Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CURRICULUM AND ASSESMENT IN PHYSICAL EDUCATION AND SPORT

Objektif
Membangunkan Kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah selari dengan peningkatan kualiti
Dasar Pendidikan Negara.

Visi
Meningkatkan kurikulum sekolah yang berkualiti dan mencapai tahap pendidikan yang setanding
dengan negara-negara lain.

Misi
Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mempunyai pelbagai potensi seterusnya memenuhi
ciri-ciri keperluan negara.

Persoalan kajian
Sejauh manakah dasar kurikulum di sekolah telah berjaya membentuk seorang pelajar
yang memenuhi keperluan negara.

Sampel Kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dari darjah 1 sehingga darjah 6 serta
pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.

Rumusan Pembentang

Melalui dasar kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah, pelaksaan yang betul dapat
meningkatkan kualiti seorang pelajar daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual
seterusnya berjaya mencapai objektif dasar Pendidikan Negara. Pendidikan Jasmani membantu
meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang pelajar.
Objektif boleh tercapai dengan memberi penekanan khusus terhadap aspek kecergasan
fizikal serta kemahiran motor. Melalui kurikulum Pendidikan Jasmani, pelajar dapat mempelajari
kemahiran setiap permainan yang telah ditetapkan dan juga dapat menguasai kemahiran asas
pergerakan.

Seterusnya,

pembangunan

kurikulum

Pendidikan

Jasmani

juga

mampu

memantapkan objektif pembelajaran yang penting iaitu dari segi aspek Psikomotor, kognitif dan
afektif.
Dalam membentuk kurikulum yang baharu memerlukan kita membuat pilihan yang mana
penting dalam membantu pelajar pada masa hadapan. Pendidikan Jasmani adalah sebahagian
daripada salah satu cara untuk melahirkan pelajar yang berpelajaran serta sihat daripada segi
jasmani dan rohani.
Tujuan daripada penilaian ini adalah untuk menentukan sama ada pelaksanaan kurikulum
sedia ada berjalan lancar dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, kemahiran
pelajar dalam pembelajaran Pendidikan jasmani akan hilang jika mereka tidak melakukan
latihan. Pelajar memerlukan latihan yang berterusan bagi memastikan kemahiran mereka tidak
akan hilang.
Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani ini adalah sebahagian daripada satu cara bagi
membentuk pelajar bagi memenuhi aspirasi negara untuk menjadikan negara yang berpendapatan
tinggi serta sihat dan mempunyai rakyat yang berkualiti.

Rumusan Individu

Selari dengan Dasar Pendidikan Negara pada masa kini, kajian yang dilakukan oleh pembentang
iaitu En. Shamsuri Bin Sujak iaitu kurikulum dan penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan
sangatlah relevan di mana kajian yang di buat sesuai dengan pengedaran masa yang berlaku kini.
Selari dengan perubahan zaman yang moden ini, penilaian kurikulum Pendidikan jasmani perlu
dilakukan agar ia sesuai dilaksanakan pada masa kini.
Penambahbaikan dalam kedua-dua jenis kurikulum iaitu KSSR

dan KSSM dalam

matapelajaran Pendidikan Jasmani perlu dilakukan seterusnya dapat merealisasikan objektif


Dasar Pendidikan Negara mengikut keperluan semasa. Selain itu, Kementerian Pendidikan
Negara atau badan-badan yang bertanggungjawab perlu lebih peka terhadap perlaksanaan
kurikulum di sekolah dan kajian-kajian seperti ini perlu diberi penilitian dan diambil tindakan
selanjutnya agar memastikan kurikulum yang dilaksanakan sentiasa berjalan dengan baik bagi
mencapai objektif yang ditetapkan.
Pendidikan Jasmani mampu membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta
dapat meningkatkan tahap kecerdasan minda setiap pelajar. Jika di negara-negara barat mereka
amat memberi penekanan teerhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani oleh kerana mereka
percaya bahawa melalui Pendidikan Jasmani atau aktiviti fizikal yang dilakukan banyak
membantu mereka melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dari semua segi termasuk
intelektual dan jasmani. Oleh itu, kita perlu melakukan perubahan yang besar daripada segi
mentality dan pelaksanaan yang konsisten mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
Selain itu juga, penilaian serta kajian berdasarkan kurikulum sedia ada perlulah sentiasa di kaji
dan dilakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.
Akhir kata, kajian-kajian seperti ini haruslah dilakukan dan diperhebatkan lagi demi
untuk mencapai objektif Dasar Pendidikan Pendidikan dan merealisasikan impian negara pada
masa mendatang.

You might also like