Laporan EIA Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

1.

0) PENGENALAN
1.1) Pengenalan Syarikat

SYARIKAT BLACKWHITE CONSTRUCTION SDN. BHD merupakan syarikat


berdaftar di Malaysia dengan nombor pendaftaran syarikat (No. 2345678). Syarikat ini mula
ditubuhkan pada 25 April 1989 oleh Yb. Dato’ Hamdan Bin Hassan, Yb. Dato’ Nik Othman
Bin Chik dan Dato’ Seri Md. Rashid Bin Ahmad dan kini diterajui oleh Tan Sri Mohamad
Saifulnizam Bin Hamdan, Datuk Paduka Nik Mohamad Faris Bin Nik Othman Dan Dato’
Dr. Nurfatin Adila Binti Md. Rashid. Syarikat ini mula bertapak di Klang Selangor tetapi
kini, operasi syarikat ini telah berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia. Setelah hampir 20
tahun beroperasi, syarikat ini telah menubuhkan dua cawangan bagi meluaskan operasinya di
seluruh dunia dengan menubuhkan anak syarikatnya di Johannesburg, Afrika Selatan dan
Jakarta, Indonesia. Berdasarkan laporan kewangan syarikat yang dikeluarkan pada tahun
2008, syarikat ini mempunyai aset syarikat yang bernilai kira-kira USD 4.44 billion.

Misi utama syarikat ini adalah menjadi sebuah syaikat bereputasi antarabangsa. Ini
bersesuaian dengan hasrat negara Malaysia yang mahu menjadikan sektor pelancongan
sebagai salah satu sumber ekonomi yang teguh di negara ini dengan menarik pelancong luar
negara datang ke Malaysia. Syarikat ini beralamat di:

BLACKWHITE CONSTRUCTION SDN. BHD.

NO 8, WISMA BWC,

JALANPALANG MERAH,

34500 KUALA LUMPUR,

MALAYSIA.

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 1


1.2) Syarikat Penasihat Pembangunan Projek

Projek Pembangunan Kawasan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih, Bera,


Pahang memerlukan laporan penilaian impak persekitaran (EIA) untuk diserahkan
kepada Jabatan Alam Sekitar (DOE) bagi memenuhi syarat pembangunan projek
yang diperlukan. Sehubungan dengan itu, Syarikat BlackWhite Construction Sdn.
Bhd telah melantik SYARIKAT BULUS KALAMEREY CONSULTANT SDN.
BHD. sebagai syarikat penasihat pwmbangunan projek untuk mengkaji dan menilai
impak persekitaran yang mungkin terjadi apabila pembangunan projek bagi Projek
Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih, Bera, Pahang dijalankan.
Syarikat berdaftar ini beroperasi dialamat:

BULUS KALAMEREY CONSULTANT SDN. BHD.

A-15 BANGUNAN API,

JALAN TENGKU KUDUS,

28890 BESERAH,

PAHANG DARUL MAKMUR.

NO TELEFON: 06-9876543/2

: 06-9876543/5

EMAIL: bulukalamerey@yahoo.com

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 2


Syarikat penasihat projek ini melantik beberapa pakar dalam setiap bidang kajian alam
sekitar dan sosial bagi memenuhi kajian penilaian terhadap kawasan ini. Senarai konsultan yang
terlibat dalam kajian penialaian impak persekitaran bagi projek pembangunan ini adalah:

NO NAMA KELAYAKAN SKOP KAJIAN


1 PROF. DATO DR. DZUL IKRAM BIN M. Sc. Environmental Pengurus projek,
ABD. RAHMAN Engineering Hidrologi& Pengurusan
Reg No. 543678 Bahan Buangan
Tarikh Luput: 19/12/2010
2 PROF. TAN ZEE PIEW PhD (Chemistry) Kualiti Air
3 EN. AHMAD BIN MOHAMAD B. Sc. (Hons) Physics Mikroklimaks & Kualiti
Udara
4 EN. ZAMRI BIN HAMDAN B. Sc. (Geology) Geologi & Sains Tanah
5 EN. HERMAN BIN AHMAD B. Sc. (Hons) Impak Bunyi
(Environmental
Science)
6 NOORZAIMAH BINTI MUHAMMAD M. Sc. Forestry Ekologi, Flora & Fauna
7 NURUL HIDAYAH BINTI MUHD. M. Sc. Aquaculture Hidupan Akuatik
RIDWAN

1.3) Keperluan Penilaian Impak Persekitaran (EIA)

Penilaian Impak Persekitaran atau lebih dikenali sebagai “Environmental Impact


Assessment” (EIA) merupakan satu kajian yang digunakan untuk mengimbangi faktor-

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 3


faktor alam sekitar dengan sesuatu projek pembangunan yang baru dirancang. EIA
dijadikan sebagai satu kajian mengenalpasti, meramal, menilai dan mendapatkan
informasi melalui komunikasi yang dibuat terhadap pihak-pihak terlibat, yang mana
ianya berkaitan dengan kesan terhadap alam sekitar yang berpunca dari cadangan projek
pembangunan. Disamping itu juga, EIA juga menyenaraikan langkah-langkah mitigasi
sebelum projek pembangunan berkenaan diluluskan dan beroperasi. EIA merupakan
suatu cara dan kaedah yang amat penting dan memberi manfaat kepada semua pihak
termasuk pihak berkuasa, pihak pemaju dan masyarakat setempat. Antara kepentingan
EIA temasuklah:
a) Memberi kemudahan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada sesuatu
cadangan projek pembangunan seharusnya boleh diluluskan atau sebaliknya;
b) Memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan
pembangunan
c) Suatu kaedah dan cara untuk ke arah pembangunan yang berterusan; dan
d) Menjadi sumber maklumat informasi

Bagi pembangunan Projek Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih, laporan penilaian


impak persekitaran diperlukan bagi memenuhi syarat pembangunan kawasan pusat
peranginan di kawasan Hutan Primer. Ini sebagai langkah awal bagi memenuhi aspek
kepuasan terhadap semua pihak agar pembangunan yang ingin dijalankan berjalan
dengan lancar. Ini bertepatan dengan keperluan bagi AKTA KUALITI ALAM SEKITAR
1974, KUALITI ALAM SEKITAR (AKTIVITI TERKAWAL) (PENILAIAN IMPAK
PERSEKITARAN) 1987, JADUAL 17(PEMBANGUNAN KAWASAN PERANGINAN
DAN REKREASI).

2.0) PROJEK PEMBANGUNAN PUSAT PERANGINAN TASIK CENDERAWASIH.

2.1) Pengenalan Projek

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 4


Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih akan dijalankan di
Daerah Bera, Pahang Darul Makmur yang mana negeri ini merupakan antara salah satu
negeri yang terluas di Malaysia iaitu merangkumi kira-kira 35823 km 2 keluasannya.
Sebagai sebuah negeri yang masih kaya dengan hutan primer dan kepelbagaian
biodiversitinya, negeri ini telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar
negeri. Lokasi pembangunan pusat peranginan ini terletak di KM 105 Segamat-Bera dan
45km daripada Bandar Bera.

Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih ini meliputi keluasan


sebanyak 100 hektar iaitu meliputi kawasan persekitaran tasik termasuklah hutan primer
dan Tasik Cenderawasih. Namun begitu, pemaju projek hanya membangunkan
infrastrktur kawasan peranginan yang meliputi kawasan seluas 25.5 hektar, kira-kira 25%
daripada keseluruhan kawasan peranginan. Aktiviti-aktiviti rekreasi meliputi keseluruhan
kawasan. Maklumat am projek adalah seperti di dalam Jadual 1 di dalam LAMPIRAN.

Berkonsepkan semi-nature, pusat peranginan ini bertujuan untuk memberikan


kepuasan kepada para pelancong yang menggemari keindahan alam semulajadi dan
kepuasan rekreasi dengan mengekalkan persekitaran sedia ada. Keindahan alam
semulajadi seperti kawasan tasik semulajadi dan hutan primer yang telah wujud lebih
daripada 100 tahun merupakan daya tarikan utama pusat peranginan ini kepada para
pengunjung. Keadaan semulajadi di kawasan ini menjadikan kawasan ini berbaloi untuk
dibangunkan oleh syarikat pemaju projek untuk tujuan sektor pelancongan. Penbangunan
projek lebih menjurus kepada penggunaan tenaga manusia iaitu sebanyak 65% dan
selebihnya menggunakan tenaga mekanikal agar impak terhadap persekitaran dapat
diminimakan.

2.2) Objektif Pembangunan Projek

Perancangan Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cerderawasih, Bera,


Pahang mempunyai beberapa objektif. Antara objektif-objektif pembangunan adalah:

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 5


a) Membina pusat peranginan yang mengutamakan alam semulajadi.
b) Memberi kepuasan dan peluang untuk para pelancong dari dalam dan luar negara
merasai suasana percutian yang eksklusif.
c) Membantu menjana ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
d) Meningkatkan kemajuan sektor pelancongan negara.
e) Menjadikan malaysia sebagai tumpuan para pelancong dari seluruh dunia melalui
sektor perlancongan
f) Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat untuk menjana
pendapatan keluarga.
g) Memperkenalkan kepelbagaian diversiti kehidupan flora dan fauna yang terdapat
di Malaysia kepada para pelancong.

2.3) Peta Lokasi, Pelan Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Pusat


Peranginan Dan Aktiviti Rekreasi

a) Peta Lokasi Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 6


PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 7
PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 8
b) Pelan Pembangunan Infrastruktur

c) Kemudahan Infrastruktur Dan Aktiviti Rekreasi

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 9


Kawasan pusat peranginan yang meliputi kawasan seluas 25.5 hektar merupakan
tapak pembangunan infrastruktur utama yang ingin dibangunkan sebagai kawasan
rekreasi. Tapak ini merupakan kawasan yang sesuai kerana berdekatan dengan jalan
utama ke Bandar Bera, Pahang. Pembangunan infrastruktur-infrastruktur di kawasan
ini melibatkan semua kemudahan-kemudahan dari segi kemudahan asas, penginapan,
makanan, aktiviti-aktiviti rekreasi dan sebagainya.

Mengikut pelan perancangan pembangunan infrastruktur, beberapa kemudahan


telah dicadangkan untuk dibangunkan bagi kemudahan para pengunjung yang datang
ke pusat peranginan tersebut. Antaranya kemudahan asas yang dibina meliputi
infrastruktur seperti tandas, stesen janakuasa, tangki sisa kumbahan, pusat
pentadbiran bagi kemudahan operasi syarikat, jeti, tempat meletak kenderaan, jalan
raya dan tangki air. Selain itu, terdapat juga perancangan infrastruktur yang
dibangunkan untuk kemudahan para pelancong yang hadir ke pusat peranginan.
Antara kemudahan-kemudahan yang dibangunkan adalah Chalet Kanopi berjumlah 5
unit yang dibina khas untuk golongan atasan, Chalet Mampu Sewa sebanyak 30 unit,
kawasan menjamu selera iaitu kafetaria dan restoran terapung, trek jalan kaki
sepanjang persisiran tasik sejauh 2 kilometer, dewan serbaguna yang berkapasiti 100
orang bagi aktiviti berkumpulan dan seminar, tapak perkhemahan bagi para
pengunjung yang mahu maerasai suasana hutan semulajadi yang lebih ekstrem, stor
rekreasi bagi tempat penyimpanan alatan rekreasi dan pondok kawalan keselamatan
bagi menjamin keselamatan para pengunjung,surau bagi aktiviti keagamaan dan
menara tinjau bagi aktiviti rekreasi

Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih yang dibangunkan ini mempunyai


keistimewaan tersendiri dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang akan menjadi tarikan
kepada para pelancong dari dalam mahupun luar negara. Antara tarikan alam
semulajadi yang bakal menarik perhatian para pelancong adalah kawasan tasik
semulajadi yang jernih dan bebas dari pencemaran alam sekitar, kawasan jenut yang
menjadi tumpuan haiwan-haiwan liar berkumpul bagi mendapatkan sumber garam
mineral dan suasana aman di dalam hutan primer, hutan hujan tropika. Aktiviti-
aktiviti rekreasi yang dirancang oleh pemaju projek dipusat peranginan merupakan

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 10


aktiviti yang amat bersesuaian dengan sumber alam semulajadi kawasan projek yang
sedia ada seperti kawasan tasik dan hutan hujan tropika dan flora dan fauna yang
wujud di kawasan tersebut. Antara aktiviti-aktivi rekreasi yang bakal dijalankan di
Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih adalah aktiviti ‘bird watching’ dari menara
tinjau, aktiviti memancing yang berkonsepkan “catch and release” di kawasan tasik,
aktiviti perkhemahan di tapak perkhemahan, aktiviti sukan air seperti “Speedboat”, jet
ski, “Lake Cruising”, berkayak di Tasik Cenderawasih, “Fish And Eagle Feeding”,
aktiviti berjalan kaki di persisiran tasik, “Flora Fauna Trekking”, urutan kaki di spa,
dan sebagainya. Tarikan utama aktiviti yang dapat dikenalpasti adalah aktiviti sukan
air dan pengalaman memerhatikan hidupan liar daripada menara tinjau.

3.0) AKTIVITI FASA PEMBANGUNAN

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 11


Rancangan Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih memerlukan pelan
perancangan yang terperinci dan perjalanan aktiviti yang terancang agar kerja-kerja
pembangunan dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Selain itu, perancangan
aktiviti yang teratur dan terperinci dapat meminimakan impak terhadap persekitaran disamping
memaksimakan kerja-kerja pembangunan infrastruktur yang akan dijalankan. Ia bertujuan bagi
memudahkan penilaian terhadap risiko kerosakan dari segi aspek alam sekitar disekeliling
kawasan pembangunan projek dapat ditentukan oleh pemaju projek. Penentuan aktiviti terancang
ini melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa pra-pembangunan, fasa semasa pembangunan dan fasa
pasca pembangunan. Aktiviti-aktiviti di dalam fasa-fasa tersebut mempunyai kesan yang
tersendiri terhadap alam sekeliling disekitar kawasan pembangunan projek yang dijalankan.

a) Fasa Pra Pembangunan

Aktiviti-aktiviti bagi fasa pra pembangunan meliputi aktiviti permulaan bagi


pemaju projek sebelum sebarang pembangunan infrastruktur dan kemudahan dijalankan.
Aktiviti ini lebih menjurus kepada pelantikan syarikat penasihat projek bagi melakukan
tinjauan terhadap lokasi yang terbabit dengan melakukan beberapa kajian yang meliputi
faktor alam sekitar dan sosial. Antara kajian yang dilakukan adalah tahap pencemaran
bagi air, udara dan bunyi sebelum pembangunana dijalankan oleh pemaju projek,
kedapatan flora dan fauna di keseluruhan kawasan projek, dan penilaian terhadap isu-isu
sosial yang mungkin akan timbul sekiranya terdapat penduduk yang tinggal di kawasan
tersebut. Selain itu, aktiviti di dalam fasa ini melibatkan kajian ramalan impak terhadap
persekitaran sedia ada dan langkah mitigasi yang perlu dicadangkan oleh pihak konsultan
kepada pihak pemaju projek bagi membendung tahap pencemaran alam yang serius
daripada berlaku. Kajian pihak penasihat projek juga meliputi kajian mengenalpasti
sumber semulajadi yang terdapat di kawasan tersebut seperti kawasan hutan semulajadi
dan kawasan jenut. Aktiviti lain di dalam fasa ini adalah penyediaan pelan pembangunan
projek yang lengkap bagi kawasan peranginan tersebut dari segi kemudahan awam dan
infrastruktur yang akan dibangunkan.

b) Fasa Semasa Pembangunan

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 12


Fasa pembangunan projek melibatkan aktiviti yang dijalankan selepas laporan
penilaian impak persekitaran yang dikemukakan oleh pemaju projek mendapat kelulusan
oleh Jabatan Alam Sekitar. Melalui perancangan projek pembangunan pusat peranginan
tasik cenderawasih ini, aktiviti yang dijalankan bermula dengan pembukaan kawasan
tapak projek dengan pembinaan jalan bagi kemudahan pengangkutan keluar masuk bahan
binaan. Selain itu, pembukaan tanah bagi penyediaan tapak projek pembangunan
infrastruktur turut dilakukan di dalam fasa semasa pembangunan. Aktiviti ini dajalankan
dengan pembukaan hutan tersebut secara berfasa mengikut tempoh yang ditetapkan. Ia
bertujuan bagi membolehkan haiwan liar yang berada di lingkungan kawasan projek
berpindah ke habitat baru. Kemasukan tenaga pekerja seramai 100 orang dan kemasukan
jentera berat dan bahan-bahan keperluan pembangunan infrastruktur seperti batu, pasir
dan besi juga dilakukan di dalam fasa ini. Seterusnya, kerja-kerja pembangunan
infrastruktur dijalankan bagi pembinaan kemudahan asas dan bangunan yang dirancang
seperti tandas, bangunan pentadbiran, chalet, menara tinjau, jeti dan dewan serbaguna
dijalankan oleh pihak pemaju projek. Pemantauan oleh pihak berkuasa juga dijalankan
sepanjang tempoh fasa semasa pembangunan ini berjalan.

c) Fasa Pasca-Pembangunan

Fasa pasca projek bermula apabila keseluruhan pembangunan projek telah siap
dijalankan. Fasa ini melibatkan aktiviti-aktiviti pemantauan oleh pihak Jabatan Alam
Sekitar bagi melihat impak pembangunan projek terhadap persekitaran sekeliling dan
langkah-langkah mitigasi yang diambil oleh pemaju projek sekiranya berlaku impak yang
serius samaada dilaksanakan ataupun tidak. Pihak pemaju pula akan melakukan
penyelenggaraan secara berkala terhadap kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan
terhadap kawasan pusat peranginan sebagai langkah mitigasi untuk jangkamasa yang
panjang. Fasa ini juga melibatkan perancangan penyediaan pakej pelancongan oleh
syarikat pemaju kepada para pelancong serta menjalankan aktiviti mempromosikan
kawasan peranginan baagi menarik minat para pelancong melalui media cetak dan media
massa serta media elektronik.

4.0) PERSEKITARAN SEDIA ADA TASIK CENDERAWASIH

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 13


4.1) Persekitaran Fizikal

Lokasi kawasan pembangunan bagi projek pusat peranginan di Tasik


Cenderawasih, Bera, Pahang ini mempunyai berbagai spesies flora dan fauna. Kawasan
pusat peranginan ini yang terletak jauh ke pedalaman hutan negeri Pahang menyebabkan
kawasan hutan ini mempunyai hutan yang merupakan hutan primer. Hutan primer adalah
lebih dikenali sebagai hutan dara yang masih belum diterokai. Kekayaan dan flora dan
fauna yang semulajadi ini telah menjadi satu asset penting kepada pembangunan kawasan
pusat peranginan di Tasik Cenderawasih ini, kerana ianya mampu menarik ramai
pelancong yang gemarkan suasana yang semulajadi pada masa akan datang.

Selain daripada itu, Tasik Cenderawasih di sini telah memainkan peranan yang
sangat besar kerana tasik ini banyak menampung berbagai hidupan akuatik seperti ikan-
ikan dan berbagai jenis hidupan akuatik lain. Tasik Cenderawasih yang luas ini, selain
dapat menampung kepada habitat hidupan akuatik malah ianya juga dapat menampung
kepada keperluan air kepada masyarakat sekitar serta kepada hidupan liar disekitar tasik
ini.

Selain dari itu juga, keindahan alam semulajadi yang terdapat di kawasan sekitar
Tasik Cenderawasih ini adalah, kawasan jenut. Kawasan jenut merupakan kawasan yang
menjadi tumpuan kepada hidupan liar untuk mendapatkan garam mineral. Jenut
merupakan sejenis aliran air pada celah-celah batu yang mengandungi kandungan garam
mineral yang tinggi. Ini menyebabkan hidupan liar seperti rusa amat meminati untuk
kekawasan tersebut untuk mendapatkkan garam mineral sebagai sumber tenaga kepada
mereka. Taburan kawasan jenut disekitar Tasik Cenderawasih ini adalah banyak. Ini akan
menjadi tarikan kepada para pelancong yang ingin melihat hidupan liar secara lebih
dekat.

4.2) Persekitaran Bunyi

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 14


Memandangkan lokasi Tasik Cenderawasih yang terletak jauh di pedalaman Bera,
Pahang, kawasan ini tidak begitu terganggu dengan bunyi bising daripada jentera-jentera
berat seperti lori dan sebagainya. Ianya juga tidak begitu terganggu dengan bunyi bising
yang dihasilkan oleh kenderaan seperti motosikal, kereta dan sebagainya. Keadaan bunyi
yang terdapat di kawasan Tasik Cenderawasih ini hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh
serangga-serangga dan hidupan-hidupan liar yang menghuni dikawasan ini. Ini
merupakan keadaan bunyi yang semulajadi yang dihasilkan oleh hidupan liar disini yang
menjadikan kawasan ini lebih tenang dan damai. Keadaan bunyi yang dihasilkan disekitar
kawasan ini adalah berkadar 25 desible iaitu berkeadaan tenang.

TAHAP BUNYI BAGI FASA PRA PROJEK


PRA PROJEK
dB X1 X2 X3
25 26 25
JADUAL 4.2: Tahap kekuatan bunyi

4.3) Persekitaran Udara

Udara bersih yang terdapat di kawasan Tasik Cenderawasih ini adalah disebabkan
oleh beberapa faktor yang mempengaruhinya. Antara faktor yang mempengaruhi adalah
kawasan tasik itu sendiri yang memberi kesegaran udara dan kelembapan kepada ekologi
didalam hutan yang berdekatan. Tasik Cenderawasih ini menjadi sumber bahan penyejuk
kepada hutan tersebut disamping menyediakan sumber makanan kepada hidupan liar
disini. Faktor yang berikutnya adalah, kawasan ini merupakan kawasan yang jauh terletak
di kawasan pedalaman yang menyebabkan ianya jauh daripada pencemaran udara yang
terdapat di kawasan bandar. Kawasan tasik yang dikelilingi oleh hutan asli disini juga
menyumbang kepada kebersihan udara disini. Kawasan hutan dan kawasan sekitar Tasik
Cenderawasih ini adalah mempunyai kelembapan yang tinggi kerana faktor yang
dipengaruhi oleh tasik yang berdekatan. Ini adalah kerana disekitar tasik terdapat saliran
anak sungai yang mengalir ke dalam tasik. Indeks Pencemaran Udara ( IPU ) yang
dicatatkan di kawasan ini pada pra projek dijalankan adalah 25 iaitu amat bersih.

TAHAP BACAAN UDARA BAGI FASA PRA PROJEK

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 15


PRA PROJEK
IPU X1 X2 X3
25 25 25
JADUAL 4.3: Tahap Bacaan Udara

4.4) Persekitaran Air

Tasik Cenderawasih ini merupakan tasik yang belum diterokai oleh manusia pada
sebelum ini. Ini menyebabkan air yang terdapat didalam tasik ini adalah sangat jernih dan bersih.
Sebarang bentuk pembangunan di kawasan ini adalah tiada. Tasik ini mendapat sumber air
daripada sungai dan anak sungai yang mengalir kedalam tasik tersebut. Keadaan saliran air yang
baik pada tasik tersebut menjadi faktor kepada kebersihan air didalam tasik ini. Keadaan tasik
yang mempunyai banyak batang-batang kayu yang di dasar tasik menjadi kawasan tempat
persembunyian atau lubuk-lubuk bagi hidupan akuatik didalam tasik seperti ikan. Berdasarkan
kajian kualiti keatas air tasik ini memberi keputusan seperti berikut:

UKURAN KUALITI AIR BAGI FASA PRA PROJEK


PRA PROJEK
W1 W2 W3
Ammonical Nitrogen 0.1 0.15 0.25
BOD 1 2.5 1
COD 10.6 11 18
DO 5 5 6.5
pH 6 6.5 7
TSS 25 26.2 30
JADUAL 4.4: Tahap Kualiti Air

4.5) Persekitaran Flora Dan Fauna

a) Fauna

Tasik Cenderawasih ini yang dikelilingi oleh hutan primer atau hutan yang masih
belum diterokai oleh manusia dan sebarabag pembangunan memberikan ketenangan
kepada hidupan liar didarat dan di akuatik. Kawasan ini mempunyai taburan hidupan liar
yang banyak kerana kawasan ini terletak jauh di pedalaman. Terdapat berbagai spesies

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 16


hidupan liar disini yang datang untuk mencari sumber makanan dan haiwan yang hadir
bagi mendapatkan garam mineral di kawasan jenut yang berada di sekitar tasik ini.
Antara hidupan liar yang dicatatkan terdapat di kawasan ini adalah seperti senarai di
bawah.

SENARAI FAUNA DI TASIK CENDERAWASIH, BERA, PAHANG

Nama Tempatan Nama Spesies


Badak Sumatra Dicerorhinus sumatrensis
Kucing dahan Felis marmorata
Gajah Asia Elephas maximus
Tapir Tapirus indicus
Kancil Tragulus kanchil
Rusa sambar Cervus unicolor
Tupai pinang Callosciurus natotus
Tupai tanah Tupaia tana nitidus
Kongkang Nycticebus coucang
Kera Macaca fascicularis
Tenggiling Manis javanica
Babi hutan Sus Barbatus
Raja udang Alcedo atthis
Bangau Grus grus
Helang Ictinaetus malayensis
Ular sawa batik Python reticulatus
Ular tedung selar Ophiophagus hannah
Haruan Channa striata
Toman Channa micropeltes
Tilapia Tilapia sp.
Biawak Varanus salvator
Musang Pulut Paradoxurus hermaphroditus
Kelawar kepala hitam Chironax melanocephalus
Kelawar buah Cynopterus brachyotis

b) Flora

Kawasan hutan disekeliling Tasik Cenderawasih ini menyediakan berbagai jenis


tumbuh-tumbuhan yang unik dan berharga. Memandangkan hutan disini adalah hutan
yang masih belum diterokai oleh manusia, berbagai spesies tumbuhan dan pokok dapat
ditemui disini. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, terdapat banyak pokok induk

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 17


dan pokok-pokok herba di sekitar hutan disini. Antara spesies fauna yang dicatatkan
terdapat di sekitar hutan ini adalah seperti senarai dibawah.

SENARAI FLORA DI TASIK CENDERAWASIH, BERA, PAHANG

Nama Tempatan Nama Spesies


Tualang Koompassia excelsa
Meranti Tembaga Shorea leprosula
Meranti Kepong Shorea ovalis
Keruing Merah Dipterocarpus verrucosus
Keruing Mempelas Dipterocarpus crinitus
Keruing Beludu Dipterocarpus obtusifolius
Keruing Bulu Dipterocarpus baudii Korth.
Cengal Neobalanocarpus heimii
Rengas Glutta sp.
Gaharu Aquilaria malaccensis
Kayu Malam Diospyros buxifolia
Tongkat Ali Eurycoma longifolia
Kacip Fatimah Labisia pumila
Tanduk Rusa Platycerium wallihi
Simpuh Dillenia sp.
Orkid Selipar Paphiopedilium sp.
Orkid Liar Dendrobium sp.
Langsuyar Asplenium nidus
Keladi bunting
Teratai

5.0) IMPAK PERSEKITARAN DAN LANGKAH MITIGASI YANG DICADANGKAN

Impak merupakan kesan yang akan terjadi terhadap persekitaran apabila berlakunya
pembangunan di kawasan yang baru dibuka. Impak ini melibatkan kesan terhadap persekitaran
yang mana mengambil kira faktor fizikal, udara, air, bunyi, flora, fauna dan sosial.

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 18


Mitigasi ialah cegahan atau kawalan untuk impak yang berlaku. Langkah mitigasi yang
efektif dan sesuai amat penting untuk mengurangkan densiti impak yang akan mempengaruhi
keadaan persekitaran alam sekitar mahupun manusia itu sendiri. Pemilihan langkah mitigasi yang
bersesuaian juga penting bagi mendapatkan hasil yang membawa kemudahan pada masa
hadapan.

Bagi Projek Pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih, Bera, Pahang, pihak
penasihat projek diatas arahan pemaju projek telah menjalankan kajian bagi mengenalpasti
impak persekitaran yang bakal berlaku apabila ababila pembangunan projek dilakukan di
kawasan tersebut. Selain itu, pihak penasihat projek juga perlu menggariskan langkah-langkah
mitigasi yang perlu dilakukan oleh pihak pemaju sekiranya pencemaran akibat impak aktiviti
yang dijalankan berlaku dari aspek fizikal, flora, fauna, air, bunyi, udara dan aspek sosial.

5.1) Persekitaran fizikal

Persekitaran fizikal dikaji menjurus kepada faktor keadaan tanah semasa projek
dilakukan dan fasa pasca projek. Impak yang timbul akibat pembangunan ini adalah
mampatan tanah di tapak projek. Penggunaan jentera berat semasa fasa ppembangunan
projek menjadikan tanah termampat. Ini menyebabkan berlakunya impak terhadap
pertumbuhan anak pokok di tapak projek selepas pembangunan siap dijalankan. Fasa
pasca projek juga memberikan impak yang serupa kepada keadaan fizikal tapak projek.

Langkah mitigasi yang diambil adalah pembukaan tapak projek secara berfasa
bagi mengurang kesan mampatan tanah yang menyeluruh, menggunakan jalan utama
yang sama bermula daripada fasa semasa projek sehingga fasa pasca projek serta
menanam rumput penutup bumi bagi menggemburkan tanah yang telah mampat setelah
projek pembangunan selesai dijalankan.

5.2) Persekitaran Bunyi

Kajian yang dilakukan di kawasan pembangunan projek mendapati akan berlaku


impak pencemaran terhadap kekuatan bunyi apabila operasi pembangunan dan aktiviti

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 19


rekreasi yang dilakukan oleh para pelancong dijalankan. Sebagai contoh, bacaan nilai
desibel bunyi (dB) yang berlaku jika pembangunan dilakukan dikawasan tersebut:

KADAR PENCEMARAN DI SETIAP PLOT


PERSAMPELAN BAGI SETIAP FASA
PRA SEMASA PASCA
PROJEK PROJEK PROJEK
UKURAN DESIBEL B1 B2 B3 B1 B2 B3 B1 B2 B3
25 26 25 40 90 50 30 50 48
(dB)

Peningkatan ukuran bunyi memberikan pelbagai impak terhadap persekitaran


sekeliling. Persekitaran tahap bunyi ini berlaku apabila aktiviti semasa projek dijalankan
seterusnya pencemaran selepas projek selesai iaitu fasa pasca projek. Antara aktiviti yang
memberikan impak terhadap persekitaran adalah kemasukan jentera berat ke kawasan
projek, suara para pekerja yang tinggal disitu, serta bunyi peralatan mekanikal yang
digunakan seperti mesin gergaji dan sebagainya. Kehadiran bunyi yang kuat memberikan
impak yang negatif kepada hidupan liar yang mendiami kawasan berhampiran. Aktiviti
pasca projek yang memberikan impak terhadap persekitaran bunyi adalah kehadiran
bunyi kenderaan pelancong dan suara para pelancong.

Sebagai langkah mitigasi yang perlu diambil oleh pemaju projek, langkah yang
pertama adalah menghadkan masa penggunaan jentera dan mesin yang digunakan,
memberikan kesedaran kepada para pekerja dan pelancong mengenai kehadiran hidupan
lain yang terdapat disekeliling kawasan peranginan, menanam tumbuhan yang dapat
menyerap bunyi yang bising dan seterusnya meminimakan kadar ukuran bunyi yang
dihasilkan seharian operasi.

5.3) Persekitaran Udara

Kajian yang dilakukan di kawasan pembangunan projek mendapati akan berlaku


pencemaran udara apabila operasi pembangunan dan aktiviti rekreasi yang dilakukan oleh

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 20


para pelancong. Berikut merupakan jangkaan nilai bacaan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) yang berlaku jika pembangunan dilakukan dikawasan tersebut:

KADAR PENCEMARAN DI SETIAP PLOT


PERSAMPELAN BAGI SETIAP FASA
PRA SEMASA PASCA
PROJEK PROJEK PROJEK
INDEKS PENCEMARAN U1 U2 U3 U1 U2 U3 U1 U2 U3
25 25 25 26 80 35 27 55 36
UDARA (IPU)

Daripada data yang diambil, didapati kenaikan tahap pencemaran udara berlaku
bermula daripada fasa semasa pembangunan projek dilakukan kerana keseluruhan
pembangunan bermula daripada fasa tersebut. Perbandingan bacaan IPU diantara pra
projek dan semasa projek pada titik persampelan U2 meningkat daripada 25 kepada 80
jauh lebih tinggi berbanding kenaikan di titik persampelan U1 dan U3 kerana kedudukan
titik persampelan U2 terletak di tengah-tengah pelan pembangunan. Perbandingan bacaan
IPU diantara semasa projek dan pasca projek dilihat berkurangan namun lebih tinggi dari
bacaan pada pra projek iaitu pada tahap 55 di titik persampelan U2.

Kenaikan bacaan kadar indeks pencemaran udara (IPU) ini merupakan impak
yang berlaku sekiranya pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih ini
dijalankan. Antara impak-impak pencemaran udara yang dapat dikenalpasti hasil
daripada aktiviti-aktiviti semasa projek dijalankan adalah pelepasan kadar gas karbon
monoksida ke udara yang berlebihan akibat aktiviti manusia yang dijalankan seperti
penggunaan jentera berat, kemasukan kenderaan pengangkutan dan pembakaran hutan
bagi pembukaan kawasan. Selain itu, semasa projek dijalankan, habuk-habuk dan debu-
debu pasir yang dibawa masuk oleh kenderaan berat di kawasan projek juga
menyumbang kepada peningkatan bacaan indeks pencemaran udara ini. Bagi aktiviti
pasca projek, impak terhadap persekitaran yang dapat dikenalpasti adalah pembebasan
gas karbon monoksida akibat kehadiran kenderaan pelancong dari luar seperti kereta, van
dan motosikal dan bas. Selain itu, aktiviti rekreasi para pengunjung seperti aktiviti
“barbeque” juga akan meningkatkan kadar gas karbon dioksida ke udara.

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 21


Sebagai langkah mitigasi, pihak penasihat projek telah menggariskan beberapa
panduan ataupun langkah kawalan bagi meminimakan pencemaran yang akan berlaku
akibat aktiviti-aktiviti semasa projek dan pasca projek. Antara langkah mitigasi yang
dicadangkan adalah pembinaan jalan berbatu semasa pembangunan projek dan
pembuatan jalan berturap semasa fasa pasca projek dijalankan. Ini bagi mengelakkan
impak seperti habuk dan debu berterbangan. Bagi pencemaran habuk dan debu juga,
langkah mitigasi yang perlu diambil adalah aktiviti membasahkan jalan berbatu secara
berjadual dijalankan bagi pengurangan habuk dan debu, penanaman tumbuhan
disepanjang jalan yang bertindak sebagai penghadang kepada habuk dan debu daripada
bebas keudara. Pengangkutan pasir dan sebagainya ke dalam tapak projek oleh jentera
berat perlulah ditutupi dengan kanvas sebagai usaha menghalang habuk daripada
berterbangan. Bagi pencemaran gas beracun ke udara seperti, langkah mitigasi yang
diambil adalah dengan pengawalan keluar masuk jentera secara berjadual.

5.4) Persekitaran Air

Kajian yang dilakukan di kawasan pembangunan projek mendapati akan berlaku


impak pencemaran terhadap air apabila operasi pembangunan dan aktiviti rekreasi yang

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 22


dilakukan oleh para pelancong dijalankan. Sebagai contoh, jangkaan nilai bacaan pH air
yang berlaku jika pembangunan dilakukan dikawasan tersebut:

KADAR PENCEMARAN DI SETIAP PLOT


PERSAMPELAN BAGI SETIAP FASA
PRA PROJEK SEMASA PASCA
PROJEK PROJEK
TAHAP KEASIDAN AIR W1 W W3 W1 W2 W3 W W2 W3
(pH) 2 1
7.0 7.0 7.1 6.8 4.8 4.5 6.7 6.5 6.4

Seperti yang ditunjukkan di dalam jadual diatas, perubahan bacaan parameter pH


berlaku di setiap fasa aktiviti pembangunan projek. Ini disebabkan impak yang terhasil
daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam fasa semasa projek dan fasa pasca
projek. Fasa semasa projek memberikan impak yang buruk kepada persekitaran air
dimana aktiviti pembangunan dijalankan. Pertama, peningkatan bahan terampai di dalam
air menyebabkan kekurangan oksigen di dalam air dan menyebabkan hidupan akuatik
yang terdapat di dalam tasik terancam. Selain itu, pembuangan sampah sarap oleh para
pekerja juga boleh berlaku menyebabkan keadaan kawasan air tercemar. Selain itu, tahap
kekeruhan air juga akan meningkat kerana pengaliran air kotor ketika hujan dari kawasan
tapak projek ke dalam tasik yang dapat mengancam hidupan akuatik tersebut. Tumpahan
minyak daripada jentera yang mengalir ke dalam tasik juga menyebabkan impak yang
serius terhadap hidupan akuatik dan kawasan tasik. Selain daripada pencemaran fizikal
air, bau yang kurang menyenangkan juga akan terhasil akibat pencemaran air. Impak
aktiviti fasa pasca projek bersamaan dengan impak daripada aktiviti fasa semasa projek
yang mana memberikan kesan yang serupa.

Beberapa langkah mitigasi telah dicadangkan bagi pengawalan pencemaran air


semasa projek dijalankan dan selepas projek disiapkan. Langkah yang pertama adalah
melakukan pembersihan di kawasan tasik yang tercemar sebaik sahaja pembangunan siap
dijalankan dan pembersihan dilakukan secara berterusan mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Selain itu, rawatan air bagiu kawasan tasik juga perlu dilakukan bagi menilai
tahap kebersihan air semasa dan selepas projek dijalankan. Langkah yang seterusnya

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 23


adalah pemasangan penapis sisa kumbahan bagi saliran pembentangan yang mengalir ke
kawasan tasik. Dan langkah yang paling baik adalah pembinaan loji rawatan kumbahan
bagi merawat sisa kumbahan yang disalirkan dari tandas dan bahan buangan lain.

5.5) Persekitaran Flora Dan Fauna

a) Fauna

Kajian yang dilakukan di kawasan pembangunan projek mendapati akan berlaku


impak pencemaran terhadap populasi hidupan liar apabila operasi pembangunan dan
aktiviti rekreasi yang dilakukan oleh para pelancong dijalankan. Impak aktiviti terhadap
hidupan akuatik dapat dilihat apabila berlakunya pencemaran terhadap air di dalam tasik.
Peningkatan pencemaran air menyebabkan hidupan akuatik musnah kerana kekurangan
kadar oksigen di dalam air dan peningkatan suhu air di dalam kawasan tasik. Kesan
pencemaran ini lebih ketara kesannya terhadap hidupan akuatik yang hidup dipermukaan
air tasik berbanding hidupan yang hidup di dasar tasik. Bagi hidupan liar di daratan,
aktiviti fasa semasa projek dan pasca projek memberikan impak yang amat buruk.
Kehadiran manusia di kawasan sekeliling ini bagi pembukaan kawasan akan
memusnahkan habitat semulajadi haiwan terbabit. Ia akan menyebabkan haiwan-haiwan
tersebut berpindah kehabitat baru dan ada kemungkinan akan mati kerana penyesuaian
habitat yang tidak sesuai didiami bagi hidupan liar tersebut. Selain itu, pencemaran bunyi
dari kawasan tapak projek menyebabkan hidupan liar berasa tertekan kerana kadar bunyi
yang dihasilkan oleh aktiviti projek dan aktiviti amat bising.

Pelbagai langkah mitigasi dissediakan oleh penasihat projek bagi mengatasi


impak terhadap fauna yang berada di sekeliling kawasan tersebut. Lamngkah pertama
sebagai langkah kawalan adalah dengan melakukan kajian terperinci terhadap spesies
haiwan yang terdapat di kawasan projek dan mengenalpasti status haiwan tersebut. Selain
itu, usaha lain yang dapat dilakukan oleh pihak pemaju projek adalah usaha
memindahkan haiwan tersebut ke kawasan habitat yang baru yang mana menyerupai
habitat asal haiwan terutamanya haiwan mamalia kecil. Selain itu, pemuliharaan habitat
asal selepas pembangunan projek selesai dijalankan juga perlu dilakukan agar haiwan

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 24


tersebut dapat kembali ke habitat asal. Usaha memelihara kawasan habitat semulajadi
haiwan juga perlu dilakukan disamping memberikan kesedaran kepada pelancong
terhadap kepentingan menghormati keperlau fauna ddi kawasan sekeliling dengan tidak
melakukan sebarang pencemaran yang boleh mendatangkan impak negatif kepada
haiwan liar tersebut.

b) Flora

Untuk menjalankan pembangunan pusat peranginan di kawasan Tasik


Cenderawasih ini, banyak pokok ditebang untuk membuka tanah bagi membina
infrastruktur di kawasan pusat peranginan tersebut. Oleh itu, pokok-pokok ditebang dan
akan mengakibatkan ruang terbuka di kawasan tersebut. Ruang yang terbuka
menyebabkan tanah akan terdedah kepada pancaran matahari yang terik yang boleh
meningkatkan suhu tanah serta boleh menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh
apabila berlakunya hujan yang lebat. Selain daripada itu juga, bagi membuka sesuatu
kawasan untuk menyediakan infrastruktur pusat peranginan ini, akan banyak anak-anak
pokok akan mati atau musnah kerana dipijak oleh manusia serta jentera-jentera berat. Ini
menyebabkan pokok-pokok tidak dapat membesar dengan sempurna dan
berkemungkinan akan mengalami kematian. Untuk mengangkat barang-barang yang
berat, jentera berat akan digunakan. Kesan daripada penggunaan jentera berat tersebut
akan mengakibatkan mampatan pada struktur tanah di kawasan tersebut. Mampatan tanah
ini akan mengakibatkan atau memberi kesan kepada biji benih pokok untuk bercambah,
kerana tanah yang mampat.

Untuk itu, beberapa langkah mitigasi telah diambil bagi tujuan untuk memulihkan
kembali kawasan-kawasan yang terkena impak semasa proses pembangunan kawasan
peranginan. Antara langkah yang diambil adalah penebangan pokok secara berfasa. Ini
adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakkan pada tanah dan
menyebabkan kawasan terbuka. Selain daripada itu, bagi menjalankan aktiviti
penebangan pokok, pokok perlu ditebang secara “selective cutting” iaitu tebangan secara
memilih. Ini adalah kerana bagi menyimpan induk-induk pokok supaya tidak pupus.
Selepas projek pembangunan selesai dijalankan, aktiviti tanam semula pokok akan
dijalankan. Ini adalah kerana bagi melindungi kawasan-kawasan yang menjadi terbuka

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 25


dan kekurangan pokok. Selain itu, penanaman pokok tutup bumi juga perlu dijalankan
bagi memastikan tiada pengaliran kelodak dan pasir masuk kedalam tasik dan
mencemarkan tasik apabila berlakunya hujan pada kawasan terbuka.

5.6) Persekitaran Sosial

Aktiviti-aktiviti setiap fasa projek memberikan impak terhadap persekitaran


sosial. Kehadiran faktor sosial ini memberikan impak terhadap persekitaran di kawasan
sekeliling. Di dalam aktiviti fasa semasa projek, kehadiran pekerja daripada pelbagai
negara seperti Indonesia, Myanmar dan Kemboja akan mewujudkan percampuran budaya
sosial.. percampuran budaya ini seterusnya menimbulkan masalah sosial seperti
pergaduhan. Selain itu, pembangunan projek ini juga memberikan peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan yang berkemahiran dalam sektor pembinaan. Impak terakhir
yang yang dapat dikenalpasti adalah kepupusan hidupan liar yang tinggal dikawasan
berdekatan akibat pemburuan yang mungkin dilakukan oleh para pekerja. Ini akan
menjejaskan ekosistem semulajadi. Impak semasa fasa pasca projek dapat dilihat dengan
kewujudan kawasan rekreasi bagi kepuasan pengunjung, kewujudan kemudahan
perhubungan komunikasi dan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dengan
menjadi seorang pemandu pelancong bagi pusat peranginan tersebut.

Hanya beberapa langkah mitigasi yang diambil bagi mengurangkan impak


terhadap sosial ini kerana impak negatif berkurangan berbanding impak positif
pembangunan terhadap persekitaran sosial. Antara langkah mitigasi yang diambil adalah
pengambilan pekerja tempatan diutamakan bagi membendung masalah percampuran
budaya dan timbulnya masalah sosial yang serius.

5.7) Pelan Titik Persampelan

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 26


6.0) KESIMPULAN

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 27


Penilaian impak persekitaran amatlah penting bagi meramal impak terhadap
persekitaran sedia ada sebelum pembangunan dijalankan. Ia juga bertujuan bagi memberikan
kepuasan kepada semua pihak agar kebaikan dapat dinikmati bersama. Penilaian yang baik
memberikan jaminan terhadap pengekalan persekitaran sedia ada disamping memberikan
pelbagai kebaikan kepada manusia sejagat. Selain itu, proses ini juga bertujuan agar segala
kerosakan yang berlaku dapat diminimakan sebaik mungkin dengan penyediaan langkah mitigasi
yang berkesan bagi memelihara persekitaran untuk kebaikan masa hadapan.

Laporan penilaian impak persekitaran memainkan peranan yang amat penting yang mana
ia memberi dan mengemukakan pemeriksaan yang sistematik terhadap implikasi alam sekitar
yang berpunca daripada cadangan pembangunan dan juga memberikan cadangan alternatif
berhubungkait dengan cadangan pembangunan. Laporan ini juga adalah perkara penting di dalam
sesuatu perancangan pembangunan. Ia memberikan maklumat yang secukupnya bagi
menggambarkan kedudukan alam sekitar di masa akan datang dan masa kini akibat dari sesuatu
perancangan pembangunan itu serta memberikan tindakan-tindakan alternatif bagi mengatasi
kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar. Sehubungan dengan itu, penerimaan segala maklumat
menerusi EIA, mewujudkan suatu peningkatan tahap informasi kepada semua pihak yang terlibat
di dalam sesuatu perancangan pembangunan yang melibatkan pemaju-pemaju, pihak berkuasa
dan penduduk setempat.

Diharapkan pembangunan Pusat Peranginan Tasik Cenderawasih ini dapat dijalankan


dengan lancar dan memenuhi kesemua keperluan dan kepuasan pengguna dan alam sekitar.

PENILAIAN IMPAK PERSEKITARAN 28

You might also like