Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Diminta seluruh warga dewan bersedia kerana majlis

perhimpunan kita akan bermula sebentar lagi.

menyampaikan makluman
Majlis mempersilakan.

Indah sungguh ciptaan Tuhan


Mentari merah di waktu senja
Salam sejahtera kami ucapkan
Sebagai tanda pembuka bicara.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


----------------------------------------------------------

Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1


Malaysia,
Yang berusaha,
Cikgu Lawrence Chan Ah Kui,
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sacred Heart (English)
Sibu.
Yang Dihormati,
Cikgu Karen Wilson Jana,
Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang dihormati,
Cikgu Hayati Binti Bujang
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang dihormati,
Cikgu Noordan Bin Haji Pungut
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Seterusnya,
Guru-guru yang dihormati dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Terlebih dahulu, bersama-sama kita bersyukur kerana
dapat berkumpul dalam perhimpunan rasmi sekolah pada
pagi yang mulia ini dalam suasana harmoni.
Tuan Guru Besar dan para guru yang dihormati,
Bagi memulakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini,
majlis dengan ini mempersilakan, Tuan Guru Besar,
rakan guru dan murid-murid sekalian supaya bersamasama berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku dan
Ibu Pertiwiku.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
--------------------------------------------------------Bagi meneruskan lagi perhimpunan kita, majlis dengan ini
mempersilakan adik Luciano Deckers untuk memimpin
bacaan Ikrar Rasmi Perhimpunan pada pagi yang mulia
ini.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
---------------------------------------------------------Seterusnya, majlis mempersilakan Cikgu Noordan Bin
Haji Pungut, Penolong Kanan Ko-kurikulum untuk
menyampaikan
makluman
dan
pengumuman.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
--------------------------------------------------------------------Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi yang mulia
ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan Cikgu
Hayati Binti Bujang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk

dan

pengumuman.

Seterusnya, majlis mempersilakan, Cikgu Karen Wilson


Jana Penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan
makluman dan pengumuman. Dipersilakan.
---------------------------------------------------------Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Untuk makluman warga sekolah sekalian, satu
pertandingan
membaca
pantun
dan
mendeklamasikan sajak telah dijalankan untuk
murid LINUS tahun 2 dan tahun 3 pada minggu
lalu.
Dengan ini,majlis mempersilakan Johan pertandingan
membaca pantun untuk tampil ke hadapan bagi
mempersembahkan pantun mereka.
Majlis mempersilakan.
Seterusnya, majlis mempersilakan Johan pertandingan
mendeklamasi sajak untuk tampil ke hadapan bagi
memdeklamasi sajak. Majlis mempersilakan.
--------------------------------------------------------------------Para guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi yang ceria ini,
bersama-samalah kita hayati dan renungi ucapan rasmi dan
amanat oleh Yang Berusaha, Cikgu Lawrence Chan Ah Kui,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sacred Heart (English)
Sibu.
Dipersilakan.
____________________________________________
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
Sempena mengingati tragedi MH17,marilah kita sama-sama
bertafakur untuk mendoakan mangsa MH17 mengikut
kepercayaan masing-masing.
------------------------------------------------------------Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah
kepada para pemenang pertandingan pantun dan
sajak.
Bagi pertandingan pantun tahun dua:
Naib Johan: adik darren daniel
Johan: adik albert numpang
Bagi pertandingan membaca ayat pendek pula
Tempat ke3: sebastian nyelang
Naib Johan: boris anak mat
Johan: andria belansai anak lawrance

Bagi pertandingan mendeklamasikan sajak tahun


tiga pula:
Tempat ke3: antonia anak rowney
Naib Johan: rosley anak johnny

Johan: patrick billy anak aji


Bagi pertandingan Cari Kata tahun tiga pula:
Tempat Ke3: Rosley anak johnny
Naib Johan: Patrick Billy
Johan: Jerome Benjamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian
Tuan Guru Besar menyempurnakan penyampaian
hadiah sebentar tadi.
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan
Tuan Guru Besar, para guru dan murid-murid yang
dikasihi sekalian.
Untuk mengakhiri majlis perhimpunan rasmi pada pagi
ini, majlis mempersilakan guru-guru dan murid-murid
sekalian bersama-sama berdiri tegak untuk menyanyikan
lagu rasmi sekolah kita.

You might also like