Professional Documents
Culture Documents
Revision of Edu 3039
Revision of Edu 3039
In addition, children's voices should also be heard. Their opinions which are taken into
account by parents will make them feel appreciated. Parents should play significant role to listen
and respond to the things which are to be delivered by their children. Parents should also spend
more quality time with their children. Therefore, they are willing and ready to talk about their
feelings or problems to the parents.
Furthermore, parents ought to include the children in community activities in order to
instill the noble values in children. Parents can include or involve their children in camps,
forums, workshops, collaboration and so on. In addition, children should also be taught to be
kind and tolerant to the community members. This can help in giving exposure to the children in
order to face the challenging environment in their future.
JAWAPAN DALAM BM:
Ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut
kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang
seimbang dan air yang bersih. Hal ini sekaligus dapat memberi kelangsungan hidup yang lebih
positif dan cerah dalam hidup mereka. Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang
perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik. Dengan
adanya elemen tersebut, secara tidak langsung kanak-kanak akan wujud motivasi dalam diri
mereka untuk hidup lebih semangat dan aktif.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang
mengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam memangkinkan
tumbesaran kanak-kanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak untuk memilih makanan yang
berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang kurang berkhasiat. Hal ini dapat memastikan
perkembangan dan pertumbuhan luaran dan dalaman mereka akan berlaku dengan seimbang dan
terus.
Sementara itu, ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan
ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk
minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini
adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa hadapan.
Di samping itu, suara kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira
oleh ibu bapa akan membuatkan mereka berasa dihargai. Ibu bapa haruslah memainkan peranan
yang besar di sini untuk mendengar dan memberi respon kepada apa yang hendak disampaikan
oleh anak mereka. Ibu bapa juga haruslah meluangkan masa untuk anak mereka. Dengan ini
mereka bersedia untuk meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa.
Seterusnya, ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktiviti kemasyarakatan
supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak. Ibu bapa boleh anak-anak
mereka dalam perkhemaham, forum, bengkel, gotong royong dan sebagainya. Selain itu, kanakkanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan anggota masyarakat. Hal ini
akan menjadi pendedahan kepada mereka untuk menempuh alam dewasa yang mencabar pada
masa hadapan.