f4 - Unsur Kumpulan 17 - Halogen

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

UNSUR KUMPULAN 17 HALOGEN.

1.

Unsur-unsur kumpulan 17 termasuk fluorin, klorin, bromin dan iodin.

2.
Semua unsur-unsur kumpulan 17 ialah adalah bukan logam dan dikenali
sebagai halogen.
3.
Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom, F2, Cl2, Br2,
I2 dan As2.
4.
Kebanyakan halogen wujud di dalam alam sekitar dalam bentuk garam
halida.
5.
Halida ialah nama yang diberi kepada ion halogen. Jadual di bawah
menunjukkan nama halogen dan nama halidanya.
Halogen
Fluorin
Klorin
Bromin
Iodin

Halida
Fluorida
Klorida
Bromida
Iodida

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

Sifat Fizik Halogen


1.

Semua unsur kumpulan 17 ialah bukan logam. Oleh itu mereka

merupakan penebat haba dan elektrik.


2.

Mereka juga mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah

3.

Semua unsur kumpulan 17 adalah berwarna dan larut sedit di dalam air.

4.

Unsur-unsur kumpulan 17 wujud sebagai molekul dwiatom: F2, C12, Br2,

I2, At2
5.

Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron dan juga sifat fizik bagi

unsur-unsur kumpulan 17.

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

Perubahan Sifat Fizik Apabila Menuruni Kumpulan


1.

Sifat-sifat fizik halogen berubah secara beransur-ansur apabila menuruni

Kumpulan 17.

2.
a.

Apabila menuruni kumpulan:


Saiz atom bertambah disebabkan oleh petala yang berisi elektron

bertambah.
b.

Ketumpatannya meningkat disebabkan oleh jisim molekul relatif

bertambah.
c.

Takat lebur dan takat didihnya meningkat disebabkan oleh daya

tarikan van der Waals menjadi lebih kuat apabila saiz molekul bertambah.
d.

Keadaan fizik berubah dari gas (F2, Cl2) ke cecair (Br2), dan

kemudian ke pepejal (I2, At2).


e.

Warnanya bertambah gelap.

f.

Keterlarutannya dalam air menurun.

g.

Keelektronegatifannya (kecenderungan suatu unsur untuk menarik

elektron) menurun.

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

Takat Lebur dan Takat Didih

1.

Semua halogen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah

kerana tarikan bersama oleh daya Van der Waals yang lemah dan hanya sedikit
tenaga haba diperlukan untuk mengatasinya.

2.

Seperti ditunjukkan dalam rajah di sebelah, takat lebur dan takat didih

meningkat apabila menuruni kumpulan.

3.

Ini adalah kerana apabila semakin menuruni kumpulan kerana apabila

menuruni Kumpulan 17 daripada fluorin kepada iodin, saiz atom semakin


besar dan daya tarikan Van der Waals antara molekul halogen pun bertambah
kuat. Oleh itu, semakin banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya
tarikan itu.

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

Sifat Kimia Halogen


1.

Unsur-unsur kumpulan 17 merupakan unsur bukan logam yang sangat

reaktif.
2.

Semua unsur kumpulan 17 mempunyai 7 elektron valens. Dengan itu,

atomnya akan menerima satu elektron untuk mencapai susunan satu elektron
oktet yang stabil dalam tindak balas kimia.
3.

Tindak balas kimia halogen melibatkan pembentukan ion negatif yang

bercas -1.

4.

Semua unsur halogen mempunyai keelektronegatifan yang tinggi, iaitu

kuasa menarik elektron yang tinggi. Walau bagaimanapun, keelektronegatifan


semakin berkurang apabila menuruni kumpulan.
5.

Semua unsur kumpulan 17 adalah beracun

6.

Astatin

pula

ialah

bahan

radioaktif.

Langkah Berjaga-jaga
1.

Gas fluorin, klorin dan bromin adalah beracun.

2.

Oleh itu, eksperimen-eksperimen melibatkan gas ini perlu dilakukan di

dalam kebuk wasap.

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

HALOGEN BERTINDAK BALAS DENGAN LOGAM.


1.

Halogen ialah unsur bukan logam yang reaktif. Ia bertindak dengan

kebanyakan logam membentuk garam.


2.

Keraktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan dalam jadual

berkala.

3.

Gas klorin dan wap bromin adalah beracun. Gas klorin atau wap bromin

yang berlebihan dibiarkan diserap oleh soda kapur supaya tidak terlepas ke
sekeliling.
4.

Wul besi digunakan tetapi bukan ketulan besi untuk meningkatkan kadar

tindak balas.

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

HALOGEN BERTINDAK BALAS DENGAN AIR.

1.

Klorin, bromin dan iodin terlarut di dalam air untuk membentuk

larutan berasid.
2.

Keterlaruta halogan bertambah apabila menuruni kumpulan.

3.

Larutan klorin dan bromin akueus merupakan agen peluntur.

4.

Larutan iodin akueus ialah agen peluntur yang sangat lemah.

5.

Gas klorin boleh dihasilkan melalui tindak balas berikut:


2KMnO4 + 16HCl 2KCl + 2MnCl2 + 5Cl2 + 8H2O

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

HALOGEN BERTINDAK BALAS DENGAN NATRIUM HIDROKSIDA

1.

Fluorin, klorin dan juga bromin ialah gas beracun.

2.
Oleh itu, eksperimen yang melibatkan gas-gas ini mesti
dilakukan di dalam kebuk wasap.

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

Penerangan Perbezaan Kereaktifan Halogen.


Kereaktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan.
Penerangan
1.

Susunan elektron: semua atom halogen mempunyai 7 elektron di petala

terluar.
2.

Untuk mencapai konfigurasi gas adi yang stabil, halogen menerima satu

elektron dari luar.


3.

Kereaktifan bergantung kepada kesenangan atom menerima elektron.

4.

Apabila menuruni kumpulan, saiz atom semakin bertambah. Dengan ini,

elektron valens semakin jauh dari nukleus.


5.

Oleh yang demikian, tarikan nukleus terhadap elektron semakin lemah.

6.

Oleh itu kecenderungan atom halogen untuk menerima satu elektron lagi

untuk melengkapkan susunan oktet berkurangan daripada fluorin kepada


astetin.
7.

Maka kereaktifan semakin berkurang apabila menuruni kumpulan.

Nota Kimia Tingkatan 4 2014


Sh. Fatimatul Zahrah Bte Syed Yusof

You might also like