Laporan Aktiviti C2 (A)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN AKTIVITI KUMPULAN C2 KURSUS DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN

JASMANI DAN KEJURULATIHAN SUKAN 2014

1) Senaman Pagi
Aktiviti senaman pagi merupakan rutin harian yang dilakukan pada setiap pagi bermula dari pukul
8.00 pagi hingga 10 pagi. Aktiviti ini dikendalikan oleh kumpulan mengikut giliran kumpulan yang
telah ditetapkan.

2) Kuliah
Kuliah diadakan pada setiap hari oleh Mr. Allen Jackson dengan membentangkan slide power point
serta nota-nota yang berkaitan dengan matapelajaran pada minggu tersebut.

3) Pembentangan Kumpulan
Peserta kursus telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membentangkan topik-topik
berkaitan dengan diploma ini

4) Aktiviti Luar
a) Pertandingan Bowling
Pertandingan ini telah diadakan pada 15 Oktober 2014 bertempat di Ocean Bowl, Sri Manjung
Perak. Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang teknik-teknik permainan
bowling dan member pengalaman baru kepada peserta-peserta kursus.

b) Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pangkor


Lawatan ini diadakan untuk memenuhi keperluan kursus ini dengan mendedahkan peserta kursus
dengan aktiviti-aktiviti air seperti berkayak dan snorkling. Tujuannya adalah supaya pesertapeserta kursus dapat meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti air (water confident).

c) Penganjuran Mini Olimpik


Mini Olimpik ini telah dianjurkan oleh kumpulan C2 untuk memenuhi keperluan matapelajaran
CEE 583 (Physical Education Facilities and Sports Event Management). Aktiviti ini diadakan di
padang Sekolah Kebangsaan Dato Ishak bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Ia
turut disertai oleh kumpulan C1. Pelbagai aktiviti telah dipertandingkan termasuklah
pertandingan futsal, bola jaring, tarik tali dan sukan rakyat.

d) Mendaki Bukit Telok Batik


Peserta telah didedahkan dengan aktiviti pendakian iaitu mendaki bukit yang hanya terletak di
belakang hotel penginapan. Laluan trek yang berliku dan ketahanan stamina peserta antara
cabaran yang berguna yang telah lalui.

e) Penyertaan Pertandingan Jungle Race


Pertandingan ini telah dianjurkan oleh kumpulan C1. Seramai 7 orang peserta terdiri daripada 6
orang lelaki dan 1 orang perempuan telah menyertai pertandingan ini. Kumpulan C2 telah
berjaya memenangi :
Tempat pertama : Fedoh bin Ompiduk
Tempat kedua

: Mohd Zulfaizal bin Suhaimi

Tempat keempat :Murugan a/l Loganathan


Tempat kelapan : Muhammad Saifudin bin Abdul Manaf
Tempat kesembilan : Mo Mun Hon
Tempat kesepuluh : Muhammad Hairul Izad bin Adnan

f) Lawatan Sambil Belajar ke Outward Bound Lumut


Lawatan ini telah diadakan khusus untuk melihat pengurusan kemudahan peralatan sukan yang
dilaksanakan di Outward Bound. Peserta juga dapat mempelajari cara pengurusan alatan sukan
yang betul yang berkaitan dengan matapelajaran yang dipelajari. CEE 583 (Physical Education
Facilities and Sports Event Management)

g) Penyertaan Pertandingan Futsal


Pertandingan ini telah dianjurkan oleh kumpulan C3. Sebanyak 2 kumpulan lelaki dan kumpulan
perempuan telah mewakili C2. Kumpulan C2 telah memenangi naib johan bagi kumpulan lelaki
dan tempat ketiga bagi kumpulan perempuan. Coordinator kumpulan C2 iaitu Azrul Hisham bin
Talib yang juga pemain bagi kumpulan C2 telah memenagi gelaran peman terbaik bagi
pertandingan futsal.

h) Aktiviti kecergasan di gymnasium


Kumpulan C2 telah berkunjung ke pusat gymnasium di Sri Manjung. Pelbagai aktiviti
kecergasan menggunakan peralatan di sana telah digunakan.

i) Ujian Kecergasan
Ujian kecergasan telah diadakan untuk mempelajari cara penilaian ujian kecergasan seperti TTest,50 meter run, Seated Ball Push, Standing Long Jump, Endurance Run dan Flexed Arm
Hang. Peserta kursus dikehendaki untuk menjalankan ujian tersebut. Data yang diperolehi akan
dinilai dengan mencari nilai median, mod dan min.

Disediakan oleh:

.........................................................
(MOHD ZULFAIZAL BIN SUHAIMI)
Ketua kelas C2
Kursus Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani
Dan Kejurulatihan Sukan 2014.

LAPORAN AKTIVITI C2
KURSUS DIPLOMA ANTARABANGSA
PENDIDIKAN JASMANI DAN KEJURULATIHAN
SUKAN 2014
DI VIRGO BATIK RESORT, LUMUT
16 SEPTEMBER 2014 16 NOVEMBER 2014

You might also like