah ke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang dan lain-lain
perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan. Di ladang,
buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan
baik.
Manakala, proses kedatangan imigran Indian yang ketiga berlaku secara
persendirian. Imigran-imigran ini datang secara berseorangan tanpa melalui agen

mahupun kerajaan Inggeris sekalipun. Apabila sampai ke Tanah Melayu, mereka akan
berusaha mencari majikan sendiri dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Sistem ini agak
baik namun tidak ramai golongan imigran India yang dapat sampai dengan kaedah ini
kerana faktor kemiskinan.

KESAN KEMASUKAN IMIGRAN KE NEGERI-NEGERI MELAYU


Antara kesan-kesan berlakunya kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah
wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh. Seperti yang sedia
dimaklumi, masyarakat Melayu hanya menumpukan perusahaan ekonomi sara diri
terutama dalam sektor pertanian dan perikanan yang nyata tidak menyumbang banyak
kepada pemangkinan ekonomi negara. Apabila British membawa masuk kaum Cina
khususnya untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi yang lebih komersial, ekonomi Tanah
Melayu menjadi lebih terkehadapan dan moden. Bagi ekonomi komersial, tanaman getah
giat dijalankan. Menjelang tahun 1910, luas kawasan getah ialah setengah juta ekar. Pada
tahun 1914 pula, jumlah keluasan bertambah dua kali ganda dan sekaligus menjadi
eksport Tanah Melayu yang terpenting (Ranjit Singh Malhi,1985).
Kemasukan buruh asing iaitu kaum Cina yang dibawa British juga perlu diakui
telah mampu meningkatkan hasil bumi Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak
dibiarkan di dalam tanah. Pada akhir pertengahan abad ke-19 berlaku peningkatan hasil
bumi Tanah Melayu terutama bijih timah. Kemasukan imigran Cina juga telah
menyebabkan Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia sehinggakan
permintaan datang bertali arus dan banyak lagi lombong bijih timah terpaksa dibuka. Ini
berlaku kerana kos buruh dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari
China adalah murah.
Antara kesan utama kehadiran imigran India katakan masyarakat imigran yang
menguntungkan masyarakat peribumi orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan
sistem ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing
untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan
dinikmati oleh golongn Imigran seperti India dan Cina.
Dalam konteks masyarakat majmuk, mewujudkan daerah-daerah petempatan dan
fungsi ekonomi mengikut kaum. Situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Orang
Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung tradisional
sehingga ke hari ini. Kaum Cina pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di
bandar-bandar dan pekan-pekan sehinggakan wujud satu istilah untuk menggambarkan

ramainya orang Cina di sesuatu kawasan petempatan iaitu istilah pekan cina dan ianya
diguna pakai sehingga ke hari ini. Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok
mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet sehingga ke hari ini juga. Pengkelasan ini
nyata sangat tidak berpatutan kerana ianya mampu memecah belahkan masyarakat yang
ada.
Namun tidak dapat dinafikan juga kesan negatif di atas kedatangan imigran Cina
di Tanah Melayu. Banyak Kongsi Gelap di Tanah Melayu berasal dari Negara China dan
di bawa ke sini oleh imigran Cina. Kongsi gelap dihubungkan dengan ajaran
konfusiusme, Buddhaisme dan Taoisme. Penubuhan kongsi gelap ini telah menimbulkan
konflik antara kumpulan yang ketara sehingga mencetuskan pergaduhan dan hubungan
yanag tidak baik. Antara konfliknya, sentimen perpaduan yang kuat; perbezaan monopoli
pekerjaan; pergaduhan; dan sebagainya dapat mencetuskan suasana tidak aman dan
genting (Mohd Isa Othman, 1999).
Selain itu, sifat yang ditonjolkan oleh segelintir kaum imigran ini turut
mempengaruhi masyarakat tempatan. Misalnya, gejala bandit sosial yang bermaksud
penjenayah, bertindak melampau, menyamun, merompak, dan sebagainya. Keadaan yang
ektremis ini kerap kali menimbulkan masalah dan keteganagan dalam masyarakat
tradisional Melayu. (Cheah Boon Kheng, 1988).

PENUTUP
Sebagai rumusan, proses kedatangan imigran Cina dan India ke Negeri-negeri
Melayu dalam era penjajah British ternyata melalui pelbagai cara dan kaedah tersendiri.
Proses penghijrahan golongan imigran ini banyak didominasi oleh faktor penolak seperti
sosial, ekonomi dan politik negara asal mereka serta faktor penarik seperti perkembangan
eknomi dan politik yang pesat mendorong penghijrahan imigran ke Tanah Melayu.
Kaedah dan cara kedatangan mereka menggunakan beberapa sistem seperti sistem tiket
kredit, cara persendirian, Sistem Kangcu bagi imigran Cina dan Sistem buruh kontrak,
Sistem Kangani, serta secara persendirian bagi imigran India. Penghijrahan oleh
golongan imigran Cina dan India jelas telah mewujudan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu pada masa itu dan Malaysia kini.

You might also like