Kecerdasan DR Horward Gardner

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Kecerdasan Pelbagai Dr.

Horward Gardner (1991)

Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim ( Moderator Blog Insan Istimewa Permata Hati )

Mengikut Dr. Horward Gardner (1991) terdapat lapan (8) jenis kecerdasan pelbagai dan jenis
jenis kecerdasan pelbagai adalah seperti berikut :1. Kecerdasan Bahasa Linguistik
Kecerdasan bahasa linguistik merujuk kepada kebolehan semulajadi murid dalam kebolehan,
memperolehi, membenuk dan pemprosesan bahasa. Pemikiran yang simbolik dan
penaakulan yang abstrak tergolong dalam kategori ini seperti juga mempunyai kemahiran
petah bercakap atau bertutur (corak yang menghasilkan idea idea). Murid murid yang
mempunyai kecerdasan ini pandai berbahasa, suka meluahkan pendapat, suka menulis dan
membaca. Kecerdasan ini merujuk kepada kebolehan atau potensi manusia untuk
menggunakan pengoperasian bahasa yang asas secara terang dan detail.
2. Kecerdasan Matematik Logik
Kecerdasan matematik logik yang mana murid murid mempunyai kecerdasan ini boleh
berfikir secara logik dan dapat mengenalpasti nombor nombor geometrik dan numerik
dengan mudah. Ia merujuk kepada kebolehan murid murid untuk menggunakan
penaakulan yang induktif dan deduktif serta dapat menyelesaikan masalah yang abstrak.
Dalam erti kata yang lain, mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
nombor secara mudah. Murid murid yang mempunyai kecerdasan ini suka bertanya,
mudah untuk memahami permainan yang banyak melibatkan strategi seperti permainan
catur. Mereka ini juga lebih cenderung minta terhadap komputer serta mesin kira kira.

3. Kecerdasan Spatial / Ruang

Kecerdasan Pelbagai Dr. Horward Gardner (1991)

Murid murid yang mempunyai kecerdasan spatial mampu untuk mengesan imej dan berfikir
menggunakan imej dan kerap kali mereka dapat menjumpai objek yang hilang kerana
mereka mempunyai ingatan visual yang kuat. Mereka ini suka melukis, boleh menceritakan
apa yang difikirkan melalui peta, carta dan juga gambar rajah.

4. Kecerdasan Muzik / Ritma


Murid murid yang mempunyai kecerdasan muzik / ritma mempunyai kebolehan untuk
mencipta atau membuat tafsiran tentang muzik. Mereka ini memerlukan muzik apabila belajar
dan mereka selalu menyanyi serta menghasilkan bunyi mengikut ritma dan bersiul.
Pendengaran yang sangat tajam yang mana dapat membuat perbezaan antara nada dan
mengenalpasti bunyian yang terdapat pada persekitaran.
5. Kecerdasan Kinestatik / Gerak Badan
Murid murid yang mempunyai kecerdasan kinestatik / gerak badan mempunyai kebolehan
mengawal dan membuat tafsiran pergerakan badan dan objek yang berada disekeliling
mereka. Suka mengimbangi keharmonian fizikal dan minda. Mereka suka melibatkan diri
dalam bersukan serta aktiviti aktiviti mencabar, mempunyai kemahiran kraftangan yang
tinggi dan tidak boleh duduk setempat untuk jangka masa yang lama.

You might also like