Definisi Bahan Bantu Mengajar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Definisi Bahan Bantu Mengajar

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar yang mempunyai
komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang
berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
penghargaan.
Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap
walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi
pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan
pandanganseseorang. Atan Long ( 1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu
bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh
pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.
Penggunaan bahan bantu mengajar member sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga
dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah
mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999).
Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat
menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa
menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan
penggunaan bahan bantu mengajar, lebihlebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian
dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk
mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam
penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang
sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi
penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.
Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 )merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:
memberi rangsangan dan minat murid-muird.
menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih
kekal

menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,
menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.

dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan


kata.
ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan
lagi bacaan murid-murid.
Sebagairumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:
menjimatkan masa
dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
menyeronokkan murid-murid

Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan


Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir
dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang selari
dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia.
Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam
bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan kecekapan
berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran,
perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.
a) Inspirasi dan kreativiti
Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya
cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat
memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru
dan sebagainya.
b) Menjadikan dialog bersifat komunikatif
Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan
menguasai kecekapan berbahasa.
c) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna
Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran
dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.
d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal

Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajarpelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam
konteks dan situasi yang bermakna.
e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi
Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajarpelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka
atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan
itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental,
umur, kecenderungan dan sebagainya.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran


Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah
bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka. Sebenarnya
ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di
bahagian ini, penulis hanya akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi
perhatian oleh guru-guru.
a) Ketahanan
Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar
yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang
panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
b) Kos
Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau
bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada
mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan
tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi
juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.
c) Aspek-aspek Teknikal
Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau
dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau
sebagainya.
d) Ketepatan Maklumat
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada
pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat
juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru
untuk langit dan lain-lain.

e) Mudah Alih
Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak,
ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.
Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran,
atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f)

Saiz/Pengelolaan Kelas

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru
memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok
yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan
digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk
pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu.
g) Jangka Masa
Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat
atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat
atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.
h) Strategi Pengajaran Pembelajaran
Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang
dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan pengalaman
pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang.
i)

Bentuk dan Fungsi

Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud disampaikan melalui
bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-peraturan bahasa).
Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan melalui non-verbal means
tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini, bahan-bahan
engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi. Bahan
mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya.
Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku.
j)

Ketepatan

Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya yang
berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan kadangkala disebut sebagai ketepatan
konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan daripada communicative competence yang menekankan
bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa
adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerap situasi sosial.
Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu.
k) Kepelbagaian

Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan kepada para
pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan
pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang
sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu.
Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style
(formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan medium (lisan dan tulisan). Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk
ketepatan stilistik.
l)

Kemahiran Bahasa

Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar
dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini
harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh
yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi
pembelajaran yang lebih bermakna.
m) Standardisasi dan Simplikasi
Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat
memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai
selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan
disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan
sosial dan sebagainya.
n) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan
Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di
dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah
pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan
sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai sebuah
negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka
unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam
sebarangan pengajaran yang digunakan.

You might also like