Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER :
SEPTEMBER 2013

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF


KAJIAN DOKUMEN (T1A1)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO.

: 690307125125001

IDENTITY CARD NO.

: 690307125125

TELEPHONE NO.

: 0198697851

E-MAIL

: nasibvideo@yahoo.com.my

LEARNING CENTRE

: OUM, TAWAU

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

1.0

PENGENALAN

2.0

KATEGORI INDIVIDU BEKEPERLUAN KHAS


CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

3.0

DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN


3.1 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan Dan Cara
Pengajaran
3.2 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran Dan
Cara Pengajaran
3.3 Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan Dan Cara Pengajaran

3.4 Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Dan


Cara Pengajaran.

KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

10

4.1 Keperluan Kesamarataan Hak Asasi

10

4.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti

11

4.3 Keperluan Sosial

12

5.0

KEPERLUAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF

12

6.0

PENUTUP

14

RUJUKAN

16

4.0

6
7

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0

PENGENALAN

Pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar
bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan
khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja.
Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya
melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan
perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam
kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.

Namun menurut John C (2010), permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat.
Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program
inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari
aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.
Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada
murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti
pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas
kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup.

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia
ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang
pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan
cita-cita yang setanding dengan individu normal. Menurut Lokman (2009), mereka juga perlu
diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih
daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai
kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu
melebihi pencapaian pelajar yang normal.

Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah
pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan
inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud
2

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara
umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah
biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan
normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang
direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak
yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau
kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan
Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Mohd Najib (2006) pula
mengatakan Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak
disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah
biasa.

2.

KATEGORI INDIVIDU BEKEPERLUAN KHAS

Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada
murid-murid
pembelajaran.

yang

mengalami

Kategori

kecacatan

kanak-kanak

yang

penglihatan,
bermasalah

pendengaran

dan

pembelajaran

di

masalah
bawah

tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, attention


deficit hyperaktie disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran
spesifik seperti disleksia.

Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di
Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas
dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja.
Terdapat pelbagai kategori KBK dalam pengaturan inklusif. Namun begitu terdapat 4
kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana. Mereka ialah
dalam kategori masalah :
3

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

i.

fizikal (cacat anggota)

ii.

emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)

iii.

pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)

iv.

penguasaan kemahiran 3M

Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan rakan
sebaya yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah
sebenar kanak-kanak ini. Menurut Supiah Saad (2010), akibatnya mereka dianggap malas
atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat
memenuhi kehendak norma bilik darjah atau persekitaran pembelajaran atau tatasusila
masyarakat setempat atau sekolah.

3.

CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS DAN


PENGAJARAN YANG BERKESAN

Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti
mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau
asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan
psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup
mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. Selain itu, guru juga perlu peka kepada
keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan
komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada
tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (book holders) ataupun buku
teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

3.1

Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan Dan Cara Pengajaran

Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan


penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Mereka
berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan
terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan
penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta pula tidak dapat menggunakan penglihatan
untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini
pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh
belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka.
Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan
perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak
terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka
tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh
memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mungkin mempunyai
konsep kendiri yangrendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh
menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada
perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai
contoh untuk perkataan bulat menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanakkanak yang mempunyai masalah penglihatan. Seseorang guru boleh mengesan mereka yang
berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan
pada kanak-kanak ini.

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah
mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab
dan menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening
kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

Dari sudut penjaran yang berkesan terhadap kanak-kanak in pula, guru boleh menyediakan
bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk
membantu pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan juga hendaklah jelas seperti
hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu
banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.

Semasa menulis di papan putih pula, guru bolelah menyebut secara lisan bahan yang tulis
untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan
memberi mereka aktiviti hands-on. Di samping itu, guru juga perlu memberi perhatian
kepada susunan bilik darjah dengan memastikan kedudukan kanak-kanak tersebut
berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan
kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam
bahan-bahan pembelajaran.

3.2

Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran Dan Cara Pengajaran

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak
bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima
pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima
pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan
mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai
pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang
tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara
20 hingga 60 decibel.

Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti
apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Seseorang guru peka kepada
petanda masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang
telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham
6

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan
dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk
mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.
Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi ,
bahasa dan kognitif individu tersebut.

Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolahsekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guruguru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini
semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan
kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Guru-guru juga perlu mengelak
daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi
grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Oleh sebab itu, amatlah penting untu
menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau
gangguan bunyi lain.

Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
ini. Oleh itu, guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk
mengeja.Sungguhpun begitu, pada hari ini komunikasi secara keseluruhan lebih digalakkan di
mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

3.3

Kanak-kanak Bermasalah Pertuturan Dan Cara Pengajaran

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap,
masalah suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan
suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya

perkataan saya menjadi

caya. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan
mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu
diberi perhatian.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di


mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku
kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin
menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara
seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau
rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.

Masalah bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak memponyai kaitan dengan sistem saraf
pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan
perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang yang menghadapi
kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan. Ia juga melibatkan kesukaran dalam
menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu
dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin
tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi
kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh
digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan
yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan
menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau
menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap ini juga
boleh dibantu melalui terapi.

3.4

Mengenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Dan Cara Pengajaran

Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ


seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak
yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi
perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar
8

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama
seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,memproses, menganalisis dan


menyimpan maklumat.Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses
psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.
Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca,
menulis,megeja ataupun mengira.

Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar
pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut.
Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara
masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran
akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi,
metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka
di sudut yang senyap dan kurang

aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.

Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini
akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada muridmurid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini
diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan
jelas.Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Selain itu, Objektif
pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan
segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid
hihiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif di sampng tugasan yang
ringkas.

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

4.

KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi


memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima
pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak
berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan
Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan
inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan
khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem
pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan
pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

4.1

Keperluan Kesamarataan Hak Asasi

Malaysia

mengamalkan

sistem

pendidikan

berpusat

dan

Kementerian

Pelajaran

bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap


kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta
Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang
mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,
Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata
termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk
golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan
dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak
bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah
suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang
diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar

10

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,


sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama
menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti.
Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini
dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan
kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

4.2

Keperluan Pendidikan Berkualiti

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah
Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik
untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana
pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan
bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan
pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan
kepada golongan bekeperluan khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran
masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk
berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan
kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan
prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu
persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di
sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk
memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga
11

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti
pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi
sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

4.3

Keperluan Sosial

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan


kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di
antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak- kanak tidak
didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut
dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam
sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan
bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk
mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami
terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu
mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan
jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi
ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan
kepada orang lain.

5.

KEPERLUAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Kemudahan fizikal seperti bilik darjah, makmal, bilik khas dan kemudahan lain serta
persekitaran sekolah yang kondusif adalah keperluan paling asas bagi menyediakan peluang
pembelajaran optimum kepada semua pelajar termasuk untuk pelajar Pendidikan Khas (PK).
Melalui pendidikan yang sempurna, pelajar-pelajar Pendidikn Khas boleh dilatih untuk
berdikari di samping memperkembangkan potensi mereka. Sistem pendidikan di negara kita
kini telah diubah suai selaras dengan hasrat negara yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Ianya menjadi sasaran utama negara untuk menjadi sebuah negara maju yang mementingkan
pembangunan insan selaras dengan pendidikan bersepadu yang digunakan.
12

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju.
Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah.
Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar
belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru
mengawal pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan
meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang
kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan
khas khususnya. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu,
perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau
kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah
pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi
penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak lagi
menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti menjalankan
ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak
boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan. Oleh yang
demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran, penyesuaian
yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan
bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi
pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut Zainudin (2004), golongan ini juga
berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi
terhadap ketidakupayaan mereka.

Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan
infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolahsekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti
bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur yang
standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai
13

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan
khas.

Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik
darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di
peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat
duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah
sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang
berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot
seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan
menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya,
ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter
persegi (9 m 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar
mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi
menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung
kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith
(1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan seseorang pelajar.

6.

PENUTUP

Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untuk
mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa
dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang
terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah
dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia
untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu
belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada
yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas
14

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai


berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama
semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan
Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan
bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di
persada dunia.

15

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996


Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol.
24. No. 1 (pp. 3-6)
Culatta, R.A. & Tompkins, JR(1999)...Fundamentals of Special Education. ,
Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with
disabilities: On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA:
Corwin Press.
Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional
untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.
Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanakkanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.
Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas
dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.
Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan
Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor
Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review. The Elementary School
Journal, 83(4), 427452.
Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya
golongan berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402406.

16

You might also like