Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

5.

0 HUBUNGKAIT KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI GURU DENGAN GURU


(PEMIMPIN)

Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah
berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapankecekapan baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman (
Mohammed Sani 2005). Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan maka
hubungannya dengan kualiti guru tidak dapat dipisahkan. Menurut Sulaiman Daud
(1995) , pendidikan pada abad ke- 21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan
insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan
teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus menghasilkan insan yang
mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia,
bertanggungjawab,

patuh

kepada

Tuhan

serta

berkemampuan

untuk

membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan Habib 2001).


Pada pandangan saya, hasil daripada temubual yang dijalankan terhadap
guru data Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Encik Hafizi Bin Hashim,
saya mendapati beliau merupakan seorang guru yang bertanggungjawab dan sangat
serius dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Memang menjadi satu lumrah
hidup kepada insan yang bernama guru menghadapi masam manis dalam dunia
pendidikan zaman moden sekarang tidak kira berkaitan murid, rakan sejawat
mahupun pihak sekolah sendiri. Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya dapat
melihat kreadibiliti guru ini dalam memenuhi kod etika dan akauntibiliti guru yang
telah digariskan. Guru ini tidak banyak membantah dan hanya melakukan tugas yang
diberi dengan baik bahkan membantu guru lain dalam menyelesaikan masalah
dalam hal berkaitan data sekolah.
Dalam menggalas tugas sebagai guru data di sekolah, beliau telah banyak
memberi sumbangan kepada guru-guru lain dan juga sekolah sendiri. Kemasukan
beliau ke sekolah ini telah memberi banyak impak yang baik dengan mewujudkan
laman web sekolah serta pangkalan data sekolah. Hal ini memberi kemudahan
kepada semua guru untuk mengisi maklumat berkaitan maklumat guru serta murid
terutamanya. Laman web sekolah yang diwujudkan juga telah banyak membantu
pihak luar untuk mancari maklumat berkaitan sekolah.

Dalam menjadi guru data di sekolah ini, beliau tidak lari dari menghadapi
masalah terutamanya dari rakan sejawat sendiri. Ada guru yang mengambil mudah
dan melewat-lewatkan tindakan untuk mengisi maklumat yang diperlukan segera.
Walaupun telah diminta berulang kali, namun masih ada guru yang degil dan tidak
mengendahkan arahan yang diberinya. Namun, dengan berpegang kepada kod etika
guru dan akauntibiliti yang telah dipegang, beliau dapat menyelesaikan masalah ini
dengan efisien dan bijak.
Tanggungjawab beliau terhadap murid ketika dalam kelas pula amat tinggi.
Kebetulan ketika saya sedang menjalankan temubual untuk tugasan ini, beliau baru
selesai mengajar kelas tahun 4. Ketika sedang menebual beliau, ada seorang murid
datang kepada beliau dan mengadu ada murid yang terjatuh ketika dalam perjalanan
pulang ke kelas dari bilik komputer. Beliau meminta saya memhentikan seketika
temubual dan membawa murid tersebut ke bilik sakit bagi memberikan rawatan.
Setelah beberapa seketika, beliau datang semula dan meneruskan temubual yang
terpaksa ditangguhkan tadi. Saya begitu kagum akan tanggungjawab beliau sama
ada di dalam mahupun di luar kelas. Dalam menjalankan tugas di dalam bilik darjah
bagi matapelajaran baru iaitu Teknologi Maklumat, beliau perlu merancang
pengajaraan dan pembelajaran yang baik bagi memberi kefahaman kepada murid
yang menjadi tanggungjawabnya.
Jika dilihat pada prinsip dan falsafah dirinya dalam dunia pendidikan, beliau
mengamalkan penilaian yang seimbang terhadap anak didiknya. Baginya, setiap
murid mempunyai kelebihan dan kematangan masing-masing dalam sesuatu
perkara. Penilaian yang berterusan tetapi bukan berdasarkan peperiksaan sahaja
menjadi pegangan beliau dalam melihat perkembangan dan kematangan anak
muridnya. Jika anak muridnya menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa, itu
merupakan kejayaan yang amat berharga kepadanya.
Keseluruhannya, kepimpinan yang ditunjukkan beliau dalam tugas sebagai
seorang guru data mahupun guru kelas menunjukkan kematangan dan akauntibiliti
beliau yang patut dicontohi terutamanya guru-guru pelatih yang masih kurang
pengalaman dalam dunia pendidikan ini. Seorang pemimpin yang baik mampu
memimpin diri sendiri dengan sempurna sebelum memimpin orang lain dalam
sesuatu kepimpinan.

You might also like