JURNAL

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

MOHD FARIZAL BIN SAAD


810829025141001
NO I/C : 810829025141
0195722981
aku_freeze@yahoo.com
TA1A

Learning Centre: OUM Ipoh


MEI 2013 SEMESTER

ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN_________________________________________________________MS____
1.0

PENDAHULUAN

2.0

ADAT PERKAHWINAN

2.1 ADAT MERISIK


2.2 ADAT MEMINANG
2.3 ADAT PERTUNANGAN
2.4 MAJLIS PERKAHWINAN
3.0

ADAT ISTIADAT

4.1 ISTIADAT PEMASANGAN KAIN MERAH PADA PINTU


4.2 ISTIADAT SONG-TIU
4.0

UPACARA SEMASA PERKAHWINAN

4.1 ADAT PERKAHWINAN


4.2 UPACARA MINUM THE
4.3 PANTANG LARANG
4.4 KELENGKAPAN PERKAHWINAN
4.4.1 BAJU PENGANTIN
4.4.2 LILIN NAGA DAN PHOENIX
5.0

KESIMPULAN

13

6.0

RUJUKAN

14

7.0

LAMPIRAN

15

1.0

PENDAHULUAN
Perkahwinan merupakan satu perkara yang penting di dalam kehidupan setiap manusia di

muka bumi ini. Setiap orang akan mengimpikan pasangan hidup masing-masing untuk saling
melengkapi antara satu sama lain.
Di negara kita terdapat pelbagai jenis kaum yang mewarnai masyarakat majmuk.
Pelbagai budaya dan adat resam telah dipraktikkan sejak turun temurun. In termasuklah juga di
dalam aspek perkahwinan. Setiap masyarakat mempunyai adat dan budaya yang tersendiri di
dalam melengkapkan sesebuah perkahwinan itu.
Bagi masyarakat Cina, perkahwinan merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan
diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh
mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah
(mei-ngin) dan implicit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi
kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asanya adat resam perkahwinan
masyarakat Cina merangkumi peningkatan merisik, meminang, bertunang dan majlis
perkahwinan.

2.0

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 40a-a21SM. Sebelum zaman
moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga
pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan
untuk pembiakan dan nama baik keluarga serta keperluan bapa dan suaminya.

2.1

ADAT MERISIK

Mengikut kebudayaan Cina, perkahwinan merupakan penyatuan antara dua buah


keluarga.

Setelah

bakal

pengantin

lelaki

perempuan mengambil

keputusan

untuk

melangsungkan perkahwinan, kedua-dua keluarga akan menyertainya. Keluarga lelaki akan


melamar gadis pilihan anak mereka untuk dijadikan menantu. Sebelum pihak keluarga lelaki
melamar gadis tersebut, anak mereka perlu menjemput bakal anak menantu mereka mengadap
kedua-dua ibu bapa mereka untuk mendapat restu dari keluarga sebelum meneruskan
perkahwinan.

2.2

ADAT MEMINANG

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan
pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja
dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar
menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,
diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan
anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua
pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

2.3

ADAT PERTUNANGAN

Pada hari pertunangan, keluarga pihak lelaki akan memberikan Hadiah Besar kepada
pihak keluarga perempuan. Ini adalah upacara formal bagi kedua-dua keluarga untuk mengiktiraf
secara rasmi dan memberikan tanda persetujuan mereka terhadap perkahwinan yang bakal
berlangsung. Hadiah Besar yang diberikan ketika lamaran ini kebiasaanya merupakan duit
penanda yang dibalut dengan sampul berwarna merah dan beberapa barangan lain termasuk teh,
kek menambah kebahagian, sepasang binatang ternakan, manisan dan gula, arak serta
tembakau.

Duit penanda yang diberikan kebiasaannya berjumlah RM99.00 atau RM 999.00 kerana
nombor sembilan pada masyarakat Cina memberi erti berpanjangan. Teh merupakan hadiah
paling penting kerana kedua-dua keluarga mendoakan pasangan terbabit mendapat keturunan
yang ramai sebagaimana daun teh yang diberikan. Keseluruhan hadiah yang diberikan mestilah
mempunyai nilai yang sama.
Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan kek menambah kebahagian kepada
saudara mara dan kawan-kawan mereka sebagai satu bentuk pengumuman. Namun, pada hari ini
kedua-dua keluarga akan mengagihkan kek terbabit bersama-sama jemputan perkahwinan. Selain
itu, kedua-dua keluarga akan menumpukan kepada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung.
Beberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga pengantin perempuan akan menghantar
hantaran kepada pengantin lelaki atau rumah baru pasangan terbabit. Hantaran mestilah
berbentuk keperluan harian untuk rumah baru pengantin seperti peralatan tempat tidur, kain linen
dan set meja makan dan sebagainya.

Ini merupakan peluang kepada keluarga pengantin perempuan untuk menunjukkan kasih
sayang dan kekayaan mereka kepada anak mereka. Keluarga pengantin lelaki akan menjemput
saudara mara terdekat atau kawan untuk ke set katil pengantin di rumah baru tersebut. Di
sebahagian tempat di China pada masa dahulu, budak lelaki yang belum berkahwin akan
5

dijemput untuk tidur di atas katil pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan bagi
membawa kesuburan kepada pasangan yang baru berkahwin

2.4

MAJLIS PERKAHWINAN

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada
tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan
sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin
perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian
pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap
pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah
atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warnawarna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan
diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas
pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin
akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan
keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga
kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam
masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan
tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan
penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping
bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin
akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat
bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan
makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.
Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli
keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa
orang saksi.
Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi
sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di
gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

3.0

ADAT ISTIADAT

3.1

ISTIADAT PEMASANGAN KAIN MERAH PADA PINTU BESAR

Orang ramai akan diberitahu dahulu sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.
Caranya ialah memasang sehelai kain merahdi luar pintu besar rumah kedua-dua pengantin.
Kain tersebut mestilah berukuran 270cm panjang. Nombor sembilan dipilih sebagai tanda
perkahwinan akan berkekalan dan panjang umur. Justeru itu, kain yang dipasang adalah
berbentuk angka sembilan

4.2 ISTIADAT SONG-TIU

Istiadat terakhir yang dilakukan sebelum majlis perkahwinan ialah istiadat Song-Tiu.
Adat ini mesti dijalankan jika majlis perkahwinan berkenaan ingin diteruskan. Unsur-unsur
penting yang terkandung dalam istiadat ini adalah pemujaan nenek moyang dan penyisiran
rambut.

Adat ini dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin di rumah masing-masing. Mula-mula,
7

mereka diarahkan supaya mandi. Air mandi akan dicampurkan dengan daun-daun delima.
Selepas itu, mereka dihendaki dipakai sehingga pagi esok dan selepas ditanggalkan, baju tersebut
tidak boleh dipakai sepanjang hidup lagi.

Ketika bakal pengantin sedang mandi, ahli keluarga mereka akan menyediakan meja
pemujaan untuk upacara sembahyang. Di hadapan meja itu terdapat sebuah meja yang berbentuk
segi empat yang ditutup dengan sekeping kertas merah yang besar. Di atas meja tersebut pula
diletakkan seekor ayam rebus, sepiring limau manis, sepiring jambu apael, tiga cawan kecil teh
Cina, tiga cawan kecil wain beras, sebuah tong besi yang mengandungi padi atau pasir, tiga
batang kemenyan besar dan tiga mangkuk sup manis (tong-yuen) serta dua batang lilin besar.

Sembilan biji pulut merah akan diletakkan di dalam setiap mangkuk sup. Tujuan
meletakkan sembilan biji pulut merah di dalam mangkuk sup adalah untuk menjemput tuhantuhan dan nenek moyang mereka agar datang majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan.
Selain barang-barang tersebut, sebilah gunting, sebatang pembaris, segulung benang merah,
sebuah cermin dan sebatang sikat juga disediakan. Barang-barang tersebut akan diletakkan di
dalam tong besi yang berisi padi atau pasir.

Selepas itu, pengantin akan bersembahyang dengan berdiri menghadap meja pejaan.
Beberapa batang kemenyan akan dipengang, lalu digerak-gerakkan tangan sebanyak tiga kali
menghala ke atas dan ke bawah supaya tuhan dan nenek moyang mereka datang untuk istiadat
menyisir rambut pasangan pengantin. Setelah bersembahyang, bakal pengantin akan duduk di
atas kerusi atau berdiri di hadapan meja. Hal ini dipercayai membolehkan nenek moyang sedang
duduk di meja menyaksikan upacara tersebut. Seorang perempuan (bagi pengantin perempun)
atau lelaki (bagi pengantinlelaki) yang telah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai akan
dipanggil untuk menjalankan istiadat tersebut.

Mereka akan berdiri di belakang pengantin dengan memegang sikat yang telah
disediakan untuk upacara tersebut. Tugas menyisir dimulakan dari atas kepala sehingga ke kaki
sebanyak tiga kali. Setiap gerakan akan dibaca ayat-ayat yang membawa maksud tertentu agar
pasangan pengantin panjang umur, memperoleh perkahwinan yang bahagia dan berkemampuan
8

melahirkan anak. Selepas upacara menyisir selesai, bakal pengantin akan memakan tiga biji pulut
daripada setiap mangkuk yang disediakan. Bagi pengantin perempuan, sikat berkenaan akan
disimpan bersama pembaris dan segulung benang merah dalam sebuah bakul kecil. Kemudian,
barang-barang tersebut akan dibawa ke rumah pengantin lelaki.

Istiadat ini mesti dilakui oleh mereka yang hendak berkahwin. Bagi mereka yang belum
atau tidak pernah mengalami perkahwinan akan dianggap belum dewasa walaupun telah berusia.

4.0

UPACARA SEMASA PERKAHWINAN


4.1

Adat Perkahwinan

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan pergi menjemput pengantin perempuan
terlebih dahulu bersama dengan rombongan pihak lelaki. Rombongan ini kebiasaannya diiringi
kereta yang berhias. Setelah sampai di rumah pengantin perempuan pengantin lelaki hendaklah
menempuh segala halangan sebelum menjemput pengantin perempuan ke rumahnya. Halangan
yang biasanya ditempuh adalah seperti dikenakan bayaran atau diminta melakukan apa sahaja
oleh pihak pengantin perempuan.

Hantaran yang biasa diberikan seperti tebu yang memberi erti kepada agar dipanjangkan
umur. Manakala, hantaran lain yang biasa diberikan ialah brang-barang manis seperti buahbuahan, manisan, kek dan sebagainya. Mengikut kepercayaan mereka, dengan memberi hantaran
sedemikian, mereka akan memperoleh kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan
datang.

Ibu bapa pengantin perempuan akn menyerahkan anak gadis mereka kepada pengantin
lelaki setelah pengantin lelaki berjaya masuk ke dalam rumah setelah berjaya menempuh
halangan-halangan yang diberikan oleh pihak pengantin perempuan. Upacara yang pertama

sekali yang dilakukan setelah pengantin lelaki dibenarkan masuk ke dalam rumah pengantin
perempuan ialah mereka akan melakukan upacara sembahyang.
Upacara ini dilakukan bertujuan memberikan penghormatan atau mendapatkan restu
daripada nenek moyang mereka yang telah lama meninggal dunia. Upacara ini sebaliknya juga
berlaku di rumah pengantin lelaki. Mereka berkahwin dengan mendaftar di Jabatan Pendaftaran
Negara untuk mengesahkan status mereka sebagai suami dan isteri yang sah. Selepas upacara
sembahyang itu selesai, mereka mengadakan jamuan besar-besaran bagi menjamu tetamu-tetamu
yang hadir semasa majlis perkahwinan mereka.

4.2

UPACARA MINUM TEH

Upacara minum teh ini diadakan pada hari perkahwinan sahaja karana ia mempunyai
tujuan-tujuannya yang tersendiri. Antara tujuan ialah:1.

Untuk merapatkan hubungan di antara kedua pasangan pengantin.

2.

Untuk memperkenalkan saudara mara kepada kedua-dua pengantin sama ada dari pihak

pengantin lelaki mahupun dari pihak pengantin perempuan.

Upacara minum teh ini biasanya akan diberi tanda penghormatan kepada mereka yang
lebih tua, iaitu dari peringkat yang lebih tua kepada yang lebih muda. Biasanya, keluarga sebelah
bapa yang akan didahulukan. Setelah semuanya selesai, barulah diberikan kepada kanak-kanak.

Satu perkara yang dianggap penting juga ialah bagi mereka yang diberikan teh untuk
diminum oleh pengantin terlebih orang itu terlebih dahulu perlu membuat permintaan atau
mendoakan perkara baik kepada pasangan pengantin. Antara permintaan yang biasa dibuat ialah
semoga pengantin mendapat cahaya mata terutamanya anak lelaki dengan segera dan semoga
pengantin hidup bahagia sehingga akhir hayat. Setelah selesai upacara minum teh, orang itu akan
memberikan angpau kepada pasangan pengantin sebagai tanda permulaan kehidupan yang baru.

10

4.3

PANTANG LARANG SEMASA PERKAHWINAN

Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawan-kawan


pengantin perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripada memasuki bilik pengantin
pada pagi hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satu permainan yang dikenali sebagai
Permainan Pintu Perkahwinan. Walau bagaimanapun pihak pengantin perempuan perlu
memperuntukkan masa tertentu kerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti
yang telah dijadualkan.

Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pihak


lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan bahawa
pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu
bapanya.

Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakak
iparnya tidak seharusnya mangadap pintu memerhatikan pengantin perempuan masuk. Ini
menurut kepercayaan masyarakat Cina bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada masa
akan datang.

Selain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara mara tidak
boleh melibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan
sebagainya di rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perkara buruk
daripada berlaku.

4.4

KELENGKAPAN PERKAHWINAN
4.4.1

Baju Pengantin

Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut
kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada
11

mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara China kebiasaanya berbentuk jubah
yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak. Pakaian
pengantin perempuan di Selatan China pula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun
Gua, Kwa atau Cheongsam yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung
Pheonix. Pada masa dahulu, tudung berwarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan
untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru ini hanya
akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinan tersebut.

4.4.2 Lilin Naga dan Pheonix


Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Pheonix digunakan pada hari
perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut
kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi
menghalau roh-roh jahat.

12

5.0

KESIMPULAN
Dalam menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung saya dapat mengenali dengan lebih

dekat lagi adat dan budaya masyarakat cina. Dengan ini juga, saya dapat memahami setiap yang
dilakukan oleh masyarakat cina sebenarnya mempunyai tujuan serta alas an yang tersendiri. Hal
ini menunjukkan bahawa bangsa cina mempunyai kepercayaan terhadap PEMBAWA TUAH.
Adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk kita mengenali dan mempelajari adat serta istiadat
budaya dan agama lain. Secara tidak langsung membuatkan kita akan lebih bertamadun dengan
kumpulan ETNIK lain.
Selagi ia tidak akan menjatuhkan jati diri kita sebagai seorang yang berbangsa Melayu.
Malah ini menunjukkan bahawa kita adalah kaum yang mampu bersifat toleransi terhadap kaum
yang lain.

13

6.O

RUJUKAN

Shu Shu Costa.(1997). Wild Geese and Tea: Asian-American Wedding


Planner.NY:Riverhead Books.

Norhalim Ibrahim & Asmawati Baharuddin. (Januari 1996).


Adat istiadat perkahwinan Melayu, Cina dan India

http://perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/?Sub=Article&id=6540

http://www.perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/?Sub=Article&id=65

14

7.0

LAMPIRAN

15

16

17

You might also like