Bab 6.media - Pengajaran.3dimensi-3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

BAB 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kank

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:


a)
b)
c)
d)

Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan media pengajaran 3-dimensi


Bezakan di antara jenis-jenis media pengajaran 3 -dimensi
Jelaskan bagaimana boneka dapat digunakan dalam pengajaran
Huraikan penggunan media 3-dimensi dalam pengajaran Bahasa melayu,
bahasa Inggeris, sains dan sebagainya

6.1 Mukadimah
6.2 Apakah media pengajaran 3- dimensi?
6.3 Realia
6.4 Model
6.5 Boneka
6.6 Jenis boneka
6.7 Pementasan boneka
6.8 Boneka sebagai alat pengajaran dan pembelajaran

Rujukan

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

6.1 Mukadimah

Dalam bab lepas kita telah meninjau media pengajaran 2-dimensi. Kini kita menumpukan
perhatian kepada media pengajaran 3-dimensi yang berpotensi digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran.

6.2 Apakah Media Pengajaran 3-Dimensi?

Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang, lebar dan ketinggian. Bahan 3-D
mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai persepsi kedalaman. Objek 3-D terdiri
daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera , model-model, boneka, diorama,
dan realia.
Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu pelajar memahami dunia kini dan dahulu.
Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding dengan bahan-bahan bertulis
atau lisan. Objek 3-D boleh menyokong bahan lain seperti buku teks dan menyumbang
kepada pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti dan ekspresi.
Bahan 3D digunakan untuk mengajar pelbagai kurikulum dalam bilik darjah selain di tempat
bersejarah, di mana koleksi artifak dan objek 3-D member pelajar peluang untuk meneliti,
membaca serta belajar daripada bahan yang direka cipta oleh manusia.

6.3 Realia

Anda ingin mengajar tentang sayur-sayauran. Mungkin anda menggunakan gambar-gambar


sayur-sayuran. Bagaimana pun, adalah lebih berkesan sekiranya anda membawa ke bilik
darjah bahan-bahan sebenar. Mungkin anda membawa tomato, bendi, kangkung dan
sebagainya dan menunjukkan kepada murid-murid. Mereka berpeluang menyentuh,
menghidu dan melihat warna sebenar setiap sayur-sayuran. Inilah dikatakan sebagai realia.
Bahan realia ialah bahan sebenar atau keadaan sebenar yang terdapat dipersekitaran
muird. Realia digunakan secara meluas dalam bilik darjah dan amat bernilai dalam
merangsangkan pembelajaran aktif. Dengan mempersembahkan maklumat melalui pelbagai
media, realia membantu pembelajaran sesuatu mata pelajaran dengan lebih mudah dan untuk
membina an associative bridge between the classroom and the world.
Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
seperti berikut:
2

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Realia Asli - Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti
cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan
hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain. Lihat gambar dibawah yang menunjukkan
murid menyiasat pergerakan cacing hidup dalam sebuah balang kaca.

Realia Awet - Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir
kimia. Contohnya, ikan dan seranggam (Lihat gambar di bawah). Ini merupakan
sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu
yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup
tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya ramarama dan berbagai jenis serangga. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boelh
digunakan
sebagai
spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

Realia yang Merupakan Dokumen Realia tidak terhad kepada objek-objek sahaja.
Realia juga terdiri daripada bahan-bahan autentik seperti borang, pamplet, broshur,
3

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak


resit, menu dan sebagainya. Bahan-bahan ini sesuai digunakan untuk mengajar aspekaspek bahasa seperti kosa kata, tatabahasa dan juga kefahaman bacaan.

Contoh:
Lihat menu sebuah restoran yang ditunjukkan di atas. Realia ini boleh digunakan sebagai
bahan rangsangan untuk kefahaman membaca.

Apakah perbezaan menu Set 1 dengan Set 4?


Apakah maksud air kordial?

Realia yang Merupakan Keadaan Realia tidak terhad kepada objek-objek atau dokumen
sahaja. Realia juga meliputi keadaan sekeliling murid. Contohnya guru menulis ayat Hari ini
mendung. Untuk memahami maksud mendung, murid dibawa ke luar kelas dan melihat
langit untuk mengetahui apa itu mendung.
Kelebihan Penggunaan Realia
Berikut ialah beberapa faktor yang mendorong penggunaan realia dalam pengajaran dan
pembelajaran:

Realia amat sesuai digunakan dalam pengajaran kosa kata


Realia amat sesuai digunakan dalam pengajaran tatabahasa
Realia membawa dunia sebenar atau keadaan autentik ke dalam bilik darjah
Objek-objek sebenar terdapat dengan banyak dipersekitaran bilik darjah
Objek sebenar mendedahkan murid kepada pengalaman pembelajaran yang
konkrit
4

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Realia dapat merangsangkan murid da menarik minat mereka


Realia boleh digunakan untuk menilai prestasi murid

Limitasi Penggunaan Realia


Berikut ini ialah beberapa kekangan penggunaan realia dalam pengajaran:
Sesetengah realia sukar diperolehi
Realia tidak sesuai kerana ia terlalu besar
Realia boleh membahayakan seperti haiwan hidup atau peralatan elektif atau
mekanikal
Sesetengah realia adalah mahal
Masalah penyimpanan realia
Penggunaan realia mengambil masa yang lama
Sukar mengawal kelas apabila realia digunakan

6.4 Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada
bahan keras seperti tanah liat, plastersin dan getah. Beberapa pecahan jenis model:

Model Berskala Kecil (Scale-Down Model) - Model


berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz
yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala
pengecilan tertentu. Lihat gambar disebelah yang
menunjukkan model kereta MyVi yang berskala 1:32.
Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang
asal. .

Model Berskala Besar (Scale-Up Model) Model


bersakala ini di reka bentuk lebih besar daripada keadaan
asal. Lihat gambar disebelah yang merupakan model
sebiji mata dengan tujuan menunjukkan bahagianbahagain mata dengan lebih jelas dan terperinci tanpa
menggunakan mikroskop.

Lagi satu variasi model ini ialah model keratan rentas


yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian
tertentu sesuatu objek atau benda untuk memperlihatkan
rupa bentuk bahagian dalam objek atau benda tersebut.
Lihat gambar disebelah yang menunjukkan keratan

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak


rentas daun. Terdapat juga kerataan rentas untuk gigi, kulit, otak dan sebagainya.

Diorama adalah satu persembahan pameran


model-model yang disusun rapi supaya dapat
menggambarkan keadaan atau rupa bentuk
satu situasi pemandangan asal. Lihat gambar
disebelah yang menunjukkan diorama
pertarungan antara Hang Tuah dan Hang
Jebat. Kebanyakan diorama dapat dilihat di
dalam
muzium
yang
mempamerkan
pemandangan-pemandangan atau keadaan
semasa zaman silam.

Diorama Pertarungan antara


Hang Tuah dan Hang Jebat,
Muzium Melaka
[sumber: Museum Labuan]
Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah..
Diorama boleh dihasilkan oleh murid dengan menggunakan bahan-bahan seperti
tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain.

a) Bincangkan jenis-jenis realia yang dapat digunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran.
b) Bagimana anda telah menggunakan realia dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa melayu, bahasa Inggeris, sains dan sebagainya?
Berikan contoh-contoh.
c) Tunjukkan bagaimana anda menggunakan model alam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti tatabahasa,
kemahiran bertutur dan kosa kata

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

6.5 Boneka

Boneka dijumpai dalam banyak budaya sama ada untuk keagamaan atau hiburan. Boneka
yang dicipta beratus-ratus tahun dahalu masih diamalkan hingga hari ini. Di sesetengah
negara, boneka dijadikan aktiviti pementasan yang ditonton oleh orang dewasa dan kanakkanak.
Contohnya,
Boneka tradisional di Jepun dipanggil bunraku sungguh terkenal dan
pementasan diadakan diseluruh negara (Lihat gambar disebelah kanan).
Boneka ini bertujuan menghiburkan penonton dan dilakonkan mengikut
olahan skrip.
Boneka Bunraku (Jepun)
Boneka terkenal di Rajasthan, India yang dipanggil kathputli
terdiri daripada boneka yang diperbuat daripada kayu, dihias
dengan pelbagai jenis pakaian dan digerakkan mengikut dialog
penceritanya (Lihat gambar di sebelah kiri)

Boneka Kathpuli (India)

Apakah Boneka?
Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung dalam beberapa
watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir.

Boneka adala objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang
disesuaikan dengan bahan yang diceritakan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul
Aziz, 1998).

Boneka adalah objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang
berbentuk orang, haiwan, tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh
pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut sesuatu watak atau cerita (Jamilah
Ahmad, 1999).

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Kamus Dewan mentafsir boneka sebagai anak pating anak-anakan yang digerakkan
dengan tali atau dengan memasukkan tangan kedalam dan menggerakkannya.

6.6 Jenis Boneka

1) Boneka Tangan (Hand puppets)


Boneka tangan diperbuat daripada bahan seperti sarung tangan, stoking, beg
kertas dan juga sampul surat. Boneka ini terdiri daripada bahagian kepala
dan badan sahaja. Dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami
bahagian dalam boneka berkenaan. Bahan-bahan diubahsuai menjadi
bahagian kepada sesuatu watak tertentu. Tangan dimasukkan ke dalam
sarung tangan dan digerakkan untuk menghidupkan anggota
boneka (Lihat gambar-gambar di sebelah kanan).
Manik, bola pingpong, gulikain bandlu dan kertas keras
boleh digunakan untuk membina mata,hidung dan mulut.
Juga tali, benang, kain baldu atau kain yang keras boleh
dijahit menyerupai sepasang telinga,misai dan rambut.
Boneka jenis ini digerakkan dengan jari-jari tangan untuk
membuka mulut dan tangan atau tapak orang atau haiwan.

Boneka Tangan

2) Boneka Jari (Finger puppets)


Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari
tangan penggunanya. Biasanya boneka seperti ini kecil saiznya
dan bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad kepada
baagian kepala dan tangannya sahaja. Lihat gambar disebelah
kanan. Boneka ini mudah dikendalikan dengan menggunakan
beberapa jari untuk menggerakkannya.
Boneka ini terdiri daripada selinder berongga untuk
membolehkan sesuatu jari dimasukkan ke dalamnya. Oleh
demikian, pergerakan boneka ini adalah terhad.
Boneka Jari

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Boneka jari juga boleh dibina dengan melukis watakwarak terus pada jari-jari tangan. Lihat gambar disebelah
kiri.

3) Boneka Tali (Marionette atau String puppets)


Boneka jenis ini digeraklakonkan dengan menggunakan
tali atau benang. Lihat gambar disebelah. Berbentuk
ganting dan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada
kayu yang dikawal sepenuhnya oleh penggunanya. Kayu
kawalan boleh terdiri daripada sebatang kayu melintang
atau tegak.
Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian
anggota boneka yang boleh bergerak. Contohnya, bahagian kaki
dan tangan boneka dibentuk supaya boleh digerakkan dengan
menggunakan tali. Ini adalah untuk memberi gambaran boneka
itu berlari, lompat atau menggelongsor.

Boneka Tali

Asas operasi boneka ini memerlukan tangan untuk mengawal kayu-kayu dan tali berkenaan.
Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal pergerakan tali
kerana agak kompleks dan sukar untuk dikendalikan.

4) Boneka Lidi (Stick puppets)


Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang
seperti lidi, kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian
bawah boneka tersebut.Lihat Gambar di sebelah kiri.
Terdapat dua jenis boneka lidi. Satu jenis berbentuk 2dimensi dan menyerupai wayang kulit. Jenis lagi satu
berbentuk 3-dimensi. Contoh boneka haiwan yang sesuai
menggunakan kaedah ini ialah rama-rama, kelawar dan
burung yang mempunyai sayap yang panjang.
Boneka Lidi

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Kayu ais krim boleh digunakan untuk


membina boneka lidi (Lihat gambar di sebelah
kanan).
Boneka Lidi Diperbuat daripada Kayu
Ais Krim

5) Boneka Wayang Kulit (Shadow puppets)


Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang
terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit
lembu/kerbau/kambing). Lihat gambar disebelah kanan. Wayang
terdapat dalam banyak kebudayaan seperti Cina, India, Arab dan
sebagainya. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga
menjadi penyampai dialog dengan diiringi oleh muzik gamelan.
Dalang memainkan wayang kulit di sebalik kain layar putih.
Dibelakangnya disuluhkan lampu sehingga para penonton yang
berada disebelah kain layar dapat melihat bayangan watak.

Inovasi Muzik Wayang Kulit dalam Pengajaran & Pembelajaran


23.05.2011
PENGGUNAAN muzik tradisional wayang kulit dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) berjaya meningkatkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah di samping menggalakkan
generasi muda untuk mencintai warisan budaya bangsa.
Penerima Anugerah Guru Inovasi Hari Guru 2011, Mohd Asmawi Isa berkata, penggunaan
muzik dalam P&P terbukti berkesan dalam menarik minat pelajar datang ke sekolah bagi
melibatkan diri dalam aktiviti sebelah petang dan pada hujung minggu.

10

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak


"P&P luar bilik darjah ini bukan sahaja
membolehkan pelajar menguasai notasi muzik
dengan cepat dan mudah malah mampu
mempromosi Malaysia di mata dunia," kata
Guru Muzik Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Sering, Kota Bharu, Kelantan ini.
Beliau memberitahu, kumpulan wayang kulit
sekolahnya telah membuat persembahan di
United Kingdom, Bulgaria, Itali, China, Scotland
dan Kanada.
"Pendedahan di peringkat antarabangsa ini
dapat memupuk minat pelajar untuk menguasai Mohd Asmawi (bertali leher kuning) bersama
dan memelihara seni budaya bangsa agar tidak
ahli kumpulan wayang kulit SMK Sering
pupus," katanya ketika ditemui di Festival Hari selepas membuat persembahan di Festival
Guru 2011 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Hari Guru 2011, Kuching, Sarawak
Modul pembelajaran notasi muzik wayang kulit
ciptaan Mohd Asmawi sesuai digunakan oleh
semua peringkat usia dari tahap prasekolah hingga ke universiti termasuk untuk orang
dewasa. Ketika ini, ujarnya, modul tersebut digunakan di Sekolah Seni Sarawak dan Sekolah
Seni Johor. Dalam pada itu, menurut Mohd Asmawi, pelajar boleh menjana pendapatan
sendiri melalui persembahan di luar sekolah seperti dalam majlis perkahwinan atau acara
sambutan orang kenamaan.
"Pelajar juga diajar kemahiran untuk membuat sendiri peralatan wayang kulit," tambahnya.
Selain itu, modul P&P ciptaannya turut menerapkan kemahiran merentas subjek seperti
lukisan, bahasa melayau, bahasa Inggeris, sains dan sebagainya, sejarah dan matematik.
Sebagai contoh, cerita dan asal usul wayang kulit merupakan sebahagian daripada subjek
Sejarah manakala bahasa yang digunakan pula satu bentuk pembelajaran bahasa Melayu.
Permainan muzik dan wayang kulit ini turut meningkatkan kemahiran psikomotor melalui
pelbagai gabungan pergerakan anggota tubuh pelajar.

6) Topeng Muka (Face Mask)


Topeng muka diperbuat menggunakan teknik tampalan kertas surat khabar pada belon yang
kemudiannya dipotong kepada dua bahagian. Kerja-kerja menampal kertas putih
menggunakan gam dimana ianya perlu dilakukan dengan cermat supaya cebisan kertas surat
khabar lama tidak tertanggal. Pelbagai corak, warna dan bentuk topeng boleh dihasilkan
berdasarkan tujuan penggunaannya. Topeng muka boleh dihiaskan dengan pelbagai jenis
aksesori supaaya lebih menarik.

11

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Cara-cara Membuat Topeng Muka


Haiwan
Bahan-bahan:

Manila kad (potong empat bahagian)


Gelang getah
Pensil warna
Gunting
Gam6.G
Gambar muka haiwan (pelbagai)
Penebuk lubang.

Langkah-langkah:
1) Warnakan gambar muka haiwan mengikut kreativiti sendiri.
2) Guntingkan mengikut bentuk muka haiwan,tampal menggunakan gam atas manila kad
yang telah dipotong.
3) Tebuk lubang dibahagian tepi telinga topeng.
4) Ikatkan getah gelang di lubang yang telah ditebuk.
5) Keringkan topeng sebelum dipakai.
6) Topeng telah siap sedia untuk dipakai.
Aktivit Nyanyian Menggunakan Topeng
Saya itik,
Quek[5 kali]
Saya kucing,
Miau[5 kali]
Saya lembu,
Moo[5 kali]
Saya kambing,
Bek.[5 kali]
Kami bunyi,
(bunyi semua haiwan diatas secara serentak)
*Boleh ditukar dengan bunyi haiwan lain.
Semasa aktiviti nyanyian dijalankan murid-murid perlu memakai topeng haiwan dan
membuat bunyi haiwan mengikut topeng masing-masing. Aktiviti ini sangat
menyeronokkan kanak-kanak... Kalau nak tahu, anda boleh mencubanya di kelas
anda sendiri.
[sumber: Faridah Che Mat, 2012. http://faridahchemat.blogspot.com/2012/.html]
12

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

a) Apakah boneka?
b) Bandingkan perbezaan di antara pelbagai jenis boneka.
c) Jelaskan bagaimana wayang kulit boleh digunakan dalam pengajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah.
d) Berikan contoh bagaimana topeng muka dapat digunakan dalam
pengajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, sains dan lain-lain.

6.7 Pementasan Boneka

1) Pentas Kotak

(a)

(b)

(c)

a) Pilih sebuah kotak besar dan potong satu lubang segi empat
b) Anda juga boleh mewarnakan kotak tersebut
c) Ambil dua helai kain dan jadikannya sebagai tirai

Lihat gambar di sebelah yang menunjukkan lagi


satu contoh pentas yang diperbuat daripada kotak.
Pentas ini sesuai untuk boneka jari.

13

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

2) Pentas Bergerak
Lihat gambar disebelah yang menunjukkan
bagaimana sebuah kotak dipotong dan digantung
dengan tali untuk menjadikan pentas. Bahagian
belakang kotak dihias dengan pemandangan yang
sesuai dengan cerita yang ingin disampaikan. Boneka
dimasukkan ke dalam lubang di belakang kotak dan
keluar ke atas pentas. Boneka itu digeraklakon
dengan tangan kedua-dua tangan guru. Guru boleh
bergerak dalam kelas dan menghampiri murid-murid.

3) Pentas Kadbod
Sekeping kadbod keras atau tiga keping kadbod
yang disambung dijadikan bentuk seperti
ditunjukkan di gambar sebelah. Bahagian tengah
kadbod dipotong untuk menjadikan pentas. Pentas
dihias dengan lukisan dan ditampal dengan bentukbentuk tertentu. Boneka dipamerkan kepada murid
melalui bahagian tengah dan penyampai berdiri di
belakang kadbod.
4) Pentas Tingkap
Lazimnya pentas jenis ini dikategorikan sebagai pentas sementara. Tingkap terbuka (tanpa
cermin) digunakan sebagai pentas. Dalam keadaan bilik darjah yang terkawal, guru duduk di
luar dan murid-murid menonton di dalam bilik darjah.
5) Pentas Rentang
Pentas jenis ini amat mudah dikendalikan. Guru hanya perlu
merentang sehalai kain yang diikat pada dinding ke dididing.
Dawai boleh digunakan untuk meregangkan tirai berkenaan dan
mengikatnya ke bahagian tepi dinding setelah selesai
digunakan. Selain kain, papan kayu lapis (plywood) boleh
didirikan dan dijadikan pentas. Lihat gambar disebelah dan
perhatikan bagaimana boneka ditunjukkan di atas papan.

14

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

6.8 Boneka Sebagai Alat Pengajaran & Pembelajaran

Boneka sebagai alat pedagogi dalam pengajaran dapat membantu murid dengan
mempertingkatkan pembelajaran mereka (Zuljevic, 2005). Euker (1991) mencadangkan
penggunaan boneka sebagai aktiviti individu, aktiviti kumpulan dan aktiviti kelas.
Penggunaan boneka dapat memotivasikan murid serta melibatkan mereka secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan boneka dalam bilik darjah dapat membantu
perkembangan keseluruhan kanak-kanak serta mewujudkan suasana persekitaran
pembelajaran yang kreatif dan menggembirakan.

Kecerdasan Bahasa / Linguistik - Aktiviti yang boleh dilaksanakan dengan


menggunakan boneka adalah seperti mengadakan dialog, perbualan atau soal
jawab, perbincangan, lakonan, bercerita, nyanyian, puisi, temu bual dan permainan
bahasa. Boneka dapat membantu perkembangan dan kelancaran lisan murid-murid.
Penggunaan boneka dalam ekspresi lisan merupakan aktiviti yang paling efektif dan
bercerita bersama boneka untuk kanak-kanak juga merupakan salah satu aktiviti
drama. Selain daripada berlakon, kanak-kanak telah memahami dan menghayati
cerita-cerita yang dibaca juga boleh menceritakan semula cerita-cerita tersebut
dengan menggunakan boneka. Melalui aktiviti pertuturan murid dapat membezakan
suara yang rendah, tinggi dan juga bunyi-bunyian binatang. Mereka tidak akan
berasa malu apabila berbual melalui boneka atau berbual dengan boneka.

Kecerdasan Intrapersonal - Smith (2003) menyatakan menerusi aktiviti boneka,


kanak-kanak dengan mudahnya dapat melahirkan perasaan mereka. Boneka juga
dapat membantu melahirkan konsep kendiri kanak-kanak yang positif. Oleh itu,
untuk meningkatkan konsep kendiri yang positif, guru seharusnya mewujudkan
suasana interaksi yang positif untuk kanak-kanak dalam proses pedagogi. Interaksi
yang positif penting untuk kanak-kanak dalam mengawal diri dan berinteraksi
dengan guru atau kanak-kanak yang lain (Vygotsky, 1966).
15

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Perkembangan Kreativiti - Murid-murid suka permaianan olok-olok kerana ia


memberi kebebasan untuk menunjukkan perasaan mereka tanpa mempunyai rasa
malu atau takut salah. Dengan perkataan, dunia fantasi dan imaginasi murid-murid
dapat dikembangkan melalui permainan boneka; iaitu pelajaran berunsur didik
hibur. Kreativiti, imaginasi dan ekspresi kanak-kanak dapat dicungkil menerusi
aktiviti boneka. Menurut Wan & Mai (2001), boneka dapat menyediakan peluang
kepada murid-murid untuk menyampaikan idea dan menyelesaikan masalah.

Langkah-Langkah Penggunaan Boneka dalam Pengajaran


A) Pendekatan Bertumpukan Guru
Set Induksi - untuk menarik perhatian murid atau merangsang minat mereka boneka
boleh digunakan mengikut langkah yang berikut
Guru menentukan objektif pengajarannya
Guru memulakan pelajaran dengan mengarahkan murid-murid ke hadapan kelas dan
mengaitkan aktiviti set induksi dengan isi pelajaran yang akan disampaikan selepas
tamat aktiviti rangsangan.
Guru memulakan pertunjukkan boneka.
Guru mengemukakan soalan-soalan
Pada akhir aktiviti boneka, guru perlu membuat penilaian. Penilaian perlu dijalankan
oleh guru di dalam bilik darjah selepas sesuatu pengajaran boneka dilaksanakan.
Tujuannya ialah untuk mengetahui hasil pelajaran yang diperoleh kanak-kanak
daripada pengajaran tersebut
B) Pendekatan Bertumpukan Murid
Guru menarik perhatian murid kepada tema pelajaran
Guru mencipta boneka bersama-sama kanak-kanak dan memberi banyak peluang
kepada kanak-kanak mendekati pelbagai jenis boneka sebelum mereka membuat
boneka sendiri.
Guru juga membuat demonstrasi tentang cara-cara memanipulasikan boneka.
Kanak-kanak akan lebih jelas dan memahami aktiviti boneka yang dijalankan jika
guru sentiasa membimbing mereka dengan cara yang betul.
Guru dan murid berbincang tentang skrip persembahan dengan tujuan melatih
kemahiran menulis dan lisan.
Murid membuat persembahan.
Gerak kerja lanjutan hendaklah disusuli.

a) Jelaskan beberapa jenis pentas yang boleh digunakan untuk pertunjukkan


boneka di sekolah rendah.
b) Apakah faedah penggunaan boneka dalam bilik darjah?

16

Bab 6: Media Pengajaran 3-Dimensi dalam Pengajaran Kanak-Kanak

Kelebihan Bahan 3D

Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar
daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.
Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu
dengan lebih baik
Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.
Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran
melalui penyelidikan.

Bustam Kamri. (1994). Boneka dalam pengajaran bahasa menggunakan bahan kesusasteraan.
Jurnal Pendidikan Bahasa, 7, 32-38.

Euker, D. F. (1991). The use of puppetry in Southern California kindergarten classrooms.


Disertasi. Long Beach, California State Universiti
Fosnot, C.T. (1996). Constructivism: A psychological theory of learning. In C.T. Fosnot
(Eds.), Constructivism: Theory, perspectives, and practice. New York, NY: Teacher College
Press.
Smith, R. (2003). Puppets with purpose. Scholastic Parent and child, 11(1), 75.

Vygotsky, L.S. (1966). Play and it role in the mental development of child. Soviet
Psychology, 12(6), 62-76.

Zuljevic, V. (2005). Puppetry: A great addition to everyday teaching. Thinking Classroom, 6


(1), 37-44

17

You might also like