Skop Tugas Pengawas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

TANGGUNGJAWAB & TUGAS PENGAWAS

Ketua Pengawas
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga Pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dengan Exco Tertinggi untuk membuat tindakan yang
melibatkan kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Menjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

Penolong Ketua Pengawas


1. Menjalankan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.

Setiausaha
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas

Bendahari dan Ahli Biro Kewangan


1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendapat keizinan dari guru
pengawas.
3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.

Biro Tugas-tugas Khas Disiplin


1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar .
3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal
5. Mengetuai Spot Check

Pengawas

Mengawal disiplin pelajar.

Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar

Menjaga imej dan nama baik sekolah

Membantu guru dan rakan pelajar

Memastikan keceriaan sekolah dijaga

Mematuhi peraturan sekolah

Memimpin rakan-rakan pelajar

Mencegah kes jenayah di sekolah

Menghormati guru dan rakan pelajar

Pandai membahagikan masa antara pelajaran dan tugasan harian

Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas dengan penuh dedikasi

Mendisiplinkan diri dan rakan pelajar yang lain

Patuh kepada peraturan dan ketepatan masa

KETUA KECERIAAN
6.1.
6.2.
6.3.
6.4.
6.5.
6.6.
6.7.

7.
7.1.
7.2.
7.3.
7.4.
7.5.
7.6.

8.
8.1.
8.2.
8.3.
8.4.
8.5.
8.6.
8.7.
8.8.
8.9.
9.
9.1.
9.2.
9.3.
9.4.
9.5.

Mengurus rancangan kebersihan dan keceriaan sekolah


Memastikan bilik gerakan pengawas sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih
Meronda kawasan sekolah dan bilik darjah bagi memastikan keadaan sentiasa bersih, ceria dan selamat.
Memastikan lampu, kipas dan pintu kelas tertutup sewaktu pelajar keluar rehat dan bertanggungjawab
mencatat kelas yang telah melanggar disiplin dan peraturan sekolah
Menyediakan laporan dalam fail biro
Memastikan kantin dalam keadaan bersih
Menjadi tulang belakang dalam menjaga dan mengawal kebersihan sekolah ketika sesuatu aktiviti
dijalankan.
KETUA KESELAMATAN
Memastikan keselamatan harta sekolah dan murid terkawal
Memantau tempat tempat murid melepak di kawasan sekolah
Meronda kawasan sekolah berdasarkan jadual bertugas
Membuat laporan harian dalam fail biro
Memastikan murid menggunakan laluan yang dibenarkan sewaktu datang dan balik dari sekolah
Menerima dan mencatat aduan gangguan / ancaman keselamatan pengawas / murid dan dilaporkan
kepada Guru Penasihat LPS / Disiplin.
KETUA ROHANI / KEBAJIKAN
Memastikan kebajikan pengawas dijaga
Menolong guru-guru sekiranya terdapat pelajar yang sakit
Mencatat nama pengawas yang balik awal atau sakit
Menyiapkan laporan setiap hari dalam fail biro
Memastikan ketiga-tiga bendera telah dipasang di tiang serta pengawas yang bertugas menaikkan
bendera sudah bersedia
Menyediakan jadual pelaksanaan Program Bacaan Yasin dalam bentuk kumpulan dengan diketuai oleh
seorang ketua.
Melaksanakan program kerohanian / kebajikan / khidmat sosial untuk para pengawas.
Mengetuai penglibatan pengawas dalam semua aktiviti kerohanian di bawah Panitia Pendidikan Islam dan
AJK Surau.
Memastikan harta pengawas mencukupi
KETUA AKADEMIK
Mengumpul dan menghantar keputusan peperiksaan mengikut tingkatan kepada Guru Penasihat LPS
selewat-lewatnya 2 minggu selepas peperiksaan.
Merangka program untuk meningkatkan akademik pengawas
Membantu pengawas yang mempunyai masalah akademik
Mengemaskini fail akademik pengawas
Membuat analisis kecemerlangan prestasi akademik pengaws

10.
10.1.
10.2.
10.3.
10.4.
10.5.
10.6.
10.7.

KETUA LATIHAN
Membentuk unit kecil bagi setiap pengawas yang diketuai oleh seorang ketua.
Membentangkan fungsi ketua unit dalam Mesyuarat LPS
Menyediakan modul-modul latihan yang mampu menyerlah potensi pengawas dari aspek kepimpinan,
kerjasama dan sebagainya.
Membentuk kerjasama erat dengan Kaunselor dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Merangka latihan tertentu bagi penyediaan Ketua Pengawas dan AMT bagi sesi berikutnya.
Memantau perkembangan pengawas percubaan sepanjang tempoh latihan.
Menghantar laporan pemantauan terhadap individu mengikut keperluan Guru Penasihat LPS.

Visi
Lembaga pengawas akan melahirkan
pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Misi
Lembaga pengawas menyediakan latihan yang dapat
mengembangkan potensi setiap pengawas serta
perkhidmatan yang dapat merealisasikan
visi dan misi sekolah

IKRAR PENGAWAS
Bahawasanya,
Kami Pengawas
SMK Permas Jaya 3
Bersumpah Dan Bersedia
Akan Berkhidmat
Dan Menjalankan Tugas Kami
Dengan Sepenuh Rela.
Menjadikan Diri Contoh Yang Baik
Kepada Pelajar Lain
Serta
Taat Patuh Kepada
Peraturan-peraturan Sekolah
Demi Kebaikan Dan Nama Baik
Sekolah Kita.

Peraturan Lembaga Pengawas SMK Permas Jaya 3


SUSUNAN PERKARA

Bahagian 1: Pelantikan Pengawas


Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baru
Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas
Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas
Fasal 4: Pakaian Pengawas
Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas
Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi (AMT)
Fasal 2: Ketua Biro
Fasal 3: Bidang Kuasa Ketua Biro
Bahagian 3: Pakaian dan Penampilan
Fasal 1: Etika Pemakaian Pengawas
Fasal 2: Pakaian Seragam Pengawas
Fasal 3: Peraturan Memakai Blazer
Fasal 4: Peraturan Aset Pengawas
Fasal 5: Kekemasan Pengawas
Bahagian 4: Tugasan Pengawas
Fasal 1: Tugasan Khusus
Fasal 2: Tugasan Sampingan
Fasal 3: Tindakan Disiplin
Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas
Fasal 1: Tatatertib Pengawas
Fasal 2: Kualiti seorang pengawas
Fasal 3: Tanggungjawab Pengawas
Bahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas
Fasal 1: Jenis Kesalahan
Fasal 2: Perbicaraan
Fasal 3: Hukuman
Bahagian 7: Persaraan Pengawas
Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas
Fasal 2: Masalah Disiplin
Fasal 3: Perletakan Jawatan
Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran

Bahagian 1: Pelantikan Pengawas


Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baharu
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7

Dilantik dalam kalangan pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja atau atas budi bicara
Pelajar tingkatan 3 boleh dilantik menjadi pengawas sekiranya bilangan pengawas tidak
mencukupi
Wajib melalui 2 sesi temuduga
Temuduga pertama dikendalikan oleh guru-guru pengawas / disiplin untuk memilih calon
pengawas percubaan.
Temuduga kedua dikendalikan oleh seorang guru pengawas / disiplin dan seorang Ahli Majlis
Tertinggi LPS untuk memilih calon pengawas percubaan yang layak dilantik sebagai pengawas
sekolah
Kriteria perlantikan pengawas berubah setiap tahun
Guru pengawas berkuasa mengubah kriteria perlantikan pengawas
Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas

2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6

Setiap pengawas yang baru dilantik wajib menyertai dua jenis kem kepimpinan
Pengawas baharu yang tidak menyertai perkhemahan ini akan dilucutkan jawatan secara
automatik atas budi bicara
Setiap pengawas percubaan wajib mengikuti tempoh percubaan sekurang-kurangnya 1 bulan
Guru Penasihat LPS berkuasa untuk menentukan latihan kepimpinan yang sesuai
Selagi mana latihan kepimpinan yang diadakan tidak mengancam keselamatan fizikal dan
tidak bertentangan dengan hukum syarak Islam dan hukum agama-agama lain, semua
pengawas wajib menyertai latihan kepimpinan yang diadakan.
Pengawas yang tidak mengikuti mana-mana latihan kepimpinan yang dijalankan perlu
menyertakan surat tunjuk sebab atau dikenakan tindakan tatatertib.
Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas

3.1
3.2
3.3
3.4

Pengawas berhak menegur dan memberi amaran kepada rakan pelajar


Pengawas sama sekali tidak berhak melaksanakan tindakan disiplin seperti rotan
Pengawas tidak berhak menggunting rambut pelajar melainkan atas perintah guru disiplin
Pengawas dibenarkan mengenakan tindakan secara bertulis terhadap murid-murid yang
melakukan kesalahan disiplin
Bahagian 2: Hirarki Lembaga Pengawas Sekolah
Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi

1.1
1.2
1.3
1.4
1.5

Diketuai oleh lima orang guru penasihat diikuti oleh Ketua Pengawas, Penolong Ketua
Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari
Ketua Pengawas dipilih melalui pungutan suara guru yang diadakan setiap tahun. Calon-calon
ketua pengawas dipantau dan dinilai sepanjang tempoh khidmat.
Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari dilantik melalui
perbincangan antara guru penasihat Lembaga Pengawas dan Disiplin.
Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas berhak melantik Ketua Biro dibawah
pengawasan Guru Penasihat LPS.
Ahli Majlis Tertinggi merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.

Fasal 2: Biro dan Ahli Jawatankuasa


1.1
1.2
1.3
1.4

Bilangan Biro berubah mengikut kehendak Ketua Pengawas dibawah persetujuan Guru
Penasihat LPS
Ketua Biro dilantik melalui perbincangan antara Guru Penasihat LPS dan Disiplin
Ahli jawatankuasa berhak dilantik melalui perbincangan antara AMT dan Ketua Biro
berpandukan potensi dan kecenderungan seseorang pengawas
Merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiviti pengawas.
Fasal 3: Bidang Kuasa Ketua Biro

1.1
1.2
1.3
1.4
1.5

Berkuasa meminda dan menambah aktiviti tahunan pengawas mengikut jawatan.


Wajib melaksanakan tugasan mengikut jawatan yang dipegangnya.
Bertindak sebagai mentor kepada AJK dibawah jagaannya.
Berhak memberi arahan kepada AJK masing-masing.
Wajib mengikut peraturan sekolah, sama seperti para pengawas dan pelajar yang lain.
Bahagian 3: Pakaian dan Penampilan
Fasal 1: Etika Pemakaian Pengawas

1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8

Pakaian hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah


Berpakaian lengkap dengan tanda nama, lencana sekolah dan bertali leher pengawas yang
diikat rapi
Pengawas lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali pinggang biru gelap dan
lengan baju tidak dilipat kecuali di dalam kelas
Tali leher pengawas tidak boleh dipinjam kepada pelajar lain atau kawan untuk dipakai
Tali leher dipakai tidak terlalu labuh dan tidak pendek. Sebaiknya bersetentang dengan pusat.
Pengawas perempuan tidak dibenarkan melipat lengan tangan
Pengecualian pakaian pengawas
1.7.1 Hari Rabu (hari Kokurikulum): pakaian uniform
Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan peraturan pemakaian pengawas selagi masih
berada di kawasan sekolah
Fasal 2: Pakaian Seragam Pengawas

2.1

Pengawas Lelaki
2.1.1 Baju lengan panjang berwarna biru
2.1.2 Bertali leher
2.1.3 Seluar panjang biru gelap
2.1.4 Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 42cm
2.1.5 Kasut dan stoking hitam
2.1.6 Segala aset pengawas

2.2

Pengawas Perempuan
2.2.1 Berbaju kurung biru dan berkain biru gelap
2.2.2 Bertudung biru dan melepasi paras bahu
2.2.3 Anak tudung berwarna hitam atau putih
2.2.4 Pengawas non-Muslim boleh memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher
dengan skirt labuh / pendek melepasi paras lutut
2.2.5 Kasut dan stoking berwarna hitam

Fasal 3: Peraturan Memakai Blazer


3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7

Blazer hanya boleh dipakai ketika majlis rasmi sekolah atau perhimpunan rasmi
Hendaklah sentiasa dibutangkan dan dipakai lengkap dengan pakaian seragam sekolah dan
bertali leher
Penggunaan blazer hanya untuk dipakai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Sekolah
sahaja
Urusan peminjaman blazer oleh anggota pengawas atau bukan pengawas, hendaklah terlebih
dahulu mendapat persetujuan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas
Blazer perlu sentiasa disimpan rapi di Bilik Operasi Pengawas. Kecuali mendapat persetujuan
Guru Penyelaras Lembaga Pengawas untuk membawa keluar dari bilik tersebut.
Sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti kecemasan, blazer boleh diserahkan
kepada pengawas yang bertanggungjawab untuk mengembalikannya ke tempat asal.
Lengan blazer yang dipinjam tidak boleh dilipat atau digulung.
Fasal 4: Peraturan Aset Pengawas (Lencana, Pen, Buku Nota dan Jam)

4.1
4.2
4.3
4.4

Setiap pengawas perlu sentiasa memakai lencana pengawas


Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen yang dapat berfungsi, sebuah
buku nota bersaiz kecil dan jam tangan (tepat mengikut jam loceng sekolah)
Pastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali kesalahan pelajar sahaja
Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis (kurang daripada 3 helai), sila gantikan dengan
buku nota yang baharu secepat mungkin
Fasal 5: Kekemasan Pengawas

5.1

Rambut:
5.1.1 Perlulah sentiasa bersih dan kemas
5.1.2 Tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggunakan gel pada rambut
5.1.3 Panjang rambut tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:
(a) Di belakang: Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga
(b) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi
(c) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya
dan side burn melebihi garisan tengah hidung
(d) Di atas
: Rambut lebih daripada 6 inci / 15cm panjang
5.1.4 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa
5.1.5 Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung / mini telekung

5.2

Misai dan Janggut:


Pengawas tidak boleh menyimpan misai atau janggut atau jambang atau ketiga-tiganya sekali.

5.3

Kuku:
Pengawas perlu berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai.

Bahagian 4: Tugasan Pengawas


Fasal 1: Tugasan Khusus
1.1
1.2

Tugasan khusus ialah tugasan utama seseorang pengawas dalam waktu yang ditetapkan
seperti waktu perhimpunan pagi, rehat dan sebagainya.
Tugasan seperti spot check, menyambut tetamu, mengendalikan perhimpunan dan menjaga
laluan masuk pelajar juga merupakan tugasan khusus seorang pengawas.
Fasal 2: Tugasan Sampingan

2.1
2.2
2.3

Tugasan sampingan seorang pengawas adalah seperti membantu guru-guru.


Pengawas wajib membantu guru-guru dalam hal-hal disiplin.
Pengawas berhak tidak membantu guru sekiranya proses pembelajaran sedang berlangsung.
Fasal 3: Tindakan Disiplin

3.1
3.2
3.3
3.4

Tindakan disiplin pengawas akan diambil sekiranya didapati tidak menjalankan tugas.
AJK yang bertanggungjawab mengumpul bahan bukti adalah AJK Disiplin dan AJK Kebajikan.
Pengawas yang tidak bertugas selama 3 kali tanpa sebab akan diberi surat amaran pertama.
Sekiranya perbuatan tidak bertanggungjawab ini diulangi, Ahli Majlis Tertinggi berhak
mempengaruhi Guru Penasihat untuk melucutkan jawatan pengawas tersebut
Pengawas yang telah dilucutkan jawatan tidak boleh dilantik semula sebagai pengawas.
Bahagian 5: Tatatertib dan Kelakuan Pengawas
Fasal 1: Tatatertib Pengawas

1.1
1.2
1.3
1.4

1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
1.10
1.11

Pengawas merupakan wakil guru dan pelajar sekolah ini serta perlu menjalankan
tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak.
Sebagai seorang pengawas, mereka harus membimbing pelajar ke arah yang betul.
Pengawas harus menjaga imej Lembaga Pengawas dan sekolah dari semasa ke semasa serta
tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang memburukkan nama dan imej sekolah atau
menggalakkan orang lain berbuat demikian.
Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya dalam apa jua keadaan.
Sekiranya seseorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab-sebab yang
munasabah, dia harus mendapat kebenaran daripada Ketua Pengawas atau Ahli Majlis
Tertinggi yang lain.
Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya.
Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar lain kerana dia harus
sentiasa sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas sekolah.
Seseorang pengawas dilarang bersikap berat sebelah.
Seseorang pengawas dilarang berkelakuan buruk di dalam kelas. Nasihat Ketua Tingkatan
mesti dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu Ketua Tingkatan mengawal keadaan
kelas.
Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas, pengawas
haruslah sentiasa memerhati keadaan disiplin sekolah.
Pengawas harus bersopan dan bertegur sapa dengan guru-guru serta bersikap ringan tulang
membantu guru apabila diperlukan.
Pengawas perlu menyokong segala aktiviti Lembaga Pengawas Sekolah.

Fasal 2: Kualiti seorang pengawas


2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7

Akauntibiliti
Ketepatan masa
Tegas dan Berani
Pantas dan Bijak
Peka dan Inisiatif
Adil
Boleh dipercayai
Bahagian 6: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas
Fasal 1: Jenis Kesalahan

1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8

Tingkah laku jenayah


Tingkah laku lucah
Tingkah laku kekemasan diri
Tingkah laku tidak mementingkan masa
Tingkah laku kurang sopan dan tidak bertanggungjawab
Tingkah laku musnah
Tingkah laku tidak jujur
Ponteng
Fasal 2: Perbicaraan

2.1
2.2
2.3
2.4

Semua pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas akan dilucutkan jawatan
secara automatik.
Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin serius seperti bergaduh dan merokok, berhak
dilucutkan jawatan oleh pihak pentadbir Sekolah, Lembaga Pengawas dan Lembaga Disiplin.
Pengawas yang sudah menerima lebih daripada satu surat amaran daripada Lembaga
Pengawas akan dilucutkan jawatannya
Pengawas yang dilucutkan jawatan tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan
dengan pengawas seperti spot check.
Fasal 3: Hukuman

3.1

3.2
3.3

Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin akan dikenakan hukuman yang setimpal.
Hukuman tersebut adalah dua kali ganda daripada murid-murid yang lain. Contohnya, jika
seseorang murid dikenakan denda RM0.10 kerana kesalahan satu jari kuku panjang, seseorang
pengawas dikehendaki membayar RM0.20 atas kesalahan yang sama.
Pengawas yang didapati bersubahat dengan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin
akan menerima hukuman yang berlipat kali ganda daripada murid - murid tersebut.
Pengawas yang melakukan kesalahan serius dan mengumpulkan 20 mata demerit ke atas akan
dilucutkan jawatan serta di gantung sekolah mengikut budi bicara pihak pentadbir.

Bahagian 7: Persaraan Pengawas


Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas
1.1
1.2
1.3
1.4

Secara umum, setiap pengawas akan menamatkan tempoh tugasan mereka seiring dengan
tamatnya tempoh persekolahan mereka di SMKPJ3
Setiap pengawas akan diberikan sijil penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka
sepanjang menjadi seorang pengawas.
Sijil Penghargaan daripada Lembaga Pengawas hanya diberikan kepada pengawas yang
menamatkan persekolahan di tingkatan 3 dan 5 sahaja.
Nama jawatan yang disandang hanya disebut dalam Sijil Penghargaan bagi Ahli Majlis
Tertinggi Lembaga Pengawas sahaja.
Fasal 2: Masalah Disiplin

2.1
2.2
2.3
2.4

Bagi pengawas yang terlibat dengan masalah disiplin yang serius, mereka akan dilucutkan
jawatan dan tidak akan menerima sebarang sijil daripada Lembaga Pengawas.
Bagi pengawas yang telah mengumpul 20 mata demerit dan ke atas, mereka dibenarkan
membuat rayuan dan permohonan daripada Lembaga Pengawas untuk mendapatkan sijil.
Pengawas Percubaan yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas adalah tidak layak untuk
menjadi seorang pengawas dan tidak akan dilantik sama sekali untuk menjadi seorang
pengawas
Guru Penasihat Lembaga Pengawas berhak menahan pemberian Sijil Penghargaan kepada
pengawas, sekiranya berlaku ketidakpuashatian terhadap mutu kerja dan tahap disiplin
pengawas.
Fasal 3: Perletakan Jawatan

3.1
3.2
3.3

3.4
3.5
3.6

Pengawas Percubaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga
Pengawas dibenarkan meletak jawatan atau menarik diri daripada Badan Pengawas.
Pengawas perlu mengemukakan surat perletakan jawatan rasmi sekurang-kurangnya 2 minggu
sebelum tarikh berkuatkuasa atau dikenakan denda sebanyak RM50
Setiap pengawas yang tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik akan diminta
untuk mengemukakan surat perletakan jawatan. Sekiranya pengawas tersebut mempunyai
masalah peribadi, boleh mengemukakan surat tunjuk sebab supaya tidak diberi
tanggungjawab yang membebankan.
Pengawas yang mengumpul 20 mata demerit dan ke atas boleh meletak jawatan secara
sukarela sebelum mereka dilucutkan jawatan.
Sebarang permohonan perletakan jawatan akan dikira diterima sekiranya mendapat
maklumbalas surat penerimaan perletakan jawatan daripada Guru Penasihat LPS.
Guru Penasihat LPS berhak menangguh perletakan jawatan pengawas mengikut keperluan
semasa.
Fasal 4: Arahan Ahli Majlis Pentadbiran

4.1
4.2
4.3
4.4

Pihak Pentadbir Sekolah berhak melucutkan jawatan seseorang pengawas.


Pengawas boleh membuat rayuan kepada Pengetua / Guru Kanan HEM / Guru Disiplin / Guru
Penasihat Lembaga Pengawas sekiranya mereka didapati terlibat dengan sesuatu kesalahan
berat / mengumpulkan 20 mata demerit dan ke atas.
Sesuatu keputusan Lembaga Pengawas Sekolah dan AMT yang melibatkan disiplin pengawas
hendaklah dibincangkan bersama pihak pentadbir sekolah.
Semua keputusan yang telah dibuat adalah muktamad dan hendaklah dipatuhi.

HURAIAN TUGAS
AHLI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
1.

PERHIMPUNAN

1.1. BARISAN MURID


1.1.1.
1.1.2.
1.1.3.
1.1.4.
1.1.5.
1.1.6.
1.1.7.

Semua pengawas perlu datang awal selewat-lewatnya jam 7.10 pagi


Mengawasi barisan murid agar teratur dan senyap
Murid yang bercakap / bersembang ditegur / diberi amaran
Pastikan murid tidak berlonggok semasa dalam keadaan duduk
Pastikan murid berbaris mengikut kelas masing-masing
Pastikan murid meletakkan beg di laluan yang ditetapkan.
Jika murid tersebut tidak mengendahkan teguran tersebut minta bantuan pengawas senior
atau Guru Disiplin
1.1.8. Pastikan pengawas tidak berborak, membaca atau mebuat kerja sekolah semasa dalam
perhimpunan
1.1.9. Pastikan murid menghormati lagu Kebangsaan, lagu Wilayah dan Sekolah serta bacaan ikrar.
1.1.10. Arahkan segala peraturan yang tersebut di atas. Sekiranya murid ingkar, catatkan nama,
tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan
selanjutnya ATAU bawa keluar murid ke kawasan salahlaku disiplin.
1.2. KANTIN
1.2.1. Pastikan sebelum jam 7.10, murid sudah meninggalkan kantin menuju ke tapak perhimpunan.
1.2.2. Pengawas perlu bertugas seawal jam 7.05 dan berdiri di laluan kantin untuk menutup laluan
1.3. PENTAS
1.3.1. Pengawas perlu datang awal, selewat-lewatnya jam 7.05 pagi
1.3.2.
Laporkan diri pada ketua pengawas pada setiap pagi
1.3.3.
Ketua pengawas perlu mencari pengganti segera jika ahli bertugas tidak hadir
1.3.4.
Ketua pengawas perlu memastikan perkara di bawah telah siap sedia:
Bil.

Tugas

1.

Pengacara Majlis

2.

PA Sistem

3.

Doa

4.

Ikrar

Catatan
Bersedia awal dan kenalpasti guru bertugas
Jam 7.10 guru bertugas akan mengarahkan semua murid
duduk di perhimpunan
Ketua Pengawas akan mengambil alih perhimpunan
sebelum diserahkan semula kepada guru bertugas
Pastikan murid senyap dan bersedia sebelum memulakan
perhimpunan
Arahkan pengawas mengawal barisan murid
Siap dipasang oleh AJK PA Sistem
Pengawas yang bertugas hendaklah bersedia dengan teks
Membaca dengan jelas dan penuh penghayatan
Ketua Pengawas akan memimpin bacaan
Membaca dengan suara yang jelas dan lantang

5.

Bendera

6.

Kerusi

7.

Rondaan

Pengawas yang bertugas perlu bersedia awal


Berdiri tegak semasa menaikkan bendera
Diketuai oleh Ketua Biro Keceriaan / Aset
Memastikan bilangan kerusi mencukupi dan kedudukan
kerusi selesa
Dilakukan selepas nyanyian lagu Kebangsaan atau ikrar
Dua orang pengawas diperlukan

1.4. PAGAR
1.4.1.
1.4.2.
1.4.3.
1.4.4.
1.4.5.
1.4.6.
1.4.7.

Pengawas pencatat kehadiran perlu berada di pagar selewat-lewatnya jam 7.05 pagi
Pengawas bertugas di kawasan tempat menunggu bas perlu berada di tempat tersebut
selewat-lewatnya jam 7.05 pagi
Murid lewat 7.25 pagi perlu diberi SLIP LEWAT dan diisi dalam Buku Daftar Pelajar Lewat
Murid lewat 7.20 pagi tidak perlu diberikan SLIP LEWAT tetapi dikira lewat perhimpunan.
Semua murid yang lewat dibawa ke dataran perhimpunan dan menerima hukuman dari
guru disiplin
Semasa murid lewat mengambil dan mengisi SLIP LEWAT, pengawas perlu pastikan murid
dalam keadaan yang teratur.
Sekiranya SLIP LEWAT sudah berbaki kurang 100 helai, sila pastikan SLIP LEWAT di fotostat
semula.

1.5. TERMINAL
1.5.1.
1.5.2.

1.5.3.
1.5.4.
1.5.5.
2.

Sebelum guru bertugas menamatkan perhimpunan, pengawas perlu bergerak pantas


membentuk terminal.
Lakukan pemeriksaan disiplin mengikut keperluan semasa. Iaitu: Tali leher, lencana, tanda
nama, tali pinggang, baju di dalam, kasut, stoking pendek, pakaian uniform, baju sukan
yang tidak dibenarkan, tidak masuk ke dalam seluar, kuku panjang, tudung singkat, anak
tudung warna selain putih,rambut panjang, berwarna, berekor dan berfesyen.
Pastikan ada 2 orang pencatat kesalahan dan 2 orang pengurus barisan murid yang
berkenaan.
Serahkan murid-murid berkenaan kepada guru Disiplin / GPK HEM yang bertugas.
SLIP LEWAT perlu mendapat tandatangan GPK HEM / Ketua Guru Disiplin sahaja.
WAKTU REHAT

2.1. KAWASAN BLOK


2.1.1.
2.1.2.
2.1.3.
2.1.4.
2.1.5.

Semua murid adalah dilarang berada di dalam kelas


Jika ada murid yang berada di dalam kelas, arahkan keluar. Sekiranya ingkar, catatkan
nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk
tindakan selanjutnya.
Pengawas yang berkenaan perlu melakukan rondaan.
Pengawas tidak dibenarkan sama sekali membawa rakan semasa bertugas.
Kawasan larangan makan adalah dewan terbuka, surau, koridor bangunan sekolah, pondok
berhadapan bilik Aset dan pentas datara

2.2. TANGGA
2.2.1.
2.2.2.
2.2.3.
2.2.4.
2.2.5.

Memastikan tiada murid yang melalui tangga sepanjang waktu rehat


Mengawal pergerakan murid naik ke kelas dan pastikan tidak bising
Pengawas bertugas tidak dibenarkan meninggalkan tugas selagi loceng tamat rehat masih
belum dibunyikan.
Pengawas bertugas boleh meninggalkan tangga tempat bertugas 5-10 minit selepas loceng
berbunyi.
Halang murid daripada menaiki / melalui tangga sepanjang waktu rehat. Sekiranya ingkar,
catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin
untuk tindakan selanjutnya.

2.3. KANTIN
2.3.1.
2.3.2.
2.3.3.

Memastikan murid mengemaskan semua pinggan dan gelas yang telah digunakan dan
dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.
Memastikan semua murid meninggalkan kantin sebelum loceng tamat rehat berbunyi.
Arahkan murid mengutip semula peralatan makanan dan meninggalkan kantin, jika
enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan laporkan kepada
Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya

2.4. TANDAS
2.4.1.
2.4.2.
2.4.3.
2.4.4.
2.4.5.

Memastikan tiada murid yang membawa / menghisap rokok


Pengawas bertugas perlu mengawal bilangan murid yang berada di dalam tandas
Memastikan tiada murid di dalam tandas selepas loceng tamat rehat berbunyi.
Pengawas bertugas boleh meninggalkan tempat bertugas 5-10 minit selepas loceng
berbunyi.
Halang murid daripada merokok dan melepak di dalam tandas sepanjang waktu rehat.
Sekiranya ingkar, catatkan nama, tingkatan, tarikh dan masa dan serahkan kepada GPK
HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.

2.5. SURAU
2.5.1.
2.5.2.
2.5.3.
2.5.4.

Membuat rondaan di kawasan surau


Memastikan tiada murid yang melepak atau makan di kawasan surau
Pengawas bertanggungjawab perlu sentiasa berada di kawasan surau sepanjang masa
rehat.
Arahkan murid meninggalkan surau, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan
tempat kejadian dan laporkan kepada GPK HEM / Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya

2.6. DEWAN TERBUKA / KOPERASI / PENTAS


2.6.1.
2.6.2.
2.6.3.
2.6.4.
2.6.5.

Pastikan tiada murid yang makan makanan berat di kawasan ini semasa rehat.
Pastikan suis kipas dimatikan semasa waktu rehat.
Pastikan murid tidak membeli makanan selepas loceng berbunyi.
Pengawas tidak perlu bertugas di dalam koperasi.
Arahkan murid, jika enggan, catat nama, tingkatan, tarikh, masa dan tempat kejadian dan
laporkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya

Piagam
Lembaga Pengawas
SMK permas jaya 3
Kami Lembaga Pengawas SMK Permas Jaya 3 dengan penuh iltizam
berjanji akan bekerja dengan usaha tenaga kami untuk:

memantapkan disiplin ke hala tuju yang cemerlang dan


gemilang.
membantu pihak pentadbir dan guru-guru sekolah dalam segala
aktiviti yang diadakan dengan cemerlang dan berkesan.
memberi layanan dan perkhidmatan yang cekap dan mesra
pelanggan.
memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan berusaha
meningkatkan mutu disiplin.
menjana pemikiran dan sahsiah pelajar ke arah mencapai
kecemerlangan visi dan misi sekolah.

You might also like