Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KELAB PERPADUAN

PERPADUAN KAUM MEMBENTUK KEUNIKKAN MALAYSIA


1.0

Perpaduan Malaysia dengan Foreign

Malaysia terkenal dengan keunikan kebudayaan rakyatnya daripada pelbagai


kaum, bangsa, keturunan dan agama. Walaupun begitu, Malaysia dikatakan amat sukar
mencapai kemajuan yang sempurna jika tidak menitikberatkan aspek perpaduan. Ini
kerana setiap etnik dan bangsa mementingkan kedudukan dan kepentingan sendiri, malah
tidak menghiraukan kepentingan bangsa lain. Kemajuan Negara yang sempurna hanya
akan tercapai melalui kerjasama setiap etnik dan bangsa dalam Negara. Pendek kata
penduduk negara perlu Sehati Sejiwa Untuk Malaysia.
Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang maju masa kini. Kebebasan dan
hak untuk bersaing antara satu sama lain membolehkan Amerika Syarikat terus maju ke
depan. Sifat Materialistik yang diamalkan membolehkan setiap kaum di negara itu
bersaing. Tidak kira orang yang berkulit cerah atau gelap akan berjaya dengan usaha
gigih dan tabah. Ini membolehkan Orang yang rajin berusaha terus mencapai
kerjayaan yang lebih tinggi dan orang yang malas berubah menjadi kental berdaya
saing. Ini merupakan satu-satu resepi kerjayaan Amerika Syarikat.
Jepun juga merupakan sebuah negara yang maju dan berkembang dengan pesat
selepas Amerika Syarikat. Jepun mempunyai budaya yang mirip kepada Malaysia. Pada
zaman Perang Dunia ke-2, Jepun mementingkan kerjayaan dalam kuasa, ketenteraan dan
penaklukkan. Apabila Jepun kalah teruk dalam peperangan kepada Barat, ia masih tidak
berputus asa untuk membina sebuah empayar tersendiri yang mewah dan maju. Selepas
Perang Dunia Ke-2, Jepun tukar strategi penaklukkan ke atas ekonomi seluruh dunia.
Kini, jelas kelihatan Jepun berjaya menggenggam ekonomi lebih separuh daripada
Dunia. Dari aspek perpaduan pula, orang Jepun amat menghormati antara satu sama lain.
Perpaduan wujud dalam masyarakat Jepun dengan sikap bertimbang rasa dan saling
bantu-membantu. Contohnya, kebanyakkan orang Jepun di Jepun atau luar negara
membeli barangan buatan tempatan. Bagi mereka, ini menjadi satu tanggungjawab untuk
melindungi kepentingan-kepentingan negara mereka tersendiri. Ini adalah apa yang
disarankan oleh orang Jepun Sejak Perang Dunia Ke-2, iaituKamikaze.
Sebenarnya Malaysia mempunyai sumber manusia yang sungguh unik seperti
Amerika Syarikat dan mempunyai semangat ingin maju yang seiras dengan Jepun.
Malangnya, Malaysia tidak menggunakan sumber dan kelebihan yang ada dengan sebaikbaiknya. Jika Malaysia meluaskan hak dan kebebasan rakyatnya untuk bersaing
secara bebas antara satu sama lain seperti Amerika Syarikat, jika Malaysia
menerapkan tanggungjawab bersama untuk melindungi negara seperti Jepun,
sudah tentu setiap rakyat rela berkorban raga dan jiwa demi kemajuan dan
kemewahan negara. Kemungkinan Malaysia sudah lama jauh meninggalkan Amerika
Syarikat dan Jepun.

PERPADUAN KAUM MEMBENTUK KEUNIKAN MALAYSIA________________________________________

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2.0

Budaya dan Cara Hidup

2.1

Malaysian dan Nasi Lemak

KELAB PERPADUAN

Orang Melayu merupakan golongan majoriti di Malaysia. Terdapat pelbagai


kebudayaan dan tradisi orang Melayu yang telah menerap ke dalam budaya Negara kita.
Ini bermakna tradisi dan budaya yang dulunya hanya diamalkan oleh golongan Melayu,
kini telah menjadi sebahagian daripada budaya hidup penduduk Malaysia tidak kira
bangsa dan agama. Contohnya, makanan nasi lemak yang merupakan makanan orang
melayu sebelum ini telah menjadi makanan umum yang dinikmati oleh pelbagai etnik dan
kaum. Penerapan ini membolehkan budaya Malaysia yang unik dan istimewa dibina dan
seterusnya dipupuk untuk mencapai perpaduan kaum demi kemajuan negara.
2.2

Malaysian dengan Gong Xi Fa Cai

Orang cina menyambut sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun. Apa itu Tahun
Baru Cina? Adakah iannya merupakan hari penyembahan dewa-dewa Cina? Atau hari
keutamaan orang yang beragama Buddha? Sebenarnya, sambutan Tahun Baru Cina ini
bukan merupakan sambutan yang berasaskan mana-mana agama atau kepercayaan, malah
ia merupakan sambutan orang cina berasaskan kalendar cina (beribu-ribu tahun dahulu)
yang menunjukkan permulaan satu tahun yang baru (Musim Bunga di China). Begitu
juga dengan penggunaan tanglung dalam pesta-pesta tertentu oleh masyarakat Cina.
Ianya bukan simbol keagamaan atau instrumen untuk menghalau hantu, tetapi ianya
hanya satu lampu yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk menerangi jalan.
Kita selalu keliru bahawa orang Cina semuanya beragama Buddha yang berasal
dari India dan mengamalkan adat istiadat keagamaan. Tetapi terdapat juga pelbagai
agama lain yang dianuti oleh orang cina di Malaysia, mahupun orang Cina di seluruh
dunia. Contoh agama lain yang dianuti ialah Islam, Kristian, Confucius, Taoisme dan
lain-lain. Misalnya seorang yang berbngsa Cina menganuti agama Islam tidak akan
menyembah seperti mereka yang beragama Buddha, tetapi masih menyambut Tahun Baru
Cina dan mengekalkan budaya penggunaan tanglung.
Apa yang dimaksudkan dengan Gong XiFa Cai sebenarnya? Ianya bukan
bermaksud Selamat Tahun Baru Cina atau Happy Chinese New Year, malah ianya
merupakan satu kata-kata manis dalam budaya Cina, yang membawa maksud Moga
gembira dan cepat kaya.
2.3

Malaysian dengan Roti Canai

Orang India juga membawa budaya tersendiri ke Malaysia. Misalnya, Hari


Deepavali, Ponggol, dan lain-lain. Makanan-makanan yang menjadi keunikkan Malaysia
sendiri pula, seperti Roti Canai, Tosay dan Capati. Kini bukan saja orang India
suka makan roti canai, malah Melayu, Cina dan masyarakat bumiputera Malaysia yang
lain juga suka makan roti canai. Pernah terlihat satu keratan akhbar Inggers yang

PERPADUAN KAUM MEMBENTUK KEUNIKAN MALAYSIA________________________________________

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KELAB PERPADUAN

memaparkan The World Greatest Roti Canai di pekan Kapit, Sarawak. Roti canai itu
dikatakan paling sedap di dunia, tetapi ianya dibuat oleh seorang nenek Melayu yang
beragama Islam. Ini menunjukkan penerapan kebudayaan etnik India dalam Malaysia dan
mampu membentuk satu kebudayaan Negara yang unik dan istimewa.
3.0

Kesimpulan

Perpaduan kaum di Malaysia amat sukar direalisasikan dengan kata-kata kosong


sahaja. Ia memerlukan tindakan atau usaha semua pihak untuk mewujudkan satu negara
yang bersatu padu dan maju dalam pelbagai aspek. Untuk pelajar UPSI yang bakal
menjadi penjana utama anak-anak Malaysia perla mempunyai minda yang kental dan
inovati untuk mewujudkan perpaduan kaum. Apa yang kita boleh buat ini? Pergi ke
sekolah nanti, membina minda anak-anak Malaysia tentang perpaduan kaum. Bayangkan
setiap orang guru menerapkan konsep perpaduan kaum kepada anak-anak murid masingmasing, Malaysia akan mencapai perpaduan kaum pada Wawasan 2020 nanti.
Apa boleh setiap kaum atau etnik menyumbang kepada negara?
Kita tahu bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri. Tuhan
mencipta manusia dengan jari tidak sama panjang, tetapi ianya begitu padan untuk
membuat kerja. Begitu juga manusia dicipta dengan pelbagai kelebihan dan kelemahan,
saling bergantungan untuk melaksanakan tugas yang mempunyai pengkhususan
tersendiri. Bayangkan Malaysia pada masa depan (Contohnya)
Orang Melayu memimpin kegemilangan politik Malaysia,
Orang Cina memimpin kestabilan ekonomi Malaysia,
Orang India memimpin kesinambungan profesional Malaysia,
Bumiputera nagara memperkayakan keunikan sosial Malaysia.
Kombinasi ini hanya akan mencapai kerjayaan apabila setiap kaum tidak
membelah bahagi antara satu sama lain, dengan hanya bertujuan untuk mencapai
kecemerlangan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan unik. Sekiranya semangat
perpaduan tidak dibina, suara ketidakpuasan daripada pihak-pihak tertentu akan timbul.
Misalnya, , Saya orang Melayu juga mampu memperkayakan keunikan sosial tersendiri
Saya orang cina juga boleh berpolitik, dan lain-lain. Sememangnya kita tidak boleh
membuat pengkhususan tugas bagi golongan kaum yang difikir sesuai sahaja. Ia juga
boleh dicampur aduk oleh golongan lain. Tetapi jika kita berfikiran luas bahawa Malaysia
itu dikongsi bersama, kita tidak akan berpendapat sedemikian. Politik, Ekonomi,
Profesionalisme, Kebudayaan dan Sosial negara milik setiap orang di Malaysia. Jika
bergitu tidak kira siapa yang menjalankan tugas, asalkan kerja itu mencapai matlamatnya
untuk membina sebuah negara yang maju.

PERPADUAN KAUM MEMBENTUK KEUNIKAN MALAYSIA________________________________________

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

4.0

KELAB PERPADUAN

Cadangan / Renungan
4.1

Mempelbagaikan akriviti kebudayaan dalam universiti yang membolehkan


penglibatan setiap etnik. (Contohnya, Hari Keluarga UPSI, Program
Budaya dan Tradisi Malaysia dan lain-lain)

4.2

Memperkenalkan Malaysia dengan identiti kepelbagaian budaya dan


pengabunggan budaya setiap etnik dalam membentuk satu Budaya
Malaysia di kalangan generasi akan datang.

4.3

Memperkenalkan keunikan Malaysia kepada dunia luar seperti Lawatan


Kebudayaan ke Luar Negara, Pesta Kebudayaan Malaysia, dan lain-lain.

PERPADUAN KAUM MEMBENTUK KEUNIKAN MALAYSIA________________________________________

You might also like