Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

PERANAN ISTITUSI FATWA DALAM DAKWAH DAN


PENGURUSAN ISLAM

1. MUQADDIMAH
Institusi fatwa merupakan salah satu institusi kerajaan yang amat penting dalam
pentadbiran Agama Islam sejak zaman berzaman. Semenjak dari dahulu lagi Mufti
merupakan antara pegawai agama yang mendapat tempat sebaris bersama-sama da’I,
muqri’, imam dan pengurus hal ehwal haji pada zaman Rasulullah s.a.w. (Muhamad Yasin
Mazhar,1993:3523)
Oleh sebab itu Peranan Institusi Fatwa dalam dakwah amat besar apatah lagidilihat
pengertian dakwah sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Qardawi di dalam bukunya
Thaqafah al-Dakwah iaitu dakwah sebagai seruan kepada agamaNya, mengikut
petunjukNya, melaksanakan manhajNya di muka bumi dan mengesakan Allah dalam hal-
hal ibadah isti’anah dan kepatuhan, memberikan hak-hak Allah, meninggalkan segala
yang dilarang, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berjihad di jalan
Allah. (1987:5)
Kalau dilihat dari perspektif bilangan mufti pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti yang
dinyatakan dalam buku ‘Alam al-Muqi’in berjumah kira-kira 130 orang lebih termasuk
lelaki dan wanita. Antara sahabat yang banyak mengeluarkan fatwa ialah Umar bin al-
Khattab, ‘Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Mas’ud, ‘Aisyah Ummul Mukminin, Zaid bin Thabit,
Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin ‘Umar. (Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, 1955:12)
Ada juga sahabat-sahabat lain yang mengeluarkan fatwa tetapi di dalam jumlah yang
sederhana antaranya ialah Abu Bakar, Ummu Salamah, Annas bin Malik, Abu Sa’id al-
Khudri, Abu Hurairah, ‘Uthman bin ‘Affan, ‘Abdulllah bin ‘Amru bin al-‘As, ‘Abdullah bin
Zubair, Abu Musa al-‘Ash’ari, Said bin Abi Waqas, Salman al-Farisi, Jabir bin ‘Abdullah
dan Mu’az bin Jabal. (ibid)
Malah ramai lagi sahabat Rasulullah yang mengeluarkan fatwa semasa hayat
Rasulullah lagi walaupun dalam jumlah yang sedikit sekali. Rasulullah sememangnya ingin
membentuk golongan sahabat yang berkebolehan untuk memberikan penyelesaian syara’
terhadap persoalan semasa yang dihadapi oleh mereka. Walaupun wahyu masih turun
pada ketika itu namun kedudukan golongan mufti ini terus mendapat tempat pada period
tersebut. Hakikat ini menjelaskan kepada kita peri perlunya masyarakat kepada fatwa
dalam urusan kehidupan mereka supaya mereka sentiasa di bawah lembayung syaria’at.

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

2. DEFINISI FATWA SEPINTAS LALU


Di dalam al-Quran terdapat pelbagai gaya sesuatu hukum itu diketahui. Ada antaranya
yang kita dapati terus dari nas al-Quran. Ada yang sebahagiannya melalui persoalan-
persoalan yang dimulai dengan pertanyaan seperti ‫ألونك‬CC‫ يس‬dan ada juga yang diperolehi
dengan permintaan fatwa seperti penggunaan ‫ أفتوني‬.
Selayang pandang penggunaan ‫ألونك‬CC‫ يس‬dan ‫وني‬CC‫ أفت‬tidak membawa banyak perbezaan
kerana kedua-dua perkataan tersebut membawa kepada penjelasan hukum. Namun
menurut Mahmud Shaltut dalam koleksi fatwanya menyebutkan perbezaan yang ketara
antara kedua perkataan ini ialah pengeluaran fatwa memerlukan penilitian yang mendalam
tidak seperti yang diperlukan ketika menjawab persoalan yang diajukan. (1984:11)
Menurut al-Razi dalam tafsirnya menyatakan al-Fatwa atau al-Futya ialah ‫ إظهار مشكل‬iaitu
menerangkan perkara yang menjadi kemusykilan. Asal katanya al-fata iaitu pemuda yang
kuat dan sempurna. Maknanya fatwa itu kuat penjelasan keaas perkara yang yang
dimusykilkan oleh itu lahirlah fatwa yang kuat. (al-Razi:1981)
Al-Qurtubi pula ketika menafsirkan C‫ يستفتونك‬di dalam surah An-Nisa’ ayat 127 menyatakan
al-Fatwa bermakna al-Bayan iaitu menjelaskan hukum yang dikemukakan oleh
seseorang. (t.t:402)
Al-Fatwa juga boleh dimaksudkan sebagai al-ta’bir atau al-ta’wil (Syed Qutb,
1986:1993), sebagaimana Nabi Yusuf diminta memberikan fatwa mimpi seorang raja yang
termaktu dalam surah Yusof ayat 43 dan 46. Kemampuan Nabi Yusof mentakwil mimpi
raja tersebut dengan tepat telah memberi peluang kepada baginda untuk terlibat secara
langsung dalam pemerintahan dan kerajaan.
Samih ‘Atif al-Zayn menjelaskan al-Fatawa atau al-Futa merupakan jawapan kepada
perkara-perkara yang dimusykilkan dalam hal-hal hukum. (1984:650).
Demikianlah antara pengertian fatwa yang diberikan oleh ulamak. Kesimpulan dari
pengertian-pengertian tersebut memberikan penjelasan kepada kita bahawa fatwa itu ialah
penjelasan, penzahiran dan ta’wil kepada perkara-perkara yang yang berkaitan dengan
kehidupan sama ada dalam hal-hal yang bersangkut secara langsung dengan masalah
hukum ataupun yang berhubung dengan perkara-perkara kehidupan seharian.

3. PERANAN INSTITUSI FATWA


Institusi Fatwa khususnya diberi mandat untuk menyelesaikan perkara-perkara yang
berkaitan dengan hukum-hukum fiqh semasa. Permasalah yang ditimbulkan oleh khalayak

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
perlu diselesaikan dengan teliti dan waspada tanpa meninggalkan persoalan-persoalan
realiti dengan keadaan semasa dan waqi’e. Ini bertujuan kehadiran dan fungsi fiqh dalam
mengatur urusan ibadah dan muamalah sesama manusia dapat difahami oleh
masyarakat.
Tugas membimbing masyarakat supaya sentiasa berada di atas landasan syariat ini
seterusnya memerlukan satu komitmen dan iltizam yang bersungguh-sungguh.
Pengeksploitasian teknologi dan segala macam prasarana terpaksa dimaksimumkan
supaya institusi ini tidak terkebelakang dari persekitaran atau mengeluarkan fatwa yang
invalid dan ketinggalan zaman.

3.1 Institusi Fatwa Sebagai Pengemudi


Institusi fatwa sebagaimana yang disebutkan tadi adalah salah satu cabang dan
badan terpenting dalam pentadbiran agama Islam di Malaysia khususnya dan di
seluruh dunia amnya.
Selaras dengan kepentingan tersebut maka institusi fatwa yang diterajui oleh para
mufti telah diperuntukkan dalam enakmen negeri-negeri sebagai badan yang
bertanggungjawab menjaga keharmonian dan kemurnian Islam di setiap negeri.
Institusi fatwa merupakan tulang belakang pemeliharaan keharmonian dan
kesahihan ajaran Islam. Dalam dasawarsa yang kian mencabar ini Islam berdepan
dengan pelbagai hambatan dan kekangan yang memerlukan kepada pihak yang
berautoriti untuk menghadapi segala ancaman ini. Mahu tidak mahu dengan enakmen
yang diperuntukkan dalam enakmen negeri-negeri kepada institusi fatwalah akan
dirujuk untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul tersebut. Pendek kata institusi
inilah yang bertanggungjawab untuk menjadi tonggak kepada masyarakat Islam
supaya mereka sentiasa berada di atas kehendak syariat selama-lamanya.
Pada dasarnya fatwa merupakan usaha untuk memberikan dan melahirkan suatu
fatwa atau nasihat kepada masyarakat atau umat melalui ijtihad, qias mahupun ijma’
dalam penetapan sesuatu hukum. Oleh yang demikian fatwa dalam kehidupan
manusia memainkan peranan penting dalam mengemudi kehidupan dari semasa ke
semasa. (Rohadi, 1999:112)
Institusi menjadi amat diperlukan kerana timbul perkara-perkara yang
berkehendakkan kepada penjelasan hukum yang belum terdapat secara terang di
dalam mana-mana kitab fiqh. Kadangkala juga kerana kesamaran hukum,
ketidakyakinan terhadap sesuatu penyelesaian hukum yang diberikan oleh individu-
individu tertentu. (Othman Ishak, 1981:89)

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Apatah lagi ketika kita berada di abad 21, sebagai institusi yang dalam
perundangan Malaysia sepertimana yang telah diperuntukkan dalam enakmen negeri-
negeri, institusi fatwa akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang hebat.
Ketika kita berada di abad baru ini, masyarakat kian terdedah dengan pelbagai
informasi daripada pelbagai media. Pembukaan secara leluasa ini telah memberikan
pelbagai maklumat dan perkara-perkara baru yang perlu di lihat sama ada selaras
dengan kehendak Islam atau sebaliknya.
Masyarakat Islam juga terdedah dengan norma-norma budaya dan agama asing.
Input yang diperoleh secara tidak langsung kerana proses ledakan maklumat dan
informasi melata dan mudah didapati, sedikit sebanyak telah mewarnai cara berfikir
dan sikap masyarakat Islam. Kesemua ini mendedahkan kita kepada pelbagai
pertanyaan, persoalan dan kekeliruan yang perlu dijawab dan ditangani selaras
dengan zamannya. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w.:-
‫خاطبوا الناس علي قدر عقولهم‬
Bermaksud:-
Berbicaralah dengan manusia di atas kadar pemikiran mereka.

Ketepatan menganalisis, penyelesaian dan hukum yang diberikan akan menjamin


keharmonian beragama dan meleraikan pelbagai kerancuan kekeliruan. Adalah
menjadi tugas institusi ini memberikan iltizam yang tinggi supaya dapat membimbing
masyarakat untuk menerima kemajuan tetapi dengan landasan yang dibenarkan oleh
syariat. Kebijaksanaan institusi ini untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya
meredakan pelbagai stress dan tension yang dialami oleh golongan yang berada di
persimpangan tersebut. Firman Allah taala:-
‫ قل هذه سبيلي أدعوا إلي هللا علي بصيرة أنا ومن التبعني وسبحان هللا وما أنا من المشركين‬.

Maksudnya:-
Katakanlah Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, menyeru kamu
Allah kepada dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tidak termasuk
dalam golongan yang musyrik. (Surah Yusof 12:108)

Dr. Ahmad Fathullah Badran ketika mengulas mengenai kalimah Basirah


menyatakan pendakwah mestilah mempunya ilmu yang luas, hujjah-hujjah yang
nyata , memelihara hal keadaan orang yang didakwahnya dan menggunakan kata-kata
yang jelas. (Muhammad Fathullah badran, 1968:351-352). Perkara ini juga ditekankan
oleh Ahmad Ghalwash iaitu pendakwah perlu mahir tentang fiqh yang wajib diketahui

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
dan menyebarkannya kepada manusia dengan jelas dan sesempurnakan mungkin.
(1878:435)
Memandangkan kepada lebarnya ruang lingkup dan peranan institusi fatwa ini,
kerajaan telah mula membesarkan saiz Bahagian Mufti dalam Jabatan Agama Islam
negeri-negeri kepada jabatan yang berasingan. Mufti tidak lagi menjadi satu bahagian
daripada Jabatan Agama Islam malah menjadi jabatan yang berdiri sendiri. Mufti-mufti
dibantu oleh pegawai-pegawai tambahan khusus untuk tujuan penyelidikan dan
perbandingan fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak di seluruh dunia.

3.2 Menyelesaikan Masalah Hukum


Merujuk kepada nama institusi ini maka sudah tentulah wibawa utamanya ialah
menyelesaikan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan hukum. Hukum-hukum
yang diputuskan oleh institusi ini sama ada oleh jawatankuasa syariah negeri-negeri
atau Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menjadi asas dan pegangan masyarakat.
Pelbagai hukum-hukum baru perlu dikeluarkan berdasarkan kepada banyaknya
masalah-masalah yang timbul dari semasa ke semasa. Apatah lagi pada era pasca
modenisme pelbagai pencapaian saintifik yang terkadang berlawaan dengan sifat
tabi’e dan fitrah manusia. Masalah bayi tabung uji, ibu tumpang, pendermaan organ
badan juga permasalahan-permasalah genetik yang semakin kompleks memerlukan
satu fatwa yang tepat. Ini adalah sesuatu yang perlu diambil berat dan diberi perhatian
supaya tujuan asasi syariat ialah untuk mengatur keseluruhan kehidupan manusia
sejajar dengan kehendak Islam dapat diimprementasikan di setiap keadaan.
Memandangkan kepada dasar dan prinsip hukum perundangan Ilahi yang
menghendaki supaya disusun perjalanan hidup manusia dalam segala bidang
penghidupannya dari segi spritual dan material seperti yang dikehendaki oleh Allah
taala, maka semua jenis perhubungan di antara anggota masyarakat manusia dapat
ditegakkan atas kaedah-kaedah yang kukuh dan seadil-adil dasar serta jauh daripada
penindasan, keterlaluan hawa nafsu serta penyalahgunaan kuasa manusia sendiri.
(Abdul Mohsen, 1985:4)
Mengeluarkan fatwa yang tepat ke atas sesuatu perkara ayng sedang berlaku,
dengan mengambil kira masalah persekitaran, alasan (reasonable) dikeluarkan banyak
membantu kejayaan dakwah. Khalayak berasa senang dengan keputusan yang tepat
dan rasional tetapi tetap di atas landasan syariat. Mengukur persekitaran dan
reasonable dalam mengeluarkan hukum bukan bermaksud menghalalkan fahaman

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
ralatif keterlaluan tetapi hal itu adalah keperluan yang sedikit sebanyak telah
membantu menyelesaikan permasalah yang dikemukakan.
Berkecimpung dalam hal-hal masalah ‘ammah melihat kepada murunah dalam
syariat merupakan peluang yang terbuka kepada institusi ini untuk menunjukkan dan
berdakwah kepada khalayak ramai bahawa Islam sesuai pada sepanjang zaman,
menangkis segala tohmahan yang sering dilemparkan kepada Islam seterusnya
menjulang syiar dan kemulian agama Allah ini.
Islam tidak terlalu rigid, sulit dan menyukarkan tetapi banyak berdasarkan al-Taisir,
al-I’tidal, al-Tadarruj dan seumpamanya.
Fatwa yang dikeluarkan turut memandang aspek maslahah iaitu menjaga maksud
syarak yang terdiri daripada lima aspek utama iaitu penjagaan agama, diri, akal,
keturunan dan harta benda. (Jad al-hal, 1985:30). Kejayaan dakwah yang sebenarnya
ialah kalau kita dapat memantau keseluruhan aspek-aspek tersebut. Melaluinyalah
masyarakat dapat hidup dalam Islam dan Islam dapat hidup dengan masyarakat.
Memandangkan gerak kerja institusi ini berada dalam bulatan yang amat luas jika
hendak dinisbahkan kepada keupayaan dan kekuatannya maka semua pihak
seharusnya turut terpanggil untuk turut membantu institusi ini. Cabaran dan kekangan
yang dihadapinya perlu ditangani bersama oleh pihak berwajib, golongan intelektual
sama ada dalam bidang sains mahupun sains kemanusiaan yang lain.
Kerjasama semua pihak meliputi golongan ulamak, umarak, azkiak dan aghniyak, amat
dialu-alukan supaya segala keperluan untuk mengistimbat hukum dapat berpasak
kepada pelbagai kepakaran. Hukum dapat diputuskan dengan pasti bukan atas asumsi
yang tidak keruan.

3.3 Institusi Fatwa dan Pengurusan Islam


Pengorganisasian dan pengurusan dalam Islam bukanlah sesuatu yang baru.
Pembinaan empayar Islam yang meluas menjangkau Timur dan Barat pastilah kerana
kejayaan pengurusan Islam. Kecekapan pengurusan membawa kepada
kecemerlangan. Produktif dan wehdah. Kekuatan inilah yang menjadikan Islam berjaya
membuka negara-negara bukan Islam. Dakwah Islamiah berjaya dilaksanakan dengan
jayanya.
Keunikan ini mula pudar apabila negara Islam dipecah-belahkan oleh penjajah
akibat daripada kelalaian umat Islam sendiri. Akhirnya masyarakat Islam turut

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
berpecah belah. Tiada lagi wehdah, Islam ditadbir ikut kehendak dan selera masing-
masing. Akhirnya mereka terus dicengkam oleh kelemahan-kelemahan tersebut.
Setelah beberapa desawarsa berlalu, kesedaran Islam yang tidak pernah luput
semakin mantap. Justeru kesedaran untuk melaksanakan dakwah dan pentadbiran
Islam secara lebih sistematik dan tersusun menjadi satu desakan.
Dewasa ini urusan hidup manusia menjadi semakin kompleks. Tidak ada seorang
manusia pun yang boleh melakukan semua perkara ayng dikehendakinya. Sebaliknya
hal ini telah mewujudkan pengagihan tugas dan kuasa.
Spesialisasi ini turut melibatkan institusi fatwa negeri. Masing-masing mempunyai
bidang kuasa masing-masing tanpa boleh melewati sempadan politik negeri lain. Oleh
itu pelbagai perbezaan timbul dan pelbagai kerak kerja tidak selaras dan merumitkan.
Untuk menyelaraskan perkara-perkara tidak tersusun ini mufti-mufti telah dilantik
sebagai Panel Teknikal Syariah, Panel dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan
beberapa panel Tareqat dan Ajaran Sesat serta lain-lain lagi.
Perkara ini adalah satu pendedahan yang amat penting dan perlu dipertingkatkan
dari semasa ke samasa. Keselarasan dalam hal-hal teknikal syariah sperti lafa ta’liq
dan hal-hal lain dapat menyelesaikan pelbagai masalah cabang yang lain. Begitu juga
dalam kes-kes murtad yang semakin kronik. Penyelarasan dan pengurusan yang
cekap antara institusi fatwa negeri-negeri memberikan nafas baru kepada pentadbiran
Islam di Malaysia.
Keselarasan dalam banyak hal sama ada dari segi fatwa, pentadbiran dan
seumpamanya banyak melindungi pendakwah daripada dalam hal-hal khilafiah,
pergeseran remeh-temeh dan seumpamanya.

4. CADANGAN DAN SARANAN


Untuk menambahkan lagi keberkesanan dan efisiensi Institusi ini dalam dakwah dan
pengurusan Islam, beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan:-

4.1 Institusi Fatwa tidak seharusnya dibiarkan berdiri keseorangan. Setelah kita
melihat beban tugasnya yang semakin hari semakin banyak ditambah pula dengan
masalah keupayaan dan man-power maka institusi ini perlu mendapat bantuan dan
kerjasama dari pelbagai pihak. Golongan intelektual daripada pelbagai bidang perlu
turun bersama-sama memberi pandangan selaras dengan keahlian masing-masing.

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Begitu juga golongan ilmuan Islam perlu berganding bahu antara satu sama lain
malah sedia berunding dalam segala aspek termasuk perkongsian penyelidikan,
kepakaran, kemahiran, kemudahan dan sebagainya demi Islam tercinta. Kita di
Institusi Fatwa mengalu-alukan golongan ini kerana mereka merupakan aset Islam
yang tidak ternilai harganya

4.2 Masyarakat Islam walau di pihak mana sekalipun mereka sepatutnya bersama-
sama dengan institusi ini supaya segala perselisihan pendapat dapat diatasi atas
dasar ukhuwwah Islamiah. Kesatuan fikiran dapat menjauhkan kita daripada sifat
keterlaluan, percakaran sesama sendiri, ta’asub dengan pandangan-pandangan
peribadi, kumpulan dan institusi-institusi tertentu.

4.3 Institusi Fatwa juga telah dibekalkan dengan autoriti yang tidak ada pada pihak-
pihak lain dalam hal-hal agama. Oleh itu seharusnya pendakwah perlu duduk
bersama dan melihat autoriti yang ada seperti yang diperuntukkan oleh enakmen
negeri-negeri sebagai benteng pertahanan mereka.

4.4 Institusi Fatwa juga perlu diberikan tempat yang sebaik-baiknya dalam
masyarakat. Sebagai institusi yang dikendalikan oleh manusia yang lemah,
institusi ini tidak terlepas dari kelemahan-kelemahan. Oleh yang demikian kritikan
membina amat diperlukan. Tetapi kritikan tersebut perlu dilakukan ikhlas kerana
Allah dan melalui saluran sewajarnya demi menjaga maruah agama di hadapan
non-muslim di sekitar kita.

PROGRAM : SEMINAR KEBANGSAAN DAKWAH DAN PENGURUSAN


ISLAM

ANJURAN : JABATAN PENGAJIAN DAKWAH DAN KPEIMPINAN DENGAN


KERJASAMA BAHAGIAN HAL EHWAL JABATAN PERDANA MENTERI

OLEH : SAHIBUS SAMAHAH DATO’ HJ. MOHD MURTADZA B. HJ.


AHMAD
MUFTI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

You might also like