Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Huraikan secara ringkas maksud

perpaduan dan integrasi, segregasi,


akomodasi, alkulturasi, asimilasi dan
amalgamasi.

Perpaduan
- satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta
perasaan cinta & banggakan tanah air.

Integrasi
- satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg
diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak & budaya hidup
sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

- Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan


satu identiti nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari segi
kebudayaan, sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik.

- Unsur-unsur integrasi:
1. Integrasi wilayah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi
& sosial antara wilayah

2. Integrasi ekonomi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara


kumpulan etnik

3. Integrasi kebudayaan pembentukan satu kebudayaan kebangsaan

4. Integrasi sosial usaha menyatupadukan rakyat melalui program


sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll)

5. Integrasi pendidikan mewujudkan sistem pendidikan yang


bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani & sosial

6. Integrasi politik kerjasama & pembahagian kuasa politik

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang


mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks.

merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn

kumpulan etnik yg lain dalam sesebuah negara.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi

kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan &


kemudahan awam.

Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau


sebaliknya.

- merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta


menghormati norma & nilai kumpulan etnik yang lain & tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Formula: A + B + C = A + B + C
A, B & C merujuk kepada budaya

- satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik


bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan

interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selamalamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok
yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan.

- Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai


wakil dlm bidang ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung.

- Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan

etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni


(penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan
secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik).

- Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan


masalah dalam hubungan etnik.

- Kejayaan atau berkesannya penyesuaian sebagai satu dasar amat


bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok
etnik berkenaan.

- Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya


kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan
yang berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa
yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau
kedua-dua budaya tersebut.

- Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yang bakal terjadi


terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal,

biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.

- Akulturasi lebih mudah dicapai dalam budaya yg bersifat kebendaan.

- Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok /


individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Konsep ini berhubungan
dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain.

- Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir,

berperasaan secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta


budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan &

identiti
Formula: A + B + C = A
A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli


kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama.

Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting:


1. Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti
mereka.
2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain.
3. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.

Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat
perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.

- Umumnya - kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya lebih kecil mudah


diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya
besar. Minoriti yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza
daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.

- Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan


nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara
hidup org Thai.

- Di Malaysia proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan,

Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba &
Nyonya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.

- Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam
proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan
melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang
baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui
beberapa generasi.

- Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan


dan D mewakili kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C.

- Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan


kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup
melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

You might also like