Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CONTOH MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-2/2012


Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Pengerusi Mesyuarat
Hadir

:
:
:
:
:

12 Februari 2012
Khamis
1.15 petang
Bilik Gerakan SK. Teluk Buloh
Pn. Ruziah bt Sudin

: Pn. Zakiah bt Ahmad - Penyelia Petang


Pn. Fauziah bt Anwar - Pengerusi
Pn. Faridah Ahmad
Pn. Norhayati Tamzis
Pn. Norhayani bt Nganda
Pn. Norizan bt Abdullah - Pencatat

Tidak Hadir Bersebab : Pn. Rozita bt Jamil


En. Anas Safuan
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pn. Fauziah bt Anwar selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih
kepada
semua AJK yang hadir dalam mesyuarat ini. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran
PK Petang
Pn. Zakiah bt Ahmad.
1.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan
kurikulum dan
perancangan panitia tahun 2012.
1.3 Beliau juga memaklumkan pelantikan Pn. Norhayani bt Nganda sebagai setiausaha
Panitia
Bahasa Melayu bagi tahun ini.
Makluman : Semua
guru
2. UCAPAN PIHAK PENTADBIR
2.1 Pn. Zakiah mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang hadir.

2.2 Beliau menerangkan kepentingan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu,


haruslah diberi
pengukuhan daripada tahap 1.
Makluman : Semua
guru
3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon ahli mesyuarat
untuk
membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit mesyuarat tersebut diterima
dan disahkan.
3.2 Pn. Norhayati bt Tamzis mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima dan
disahkan.
3.3 Pn. Faridah bt Ahmad menyokong.
3.4 Minit mesyuarat yang diadakan pada 22 Januari 2012 telah disahkan tanpa sebarang
pindaan.
Makluman : Semua guru
4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Pelaksanaan PLBS 4 kali setahun akan ditetapkan kemudian setelah dibincangkan
dengan pihak
pentadbiran.
Penggunaan eviden akan diselaraskan mengikut aliran dan hal yang berkaitan akan
ditentukan
dalam mesyuarat akan datang.
Makluman : Semua guru
5. RANCANGAN TAHUNAN DAN KONTRAK LATIHAN MURID
5.1 Rancangan Tahunan dan Kontrak Latihan murid perlu disediakan oleh setiap orang
guru.
5.2 Mesyuarat mengusulkan Kontrak Latihan Murid dan Rancangan Tahunan perlu
diasingkan untuk
memudahkan pemantauan.
5.3 Mesyuarat juga bersetuju supaya sesalinan Rancangan Tahunan dan Kontrak Latihan
Murid perlu
diserahkan kepada Ketua Panitia untuk simpanan fail.

Makluman dan Tindakan :


Semua guru
6. HAL-HAL LAIN
6.1 Pn. Norizan bertanyakan tentang PKJR yang perlu dilaksanakan dalam masa P&P.
6.2 Pn. Norhayati menjelaskan bahawa dalam seminggu hanya satu masa diperuntukkan
untuk
melaksanakan PKJR.
6.3 Pn. Faridah memaklumkan bahan untuk pendidikan sastera dalam P&P Bahasa
Melayu untuk
Tahap 2 boleh diambil dari PSS.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh,
......................................
(PN. NORIZAN BT ABDULLAH)
ANWAR)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Melayu,
SK. Teluk Buloh.
Tarikh : 20 Februari 2012

Disahkan oleh,
...............................
(PN. FAUZIAH BT
Pengerusi,
Panitia Bahasa Melayu,
SK. Teluk Buloh.
Tarikh : 20 Februari 2012

You might also like