Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TUGASAN B

1.0 Pengenalan
Dalam menghasilkan pengajaran yang produktif, guru perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran bagi memastikan objektif yang ingin disampaikan akan terus diterima oleh muridmurid. Ada banyak kaedah mahupun aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk
menjadikan pengajaran seseorang guru itu menarik, berkesan dan sebagainya. Antara cara
yang boleh guru-guru jalankan adalah seperti aktiviti diskusi, main peranan, simulasi,
permainan bahasa, sosio-drama, bercerita dan aktiviti-aktiviti lain yang dianggap bersesuaian.
Di dalam membicarakan tugasan soalan yang berkaitan dengan karya agung, guru perlu
memilih salah satu aktiviti yang bersesuaian agar murid dapat memahami isi kandungan
mahupun nilai-nilai yang terdapat di dalam karya tersebut. Contohnya karya agung Hikayat
Raja-raja Pasai. Memandangkan karya ini mempunyai tahap pemikiran yang tinggi, pastinya
sukar bagi guru untuk menyampaikan ciri-ciri yang terdapat di dalam karya agung ini. Untuk itu,
para guru semestinya bijak di dalam memilih aktiviti yang sesuai bagi menerapkan ciri tersebut
ke dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.

2.0 AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA


Antara aktiviti yang dianggap sesuai digunakan dalam menerapkan ciri nilai ilmu dalam
pengajaran Bahasa Melayu adalah aktiviti bercerita. Ini kerana, aktiviti bercerita merupakan
salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu aktiviti yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Melalui aktiviti
bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata, dan tatabahasa dapat
disampaikan. Menurut E. Greene (1976), bercerita dianggap sebagai seni sastera dan seni
teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku. Anne
Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak
daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau frosa yang dipersembahkan atau
dipimpin oleh seseorang dihadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan
atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau
direkodkan secara mekanikal.
Berdasarkan kepada karya agung Hikayat Raja-raja Pasai dan ciri nilai ilmu karya
agung, guru boleh menggunakan rancangan pengajaran seperti berikut mengikut langkahlangkah yang telah dirancang.

Langkah
Langkah 1

Isi pelajaran
Teks

cerita

Hikayat

Raja-raja Pasai

Aktiviti Pengajaran dan

Catatan

Pembelajaran
1. Guru mengedarkan teks cerita BBB : Petikan teks
Hikayat Raja-raja Pasai kepada
murid.
2. Guru meminta murid membaca

Langkah 2

teks dengan kuat yang dan jelas.


1. Guru bertanya kepada murid

Teknik : Bercerita

mengenai cerita yang terdapat

Nilai : Berani

dalam teks.
2. Guru meminta seorang murid
untuk bangun dan menceritakan
kembali
Langkah 3

cerita

yang

terdapat

Melakonkan kembali

dalam teks mengikut pemahaman.


1.
Guru
meminta
murid BBB : Petikan teks

cerita Hikayat Raja-

melakonkan kembali cerita yang

Teknik : Bercerita

raja Pasai yang

terdapat dalam teks Hikayat Raja-

dan Sosio-Drama

telah dibaca.

raja Pasai.

Nilai : Yakin

Watak dalam cerita:

2. Guru memilih beberapa murid

1. Raja Muhammad

untuk

2. Raja Ahmad

terdapat di dalam teks.

3. Puteri Betung

3. Guru memilih seorang murid

4. Merah Gajah

untuk

5. Askar-askar

cerita tersebut.

6. Orang tua

4.

7. Pencerita

kepada murid untuk membuat

memegang

menjadi

Guru

watak

yang

pencerita

memberikan

bagi
masa

persediaan.
5.

Setelah

berakhir,

aktiviti
guru

lakonan
membuat

kesimpulan.
6. Guru menyatakan nilai dan
pengajaran

yang

dalam cerita tersebut.

terdapat

di

Di dalam rancangan pengajaran yang telah dirancang oleh guru dengan merujuk kepada
rancangan di atas, guru boleh memulakan aktiviti dengan mengagihkan salinan teks cerita dari
petikan Hikayat Raja-raja Pasai. Petikan karya perlulah diringkaskan mengikut tahap murid
dengan sesuai. Setelah murid menerima salinan teks yang diedarkan, guru boleh meminta
murid untuk membaca terlebih dahulu petikan tersebut dengan bacaan yang kuat dan jelas
serta dengan intonasi yang sesuai. Semasa pembacaan teks dilakukan, murid perlulah
memahami akan isi cerita dan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang novel sebenar.
Langkah berikutnya, guru akan bersoal jawab dengan murid untuk memastikan
kefahaman murid tentang petikan. Guru boleh bertanyakan sama ada watak di dalam cerita,
mesej penyampaian, serta nilai yang terdapat di dalam petikan tersebut. Setelah dapat
memastikan kefahaman murid tercapai, guru boleh meminta salah seorang murid yang dipilih
secara rawak untuk menceritakan kembali cerita yang dibaca mengikut kefahaman masingmasing.
Seterusnya, untuk memastikan murid memahami nilai yang ingin disampaikan, guru
boleh menambah aktiviti bercerita dengan tambahan aktiviti sosio-drama untuk memastikan
pengajaran lebih menarik dan seterusnya murid lebih memahami nilai ilmu yang ingin
disampaikan. Di dalam aktiviti ini, guru akan memilih beberapa orang murid untuk memainkan
watak seperti di dalam cerita Hikayat Raja-raja Pasai. Sepanjang aktiviti sosio-drama ini
dijalankan, guru boleh menjadi sebagai pengantara bagi memastikan cerita yang disampaikan
adalah betul dan tepat. Pada pengakhiran cerita, guru boleh menambah tokok dengan
memberikan pengajaran dan seterunya rumusan kepada cerita tersebut dimana nilai ilmu yang
sebenar yang ingin pengarang Hikayat Raja-raja Pasai ingin sampaikan.
3.0 AKTIVITI PENERAPAN KEDUA
Untuk penerapan yang kedua pula, aktiviti perbincangan boleh digunakan dalam
menerapkan ciri pandangan hidup karya agung di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Aktiviti perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid mengeluarkan fikiran dan
pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan, 1990 : 85). Selain itu, aktiviti perbincangan
juga melibatkan interaksi dua hala antara murid dengan murid atau murid dengan guru dalam
proses pembelajaran. Aktiviti ini lebih berpusatkan kepada murid iaitu murid berbincangan
antara satu dengan lain, berkongsi maklumat dan memberi serta menerima pendapat untuk
mendapatkan satu persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Tambahan

lagi, aktiviti perbincangan juga adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan dan ia dilakukan dikalangan murid di bawah penyelian dan kawalan seorang guru.
Aktiviti ini dapat dijalankan dengan melihat kepada rancangan pengajaran yang telah
dirancangan beberapa langkah yang sesuai.
Langkah
Langkah 1

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Catatan

Teks cerita Hikayat

Pembelajaran
1. Berdasarkan kepada teks, guru

BBB : Petikan teks

Raja-raja Pasai

menyoal murid tentang budaya

Nilai : Berusaha

dan pandangan hidup yang terdapat Teknik


dalam teks.

Perbincangan

2. Murid membuat penyenaraikan

(antara guru dan

nilai yang dijumpai.

murid)

3.
Langkah 2

Pandangan Hidup :
akidah Islam
2.
berpegang
teguh kepada
adat resam
3.
saling
hormat
menghormati
4.
mengutamka
n ikatn
kekeluargaan
dan hubungan
silaturahim
1.

Langkah 3

Murid

menyebut

nilai

yang

dijumpai di dalam teks secara kuat.


1. Guru menerangkan pandangan BBB : Petikan teks
hidup yang telah dijumpai secara Nilai
ringkas.
2.

Guru

Bekerjasama
membahagikan

murid

kepada 4 kumpulan dengan setiap


kumpulan

mewakili

Murid

pandangan

berbincang
hidup

Teknik

Perbincangan

pandangan (antara

hidup yang telah disenaraikan.


3.

ahli

kumpulan)

tentang

yang

telah

diberikan oleh guru sesama ahli


kumpulan.
1. Guru meminta setiap kumpulan

BBB : Petikan teks

untuk ke hadapan kelas.

Nilai : Berani

2.

Setiap

kumpulan

membincangkan
pandangan

hidup

akan Teknik

kekuatan Perbincangan
yang

mereka (antara

wakili berdasarkan teks.

dengan

3. Di setiap akhir perbincangan murid)


kumpulan, guru akan membuat
kesimpulan dan rumusan.

murid

Dalam pengajaran ini, guru boleh memulakan langkah dengan aktiviti bersoal jawab
dengan murid setelah mengedarkan salinan petikan kepada setiap murid. Soal jawab yang
dijalankan perlulah berdasarkan kepada petikan yang menyentuh tentang ciri-ciri budaya dan
pandangan hidup di dalam petikan. Setelah itu, guru dan murid akan berbincang tentang nilai
yang diperolehi dan meminta murid menyenaraikan seberapa banyak lagi pandangan hidup
yang ada di dalam petikan dan menyebutnya dengan kuat di dalam kelas.
Setelah itu, guru boleh mengambil langkah yang kedua dengan menerangkan serba
sedikit pandangan hidup utama yang telah guru pilih. Seterusnya, guru akan membahagikan
murid kepada empat kumpulan untuk membincangkan pandangan hidup yang telah guru pilih
dengan lebih jelas lagi. Setiap kumpulan akan diberi satu pandangan hidup untuk dibincangkan
kekuatannya di dalam petikan yang diberi. Guru akan memberi masa dalam 10 sehingga 15
minit untuk murid berbincangan dengan ahli kumpulan di bawah kawalan dan panduan guru.
Langkah seterusnya, setiap kumpulan akan diminta ke hadapan kelas untuk
membincangankan pandangan hidup yang telah diberi dengan kumpulan lain. Setiap kumpulan
akan membincangankan pandangan hidup tersebut serta kekuatannya berbanding dengan
kumpulan yang lain. Dalam aktiviti ini, guru membenarkan murid lain untuk bertanyakan soalan
sekiranya

terdapat kelemahan ataupun kekuatan di dalam pandangan hidup yang

dibincangkan. Dan pada akhir setiap kumpulan membincangkan pandangan hidup yang telah
diberi, guru akan bertindak untuk membuat rumusan serta memberikan kesimpulan yang sesuai
dengan pandangan hidup yang telah dipilih.
4.0 RUMUSAN
Jelas sekali di sini, dapat kita lihat bahawa dengan menerapkan mana-mana ciri yang
terdapat di dalam karya agung melalui aktiviti-aktiviti yang dipilih, sedikit sebanyak dapat
mendedahkan kepada murid-murid akan kekuatan karya yang pilih oleh guru seperti dari
Hikayat Raja-raja Pasai. Ini membolehkan murid berfikir secara matang dan bijak mencari isi-isi
yang tersurat dan tersirat di dalam petikan yang diberikan. selain daripada itu, dengan aktiviti
yang dipilih dan bersesuaian dapat menambah lagi keseronokan murid di dalam pengajaran
yang disampaikan. Tambahan pula, untuk mengharapkan murid menghayati kesuluruhan isi
cerita adalah satu perkara yang mustahil memandangkan Hikayat Raja-raja Pasai mempunyai
aras yang tinggi bagi tahap pemikiran murid sekolah rendah. Tetapi melalui aktiviti yang
dijalankan, ia mampu untuk memberi pemahaman yang baik kepada murid walaupun guru
hanya memberi petikan daripada novel tersebut.

RUJUKAN
1. Dr.Seri Lanang Jaya Bin Hj.Rohani, Prof. Madya Dr.Abd.Rahman Bin Napiah,
Dr.Hj.Mohd.Rashid Bin Md.Idris & Dr.Hj.Naffi Bin Mat .(2013). Penghayatan Karya
Agung.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
4. Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa
Melayu.Selangor: Penerbit Multimedia Sdn.Bhd
5. Ezani

Yusoff

(Bob),

Teknik

Pengajaran

dan

Pembelajaran

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm Muat turun;1.11.2014


6. www.slideshare.net/strategipendekatan-kaedah-dan-teknik Muat turun; 1.11.2014

You might also like