Tajuk 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Definisi dan Konsep Pengurusan dan Pentadbiran.

Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah
pengurusan seperti kepimpinan guru besar adalah pengaruh utama dalam mennetukan kualiti
pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses
sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah
organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini
disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang
kepada matlamat organisasi.( Morphet et al, 1982).
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan
adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan
dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia
berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan
juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin
seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.
Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua
organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.
Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.
Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin,
mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai
matlamat yang ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara
anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai
matlamat. Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu
masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang
sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang
kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi
faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.
Mengikut Knezevich (1974),pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut
dengan mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsang, mengawal,dan menyatukan secara formal
mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang
kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan Sementara itu Campbell,Bridges dan
Nystrand (1977) pula berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk
menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran. Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam
pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia
meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institute pendidikan guru dan
juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah
segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu
di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.
Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling
bertukar ganti. Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah,
mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap

digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.
Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secar
ringkasnya saya dapat rumuskan, perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan
ialah Pengendalian, Matlamat, Kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan apa yang telah
dirancangkan.

MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS


MODEL ILTENERAN
Model guru beredar.
Sasaran : semua murid berkeperluan khas
Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara terus di bilik darjah
Penglibatan: murid dan guru
Skop: terhad
Lokasi: kelas, Tadika, Taman Asuhan, Sekolah integrasi dan PDK

MODEL KONSULTAN
Model perundingan.
Sasaran : kanak-kanak khas, ibu bapa, guru, dan semua pihak yang berkaitan
Cara pelaksanaan: khidmat bantu secara lebih terbuka
Penglibatan: murid dan guru, KPM, NGO,JKM,KKM, pasukan pelbagai disiplin, pakar berkaitan
Skop: lebih luas
Lokasi: bebas, dalam dan luar sekolah

MODEL BILIK RESOS


Bilik-bilik yang disediakan untuk menjayakan program pendidikan khas. Digunakan sebagai tempat
menjalankan bimbingan dan penyimpanan alatan yang dan tempat guru resos menjalankan tugasan.
Fungsi guru resos ialah menjalankan pengajaran dan pembelajaran , pengurusan kelas bimbingan,
aktiviti tambahan.

MODEL KELAS BIASA( INKLUSIF)


Melibatkan murid pendidikan khas yang belajar bersama dalam kelas biasa bersama murid aliran
perdana. Mereka akan mengikuti pelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya. Inklusif
dijalankan scara separa dan sepenuhnya . Senarai daftar murid pendidikan khas kekal dalam kelas
pendidikan khas. Guru pendidikan khas berfungsi sebagai guru pendamping. Dilaksanakan di sekolah
rendah dan menengah bergantung kepada prestasi dan RPI.

MODEL KELAS INTEGRASI


Kelas-kelas pendidikan khas dijalankan dalam sekolah bersama dengan kelas-kelas aliran perdana yang
lain. Semua murid pendidikan khas akan belajar di kelas yang disediakan untuk murid-murid pendidikan
khas. Semua kemudahan-kemudahan dan infrastruktur di sekolah tersebut akan dikongsi

bersama. Semua murid pendidikan khas akan didaftarkan secara berasingan dan menjalankan aktiviti
pnp secara berasingan.

You might also like