Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS,

JALAN BEHOR PULAI,


01000 KANGAR,PERLIS

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


SEKOLAH RENDAH
(PGSR)

EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SCE 3107

NAMA PELAJAR

NO. K/PENGENALAN

KUMPULAN

: PGSR SAINS

AMBILAN

: NOV2008/2012

SEMESTER

: 5/2011

KOD M/PEL

: SCE 3107

NAMA PENSYARAH

: EN.RAVINTHERAN A/L KALIMUTHU

TARIKH SERAH

: 30 APRIL 2011

SOALAN BIODIVERSITI
Hutan hujan dapat diistilahkan sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan
pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia
mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam
pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua
atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk
tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit.
Hutan hujan tropika merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang
bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan.
Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa
darat yang luas di zon intertropika.
Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada
masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh
hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika,
Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan.
1. Ahli ekologi menekankan bahawa tanpa langkah perlindungan yang berkesan,
hutan hujan tropika mungkin akan menghadapi ancaman kemusnahan.
a. Bincangkan 2 sebab mengapa perhatian perlu diberi untuk melindungi hutan hujan
tropika.
(10 markah)

1- Hutan hujan tropika adalah satu khazanah yang berharga kepada semua orang di
bumi ini tidak kira di mananya kita tinggal. Hutan memainkan peranan yang penting
dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Hutan penting bukan sahaja sebagai
tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai simpanan balak yang boleh
dieksploitasi, sebagai sumber spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat
bagi berbagai variasi flora dan fauna.
Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun
demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies

tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah
hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di
Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga,
200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan
100 spesies serangga telah direkodkan. Di Sarawak pula, 70% daripada
kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada
8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna. Hutan membekalkan makanan secara
langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian,
putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia juga adalah satu
habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk. Hutan
adalah sebagai tempat perlindungan semulajadi bagi orang-orang asli di kawasan
pedalaman hutan. Mereka dapat menyara hidup mereka melalui sumber hutan sejak
beribu-ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian mereka amat bergantung kepada hutan.
Mereka memburu bukan sahaja untuk mendapatkan sumber makanan tetapi untuk
mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan. Contohnya, kumpulan etnik Bidayuh
di Sarawak. Hutan adalah sumber pendapatan seharian mereka. Kebanyakan
barang keluaran hutan seperti herba, gum ( damar ), sarang burung dan keladi
dikumpulkan oleh mereka untuk dijual di pasaran urban sebagai sumber tambahan
pendapatan kepada mereka. Justeru itu, masyarakat orang asli seperti suku kaum
Batek di Hutan Simpanan Kuala Tahan, Taman Negara, masih berinteraksi secara
langsung dengan khazanah hutan.
Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar
dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungaisungai. Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak
terputus sepanjang tahun.
Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih
daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat
dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat
memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan mencegah kejadian-kejadian
buruk seperti banjir kilat.

2- Hutan juga berfungsi sebagai penstabil cuaca bumi dan hampir 70% daripada
penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Semasa
tumbuhan menjalankan proses fotosintesis , ianya menyerap karbon dioksida dan
mengeluarkan oksigen pada masa yang sam. Ini diimbangi oleh pernafasan
( respirasi ) tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan
penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi.
Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya
penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Peningkatan pemekatan
karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah pemanasan dunia terjadi.
Ianya akan mempengaruhi pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung
mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gasgas seperti karbon dioksida, Chlorofluorocarbons ( CFCS ), methane, tropospheric
ozone dan nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran
daripada permukaan bumi dan menyebabkan suhu meningkat sehingga berlakunya
fenomena kesan rumah hijau
Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge ) yang berongga, menyerap air
hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak-anak sungai bagi
mengelak kejadian banjir daripada berlaku. Ia juga akan bertindak sebagai penapis
dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air secara tidak langsung. Kitar atau
edaran hidrologi yang berlaku di kawasan-kawasan hutan akan memberi kesan
kepada kualiti dan kuantiti sungai. Dari segi kuantitinya, ekosistem hutan berperanan
sebagai " regulator " air dan mengawal kadar alirannya. Pada masa yang sama,
silara pokok hutan berupaya mencegah atau menyerap air hujan antara 20 hingga
28%, di mana sebahagian besarnya akan kembali ke atmosfera melalui sejatan
pepeluhan . Kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke
sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat yang secara tidak langsung
akan mendatangkan bencana kepada manusia.

b. Beri contoh pengurai dan pembangkai


(10 markah)
Pengurai bakteria dan kulat pengurai mendapat tenaga dengan mengurai
sisa tumbuhan mati dan bangkai haiwan.Pengurai membantu menguraikan tulang
dan bangkai haiwan bagi membolehkan tumbuhan dan benda hidup lain
menggunakannya semula. Sungguhpun agen-agen pengurai merupakan unit yang
paling kecil dari segi saiznya tetapi kepentingannya adalah amat besar dan berkesan
dalam menghasilkan bahan-bahan seperti nutrien ke dalam persekitaran abiotik
seperti tanah. Ini bererti tanpa agen pengurai, kitaran makanan dalam ekosistem
tidak akan sempurna. Kumpulan pengurai yang dikenali sebagai saprolit terdiri
adalah bakteria, kulat, dan jenis hidupan seperti protozoa. Organisma seni pengurai
ini akan menguraikan bahan-bahan organik dan dalam proses tersebut akan
terbentuk nutrien-nutrien bukan organik seperti nitrogen, karbon dan potassium yang
sangat berguna untuk pertumbuhan dan pembesaran tumbuh-tumbuhan yang
berperanan sebagai pengeluar
-

Pembangkai burung hering,ketam,burung camar pembangkai sentiasa


bersedia untuk menghabiskan sisa makanan . Haiwan ini mendapat tenaga
dengan memakan bangkai haiwan lain.

c. Apakah yang akan berlaku kepada ekosistem hutan hujan tropika sekiranya
kesemua pengurai dan pembangkai tersingkir?
Sekiranya kesemua pengurai dan pembangkai tersingkir, maka bumi kita akan
dipenuhi dengan bangkai haiwan dan tumbuhan mati serta sampah sarap yang tidak
mereput. Keadaan persekitaran akan menjadi tercemar dan berbau. Sumber tenaga
biomass tidak dapat dijanakan. Kita akan kekurangan sumber tenaga.Tanah pula
tidak dapat menyerap nutrient untuk dibekalkan kepada tumbuhan. Pembesaran
tumbuh-tumbuhan juga turut terjejas. Haiwan herbivor juga akan kekurangan
nutrient. Manakala haiwan karnivor akan kekurangan sumber makanan yang
berkualiti. Dengan itu sistem rantai makanan juga akan turut terjejas.
(10 markah)

2. Biodiversity boleh didefinisikan sebagai jumlah bilangan spesies yang berbeza


dalam sesuatu ekosistem dan kekompleks interaksi sesama mereka.
a. terangkan lima faedah ekonomi biodiversity kepada manusia
i.

1-Biodiversiti memberi sumbangan yang sangat besar dan tidak ternilai


kepada kehidupan manusia sejagat. Ia menjadi penyumbang kepada
sejumlah besar bekalan makanan (yang diperolehi daripada spesies flora dan
fauna yang wujud) dalam kehidupan seharian kita. Malah sepanjang sejarah,
manusia sangat bergantung kepada biodiversiti bagi meneruskan
kelangsungan hidup. Sebagai contoh, penangkapan ikan dunia tahunan
(dengan kadar purata 100 juta tan metrik) menggambarkan bahawa ia
membekal sumber protein yang sangat penting kepada kehidupan manusia
dengan lebih daripada 20% populasi di Afrika dan Asia bergantung kepada
ikan sebagai sumber protein utama mereka. Sementara itu, haiwan daratan
pula membekalkan hasil makanan seperti telur, susu, daging dan sebagainya
kepada kita melalui sektor penternakan.
Biodiversiti liar pula menyediakan pelbagai sumber bahan mentah dan
makanan merangkumi buah-buahan, kekacang, bijirin, cendawan, madu,
rempah ratus, dan bahan perisa. Sumber bekalan makanan liar ini sangat
penting kepada kita terutamanya apabila bekalan makanan daripada hasil
pertanian menemui kegagalan. Dengan adanya biodiversiti liar, ia menjadi
penampung kepada kegagalan sesetengah sistem pertanian maju. Sebagai
contoh, daya pengeluaran hasil tanaman pertanian dunia membangun adalah
dikekalkan melalui penyerapan lazim gen daripada penghubung liar hasil
tanaman ini. Gen liar ini memberikan ketahanan terhadap serangga perosak
dan penyakit yang mana ia dapat mengawal ancaman secara berterusan
kepada tuaian. Dengan adanya gen liar yang bertindak sebagai pembiakbaik
tumbuhan, ia membantu menghasilkan tumbuhan bermutu dan mengeluarkan
hasil tinggi yang sekaligus menjana pendapatan berjuta-juta ringgit dalam
sektor pertanian global. Jika spesies berkenaan pupus, maka kolam gen yang
berpotensi bagi pertanian masa depan juga akan musnah.
2- Bukan itu sahaja, malah sehingga kini tumbuhan liar masih menjadi
sumber makanan berjuta-juta penduduk pedalaman yang miskin dan juga

masyarakat orang asli. Sebagai contoh, penduduk di kawasan pedalaman


Thailand menjalankan aktiviti memungut dan mengumpul tumbuhan liar untuk
dijadikan sumber makanan semasa musim hujan. Manakala bagi penduduk di
bandar Iquitos, Peru pula, buah-buahan daripada enam puluh spesies
tumbuhan liar dipungut untuk dijual di pasar-pasar. Walaupun para petani
boleh membeli dan menanam biji benih yang telah diubahsuai secara genetik
(GM) menggunakan teknik molekular terkini, namun produktiviti makanan
masih lagi bergantung kepada biodiversiti tumbuhan yang harus dikekalkan
oleh amalan pertanian tradisional. Bagi biodiversiti marin di Sabah misalnya,
rumpai laut dan ikan diternak sebagai salah satu industri yang besar dan
sangat menyumbang kepada ekonomi negara.
3- Biodiversiti juga menjadi penyumbang kepada sumber ubat-ubatan yang
wujud pada hari ini baik ubat-ubatan tradisional mahupun ubat-ubatan moden.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 80%
daripada penduduk dunia membangun bergantung kepada ubat-ubatan
tradisional yang diperoleh terutamanya daripada spesies tumbuh-tumbuhan.
Di Asia Tenggara misalnya, penyembuh tradisional menggunakan sejumlah 6,
500 spesies tumbuhan berbeza untuk merawat malaria, ulser perut, siflis dan
penyakit-penyakit lain. Malah, biodiversiti juga kritikal kepada sektor kesihatan
rasmi' dunia membangun. Hasil tinjauan yang direkodkan menunjukkan
bahawa sebanyak 150 preskripsi dadah digunakan di United States dan 118
daripadanya adalah berasaskan sumber biodiversiti. Daripada jumlah
tersebut, didapati sebanyak 74% adalah diperolehi daripada spesies tumbuhtumbuhan. Ini sekaligus telah meningkatkan penggunaan spesies tumbuhan
dalam bidang perubatan. Kebiasaannya bahagian-bahagian yang berguna
daripada spesies tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan adalah
seperti bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Struktur dan kandungan
ubat yang dihasilkan daripada spesies tumbuh-tumbuhan adalah bergantung
kepada jenis penyakit yang hendak diubati.

4- Selain itu, biodiversiti turut menyumbang sebahagian besar sumber


pendapatan kepada manusia sejagat. Sumbangan-sumbangan yang

disebutkan di atas sekaligus turut menyediakan faedah ekonomi secara


menyeluruh dalam kehidupan manusia. Ia juga sangat penting dan menjadi
penyumbang secara langsung kepada sumber pendapatan dan pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Satu contoh yang jelas ialah bioprospek' iaitu
pencarian ke atas hasil biotik yang tidak diketahui kegunaan spesifik seperti
pestisid semulajadi, toksin antifungal dan enzim. Penemuan senarai hebat
sumber serbaneka' yang disumbangkan oleh biodiversiti juga merangkumi
kebanyakan bahan binaan yang sangat penting daripada bahan balak dan
bukan balak dalam sektor perhutanan, gentian, bahan bakar, damar, rotan,
haruman, bahan pewarna dan getah. Walaupun hasil keluaran tersebut
bernilai rendah, namun pada umumnya ia sangat berguna kepada masyarakat
dan penjanaan ekonomi sesebuah negara.
5- Malah bagi sesetengah negara, biodiversiti memberi sumbangan ekonomi
yang besar melalui aktiviti pelancongan dan rekreasi. Ekosistem marin
misalnya boleh dijadikan kawasan tarikan bagi aktiviti pelancongan seperti
taman laut yang boleh menjana kepada pembangunan ekonomi yang besar
kepada sesebuah negara. Bagi mereka yang menghabiskan percutian sambil
menikmati alam semulajadi dianggarkan menyumbang sekurang-kurangnya
500 bilion setahun sumber pendapatan kepada negara yang dilawati. Sebagai
contoh, ekosistem terumbu karang di Florida menjana sumber pendapatan
sebanyak 1.6 billion setahun hanya melalui aktiviti pelancongan sahaja.
Bahkan biodiversiti juga turut memberi sumbangan yang besar kepada
ekonomi sesebuah negara melalui aktiviti penyelidikan, terutamanya melalui
hasil penyelidikan yang dikomersialkan dan dipasarkan ke peringkat global.
b) Terangkan maksud kepupusan
Dalam biologi dan ekologi, kepupusan bermaksud kematian suatu spesies atau
kumpulan takson dari muka Bumi ini.Kepupusan juga membawa maksud lenyap,
iaitu sesuatu spesies itu lenyap dari muka bumi ini. Saat kepupusan biasanya
dianggap sebagai kematian individu terakhir dalam kumpulan (walaupun keupayaan
untuk membiak dan pulih mungkin telah tiada sebelumnya). Disebabkan taburan
potensi spesies mungkin sangat besar, menentukan saat ini agak sukar, dan

biasanya dilakukan secara retrospektif (melihat kembali). Kesukaran ini membawa


fenomena seperti Lazarus taxa, di mana spesies yang dianggap telah pupus tiba-tiba
"muncul kembali" (biasanya dalam rekod fosil) selepas satu tempoh kehilangan
nyata.
Spesies tipikal (biasa) mengalami kepupusan dalam 10 juta tahun selepas
kemunculan pertamanya,walaupun beberapa spesies, dipanggil fosil hidup, hidup
tanpa berubah selama beratus juta tahun. Kebanyakan kepupusan berlaku secara
semula jadi, tanpa gangguan manusia: dianggarkan 99.9% daripada semua spesies
yang telah wujud telah pupus.

ii. Terangkan bagaimana cara hidup kita dapat menyumbang ke arah kepupusan
beberapa spesies amfibia.
Masyarakat kita masih kurang memahami tentang pentingnya amfibia
katak kepada kehidupan kita di mana kehadiran katak menyumbang
kepada keseimbangan ekosistem,bidang perubatan serta
farmaseutikal. Amfibia biasanya hidup di habitat yang rendah suhunya.
Keadaan peningkatan suhu bumi akibat daripada aktiviti manusia
seperti penebangan hutan, aktiviti pembangunan dan pembakaran
hutan menyebabkan spesies katak kian menurun. Sekiranya aktiviti
seperti ini tidak dibendung maka spesis katak juga akan turut pupus.
Pemusnahan habitat yang berleluasa juga mengancam hidup
spesis katak. Banyak kawasan hutan telah diteroka dan dimusnahkan
untuk pelbagai tujuan. Projek-projek pembangunan seperti membina
rumah-rumah kediaman dan perbandaran telah dijalankan. Oleh yang
demikian, secara tidak langsung ianya memusnahkan habitat
semulajadi amfibia.
Selain daripada itu. kepupusan spesies katak ini bertambah runcing
apabila wujudnya sejenis kulat Chytridiomyosis yang dikatakan antara
punca utama kepupusan spesies amfibia empat kaki ini.

Penggunaan racun serangga dan bahan kimia di kawasan pertanian


juga turut menyumbang ke arah kepupusan amfibia. Dewasa ini, petani
dan peladang banyak menggunakan racun serangga untuk tujuan
menyahkan serangga perosak di ladang mereka. Tanpa disedari
dengan adanya racun dan bahan kimia ini juga telah membunuh
amfibia katak khasnya.
3. Kepelbagaian biologi boleh ditentukan melalui pelbagai cara. Berikan dua faktor
utama yang diambilkira semasa mengukur kepelbagaian spesies.
1. Kekayaan spesies
Kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang wujud dalam sesuatu
sampel. Semakin banyak bilangan spesies dalam sesuatu sampel, semakin
kaya sampel itu.

2. Kesamarataan spesies.
Kesamarataan spesies adalah bilangan individu yang sama rata atau hampir
bagi setiap spesies yang wujud dalam sesuatu sampel.

You might also like