Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

\>$^M?.

iMMss< University Publication Centre (UPENA)


UNIVERSITI
TEKNOLOGI
MARA

3 m XLILIYI
Academic Journal UiTM Pulau Pinang
Volume 4, Number 2

ISSN 1675-7939
SCIENCE & TECHNOLOGY

Using Kaplan Meier and Cox Regression in Survival Analysis:


An Example

Ng Set Foong
Low Heng Chin
Quah Soon Hoe

A Study on the Higher Moment of a Biased Estimator

Noor Hazarina Nordin


Darah Ibrahim
Siti Nurdijati Baharuddin

The Structural Modifications of Candida albicans Cells


After Treatment with Cinnamomum zeylanicum
Blume Crude Extract
Simulation of Routing Probability in Ad Hoc
Networks

Teoh Sian Hoon

Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri


Muhammad Hisyam Lee
Shaharuddin Salleh

Decomposition and Dipteran Composition


on Exposed Carcasses in an Oil Palm Plantation:
A Forensic Entomology Study

Azwandi Ahmad
Abu Hassan Ahmad

SOCIAL SCIENCES

Kajian ke atas Keberkesanan Kursus CAD/CAM Terhadap


Kecekapan Jurutera Pembuatan dan Jurutera Mekanikal
bagi Graduan-graduan Universiti Awam
Korelasi antara Persekitaran Pembelajaran Matematik,
Sikap Pelajar Terhadap Matematik, dan Pencapaian
Pelajar dalam Matematik: Satu Kajian Kes

Mohamad Irwan Yahaya


Rosley Jaafar
Noor Iswadi Ismail

Salina Hamed
Peridah Bahari
Abdul Ghani Kanesan Abdullah

ESTEEM
Academic Journal UiTM Pulau Pinang
Volume 4, Number 2

2008

ISSN 1675-7939

Foreword

v
SCIENCE & TECHNOLOGY

1. Using Kaplan Meier and Cox Regression in Survival Analysis:


An Example

Teoh Sian Hoon

2. A Study on the Higher Moments of a Biased Estimator

15

NgSetFoong
Low Heng Chin
Quah Soon Hoe

3. The Structural Modifications of Candida albicans Cells After


Treatment with Cinnamomum zeylanicum Blume Crude Extract

31

Noor Hazarina Nordin


Darah Ibrahim
Siti Nurdijati Baharuddin

4. Simulation of Routing Probability in Ad Hoc Networks

39

Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri


Muhammad Hisyam Lee
Shaharuddin Salleh

5. Decomposition and Dipteran Composition on Exposed


Carcasses in an Oil Palm Plantation: A Forensic Entomology Study
Azwandi Ahmad
Abu Hassan Ahmad

51

SOCIAL SCIENCES
6. Kajian ke atas Keberkesanan Kursus CAD/CAM
Terhadap Kecekapan Jurutera Pembuatan dan Jurutera
Mekanikal bagi Graduan-graduan Universiti Awam

75

Mohamad Irwan Yahaya


Rosley Jaafar
Noor Iswadi Ismail

7. Korelasi antara Persekitaran Pembelajaran Matematik,


Sikap Pelajar Terhadap Matematik, dan Pencapaian
Pelajar dalam Matematik: Satu Kajian Kes

91

Salina Hamed
Peridah Bahari
Abdul Ghani Kanesan Abdullah

8. Penerangan Tentang Penggunaan Tulisan Cina Berasaskan


Prinsip-prinsip Liu Shu dalam Buku Teks Mandarin

105

Hoe Foo Temg

9. Students' View on Using Web-Based Resources in


Learning: Qualitative Study

119

Peridah Bahari
Salina Hamed

10. Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan yang Pernah


Dimainkannya dalam Aktiviti-aktiviti Dakwah Islamiah
di Malaysia

133

Zulkifli Dahalan

11. Designing Learning Resources as Classroom Activities


with the Use of Newspapers

151

Cheang Eng Kwong

12. A Needs-Analysis on the Engineering Undergraduates'


Communication Skills
Suzana Ab. Rahim

163

13. A Study of At-Home and Out-of-Home Parental Involvement


and Student Achievement in English

185

Liaw Shun Chone


Angelina Subrayan

14. Peranan Kepimpinan Mahasiswa di Kolej Kediaman dalam


Memperkasa Kemahiran Insaniah (Soft Skills)
Fairus Muhamad Darus

in

199

ESTEEM, Vol. 4, No. 2, 2008, 133-150

Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan


yang Pernah Dimainkannya dalam
Aktivlti-aktiviti Dakwah Islamiah
di Malaysia
Zulkifli Dahalan

ABSTRAK
Perkembangan dakwah Islam di Malaysia selain dimainkan oleh badanbadan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan seperti JAKIM (Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia), IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia), dan
YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia), peranannya turut dilatari oleh
beberapa pertubuhan dakwah yang ditubuhkan oleh kumpulan atau individuindividu tertentu. PAS (Parti Islam Se-Malaysia), ABIM (Angkatan Bella Islam
Malaysia), JIM (Jemaah Islah Malaysia), dan beberapa NGO (pertubuhan
bukan kerajaan) lain seperti Shura (Sekretariat Himpunan Ulama Rantau
Asia), PUM (Persatuan Ulama Malaysia) dan sebagainya. Namun, masyarakat
seakan lupa dengan al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam
Malaysia yang pernah berperanan aktif dalam kalangan intelektual Islam
pada sekitar tahun 60-an dan 70-an dahulu. Al-Rahmaniah menjadi medium
untuk berkumpul bagi sarjana dan kesarjanaan Islam dari pelbagai lapisan.
Keaktifannya pada suatu ketika membawa kepada penyertaannya ke
peringkat antarabangsa. Penulisan ini bertujuan untuk menyentuh sejarah
dan peranan yang pernah dimainkan oleh al-Rahmaniah sebagai usaha
mengenang kembali peranannya.
Kata kunci: Al-Rahmaniah, sejarah, peranan, dakwah Islam

Pendahuluan
Perkembangan dakwah Islam di Malaysia umumnya didukung oleh
badan-badan dakwah sama ada yang ditubuhkan secara langsung di
bawah agensi kerajaan seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia), majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri, IKIM (Institut
Kefahaman Islam Malaysia), YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia), Sekretariat Islam Hadhari (Projek Khas YA.B. Perdana

133

Zulkifli Dahalan

Menteri), universiti-universiti awam, ataupun badan-badan dakwah yang


bergerak hasil daripada bantuan dan sokongan umat Islam. Badan-badan
tersebut sama ada berorientasikan politik seperti PAS (Parti Islam seMalaysia) atau dakwah yang antaranya ialah ABIM (Angkatan Belia
Islam Malaysia), PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia), JIM
(Jamaah Islah Malaysia), Shura (Sekretariat Himpunan Ulama Rantau
Asia), PUM (Persatuan Ulama Malaysia) dan Iain-lain.
Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia agak
kurang diingati malahan tidak dikenali oleh umum umat Islam di Malaysia
kini. la cukup terkenal dan berperanan di sekitar tahun 60-an dengan
pelbagai aktiviti dakwah yang dimainkan. Profesor Dr. Mohd Kamal
Hassan, Datuk Mohd Nakhaei Ahmad, Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman
El-Muhammady ialah antara tokoh yang pernah menggerakkan badan
dakwah ini. Beberapa masalah melingkarinya khususnya dari sudut
kepimpinan, akhirnya menyebabkan al-Rahmaniah kini hanya tinggal
dalam lipatan sejarah.

Penubuhan Al-Rahmaniah dan Pengasasnya


Al-Rahmaniah telah ditubuhkan pada tahun 1963 oleh sekumpulan
mahasiswa dari Universiti Malaya, Kolej Islam Malaya dan beberapa pusat
perguruan tinggi di sekitar Kuala Lumpur dengan kerjasama orang ramai
(An-Nur, 1967). Kepimpinan al-Rahmaniah pada waktu tersebut
kebanyakannya dipegang oleh pelajar-pelajar dari Universiti Malaya dan
juga Kolej Islam Malaya. Antara pelopor awal dan juga pengasasnya ialah
Muhammad Uthman El-Muhammady (tutor di Jabatan Pengajian Islam,
Universiti Malaya ketika itu), Miskin bin Fakir Muhammad (mahasiswa
Fakulti Sains, Universiti Malaya - bapa kepada pelakon Jehan Miskin),
Abdul Ahad (seorang India Muslim dari India yang mendapat kerakyatan
Malaysia, bertugas sebagai jurutera dengan sebuah syarikat British - Harper
and Gill Film), Wan Yusof bin Wan Ismail (ahli ekonomi), Haji Muhammad
Din bin Ali (Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Lumpur), Sulaiman bin
Nor, Jamil bin Mukmin, Nik Mustafa bin Syafie dan beberapa orang lagi.
Turut menyertai Al-Rahmaniah kemudiannya ialah Wan Muhammad Ali,
Mohd Kamal bin Hassan, Ali bin Haji Ahmad, Ariffin bin Suhaimi,
Muhammad Nakhaei bin Haji Ahmad, Faisal bin Haji Uthman, Ustaz Hasan
bin Salih, Daeng Sanusi bin Daeng Mariok, Mukhtar bin Syafie, Syarifah
Zainab binti Syed Mohd Khalid serta beberapa orang lagi dari Universiti
Malaya dan Kolej Islam Malaya (Muhammad Uthman, 1988). Antara
134

Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan

pelajar wanita yang turut aktif kemudiannya ialah Fathiyah binti Abdul
Kadir dan Fauziah Thani (Faisal, 1988).
Cadangan untuk menubuhkan al-Rahmaniah adalah hasil daripada
perbincangan antara Muhammad Uthman El-Muhammady dengan Abdul
Ahad, serta beberapa orang lagi yang berminat dengan gerakan Islam.
Abdul Ahad ketika itu sering datang ke Universiti Malaya dan berbincang
dengan Muhammad Uthman El-Muhammady. Hasil daripada beberapa
perbincangan yang diadakan, mereka mengambil keputusan untuk
menubuhkan sebuah badan dakwah yang boleh menjaga kebajikan Islam
dan penganutnya. Penumpuan pada waktu itu adalah terhadap golongan
pelajar (Muhammad Uthman, 1988).
Nama al-Rahmaniah bagi pertubuhan tersebut dicadangkan oleh
Abdul Ahad yang menjadi setiausaha penajanya. Beliau mencadangkan
nama tersebut sempena nama Tunku Abdul Rahman sebagai suatu cara
untuk mendapat restu Tunku yang ketika itu menjadi Perdana Menteri
(Mohd Kamal, 1988). la juga merupakan sifat Allah, iaitu al-Rahman
serta bersesuaian juga dengan pusat gerakan tersebut yang bertempat di
Masjid al-Rahman, Kuala Lumpur. Abdul Ahad turut mencadangkan agar
badan ini digerakkan ke peringkat antarabangsa dengan nama Badan
Dakwah dan Kebajikan Islam Sedunia. Namun, kegiatannya ketika itu
tidaklah sampai ke peringkat antarabangsa. Tujuannya adalah untuk
menggabungkan tenaga-tenaga terpelajar dari seluruh dunia sebagaimana
IIFSO (International Islamic Federation of Student Organizations;
Muhammad Uthman, 1988).
Cadangan penubuhan al-Rahmaniah pada mulanya mendapat
tentangan daripada PERKIM kerana bimbang sekiranya badan dakwah
ini akan menimbulkan persaingan. Kegiatan-kegiatan PERKIM dirasakan
sudah cukup untuk menampung kehendak dakwah pada ketika itu.
Muhammad Uthman El-Muhammady, Wan Muhammad Ali, dan beberapa
orang lagi telah meyakinkan bahawa kegiatan PERKIM sahaja adalah
tidak mencukupi untuk mengisi ruang dakwah yang ada. Kewujudan alRahmaniah adalah untuk berkhidmat sealiran dengan badan-badan
dakwah dan jabatan kerajaan tanpa niat untuk bersaing, dan bersifat
alternatif sahaja (Mohd. Kamal, 1988).
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
yang telah pun wujud pada waktu itu menyambut baik usaha ini. Begitu
juga dengan Persatuan Pelajar-pelajar Kolej Islam Malaya (Osman,
1988). Al-Rahmaniah memulakan kegiatannya yang berpusat di Masjid
al-Rahman. Masjid itu juga merupakan tempat tinggal beberapa
pimpinannya termasuklah Muhammad Uthman El-Muhammady. Aktiviti
135

Zulkifli Dahalan

al-Rahmaniah banyak digerakkan oleh Muhammad Uthman ElMuhammady yang menjadi Yang Di-Pertua pertamanya dengan dibantu
oleh beberapa tenaga pengajar dari Kolej Islam Malaya seperti Ustaz
Hasan bin Salih dan Daeng Sanusi bin Daeng Mariok. Ada ketikanya ia
turut dibantu oleh Mohd Nakhaei bin Haji Ahmad, Ariffin bin Suhaimi,
Ali bin Haji Ahmad, dan Miskin bin Fakir Muhammad (Muhammad
Uthman, 1988). Miskin bin Fakir Muhammad, walaupun seorang
mahasiswa sains tetapi bijak berceramah dan menarik perhatian ramai
(pada waktu itu merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya - pernah membuatkan hadirin dan dirinya menangis
dalam satu ceramahnya tentang Saidina Umar). Anggota al-Rahmaniah
lain seperti Mohd Kamal bin Hassan banyak memberi sumbangan dari
sudut idea dan pemikiran untuk melaksanakan sesuatu program. Beliau
pernah diberikan peranan sebagai Ketua Sidang Redaksi majalah keluaran
al-Rahmaniah, iaitu An-Nur (Ali, 1988).
Keanggotaan al-Rahmaniah kebanyakannya terdiri daripada golongan
intelektual Islam dan kurang sekali dari kalangan masyarakat biasa.
Keadaan ini disebabkan oleh kegiatannya yang lebih tertumpu di pusatpusat pengajian tinggi dan kewujudannya sendiri adalah bertujuan untuk
mengumpulkan golongan intelektual Islam. Golongan ini kemudiannya
diharapkan untuk membimbing masyarakat awam. Suasana persekitaran
Islam di kampus pada ketika itu pula amat kritikal kerana dihimpit oleh
arus pemikiran sosialis dan sekular. Ucapan salam dikatakan sukar untuk
mendapatjawapan(Ali, 1988).

Faktor-faktor Penubuhan al-Rahmaniah


Penubuhan al-Rahmaniah adalah hasil daripada kesedaran golongan
terpelajar Islam apabila melihat suasana dan keadaan umat Islam ketika
itu, terutamanya golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi.
Keyakinan mereka terhadap Islam berada pada tahap yang paling minima.
Bagi mereka Islam hanyalah bersifat ritual, tidak sebagaimana yang
sewajarnya difahami dan diyakini bahawa Islam adalah suatu sistem
yang mencakupi seluruh bentuk kehidupan. Secara umumnya, kefahaman
Islam yang wujud ketika itu, khususnya bagi golongan pelajar terhadap
Islam boleh dikatakan sebagaimana kefahaman masyarakat barat
terhadap agama mereka, tidak lebih daripada itu. Oleh itu, Islam bagi
mereka hanyalah sembahyang, puasa, sama ada yang wajib ataupun
sunat, dan beberapa bentuk ibadat lain lagi. Bagi masalah-masalah lain,
136

Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan

pemildran-pernikiran lain bolehlah diambil sebagai jalan penyelesaiannya.


Perbincangan tentang Islam hanya sesuai untuk kalangan yang
berpendidikan Islam sahaja terutama di pondok-pondok pengajian Islam.
Golongan terpelajar bagi mereka tidak wajar bercakap mengenai Islam
dan sistemnya di kampus-kampus. Berbagai-bagai kata dan gelaran yang
diberikan oleh mereka terhadap golongan yang bercakap mengenai Islam
(Mohd Nakhaei, 1988).
Oleh itu, untuk menghadapi idea-idea kurang sihat dan menyeleweng
ini, dan dalam masa yang sama untuk menampakkan keunggulan Islam
sebagai satu sistem hidup yang menyeluruh maka al-Rahmaniah
ditubuhkan. Kemudian, Al-Rahmaniah berperanan di dalam
memperbetulkan kefahaman umat Islam serta menanam keyakinan
terhadap Islam terutamanya kepada golongan pelajar. Sememangnya
Islam itu adalah suatu agama dan pengajaran yang bersifat universal
dan boleh menyelesaikan masalah masyarakat. Islam dikemukakan kepada
golongan pelajar yang berhubung kait dengan ilmu dan sains. Idea ini
merupakan satu idea yang baru bagi kalangan pelajar dan menimbulkan
minat mereka untuk terus mengkaji. Al-Rahmaniah dengan kemampuan
daya intelek yang ada telah mampu bersaing dan mengatasi pemikiran
sosialis di kampus-kampus waktu itu serta berjaya menanamkan semangat
dan kesedaran Islam kepada golongan pelajar (Mohd Nakhaei, 1988).
Timbul juga satu kesedaran untuk menarik golongan yang
berpendidikan barat supaya lebih memainkan peranan dalam memberikan
sumbangan kepada pergerakan dakwah Islamiah. Golongan ini dirasakan
perlu berperanan dalam pergerakan dakwah untuk menjayakan kerjakerja dakwah Islamiah yang sebelum ini dilakukan oleh golongan yang
mendapat pendidikan Islam sahaja. Selama ini golongan yang
berpendidikan barat seolah-olah dipencilkan daripada gerakan dakwah
Islam. Mereka diletakkan sebagai orang yang perlu didakwahkan dan
tidak sebagai pendakwah. Sikap ini menjauhkan lagi mereka daripada
Islam sedangkan ajaran Islam tidak pernah membatasinya. Dengan
berperanannya golongan yang berpendidikan barat bersama golongan
berpendidikan Islam, diharap dapat menimbulkan semangat kerjasama
dalam bidang dakwah antara semua pihak yang berminat. Pembahagian
peranan berdasarkan kemahiran yang ada akan memantapkan lagi
gerakan dakwah Islamiah. Tidak akan wujud lagi jurang pemisah antara
pencinta-pencinta Islam yang berpendidikan barat dengan yang
berpendidikan Islam. Pelajar-pelajar dari aliran Islam diajar dengan
falsafah barat, manakala pelajar-palajar dari aliran barat diajar dengan
ilmu-ilmu Islam (Muhammad Uthman, 1988).
137

Zulkifli Dahalan

Kekurangan badan-badan dakwah yang berkaliber juga adalah antara


faktor yang mendorong kepada penubuhan al-Rahmaniah. Badan-badan
dakwah yang wujud tidak dapat memenuhi kehendak pendekatan dakwah
yang dikehendaki oleh keadaan semasa dan masyarakat. Keadaan
masyarakat pada ketika itu tidak lagi dapat menerima pendekatan dakwah
hanya melalui majlis-majlis agama yang diadakan di masjid-masjid sahaja
atau di tempat-tempat tertentu. Pergerakan dakwah perlu lebih progresif
dan maju selaras dengan perubahan pemikiran masyarakat. Bidang
dakwah perlu diperluas melalui penggunaan media-media ilmiah yang
wujud selaras dengan nas-nas syara' dan juga hujah-hujah akal.
Penggunaan nas-nas syara' sahaja tanpa dimantapkan dengan hujahhujah akal tidak akan dapat menembusi pemikiran golongan intelek yang
telah dibiasakan dengan pemikiran akal. Hal ini bersesuaian juga dengan
ayat-ayat al-Quran yang sentiasa menyuruh kita menggunakan akal untuk
mengkaji sesuatu (Daeng Sanusi, 1988; Ali, 1988).
Penubuhan al-Rahmaniah juga sebagai alternatif kepada badan-badan
dakwah lain untuk berdakwah dalam kalangan masyarakat umum dan
intelektual Islam. Beberapa usaha dilakukan untuk melibatkan golongan
terpelajar dan pentadbir dalam kerja-kerja dakwah seperti mahasiswa,
tenaga-tenaga pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi, pegawai-pegawai
kerajaan berserta juga ahli-ahli perniagaan. Golongan ini banyak
membantu gerakan al-Rahmaniah sama ada dalam bentuk bantuan moral
atau material. Sekiranya mereka tidak dilibatkan, pergerakan dakwah
akan menjadi beku dan hanya bergerak dalam kalangan masyarakat
awam sahaja yang tidak mampu mengubah kuasa. Hal ini akan
menyebabkan Islam berada di tahap yang sama. Penglibatan golongan
terpelajar ini dapat membantu penyebaran Islam kepada golongan atasan
(Ali, 1988).
Kewujudan satu badan dakwah dirasakan perlu bagi berhadapan
dengan badan-badan lain yang membawa pemikiran asing kepada Islam.
Penubuhan al-Rahmaniah dirasakan dapat mengimbangi programprogram sosialis dan sekularis pada waktu itu. Usaha-usaha secara
perseorangan untuk membawa idea-idea Islam akan mudah diperkecil
oleh golongan tersebut. Secara fitrahnya, manusia memerlukan kerjasama
dalam melakukan sesuatu amalan dan begitulah juga dengan kerja-kerja
yang berkaitan dengan Islam. Penubuhan al-Rahmaniah juga dirasakan
dapat berperanan dalam menyedar dan mempertingkat keyakinan umat
Islam terhadap Islam, menyuruh mereka beribadat kepada Allah, beramal
dengan akhlak Islam, serta berpegang teguh dengan peraturan-peraturan
syariat dalam setiap bidang kehidupan sama ada yang melibatkan diri
138

Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan

sendiri, keluarga, kehidupan bermasyarakat, atau perhubungan antara


negara-negara Islam (Muhammad Uthman, 1988).
Maka, penubuhan al-Rahmaniah dirasakan dapat mengisi kekosongan
ruang dakwah pada ketika itu. Idea-idea Islam dapat dikemukakan secara
yang lebih mantap berbanding dengan keadaan sebelum itu yang
menyaksikan idea-idea sosialis dan sekularis disebarkan tanpa mendapat
tentangan yang jitu dari umat Islam. Pendukung-pendukung idea sosialis
dipelopori oleh Syed Husin Ali, Kasim Ahmad dan beberapa orang lagi.
Mereka sentiasa berusaha untuk mempengaruhi pelajar dengan fahaman
sosialis melalui pelbagai bentuk program. Abdullah Haji Ahmad Badawi
pula ketika itu merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Persatuan
Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM; Ali, 1988). Penyatuan
golongan intelek Islam melalui al-Rahmaniah dapat membentuk ideaidea baru dalam menyebarkan dakwah Islamiah, sesuai dengan
pengajaran Islam yang mampu berhadapan dengan sebarang suasana
dan zaman. Program-program dilakukan oleh al-Rahmaniah di pusatpusat pengajian tinggi menjadi aset kepada pendukung gerakan Islam di
kampus yang sedia diasak oleh program-program sosialis. Al-Rahmaniah
juga berperanan untuk menjaga kebajikan orang-orang Islam. Pelbagai
program dirancang dalam soal menjaga kebajikan orang Islam di Malaysia.
Terdapat cadangan untuk menubuhkan asrama-asrama di kawasankawasan bandar untuk disewa dengan murah kepada orang-orang Islam
yang berasal dari kampung sama ada untuk bekerja atau berurusan di
bandar (Syarifah Zainab, 1988).

Perkembangan Al-Rahmaniah
Program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan al-Rahmaniah
berjaya menarik minat pencinta-pencinta Islam pada waktu itu
terutamanya dari golongan terpelajar Islam. Kepimpinan al-Rahmaniah
telah berjaya mengembangkan pengaruh al-Rahmaniah kepada
masyarakat Islam di seluruh Malaysia, khususnya kepada golongan
pelajar. Selain mengadakan kegiatan-kegiatan di sekitar Kuala Lumpur
dan negeri Selangor, al-Rahmaniah juga memperluas aktivitinya ke Melaka,
Perak, Kedah, dan pada tahun 1964 ceramah penerangan al-Rahmaniah
telah diadakan di negeri Kelantan. Beberapa orang tenaga al-Rahmaniah
selain daripada Muhammad Uthman El-Muhammady sendiri seperti
Mohd. Nakhaei Hj. Ahmad dan Ali Hj. Ahmad telah dihantar ke negerinegeri tersebut untuk menjayakan program-program al-Rahmaniah. Al139

Zulkifli Dahalan

Rahmaniah talah berjaya mengembangkan pengaruhnya di seluruh


Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak (Muhammad Uthman, 1988).
Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memperluas kegiatan al-Rahmaniah
dan penumpuannya ialah di pusat-pusat pengajian tinggi. Kegiatan alRahmaniah di pusat-pusat pengajian tinggi adalah ke arah menanam dan
membentuk fahaman Islam kepada masyarakat kampus terutamanya di
Universiti Malaya. Fahaman-fahaman Islam yang diberikan ini diharapkan
dapat membantu golongan Islam di kampus-kampus untuk berhadapan
dengan arus pemikiran sosialis dan sekularis yang berkembang hebat
pada waktu itu. Gerakan sosialis yang bergerak hebat di Universiti Malaya
dipelopori oleh beberapa orang mahasiswa diketuai oleh Kasim Ahmad
dan Syed Hussin Ali. Bagi menghadapi golongan ini dan dalam usaha
menyelamatkan pelajar-pelajar Islam daripada hanyut bersama arus
pemikiran sosialis dan kefahaman asing yang lain, beberapa bentuk
program dilakukan oleh al-Rahmaniah seperti forum, ceramah, majlismajlis penerangan, penyebaran risalah dan sebagainya. Selain daripada
Universiti Malaya, al-Rahmaniah juga menumpukan aktiviti-aktivitinya
di Maktab Pertanian Serdang (sekarang Universiti Putra Malaysia),
Institut Teknologi Malaysia (sekarang Universiti Teknologi Malaysia),
Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Victoria Institution, Maktab
Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Maktab Perguruan Sultan Idris di
Tanjung Malim, dan beberapa buah sekolah lagi. Bagi masyarakat di
luar kampus pula, al-Rahmaniah mengadakan majlis-majlis ceramah,
kuliah-kuliah dan sebagainya. Ceramah-ceramah banyak diadakan di
Masjid al-Rahman, Masjid Tanjung Karang serta masjid-masjid di tempat
lain. Kebanyakan daripada program-program ceramah tersebut diisi oleh
anggota al-Rahmaniah sendiri terutama sekali Ustaz Muhammad Uthman
El-Muhammady, Ustaz Hasan bin Salih dan Daeng Sanusi bin Daeng
Mariok. Anggota al-Rahmaniah lain yang turut membantu ialah seperti
Mohd. Nakhaei bin Haji Ahmad yang pernah dihantar oleh al-Rahmaniah
untuk berceramah di sebuah masjid di Melaka. Sambutan daripada
program-program yang diadakan itu amat menggalakkan, dan hasilnya
al-Rahmaniah mula dikenali oleh masyarakat umum (Ali, 1988;
Muhammad Uthman, 1988; Daeng Sanusi, 1988).
Fahaman Islam dalam kalangan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi
pada waktu itu berada di tahap yang paling minimum. Penglibatan mereka
dalam kegiatan Islam hanyalah menerusi persatuan pelajar-pelajar Islam
yang kemudiannya bergabung dengan PKPIM. Pemikiran dan
pengalaman mereka mengenai Islam masih tidak jelas. Di samping
menjalankan kerja-kerja Islam dan kebajikan, mereka juga menganjurkan
140

Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan


kerja-kerja yang ada kalanya bertentangan dengan akhlak dan peradaban
Islam. Program-program yang dijalankan oleh al-Rahmaniah kemudiannya
memberikan satu pendekatan yang lebih bersifat dakwah, membicarakan
Islam sebagai suatu pengajaran yang bersifat universal. Dengan hal
demikian, fahaman-fahaman asing yang cuba untuk mempengaruhi
golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dapat diimbangi.
Pergerakan Islam tidak lagi akan dilihat oleh para pelajar sebagai suatu
kerangka yang sama dengan pergerakan-pergerakan lain.
Program-program yang dianjurkan mendapat sambutan yang baik
dari kalangan masyarakat kampus dan orang awam - menampakkan
bahawa al-Rahmaniah telah lahir sebagai suatu badan dakwah yang
berpengaruh dalam kalangan pencinta-pencinta dakwah Islamiah. AlRahmaniah sahajalah yang menumpukan skop dakwahnya kepada
masalah-masalah yang besar dari sudut pemikiran dan kemasyarakatan
secara lebih kukuh dari segi idea dan juga pelaksanaan (Mohd Nakhaei,
1988). Kekurangan badan-badan dakwah dan kepimpinan yang berkaliber
memberikan ruang kepada al-Rahmaniah untuk menonjolkan dirinya
dalam bidang dakwah. Kesungguhan masyarakat terhadap programprogram al-Rahmaniah banyak membantu pergerakan tersebut dalam
menyebarkan idea-idea Islamnya (Daeng Sanusi, 1988).
Sokongan yang diberikan oleh masyarakat terhadap al-Rahmaniah
berbentuk moral dan dalam bentuk material juga. Selain itu, antara individu
Muslim dari luar negara yang turut memberikan banyak sumbangan
material kepada al-Rahmaniah ialah seperti bekas Menteri Kesihatan
Syria, Syeikh Taufik al-Thowil dan Sheikh Ibrahim Bawani. Syeikh Taufik
al-Thowil pada waktu itu bekerja di Malaysia dengan Pusat Penyelidikan
Perubatan. Beliau memberi banyak sumbangan kewangan dan telah
menghadiahi al-Rahmaniah sebuah mesin cycostyle yang digunakan untuk
menerbitkan majalah An-Nur pada peringkat permulaan (Mohd Kamal,
1988; Muhammad Uthman, 1988). Pihak kerajaan Malaysia tidak banyak
memberi sumbangan kepada al-Rahmaniah - hanya pada awal tahun
70-an sumbangan disalurkan melalui Pejabat Agama Kuala Lumpur
(Daeng Sanusi, 1988).
Al-Rahmaniah terpaksa bergerak sendiri bagi mencari sumber
kewangannya. Abdul Ahad yang menjadi Setiausaha Agungnya ketika
itu mengumpulkan beratus-ratus tin kosong untuk digunakan dalam kutipan
derma. Beliau bersama beberapa orang anggota al-Rahmaniah yang
lainnya seperti Mohd. Nakhaei bin Haji Ahmad, Ali bin Haji Ahmad dan
beberapa orang lagi, terutamanya pelajar-pelajar dari Kolej Islam Kelang
telah pergi ke Pelabuhan Kelang untuk memohon derma dari pedagang141

Zulkifli Dahalan

pedagang yang berlabuh di situ terutamanya dari India. Untuk mendapat


simpati dari pedagang-pedagang tersebut, mereka menyatakan bahawa
pungutan tersebut adalah untuk membantu anak-anak yatim dan orangorang yang terbiar (Mohd Kamal, 1988; Mohd Nakhaei, 1988).
Keaktifan pergerakan al-Rahmaniah pada waktu itu banyak
bergantung kepada keaktifan pemimpinnya. Pergerakan al-Rahmaniah
di Maktab Melayu Kuala Kangsar yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim
agak aktif dengan pelbagai bentuk program dakwahnya. Anwar Ibrahim
yang belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar telah mengadakan banyak
program untuk menarik para pelajar dan masyarakat umum. Keaktifan
al-Rahmaniah di Kuala Lumpur juga kebanyakannya adalah atas daya
inisiatif Muhammad Uthman El-Muhammady sendiri. Pada peringkat
awal penerbitan An-Nur, Muhammad Uthman El-Muhammady banyak
menguruskan dari segi idea hinggalah kepada penerbitannya. Hal ini tidak
dapat dikesan oleh para pembaca kerana Muhammad Uthman ElMuhammady banyak menggunakan samaran (Mohd Kamal, 1988).
Alamat surat-menyurat al-Rahmaniah pada awal penubuhannya ialah
(An-Nur, 1967)
Setiausaha Ar-Rahmaniyyah,
Peti Surat 2088,
Kuala Lumpur.
Mesyuarat-mesyuarat tahunan al-Rahmaniah biasanya diadakan di
Universiti Malaya (Muhammad Uthman, 1988).
Pergerakan al-Rahmaniah juga banyak dibantu oleh kesediaan
berkorban ahli-ahlinya. Program-program al-Rahmaniah di tempat-tempat
yang agak jauh banyak menggunakan kereta Ustaz Hassan bin Salih
dan Ustaz Daeng Sanusi bin Daeng Mariok. Kadangkala, anggota alRahmaniah yang terlibat dengan sesuatu program menggunakan motosikal
sendiri (Ali, 1988).
Al-Rahmaniah berjaya menggabungkan dua tenaga intelektual Islam
dari kalangan yang berpendidikan agama dan yang mendapat pendidikan
barat. Mereka bekerja sebagai satu tenaga untuk menyalurkan ideaidea Islam terhadap masyarakat Islam melalui penulisan di dalam
makalah-makalah, mengadakan ceramah, mengedarkan risalah-risalah
Islam berhubung dengan sesuatu isu dan berjumpa dengan orang ramai.
Penggabungan dua tenaga intelektual Islam ini melahirkan beberapa
bentuk program yang agak terkedepan berbanding dengan badan-badan
dakwah lain (Muhammad Uthman, 1988; Ali, 1988).

142

Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan

Dalam usaha untuk mempercepat perkembangan dakwah Islamiah,


al-Rahmaniah telah mengadakan beberapa bentuk hubungan dengan
badan-badan dakwah lain. Al-Rahmaniah seringkali dijemput untuk
menghadiri program-program anjuran PERKIM yang pada ketika itu di
bawah pimpinan Ibrahim T.Y. Ma, Hamdan Tahir, dan Lokman Musa.
Pada sekitar tahun 1968 kepimpinan al-Rahmaniah telah menghadiri
muktamar tentang tamadun Islam di Universiti Malaya yang dianjurkan
oleh PKPIM di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sendiri
sebelum itu ialah pemimpin dalam al-Rahmaniah di Maktab Melayu Kuala
Kangsar. Kerjasama juga telah diadakan dengan Persatuan Pelajar-Pelajar
Kolej Islam Malaya dan beberapa persatuan pelajar-pelajar Islam di
sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor (Muhammad
Uthman, 1988).
Ariffin Suhaimi yang pada ketika itu menjadi guru besar di Sekolah
Menengah Alam Shah, Cheras, walaupun kurang bergiat dengan programprogram al-Rahmaniah di luar, beliau telah melaksanakan beberapa bentuk
kegiatan Islam di sekolah tersebut. Pada setiap hujung minggu, anggotaanggota al-Rahmaniah dijemput untuk memberi ceramah kefahaman
Islam kepada pelajar-pelajar di sekolah itu dan diberi peluang sepenuhnya
untuk berdampingan dengan mereka. Sekolah tersebut juga boleh
dikatakan sebagai tempat bagi al-Rahmaniah melatih ahli-ahlinya dan
juga tempat untuk membina barisan pelapis Islam (Ali, 1988).
Al-Rahmaniah juga menjalin hubungan dengan pergerakan dakwah
luar negara dalam bentuk hubungan peribadi. Al-Rahmaniah memberi
kerjasama dalam menyambut dan merai kedatangan tokoh-tokoh Islam
dari pergerakan Ikhwan Muslimin, Masyumi (Indonesia) dan Jamaat
Islami (Pakistan) yang datang ke Malaysia. Pengalaman tokoh-tokoh
gerakan Islam dari luar negara ini banyak membantu al-Rahmaniah dalam
mempertingkatkan lagi pergerakan dakwah di Malaysia. Al-Rahmaniah
juga pernah dijemput untuk menghadiri persidangan-persidangan Islam
di peringkat antarabangsa (Mohd Kamal, 1988).
Pihak kerajaan Malaysia juga tidak menghalang usaha-usaha alRahmaniah dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya. Pada waktu tersebut,
belum wujud surat-surat tauliah sebagai kebenaran untuk menyampaikan
ceramah agama. Hal ini memberi ruang kepada al-Rahmaniah untuk
bergerak cergas dalam usaha untuk menyampaikan dakwah Islamiah.
Program-program lebih banyak tertumpu ke arah menyedarkan dan
meyakinkan umat Islam tanpa menimbulkan sebarang bentuk
permasalahan dengan pihak kerajaan. Al-Rahmaniah juga dalam
menjalankan aktiviti-aktivitinya tidak pernah melibatkan kerajaan untuk
143

Zulkifli Dahalan

mendapatkan sumber kewangan. Suasana penentangan terhadap fahaman


nasionalis pada waktu itu masih belum ketara. Parti Islam Se-Malaysia
pada waktu itu sibuk dengan politik dan dasar perjuangannya masih
bersalut dengan semangat nasionalis dan kurang terlibat dengan programprogram dakwah Islamiah. Ahli-ahlinya seperti Ustaz Hasan bin Salih
dan Daeng Sanusi bin Daeng Mariok melibatkan diri dalam pergerakan
dakwah Islamiah melalui al-Rahmaniah (Mohd Kamal, 1988). Keadaan
yang wujud ini menyebabkan al-Rahmaniah muncul sebagai gerakan
dakwah yang berkesan pada waktu itu.

Fungsi dan Matlamat Penubuhan Al-Rahmaniah


Penubuhan al-Rahmaniah pada asasnya adalah untuk mengembalikan
perasaan harga diri {self-respect) dalam kalangan penganut-penganut
Islam, memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda Islam, dan
menganjurkan mereka semua supaya bersatu dengan semangat
persaudaraan Islam, serta bergerak maju dalam berbagai lapangan dengan
berpandukan nilai-nilai Islam. Al-Rahmaniah juga ingin mendorong usahausaha ke arah pengajian Islam, reorientasi dan penafsiran kembali
terhadap al-Quran dan al-Sunnah dengan sorotan ilmu pengetahuan moden
dan keadaan-keadaan yang baru timbul dalam masyarakat serta
membasmi kekeliruan fahaman terhadap Islam dalam kalangan orangorang Islam dan bukan Islam. Selain itu, penubuhan al-Rahmaniah juga
mempunyai beberapa matlamat yang antaranya ialah untuk
1. menyampai, menyerap dan menumpukan ajaran-ajaran asasi al-Quran
dan seluruh undang-undang Islam sebagaimana yang diajarkan oleh
Nabi Muhammad S.A.W dan memberi teladan dengan amalan dan
nasihat mengenai kehidupan Islam yang sejati seluas-luasnya;
2. menyampai, menyerap dam menumpukan pengajian ajaran serta
kebudayaan Islam;
3. menolong orang ramai melatih diri mereka dalam mengamalkan cara
hidup yang sebenarnya berdasarkan undang-undang Islam;
4. meniupkan semangat cinta dan perpaduan sejagat;
5. mengkaji, menukilkan dan mengecap, menerbitkan, menjual atau
memberi dengan percuma atau sebaliknya, buku-buku, majalahmajalah, dan risalah-risalah yang dianggap sesuai oleh badan dakwah
ini untuk melaksanakan tujuan-tujuan dan usahanya;

144

Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan

6. mengikut, menggalakkan, dan menjalankan usaha-usaha lain yang


dianggap berguna dan dapat menolong secara langsung atau tidak
langsung sebarang tujuan dan usaha yang telah disebutkan;
7. menyampaikan, menyerap, dan menumpukan konsep dan faedahfaedah persamaan hak perempuan bagi menimbulkan kesedaran
tentang keibuan dalam diri mereka (perempuan), iaitu mereka adalah
sebagai ibu agung kepada kemanusiaan berdasarkan undang-undang
Islam;
8. memupuk dan membangunkan persaudaraan Islam sejagat dengan
pebagai cara yang mungkin, dan berusaha mengendali dan
menjayakan 'Commonwealth Islam'; dan
9. meniupkan semangat berkhidmat tanpa mementingkan diri dan
semangat berkorban kepada ahli-ahli badan ini berdasarkan cinta
yang suci.
Al-Rahmaniah pada peringkat awalnya di bawah kepimpinan
Muhammad Uthman El-Muhammady melaksanakan beberapa bentuk
program untuk mengisi kehendak matlamat-matlamat tersebut. Ceramahceramah dan kuliah-kuliah yang diadakan sering ditekankan mengenai
kesyumulan Islam untuk dipraktikkan dalam kehidupan manusia, penekanan
diberikan kepada masyarakat Islam di pusat-pusat pengajian tinggi.
Penjelasan-penjelasan tentang keadilan Islam diberikan terutamanya untuk
menolak tanggapan ketidakadilan dalam Islam terhadap kaum wanita,
dijelaskan kemuliaan dan peranan wanita dalam Islam berbanding dengan
sistem-sistem yang lain. Program-program terhadap golongan bukan Islam
juga diadakan untuk menjelaskan kesejagatan Islam yang mengetepikan
sama sekali perbezaan dari sudut bangsa, pangkat, warna kulit, dan agama.
Usaha ini juga adalah untuk menolak anggapan bahawa Islam hanyalah
agama untuk orang-orang Melayu sahaja. Namun, usaha-usaha yang
dijalankan ini tidaklah sampai menandingi PERKIM yang telah
berpengalaman dalam hal ini (Mohd Kamal, 1988).
Idea-idea tersebut disalurkan sama ada melalui lisan ataupun tulisan.
Selain disalurkan melalui program-program ceramah dan kuliah-kuliah
ilmu, idea-idea juga disalurkan melalui media cetak, iaitu dengan
menerbitkan majalah An-Nur, Suara Ar-Rahmaniah, mengedarkan
poster-poster dan rencana-rencana tentang Islam. Al-Rahmaniah pada
waktu itu boleh dikatakan berjaya mengembangkan idea-idea Islamnya
kepada masyarakat. Kegiatan-kegiatan sosialis yang pada suatu ketika
mengancam pergerakan dakwah Islamiah berjaya diredakan. AlRahmaniah menjadi pergerakan dakwah yang unggul dalam menyebarkan

145

Zulkifli Dahalan

Islam jika dibandingkan dengan pergerakan badan-badan dakwah lain.


Keanggotaan al-Rahmaniah bertambah dari semasa ke semasa (Daeng
Sanusi, 1988; Muhammad Uthman, 1988).

Masalah-Masalah yang Dihadapi


Dalam menggerakkan aktiviti dakwahnya kepada umat Islam, alRahmaniah tidak sunyi daripada berhadapan dengan beberapa bentuk
masalah. Sebagaimana pertubuhan-pertubuhan yang lain, al-Rahmaniah
juga menghadapi masalah kewangan. Pada peringkat permulaan, alatalat pejabat untuk kegunaan al-Rahmaniah dipinjam daripada CIMA
College, Brickfields. Al-Rahmaniah juga meminjam mesin cycostyle
daripada Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya untuk menerbitkan
majalah An-Nur pada peringkat permulaan. Selepas beberapa lama
kemudiannya barulah ia mempunyai mesin cycostyle sendiri yang
dihadiahkan oleh Syeikh Taufik al-Thowil. Sumber kewangan alRahmaniah banyak bergantung kepada sumbangan ahli dan derma
daripada orang ramai. Untuk menarik simpati daripada orang ramai,
pungutan derma itu dikatakan bertujuan untuk membantu anak-anak yatim
dan orang-orang yang terbiar. Sumbangan daripada ahli juga agak terhad
kerana keanggotaan al-Rahmaniah tidaklah ramai (Muhammad Uthman,
1988).
Keanggotaan yang tidak begitu ramai menyebabkan al-Rahmaniah
sukar untuk melaksanakan sesuatu program kerana kekurangan tenaga.
Keaktifan al-Rahmaniah banyak digerakkan oleh Muhammad Uthman
El-Muhammady sendiri. Beliaulah yang banyak berceramah dan
menyertai forum-forum di universiti dengan bantuan Ustaz Hassan bin
Salih dan Daeng Sanusi bin Daeng Mariok. Beliau juga banyak menulis
dan menterjemah artikel-artikel tertentu untuk dimuatkan di dalam AnNur. Anggota-anggota lain sibuk dengan tugas masing-masing yang
kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar (Mohd Kamal, 1988).
Program-program pembinaan diri terhadap ahli-ahli kurang memberi
kesan. Usrah-usrah dan perhimpunan-perhimpunan dalam kalangan ahli
jawatankuasa diadakan dengan membaca karya-karya Abul A'la alMaududi, Maryam Jameelah, dan Abul Hasan Ali an-Nadawi. Namun
program-program tersebut agak kurang teratur terutama di peringkat
universiti kerana ahli-ahlinya agak sibuk dengan pelajaran, manakala usrah
pula merupakan sesuatu yang baru bagi mereka (Muhammad Uthman,
1988).
146

Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan

Masyarakat Islam temtamanya daripada golongan pelajar tidak


memberikan perhatian yang serius terhadap permasalahan yang
dibangkitkan oleh al-Rahmaniah. Bagi mereka Islam hanyalah sekadar
agama peribadatan sahaja. Keadaan ini mula berubah setelah mereka
mengikuti beberapa siri penerangan al-Rahmaniah. Oleh kerana alRahmaniah ditubuhkan atas asas, iaitu untuk mengembalikan keyakinan
pelajar-pelajar Islam ketika itu kepada ajaran Islam yang sebenar, banyak
program-programnya tertumpu di pusat-pusat pengajian tinggi. la berjaya
meredakan ledakan suara sosialis ketika itu. Namun dari satu segi pula,
ia kurang berjaya menarik masyarakat umum untuk terus memberikan
keyakinan kepada idea-idea yang ditimbulkan oleh al-Rahmaniah.
Program-program al-Rahmaniah di masjid-masjid dan surau-surau hanya
setakat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Islam sahaja (Mohd
Nakhaei, 1988).
Masalah yang agak besar lagi ialah apabila terdapat beberapa orang
dari kalangan pimpinan al-Rahmaniah mula meninggalkan al-Rahmaniah.
Ada antara mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara dan ada yang
meninggalkan al-Rahmaniah kerana sudah tidak yakin dengan
keberkesanan dakwah melalui al-Rahmaniah. Ali bin Haji Ahmad, Mohd
Kamal bin Hassan, Nakhaei bin Haji Ahamad, Miskin bin Fakir
Muhammad dan beberapa orang lagi meninggalkan al-Rahmaniah untuk
melanjutkan pelajaran mereka. Miskin bin Fakir Muhammad yang
merupakan tenaga aktif suatu ketika, apabila kembali dari Jerman setelah
tamat pengajiannya, telah mengalami gangguan jiwa yang menyebabkan
beliau meninggalkan terus pergerakan Islam. Ahli-ahli yang lain apabila
tamat pengajian mereka menjadi sibuk dengan tugas masing-masing dan
tidak mempunyai ruang waktu lagi untuk bergiat secara aktif dengan alRahmaniah. Manakala, pada tahun 1965 Abdul Ahad pulang ke India
dan menukar kerakyatannya serta tidak berminat lagi berdakwah melalui
al-Rahmaniah (Mohd Kamal, 1988; Ali, 1988).
Pada waktu yang sama juga terdapat satu gerakan tasawuf yang
mempunyai semangat untuk memperbaiki diri sendiri dahulu sebelum
berdakwah kepada orang lain. Gerakan ini pada mulanya dipelopori oleh
seorang bekas pelajar Universiti Malaya. Gerakan ini memberi kesan
yang mendalam kepada ahli-ahli al-Rahmaniah. Mereka melibatkan diri
secara diam-diam dengan gerakan ini dan seterusnya meninggalkan alRahmaniah. Hal ini berlaku juga dalam kalangan pimpinan al-Rahmaniah
termasuklah kepada Muhammad Uthman El-Muhammady, Wan
Muhammad Ali, dan Ustaz Hasan Salih. Mereka tidak lagi memberikan
penumpuan kepada aktiviti-aktiviti al-Rahmaniah, dan tidak lama kemudian
147

Zulkifli Dahalan

mereka terus meninggalkan al-Rahmaniah. Al-Rahmaniah ditinggalkan


kepada beberapa orang anggota yang sememangnya sibuk dengan tugas
masing-masing. Selepas peninggalan Muhammad Uthman ElMuhammady, al-Rahmaniah menjadi lumpuh kerana beliau adalah tenaga
penggerak utama al-Rahmaniah selama ini (Daeng Sanusi, 1988; Mohd
Kamal, 1988).
Muhammad Uthman El-Muhammady meninggalkan al-Rahmaniah
kerana beliau memerlukan cara yang lain untuk mempertingkat dakwah
Islamiah. Bagi beliau, ceramah-ceramah tidak memadai dari sudut jangka
panjang, dan program-program pembinaan diri melalui amalan-amalan
Islam adalah diperlukan. Beliau kemudiannya mengambil sikap berdiam
diri untuk bergerak melalui cara lain yang lebih berkesan. Pada tahun
1973, beliau bersama-sama dengan Wan Muhammad Ali dan isterinya
Fathiyah Abdul Kadir pulang ke Kelantan dan membuka pusat pengajian
secara pondok untuk membantu golongan ulama yang uzur pada ketika
itu (Muhammad Uthman, 1988). Program-program secara berpersatuan
baginya tidak mempunyai kesan yang boleh mengubah keadaan, kita
perlu mengubah dan memperbaiki diri kita dahulu sebelum berdakwah
kepada orang lain. Kelemahan tersebut juga mungkin berpunca daripada
program-program al-Rahmaniah kurang menjurus kepada pembinaan diri.
Al-Rahmaniah pada sekitar tahun 1969 tidak begitu bergerak dan
boleh dikatakan hampir berkubur. Namun, aktiviti-aktivitinya terpaksa
dilakukan juga kerana pada ketika itu Pejabat Agama Kuala Lumpur
masih meneruskan bantuan kepada al-Rahmaniah. Pada tahun itu juga
berlakunya 'peristiwa 13 Mei' yang menimbulkan sentimen perkauman
antara bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain. Hal ini agak
menyulitkan al-Rahmaniah untuk bergerak kerana pada waktu itu
sentimen Islam agama dalam kalangan orang-orang Melayu amat kuat
(Othman, 1988; Daeng Sanusi, 1988). Walaupun begitu, al-Rahmaniah
tidaklah dibatalkan pendaftarannya. la diambil alih oleh tenaga-tenaga
baru yang tidak mahu al-Rahmaniah dibatalkan. Pindaan juga telah dibuat
pada perlembagaannya dengan menukar penyertaannya daripada
peringkat antarabangsa kepada Malaysia sahaja (Faisal, 1988).
Pada awal tahun 70-an, terdapat banyak pergerakan-pergerakan
dakwah lain yang ditubuhkan. Anwar Ibrahim dengan beberapa orang
lagi tenaga pelajar Islam telah bertindak menubuhkan Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM). Haji Ashaari Muhammad, Haji Zakaria alAnsori, Haji Yazid Jaafar, dan beberapa orang lagi telah menubuhkan alArqam. Aktiviti-aktiviti yang selama ini dijalankan oleh al-Rahmaniah
telah diambil alih oleh badan-badan dakwah yang baru ditubuhkan ini.
148

Al-Rahmaniah: Sejarah dan Peranan

Masyarakat Islam mula melupakan al-Rahmaniah dan mengalihkan


perhatian mereka kepada pergerakan-pergerakan dakwah yang baru ini
(Daeng Sanusi, 1988).
Al-Rahmaniah pada akhir tahun 80-an kemudiannya digerakkan
semula setelah diambil alih oleh beberapa orang tenaga pensyarah dari
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (Othman,
1988). Ustaz Mohd Akhir Haji Yaacob menjadi antara tenaga penggerak
semula al-Rahmaniah. Badan dakwah ini agak aktif untuk seketika dengan
penumpuan diberikan kepada penerbitan buku-buku Islam yang bercorak
akademik. Al-Rahmaniah juga memberi tumpuan dalam berdakwah
kepada bukan Islam. Namun, atas faktor kekangan tenaga dan kewangan,
al-Rahmaniah kini hanya kekal dalam tinta sejarah yang semakin
dilupakan oleh generasi Islam kini.

Penutup
Al-Rahmaniah, walaupun seakan dilupakan setelah menghadapi beberapa
masalah pada awal tahun 70-an sehingga terhenti aktivitinya,
sumbangannya pada peringkat awal penubuhan terhadap perkembangan
dakwah Islamiah sememangnya tidak dapat dinafikan. la berjaya
membangkitkan kesedaran dalam kalangan umat Islam khususnya
golongan terpelajar untuk melihat Islam dalam skop yang lebih luas. la
juga secara tidak langsung menyumbang kepada kelahiran kader-kader
dakwah Islam yang bergiat dalam pelbagai pentas dakwah Islam. Tokohtokoh Islam pada ketika ini yang bersifat pemikir seperti Dr. Muhammad
Uthman El-Muhammady, Profesor Dr. Mohd Kamal Hassan, Datuk Mohd
Nakhaei Haji Ahmad, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok dan ramai lagi
adalah antara tokoh awal al-Rahmaniah. Sumbangan al-Rahmaniah adalah
dalam melahirkan individu seperti tokoh-tokoh tersebut dan sumbangan
mereka terhadap perkembangan Islam di Malaysia tidak dapat dinafikan.

Bibliografi
Ali Haji Ahmad. (1988, Ogos 29). Sejarah dan perkembangan alRahmaniah [wawancara berakam]. Bangi, Selangor: Perpustakaan
Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

149

Zulkifli Dahalan

Al-Rahmaniah. (1968, Mei). Buku cenderamata Malam Memperingati


Pujangga Iqbal (Dewan al-Malik Faisal, Petaling Jaya, 10 Mei
1968).
An-Nur. (1967, Disember). An-Nur, Jilid II (Bil. 7, 8, & 9).
Daeng Sanusi Daeng Mariok. (1988, Ogos 24). Sejarah dan
perkembangan al-Rahmaniah [wawancara berakam]. Bangi,
Selangor: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor.
Faisal Haji Othman. (1988, Ogos 26). Sejarah dan perkembangan alRahmaniah [wawancara berakam]. Bangi, Selangor: Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Mohd Kamal Hassan. (1988, Ogos 21). Sejarah dan perkembangan
al-Rahmaniah [wawancaraberakam]. Markaz Ilmu Teras, Universiti
Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor.
Mohd Nakhaei Haji Ahmad. (1988, Ogos 27). Sejarah dan
perkembangan al-Rahmaniah [wawancara berakam]. Jalan
Pahang Barat, Kuala Lumpur.
Muhammad Uthman El-Muhammady. (1988, Ogos 28). Sejarah dan
perkembangan al-Rahmaniah [wawancara berakam]. Jalan Tar
7, Pasir Mas, Kelantan.
Othman Haji Khalid. (1988, Ogos 24). Sejarah dan perkembangan
al-Rahmaniah [wawancara berakam]. Bangi, Selangor: Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Qiblat. (1988, Julai). Kuala Lumpur: UtusanMelayu (Malaysia) Berhad.
Syarifah Zainab Syed Mohd Khalid. Sejarah dan perkembangan alRahmaniah [wawancara berakam]. Bangi, Selangor: Pusat Bahasa,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
ZULKIFLI DAHALAN, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
(CITU), Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, 13500 Permatang
Pauh, Pulau Pinang, MALAYSIA. E-mail: zuldahl@ppinang.uitm.edu.my
150

You might also like