Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN LANDSKAP ANTARA


KELAB PEMBINAAN CIDB
DAERAH KOTA KINABALU, SABAH
DENGAN KERJASAMA PIHAK CIDB SABAH
PERINGKAT NEGERI SABAH

PADA
31 OKTOBER 2014
BERTEMPAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN
KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
SEKOLAH MENENGAH LA SALLE
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEBOBON
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDARAYA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAKIS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIKAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KOTA KINABALU

PERTANDINGAN LANDSKAP ANTARA KELAB PEMBINAAN CIDB


DAERAH KOTA KINABALU, SABAH DENGAN KERJASAMA PIHAK
CIDB SABAH PERINGKAT NEGERI SABAH.
PENGENALAN
Kelab Pembinaan CIDB yang telah dibangunkan di Sekolah dan Kolej telah menjadi suatu kelab
yang membangun dengan memperkenalkan kepada pelajar pentingnya bidang teknikal. Bagi
melahirkan minat pelajar kelab ini merangka aktiviti-aktiviti yang berunsurkan luar kelas, di
mana pelajar diberi kelebihan dengan menonjolkan bakat dalam bidang landskap, seni lukis,
mural, kebersihan dan penyelenggaraan bahan-bahan terbuang dengan moto cintailah alam
sekitar kita.
Perkembangan ini amat menarik minat pelajar untuk turut serta dalam kelab Pembinaan CIDB
yang membolehkan mereka mendapatkan bidang ilmu kemahiran di dalam aktiviti-aktiviti Kelab.
Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Kelab Pembinaan CIDB Daerah Kota Kinabalu
merangkap guru Penasihat Kelab telah sebulat suara untuk mengadakan satu pertandingan
Landskap bagi Sekolah-sekolah Daerah Kota Kinabalu. Untuk melancarkan pertandingan ini
syarat-syarat dan keperluan pertandingan dinyatakan dengan teliti bagi memenuhi ketulusan
dalam pertandingan ini.

Pertandingan Landskap
Salah satu aktiviti pembelajaran kemahiran untuk melahirkan bakat pelajar yang dibimbing oleh
guru penasihat Kelab Pembinaan. Pertandingan landskap ini untuk membentuk kerjasama
pelajar dalam kumpulan dalam mencari satu idea menarik minat pelajar untuk ke sekolah dan
boleh dijadikan tempat beriadah dalam menghirup udara yang segar.
Pelajar juga dapat pendedahan dalam pelbagai seni dan boleh di aplikasikan di rumah. Aktiviti
ini juga dapat memupuk kesedaran pelajar dalam menjaga alam sekitar dan menanamkan nilai
kebersihan dalam diri mereka. Pertandingan juga mampu memberikan pelajar saingan untuk
menjadi yang terbaik dalam seni yang bakal mereka tunjukkan.

MATLAMAT
Matlamat pertandingan landskap antara Kelab Pembinaan Daerah Kota Kinabalu adalah untuk
melahirkan bakat dalam diri pelajar dan diketengahkan dengan kerjasama kumpulan.
Disampingan itu, ahli kelab dapat mempelajari ilmu kemahiran yang baru.
Matlamat kursus ini juga adalah untuk member pendekatan dan pendedahan berkaitan
landskap kepada ahli kelab. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman
mental serta ketahanan fizikal setiap ahli kelab.

OBJEKTIF
a.

Meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang landskap.

b.

Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas pembinaan dan vokasional.

c.

Memupuk sifat kreatif, inovatif dan bakat dalam bidang landskap.

d.

Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman sebagai pereka cipta,
pembina, pelukis, pembuatan dan lain-lain yang berkaitan dengan landskap.

e.

Memupuk, menyemai dan melahirkan ahli kelab yang berkebolehan dalam bidang
landskap dan mural.

NAMA PROGRAM
PERTANDINGAN LANDSKAP ANTARA KELAB PEMBINAAN CIDB

DAERAH KOTA KINABALU, SABAH DENGAN KERJASAMA PIHAK CIDB SABAH


PENGELOLA PERTANDINGAN
CIDB Malaysia Cawangan Sabah dan Akademi Binaan Malaysia Cawangan Sabah dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
TARIKH PERLAKSANAAN
Tempoh Perlaksanaan selama 2 bulan bermula pada bulan Ogos dan berakhir pada bulan
Oktober 2014. Masa pertandingan adalah pada bulan Oktober 2014.

TEMPAT
Pemilihan tempat perlaksanaan landskap adalah di Sekolah Kelab tersebut bagi mendapatkan
tempat dan mencantikkan sekolah mereka. Sekolah yang terlibat ialah :
1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN
2. KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
3. SEKOLAH MENENGAH LA SALLE
4. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEBOBON
5. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDARAYA
6. SEKOLAH MENENGAHKEBANGSAAN TAKIS
7. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIKAS
8. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KOTA KINABALU

KUMPULAN SASARAN
8 buah sekolah
2 atau 3 orang guru penasihat kelab
Semua ahli Kelab Pembinaan CIDB

SYARAT PERTANDINGAN LANDSKAP


Bagi memastikan pertandingan dijalankan secara adil dan saksama, maka telah dipersetujui
syarat pertandingan adalah seperti berikut :
a)
b)
c)

d)
e)
f)

keluasan landskap yang di bina hendaklah minimum 10 x 10.


Landskap yang dibina perlu menyediakan landskap air terjun, kerusi, meja dan apaapa sahaja yang mengunakan kaedah Simen Ferro.
Tempat pembinaan landskap boleh digunakan kawasan lapang atau kawasan landskap
sedia ada yang masih belum sempurna pembinaannya dengan syarat gambar awal
adalah benar atau membawa pihak CIDB untuk memantau sebelum perlaksanaan
landskap seterusnya dilaksanakan.
Hendaklah menyediakan buku log atau buku kerja bagi setiap aktiviti yang
dilaksanakan semasa perjalanan aktiviti landskap.
Setiap Sekolah perlu menyediakan dokumentasi sebelum, semasa dan selepas siap
landskap di Sekolah masing-masing.
Perbelanjaan adalah sama bagi setiap sekolah.

PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI


Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik
untuk menjayakan pertandingan ini.
JAWATANKUASA PERTANDINGAN LANDSKAP ANTARA KELAB PEMBINAAN CIDB
DAERAH KOTA KINABALU, SABAH DENGAN KERJASAMA PIHAK CIDB SABAH
Penaung
Penasihat

:
:

CIDB Malaysia
PengarahJabatanPendidikanNegeri Sabah

Pengerusi

( CIDB Sabah )

NaibPengerusi:

( CIDB Sabah )

Setiausaha

( CIDB Sabah )

Bendahari

( CIDB Sabah )

Ahli Jawatankuasa
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu
Pegawai Pelajaran Daerah Papar
Pegawai Pelajaran Daerah Penampamg
Pengetua SMK Likas
Pengarah Kolej Vokasional Likas
Pengetua SMK Agama Kota Kinabalu
Pengetua SMK Tebobon
Pengetua SM La Salle KK
Pengetua SMK Takis Papar
Pengetua SMK Putatan Penampang
Pengetua SMK Bandaraya

JADUAL PERTANDINGAN/MASA
Dilaksanakan selama dua bulan bermula pada awal ogos dan berakhir pada 31 Oktober 2014.
LATAR BELAKANG PERTANDINGAN
Pelaksanaan pertandingan dibuat melalui dua pendekatan iaitu kursus landskap dan praktikal
yang dijalankan di tapak landskap yang dipilih. Pertandingan akan dikendalikan pada dua
peringkat iaitu semasa aktiviti landskap dijalankan dan penilaian pertandingan akhir.

ANGGARAN BELANJA LANDSKAP


Sila rujuk lampiran 1.

RUMUSAN
Diharapkan pertandingan ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di
samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan ahli kelab. Semoga
pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan
terutamanya dari segi kewangan, masa serta sokongan daripada ahli kelab dan guru-guru
penasihat yang terlibat. Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif
terhadap aktiviti kelab pembinaan dalam memberikan komitmen dalam kelab Pembinaan ini.
Selain daripada itu, ia juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat kemahiran
dalam diri pelajar.

Disediakan oleh:

..............................................
(SITI AISAH NORDINA BINTI YUSUP)

Disemak oleh:

LAMPIRAN 1.

ANGGARAN BELANJAWAN
PERTANDINGAN LANDSKAP ANTARA KELAB PEMBINAAN CIDB
DAERAH KOTA KINABALU, SABAH DENGAN KERJASAMA PIHAK CIDB SABAH
PERINGKAT NEGERI SABAH 2014
1.

BELANJAWAN BAGI SETIAP SEKOLAH

Kegunaan alatan dan bahan


8 Buah Sekolah X RM 2000.00

RM 16,000.00

RM 2,400.00

Makan dan Minum semasa pertandingan


8 Buah Sekolah X RM 300.00

JUMLAH

RM 18,400.00

You might also like