Laporan Sumbangan Kepada Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN PROJEK/PERANAN LAIN

NAMA PELAJAR

: TAN SIN YI
(921117-01-5588)

PROGRAM

: Melukiskan Mural

NAMA SEKOLAH

: Sekolah Kebangsaan Seri Intan

NAMA PROJEK/AKTIVITI : Mural Pokok Pecahan


TEMPOH PELAKSANAAN: 13 Julai 2014 Hingga 24 Julai 2014

OBJEKTIF:
Projek ini dijalankan untuk:
1. Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih
untuk melaksanakan sesuatu projek .
2. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti di sekolah.
3. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru
pelatih dalam program yang dilaksanakan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1) Meminta keizinan daripada guru besar dan mentor untuk melukiskan
mural tersebut.
2) Mural yang bertemakan Pokok Pecahan merupakan cadangan mentor,
Puan Maimunah binti Juraimi.
3) Kertas kerja dan surat meminta kebenaran disediakan dan ditandatangani
oleh guru besar dan mentor.

4) Sumber kewangan untuk membelikan cat pelekat, cat kilat dan berus
didapatkan daripada sumber kewangan jabatan matematik. Bahan-bahan
tersebut dibeli dan disediakan oleh mentor (ketua panitia matematik).
5) Pada permulaannya, lakaran mural dilakarkan atas dinding dan disemak
oleh mentor. Setelah lukisan mural tersebut disah, latar belakang dinding
tersebut dicatkan dengan warna biru supaya nampak lebih bersih dan
ceria.

6) Selepas itu, lakaran dibuat semula dan dicatkan dengan cat pelekat.

7) Mural ini disiapkan dalam tempoh masa yang dirancangkan atas


kerjasama ahli-ahli jawatankuasa program ini di mana yang terdiri
daripada guru Internship dan guru-guru praktikum IPTHO.

8) Akhir sekali, perkataan pecahan dan buah pecahan ditulis dan


ditampalkan atas lukisan mural.
9) Laporan pelaksanaan program disediakan.

REFLEKSI:
1)

Kekuatan Projek/Aktiviti:
Projek melukiskan mural pokok pecahan ini dapat disiapkan
dengan awal adalah disebabkan mempunyai semangat kerjasama antara
guru internship, guru praktikum dan warga Sekolah Kebangsaan seri Intan.
Dengan adanya semangat bekerja sebagai satu kumpulan, mural tersebut
telah disiapkan dalam masa yang singkat.

Pada masa yang sama, mural yang bertema pokok pecahan ini
dapat memberikan satu gambaran kepada murid-murid tahap satu yang
belum belajar mengenai pecahan. Sebaliknya, ia meningkatkan ingatan

murid-murid tahap dua mengenai jenis-jenis pecahan dan urutan


menyusunkan pecahan mengikut nilainya.

2)

Kelemahan Projek/Aktiviti:

Kedudukan mural ini kurang menarikkan perhatian murid-murid


tahap satu sebab kedudukan dinding di aras tahap dua. Jadi, ia lebih
memanfaatkan murid-murid tahap dua berbanding dengan murid-murid
tahap satu.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Nombor-nombor pecahan boleh ditukarkan dari semasa ke semasa
supaya ia sentiasa nampak ceria dan murid-murid dapat mengenali pecahan
yang berlainan.

KESIMPULAN :
Saya berharap mural pokok pecahan ini dapat digunapakai dengan baik oleh
murid-murid dan sentiasa dalam keadaan yang baik dan sempurna.

You might also like