Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TAJUK

Kokurikulum

DEFINISI

Secara amnya, kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang


dilaksanakan di luar bilik darjah atau secara tidak formal.

PENDAPAT

1. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan


Sri Muhyiddin Yassin:
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memantapkan lagi
aktiviti badan beruniform yang dijalankan di sekolah kerana ia
memberikan kesan positif ke atas pelajar.
Pergerakan pengakap merupakan contoh terbaik tentang kejayaannya
dalam melahirkan pelajar yang lebih berdikari dan sedia berhadapan
segala kemungkinan.
KPM sentiasa memikirkan cara untuk memajukan lagi bidang
kokurikulum kerana didapati semua kegiatan ini dapat memberikan
banyak faedah kepada pelajar selain menjadi syarat untuk ke
universiti.
Beliau meminta ibu bapa supaya tidak menghalang anak mereka
daripada menyertai kegiatan kokurikulum.
Untuk memeriahkan lagi sukan sekolah, kejohanan olahraga sekolah
akan dijadikan acara kemuncak pada setiap aktiviti sukan sekolah.
KPM akan menggerakkan usaha secara besar-besaran bagi
menghidupkan semula aktiviti sukan di sekolah yang selama ini
kurang diberi perhatian dan ingin melihat setiap pelajar sekurangkurangnya akan mengambil bahagian dalam satu atau dua sukan di
sekolah.
2. Richard Bradley melalui bukunya Havard Rules:
Untuk memasuki Unversiti Havard, iaitu universiti terbaik
dunia, kelulusan akademik sahaja tidak memadai. Calon juga
perlu mempunyai ciri seperti ahli muzik, saintis, usahawan, ahli
sukan, dan sebagainya yang bertaraf dunia.

FAEDAH

1. Hal ini adalah kerana kokurikulum merupakan wadah paling berkesan


untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutama dalam
konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial yang hasil akhirnya mewujudkan sumber manusia
berkemahiran tinggi di Malaysia.
2. Bidang kokurikulum mempunyai pelbagai faedah kepada individu,
masyarakat, dan negara. Hal ini demikian kerana kokurikulum
merupakan elemen kedua selepas akademik dalam menghasilkan pelajar
yang serba boleh. Dengan adanya aktiviti bersukan, berpersatuan,
beruniform, kemahiran berkomunikasi dan memimpin, penjanaan idea
dapat ditingkatkan.
3. Aktiviti kokurikulum juga dapat menjana kreativiti dan kemahiran
pelajar disamping dapat menimba pelbagai ilmu tambahan.
4. Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat melaksanakan pembentukan

KESIMPULAN

disiplin dan membina kendiri yang mantap.


Kepentingan kegiatan kokurikulum memang tidak dapat dinafikan. Oleh itu,
hasrat baik KPM hendaklah disambut baik supaya sistem pendidikan negara
tidak lagi berorientasikan peperiksaan semata-mata. Hal ini selaras dengan
hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, cerdas,
sihat, dan bermoral, yang menjadi teras pembangunan RMK-9.

You might also like