Professional Documents
Culture Documents
F1. Topik 6 Dan 7
F1. Topik 6 Dan 7
TOPIK 7: RETORIK
DEFINISI WACANA
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas
ayat (Lakoff, 1970: 151-271). Unit bahasa ini juga
mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap
kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada
dua atau beberapa gabungan ayat, satu
perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri
buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan
berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan
sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran
yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak
dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat
ayat.
JENIS-JENIS WACANA
Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan
komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar.
Dalam wacana lisan, ekspresi wajah, nada suara, gerak
badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan
sesuatu perkara kepada pendengar. Contohnya ialah
perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan,
khutbah, siaran televisyen dan radio.
Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan
secara bertulis yang melibatkan hubungan antara
penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku
ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis
tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana
penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh
wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan
novel.
DEFINISI RETORIK
Retorik ialah teknik penggunaan bahasa,
sama ada dalam bentuk lisan mahupun
tulisan yang mengandung aspek
tatabahasa yang betul,selain penggunaan
bahasa yang baik dalam penyampaian
idea. Menurut Kamus Dewan (1996:
1135), retorik ialah seni penggunaan
bahasa indah untuk menarik pemikiran
pendengar. Justeru, ragam bahasa yang
pelbagai diperlukan sebagai cara untuk
mempengaruhi pendengar atau pembaca.
JENIS-JENIS RETORIK
i. Pemerian
Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau
huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan
maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.
ii. Pemujukan
Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran
dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang
diperkatakan.
iii. Penerangan
Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan
terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.
iv. Penceritaan
Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada
dalam penulisan mahupun lisan.
v. Pendedahan
Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau
memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan
terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat
daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan.
vi. Penghujahan
Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis
ini digunakan dalam sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan
penulisan yang bersifat akademik.
PRINSIP-PRINSIP WACANA
Tujuan
Setiap wacana yang hendak dihasilkan mesti mempunyai tujuan
kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang digunakan.
Tujuan adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana,
sama ada secara naratif, deskriptif atau eksposisi atau
penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada
ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya.
Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat
yang digunakan ialah ayat tanya. Jika maklumat pula yang hendak
disampaikan, ayat penyata digunakan.
Tautan
Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur
linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah
wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu
perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana
tersebut. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara
sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga
membentuk satu kesatuan.
Runtutan
Runtutan atau koheran merupakan kesinambungan idea yang
terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang
bermakna. Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana
kerana tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana.
Penerimaan
Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca yang
merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang
itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya
wacana yang disampaikan. Sebaliknya tahap penerimaan adalah
rendah jika wacana tersebut tidak difahami oleh pendengar atau
pembaca.
Maklumat
Setiap wacana perlu mempunyai maklumat, iaitu maklumat baharu dan
maklumat lama. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan
pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala
maklumat baharu ialah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan
dalam wacana tersebut.
Keadaan
Sesuatu wacana perlulah sesuai dengan keadaan. Kesesuaian itu
menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran. Pemilihan
kata, frasa dan susunan ayat yang tepat amat penting untuk
menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan.
Interteks
Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung kepada wacana
yang lain. Melalui interteks, sesuatu wacana lebih mudah difahami
oleh pembaca atau pendengar. Kefahaman seseorang terhadap
sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantu
menghasilkan wacana.
PRINSIP-PRINSIP RETORIK
i.
Pemerian
Dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.
Menghasilkan gambaran yang realistik.
Bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun.
Lazimnya, mengandung tiga bahagian, iaitu pendahuluan,
huraian dan kesimpulan.
Bersifat deskriptif dan informatif.
ii. Pemujukan
Menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan
kehalusan bahasa.
Menggunakan aspek bahasa psikologi.
Wujud pemujukan rasional (melibatkan penghujahan) dan tidak
rasional (melibatkan emosi).
iii. Penerangan
Penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada menarik.
Penggunaan bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat
dan makna yang jelas dan bernas supaya pembaca atau
pendengar memahami maklumat yang disampaikan.
Maklumat boleh disampaikan secara lisan ataupun tulisan.
iv.Penceritaan
Mengandung pendahuluan, perkembangan dan
peleraian.
Bersifat imaginatif.
Wujud sedikit kebebasan tatabahasa kerana
bercirikan ekspresi.
v. Pendedahan
Ada takrifan yang disertai contoh dan perbandingan.
Penghuraian sesuatu topik adalah secara objektif.
Menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.
vi.Penghujahan
Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan
pendapat yang dikemukakan.
Pendapat dikemukakan dengan bukti konkrit dan
jelas.
Teknik penyampaian adalah secara deduksi dan
induksi.
Penceritaan
Contoh:
Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi. Tiba-tibatiba sahaja aku ternampak bayangan yang menyeramkan.
Retorik berkenaan menarik pembaca untuk mengikuti kisah
seterusnya.
Pendedahan
Contoh:
Mungkin rakan-rakan atau anggota keluarga anda tidak dapat
melakukan sesuatu pekerjaan tanpa membaca surat khabar terlebih
dahulu. Mengapakah berlaku hal sedemikian?
Retorik berkenaan berdasarkan sesuatu bahan berita dalam akhbar
boleh merangsang pembacaan. Sebelum melakukan sebarang
pekerjaan, daripada pembacaan akhbar mungkin bermakna lega.
Penghujahan
Contoh:
Dalam pengajian peringkat universiti, perkiraan wang dan kos menjadi
keutamaan perlu. Antara perkara yang berlaku, kita tidak dapat lari
daripada pelaksanaan penswastaan bagi sesebuah universiti.
Walaupun begitu banyak wang perbelanjaan untuk tujuan tersebut,
negara masih beruntung jika anak-anak memperoleh pendidikan di
dalam negara, berbanding dengan langkah menghantar mereka ke
universiti-universiti di luar negara.
Hujah daripada retorik tersebut menjurus kepada keutamaan supaya
ibu bapa memilih universiti di dalam negara untuk pengajian anakanak.