Sejarah Pembangunan KSR Oct2014

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 40

EED 3104: KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah

Penulis:
Sabaryah@Sabariah Binti Shafiee
Roslawati Binti Baharom
Ruziah Binti Ahmad
Afsah Binti Rahim
Pensyarah:
Prof. Dr. Umi Kalthum Abdul Manaf
Jabatan Pengajian Asas Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor D.E.
Program Pensiswazahan Guru
Bachelor Pendidikan
[Pendidikan Sekolah Rendah] dengan
Kepujian [Bahasa Melayu]
Semester 5 [2014/2015]

J44884
J44972
J44949
J44851

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Latar Belakang Tajuk ........................................................................................ 3


1.1 Pendahuluan

1.2 Definisi Kurikulum ............................................................................... 4


2.0 Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah di Malaysia

2.1 Pembangunan sekolah sebelum merdeka .............................................

2.2 Pembangunan sekolah selepas merdeka

3.0 Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia .................................. 10


3.1 1955-1982: Kurikulum Lama Sekolah Rendah [KLSR] ...................... 11
3.2 1983-1992: Kurikulum Baru Sekolah Rendah [KBSR]

13

3.3 1993-2010: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah [KBSR].............. 16


3.4 2011-2025: Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR]

21

4.0 KSSR Pendidikan Khas .................................................................................... 28


5.0 Transformasi Kurikulum

29

6.0 Ringkasan KBSR dan KSSR ............................................................................ 31


7.0 Kesimpulan

32

8.0 Rujukan ............................................................................................................. 35


9.0 Lampiran

38

Tugasan: Terangkan Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia bermula dari
Kurikulum Lama Sekolah Rendah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu dan akhirnya
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (Explain the Developmental History of Primary School Curriculum
in Malaysia starting with KLSR, KBSR, Integrated Curriculum and finally KSSR) Oktober 2014.

Muka 2 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

SEJARAH PEMBANGUNAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA


[The Developmental History of Primary School Curriculum in Malaysia]

1.0 LATAR BELAKANG TAJUK


Tajuk yang akan penulis bentangkan dalam penulisan ini ialah Sejarah Pembangunan
Kurikulum Sekolah Rendah Di Malaysia. Bagi tujuan pembentangan, penulis akan
mengupas tajuk kepada 2 bahagian utama:
1. Sejarah pembangunan kurikulum sekolah di Malaysia
2. Pembangunan kurikulum sekolah rendah di Malaysia
Untuk bahagian pertama, penulis akan menyingkap sejarah pembangunan kurikulum
sekolah di Malaysia secara umum sebelum menghalusi kepada pembangunan
kurikulum sekolah rendah aliran perdana atau lebih dikenali sebagai sekolah
kebangsaan.
Dalam bahagian kedua, pengisian akan difokuskan kepada pembangunan Kurikulum
Lama Sekolah Rendah (KLSR), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Penulisan akan dimulai dengan mendefinasikan kurikulum dari beberapa sudut dan aspek
serta pendapat dalaman dan juga perspektif luaran. Untuk tujuan kelancaran penulisan,
beberapa singkatan abjad kata akan digunakan. Singkatan abjad kata ini akan
dilampirkan di bahagian akhir penulisan.

Muka 3 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

1.1 Pendahuluan
Umumnya, sistem pendidikan di Malaysia dibahagikan mengikut perkembangan umur
murid atau pelajar. Sistem pendidikan ini dikategorikan kepada 4 peringkat.

1. PENDIDIKAN PRASEKOLAH

[<6thn ke bawah]

Contoh: Pusat Asuhan Kanak-Kanak /Elementary School

Pendidikan Asas - Tadika/Taska/Tabika

2. PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH


Contoh: Sekolah Kebangsaan /Primary School

[7-12thn]
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

3. PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH


Contoh Maktab Rendah Sains Mara /Secondary School

4. PENDIDIKAN PERINGKAT TINGGI


Contoh: Universiti Putra Malaysia /Tertiary Education

[13-17thn]

Ujian PMR (Pentaksiran Tingkatan Tiga) & SPM

[>18 thn keatas ]


Kolej / Universiti - Diploma/Ijazah/Sarjana/PHD

1.2 Definisi Kurikulum


Perkataan kurikulum adalah kata pinjaman dari perkataan curriculum. Merujuk kepada
Online Etymology Dictionary (2001) dan Wikipedia (2014), perkataan ini berasal dari
perkataan Latin. Ia bermaksud kaum atau lumba, perjalanan sesuatu kaum atau
perjalanan perlumbaan {juga kereta kuda yang cepat dan lumba kereta}. Dalam Latin
klasik curriculum berasal dari kata kerja currere yang bermaksud untuk menjalankan
atau untuk diteruskan. Perkataan ini mula digunakan pada 1630an di Universiti
Glasgow, Scotland, yang merujuk kursus pengajiannya sebagai kurikulum. Pada 1824
perkataan ini mula digunakan di beberapa universiti di Eropah yang

merujukkan

kurikulum mereka sebagai sebuah kursus pengajian yang lengkap dengan


kandungannya (Online Etymology Dictionary, 2001 dan Wikipedia, 2014).
Muka 4 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Pada masa kini, kurikulum mempunyai pelbagai definisi. Dalam Kamus Dewan (2005),
kurikulum ditakrifkan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di
sekolah, senarai kesemua mata pelajaran atau kursus pengajian. Dalam makna yang
lebih meluas, perkataan ini boleh dirujuk sebagai semua mata pelajaran yang disediakan
oleh sekolah, kursus atau program. Di peringkat universiti, kurikulum merujuk kepada
kursus jangka pendek atau panjang, atau program pengajian yang ditetapkan kepada
pelajar (secara jarak dekat, online, atau jarak jauh) untuk lulus pada satu-satu tahap
pengajian, misalannya untuk meraih diploma, ijazah atau sarjana.
Bagi sekolah rendah di Malaysia, kurikulum biasanya merangkumi jangkaan
pengetahuan dan kemahiran yang akan pelajar hadapi untuk belajar; ini termasuk
standard kandungan, standard pembelajaran, objektif pembelajaran, mata pelajaran dan
unit yang akan diajar; tugasan dan projek yang akan diberikan kepada pelajar seperti
latihan, lembaran kerja, buku dan bahan pembelajaran, audio dan video persembahan,
dan teks bacaan yang digunakan dalam kursus pengajaran; dan ujian, penilaian, dan
kaedah pentaksiran lain yang digunakan untuk menilai prestasi dan keberhasilan
pembelajaran.
Kurikulum boleh dianggap sebagai tulang Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang
mempunyai kerangka tertentu seperti topik dan tema pelajaran, strategi pengajaran,
objektif pelajaran, nilai etika dan estetika, struktur sekolah, peraturan institusi, arahan
jabatan serta kementerian dan pelbagai potensi intelektual, sosial, budaya dan alam
sekitar yang berkaitan (UNESCO, 2009).
Apa yang masyarakat tanggap sebagai sesuatu yang penting kepada pendidikan untuk
P&P, maka tujuan kepentingan tersebut boleh dibentuk menjadi sebuah kurikulum
(UNESCO, 2009). Sebagai contoh, sekolah rendah mungkin membincangkan bagaimana
untuk meningkatkan skor ujian, atau bagaimana sejumlah atau keseluruhan P&P dapat
direka untuk membantu pelajar mempelajari asas-asas dalam pelajaran. Seorang guru
misalannya, mungkin merujuk kepada RPH untuk kelas sendiri, atau merujuk kepada
semua mata pelajaran yang akan diajar semasa penggal persekolahan.

Muka 5 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Oleh kerana ia biasa dibentangkan bersama dokumen-dokumen yang rasmi, ia juga


dikenali sebagai kurikulum bertulis atau rasmi (UNESCO, 2009).

Rancangan

Pengajaran Harian (RPH) guru sebagai contoh, akan menjadi dokumen rasmi untuk
pembelajaran, termasuk tugasan, dan bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan untuk
menyusun dan mengendalikan pengajaran..
Kurikulum tersembunyi pula merujuk kepada kurikulum yang tidak rasmi, non
formal, tidak ditulis, bertulis atau tertulis, termasuk nilai dan perspektif yang sering tidak
dijangkakan dalam pelajaran pelajar di sekolah. Walaupun kurikulum "formal" terdiri
daripada kursus-kursus dalam pengajaran dan aktiviti pembelajaran pelajar, dan juga
pengetahuan dan kemahiran para guru sediakan kepada pelajar, kurikulum tersembunyi
terdiri daripada mesej bukan akademik, sosial dan budaya yang dilontarkan dan
disampaikan kepada pelajar semasa mereka berada di sekolah (Hidden Curriculum,
2014). Ianya adalah nilai-nilai yang dipungut secara sendiri oleh pelajar.
Hakikatnya, istilah kurikulum lazim digunakan untuk merujuk kepada kontrak sosial
sedia ada di antara masyarakat, jabatan pelajaran, pihak kementerian dan tenaga pengajar
atau profesional pendidikan, yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengalaman yang
pelajar perlu hadapi pada fasa tertentu dalam hidup mereka. Bagi sebahagian besar
penulis dan pakar-pakar berpendapat bahawa kurikulum mentakrifkan: (i) apa; (ii)
mengapa; (iii) bila; (iv) di mana; (v) bagaimana; dan (vi) dengan siapa untuk belajar
(Bralavsky). Penulis lebih cenderung dengan pendapat Bralavsky ini.

Muka 6 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

2.0 SEJARAH PEMBANGUNAN KURIKULUM SEKOLAH DI MALAYSIA


Sejarah pembangunan sekolah di Malaysia secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada 2
kategori masa iaitu zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka (Nurzilla,
2010).
Pembangunan kurikulum sekolah di zaman sebelum merdeka dipelopori oleh:
1. Laporan L.J.Barnes pada 1949
2. Laporan Fenn-Wu pada 1951
3. Laporan Razak atau Penyata Razak pada 1956
Pembangunan kurikulum sekolah di zaman selepas merdeka dipelopori oleh:
1. Laporan/Penyata Abdul Rahman Talib pada 1960
2. Laporan/Penyata Mahathir pada 1979
3. Falsafah Pendidikan Negara pada 1988
4. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan [PIPP] 2006-2010
5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia [PPPM] 2013-2025
2.1 Pembangunan Sekolah Sebelum Merdeka
Bermulanya catatan sejarah rasmi sekolah di Tanah Melayu sebelum merdeka ialah
seperti berikut (Rohan, 2013):
1. Sekolah Vernakular Cina
i.

Pada tahun 1815 di Melaka (oleh Persatuan Mubaligh London)

ii.

Pada tahun 1819 di Singapura

2. Sekolah Vernakular Inggeris


i.

Pada 1816 - Penang Free School

ii.

Pada 1826 - Melaka Free School

3. Sekolah Vernakular Melayu (Tahir)


Pada tahun 1826 dengan pembinaan sekolah vernakular Melayu di Pulau Pinang
Muka 7 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

i.

Sekolah Melayu Gelugur

ii.

Sekolah Melayu Bayan Lepas

iii.

Sekolah Melayu Ayer Hitam

iv.

Pada tahun 1826 sekolah Melayu pertama di Perak dibina di Matang


Gelugor (Suhaimi)

v.

Pada tahun 1856 sekolah Melayu di Singapura oleh Blundell.

4. Sekolah Vernakular India


i.

Pada 1816 Sekolah Tamil di Pulau Pinang

ii.

Pada tahun 1850 Sekolah Anglo-Tamil di Melaka

5. Sekolah Agama Pondok


Kesemua 4 jenis sekolah vernakular tersebut didirikan atas kebenaran daripada
pentadbiran British atau pihak Inggeris yang mula menduduki Tanah Melayu sekitar
tahun 1786 [oleh Sir Francis Light (1740-1794) di Pulau Pinang] (Hazriey, 2012 dan
Tahir). Maksud vernakular ialah pembelajaran di dalam bahasa ibunda masing-masing.
Kurikulum utama pada masa itu ialah 3M [Membaca, Menulis dan Mengira].
Pada tahun 1824 pihak Inggeris secara rasminya telah memerintah Tanah Melayu
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda sehingga Tanah Melayu merdeka pada 31hb Ogos
1957 (PMR).
Orang Melayu pada zaman koloni ramai yang mempelajari Al-Quran dan Sunnah. Ia
menjadi kurikulum tidak rasmi di sekolah pondok, surau dan madrasah (Suhaimi &
Tahir). Sekolah pondok ini ditubuhkan oleh tokoh-tokoh agama secara individu.
Disebabkan masyarakat yang majmuk pada masa itu, terdapat lima aliran bahasa di
sekolah iaitu (Amey, 2009 dan Tahir):
i.

Melayu - dituturkan oleh penduduk pribumi asal Melayu

ii.

Arab - dituturkan oleh pedagang Arab, India dan di Madrasah

iii.

Cina - dituturkan oleh pendatang buruh bijih timah dari Cina

iv.

Tamil - dituturkan oleh pendatang buruh getah dari India

v.

Inggeris - dituturkan oleh pihak pemerintah dan golongan elit.


Muka 8 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

2.2 Pembangunan Sekolah Selepas Merdeka


Selepas negara Malaysia merdeka, wujud berbagai jenis sekolah dan institusi pendidikan
dan pusat pengajian. Ianya dibangunkan oleh pihak kerajaan, swasta dan orang
perseorangan. Pusat pengajian dan institusi pendidikan seperti kolej dan universiti juga
bercambah. Untuk sekolah rendah, kurikulum asalnya disebut sebagai KLSR. Kemudian
digantikan dengan KBSR, KBSR dan KSSR.
Jenis sekolah rendah yang kelihatan di Malaysia selepas merdeka ialah seperti sekolah
wawasan, sekolah yayasan, sekolah bestari, sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi,
sekolah amanah, sekolah vernakular, sekolah swasta, sekolah mubaligh, sekolah agama
rakyat, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan (Ahmad, 2012). Kesemua
sekolah ini mempunyai kurikulum mereka yang tersendiri.
Menyedari kepentingan pelajaran untuk pembangunan kemanusiaan, mata pelajaran atau
subjek P&P juga bertambah dengan pesat disebabkan pelan Rancangan Malaysia
Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima [RMKI, RMK2, RMK3, RMK4, RMK5].
Mata pelajaran ini menjadi intipati kepada kurikulum sekolah. Mata pelajaran tersebut
ialah (Ahmad, 2012):1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sains
4. Matematik
5. Sejarah
6. Pendidikan Jasmani
7. Seni Lukisan
8. Pengetahuan Agama Islam
9. Pendidikan moral
10. Geografi
11. Kemahiran Hidup
12. Elektif: Bahasa Arab, Cina, India.

Muka 9 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

3.0 PEMBANGUNAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

KLSR 1955-1982 kurikulum lama


1973 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1979 Laporan/Penyata Mahathir

KBSR 1983-1992 kurikulum baru


1988 Falsafah Pendidikan Negara & KBSR dicapai sepenuhnya
1991 Wawasan 2020 diperkenalkan

KBSR 1993-2010 kurikulum bersepadu


2003 semakan KBSR
2008 PPK tukar nama kpd Bahagian Pembangunan Kurikulum

KSSR 2011-2025 kurikulum standard


2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2016 semakan semula KSSR

Struktur Kurikulum dan Fokus


Pendidikan berperingkat di Malaysia direka khas untuk mencapai objektif atau matlamat
pembangunan masing-masing yang berbeza. Oleh itu, penekanan kurikulum akan
berbeza dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Ini juga disebabkan oleh
kepelbagaian faktor selain dari umur seperti sosio-politik, ekonomi, budaya dan
persekitaran (Ahmad, 2012).
Contohnya, penekanan untuk murid pra-sekolah ialah kepada proses sosiolisasi,
pembangunan personaliti, dan penyediaan ke sekolah rendah. Untuk Tahap I di sekolah
rendah, penekanan diberikan kepada penguasaan 3M [Membaca, Menulis dan Mengira],
manakala pada Tahap II, penumpuan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi 3M,
kemahiran kompleks, pemerolehan pengetahuan, pendidikan pra-vokasional dan
pembangunan personaliti, sikap dan nilai (Ahmad, 2012 dan KPM, 2012). Hussein

Muka 10 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Ahmad (2012) juga berpendapat bahawa kurikulum lama sekolah rendah terhasil
disebabkan oleh usaha sosialisasi yang telah dianalisa secara bersistem.

3.1 1955-1982: KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH [KLSR] (BAB 5)


Pendidikan pada zaman pemerintahan British tidak menjadi tajuk utama pemerintah
berbanding dengan perniagaan. Oleh kerana kebanyakan rakyat pada masa itu buta huruf
rumi dan tidak tahu membaca, menulis dan mengira, maka 3M telah dijadikan
kurikulum asas pembelajaran di zaman pemerintahan British. British sengaja membuat
sistem persekolahan secara sekular untuk memisahkan perpaduan kaum kerana
menyedari perpaduan akan mengganggu pemerintahan ekonomi mereka. (Bab 5).
Hanya selepas Jawatan Kuasa Barnes dibentuk pada 1949 untuk mengkaji dan
memperbaiki pendidikan orang Melayu, maka pelajaran menjadi penting. Maka, 3M ini
akhirnya menjelma sebagai agenda utama KLSR. Berikutan itu, L.J.Barnes telah
mengusulkan cadangan berikut (Sufi, 2011):1. Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris.
2. Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur
kepada sekolah kebangsaan.
3. Pengajaran Agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah. Ini bertujuan untuk
mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke
kelas agama pada waktu petang kerana pengajaran agama tidak diajar pada waktu
persekolahan.
Laporan Barnes (1949-51) telah mendapat tentangan orang Cina. Masyarakat Cina
menganggap Laporan Barnes berhasrat menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Fenn-Wu telah ditubuhkan di bawah pimpinan Dr
Fenn dan Dr Wu untuk mengkaji kehendak orang Cina. Hasilnya, orang Cina bersedia
Muka 11 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

menerima Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar tetapi ingin
mengekalkan bahasa ibunda mereka sebagai identiti budaya.
Dengan itu Laporan Fenn-Wu (1951-52) mencadangkan supaya Bahasa Melayu, Bahasa
Cina, dan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah
vernakular. Hasilnya, sebuah jawatan kuasa pendidik dibentuk. (Bab 5).
Dengan demikian, penulis menganggap bahawa pembangunan Kurikulum Lama
Sekolah Rendah di Malaysia secara rasmi bolehlah diandaikan bermula dengan
penubuhan Jawatan Kuasa Pendidikan itu pada tahun 1955. Jawatan kuasa ini ditubuhkan
atas desakan daripada Laporan Barnes 1949 dan Laporan Fenn-Wu 1951 tersebut.
Perdana Menteri (Allahyarham) Tun Abdul Razak pada masa itu mengetuai mesyuarat
yang akhirnya diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada akhir 1951 dan
Bahasa Melayu telah dipersetujui untuk dijadikan Asas Ordinan Pelajaran sebagai
Bahasa Pengantar ilmu untuk sekolah rendah dan menengah pada 1952 (PMR, 2012).
Menyedari kepentingan pendidikan sebagai asas pembinaan bangsa dan negara, Jawatan
Kuasa Pendidikan yang dibentuk pada 1955 itu menyerahkan usulnya ke dalam Majlis
Mesyuarat Perundingan Persekutuan pada 1956. Usul ini telah dipersetujui dengan
sebulat suara dalam keluaran Laporan Razak atau Penyata Razak pada 1956. Laporan
usul ini pula kemudiannya, telah melahirkan Dasar Pelajaran Kebangsaan atau Akta
Pelajaran pada 1957 (PMR, 2012).
Dengan saranan daripada Suruhanjaya Reid pula supaya BM dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan selepas negara merdeka pada 1957, maka keluarlah laporan dari
Jawatankuasa Penyemak yang dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib pada 1960
(PMR, 2012). Keputusannya, BM diwartakan sebagai bahasa pengantar ilmu dalam Akta
Pendidikan 1961. Berikutan itu, BM juga telah diwartakan sebagai bahasa rasmi secara
khusus di dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Akta 32) 1963 dan dikuatkuasakan lagi pada
tahun 1967 (Malayan Law Journal, 2006).
Atas dasar perpaduan (selepas peristiwa 13 Mei 1969), pada 1972-1974 satu kajian
pendapat tentang pendidikan dan masyarakat telah dijalankan di seluruh negara dengan
Muka 12 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

tertubuhnya Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 1973. Pada tahun
1974 Jawatankuasa Kabinet Menteri telah membawa usul kajian dan pendapat ini ke
dalam semakan semula dasar pendidikan dalam Penyata Rahman Talib dan laporannya
diterbitkan sebagai Penyata Mahathir pada tahun 1979 (PMR, 2012).
Kesimpulannya, Bahasa Melayu telah dijadikan standard permulaan atau kurikulum
dasar dalam pembelajaran untuk pelajar membaca (dan mengeja), menulis (dan
mengarang) di samping mengira pada ketika itu.

Darjah I

Darjah II

Darjah III

Darjah IV

Masa

Menulis

Menulis

Ejaan

Bacaan

7.00 7.30 pg

Ejaan

Menulis

Bacaan

Mengarang

7.30-8.00 pg

Ejaan

Bacaan

Mengarang Mengarang

8.00-8.30 pg

Bacaan

Ejaan

Mengarang Ilmu Hisab

8.30-9.00 pg

Ilmu Hisab Ilmu Hisab Ilmu Alam

Latihan Jasmani
Ilmu Alam
Latihan Congak

9.00-9.30 pg
9.45-10.30 pg
10.30-11.00 pg

Jadual waktu Sekolah Vernakular Melayu (1980)


Nordin Tahir, JIP

Sumber: Tahir

3.2 1983-1992: KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH [KBSR] (KPM)


Seperti yang dinyatakan, semakan semula Penyata Rahman Talib pada 1974, telah
menghasilkan Penyata Mahathir 1979. Pada 1980, kabinet meluluskan Akta Majlis
Peperiksaan Malaysia sebagai standard penilaian berpusat bagi mentaksir pencapaian
pelajar atau murid.
Muka 13 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Pada tahun 1982 pelaksanaan semakan dasar pelajaran ini telah dicuba secara terhad di
302 buah sekolah di bawah bimbingan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).
PPK yang ditubuhkan pada 1973 ini adalah sebuah Unit Perkembangan Pelajaran di
Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pelajaran. Di antara fungsi utama PPK ialah
seperti berikut (KPM, 2012):
menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan
menyebar dan melaksanakan kurikulum
mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum
menyediakan bahan sokongan kurikulum
menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum
Pada 1983, Penyata Mahathir ini dijelmakan secara rasmi ke seluruh sekolah di Malaysia
sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah [KBSR] bagi menggantikan kurikulum lama
sedia ada. Maka dengan itu, segala P&P yang berlaku sebelum 1983, bolehlah kita
anggap sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah di Malaysia [KLSR]. KBSR pula
hanya dapat bertahan selama 10 tahun sebelum diberi nama baru atas dasar semakan
seterusnya. Semakan semula ini dibuat untuk pengubahsuaian dan penambahbaikan
kurikulum di sekolah rendah pada masa tersebut.
Pihak KPM telah menjalankan penilaian berterusan ke atas kurikulum baru untuk melihat
keberkesanannya. Misalannya, Universiti Sains Malaysia telah dijemput untuk menilai
pelaksanaan KBSR di bilik darjah, kesediaan guru, kemampuan guru sebagai pengurus
kurikulum dan kesesuaian bahan (KPM). Pada 1990, hasil penilaian ini dibentang di
dalam Seminar Kebangsaan Pelaksanaan KBSR. Dapatan seminar menunjukkan
kurikulum baru itu perlu disemak semula.
Pada dasarnya, semakan dan penilaian KBSR telah dan sentiasa dilakukan dari semasa ke
semasa. Pada 1984, misalnya, unsur Amalan Perdagangan telah diserapkan ke dalam
subjek Matematik. Pada tahun yang sama juga, Kemahiran Manipulatif telah
diperkenalkan merentasi kurikulum. Unsur Amalan Perdagangan dan Kemahiran
Manipulatif ini akhirnya digabungkan ke dalam subjek Kemahiran Hidup.
Muka 14 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Pada 1994 dan 1995, mata pelajaran Alam dan Manusia telah dipecahkan kepada 2
subjek iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Perubahan dan perkembangan semasa kepada
kurikulum baru adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah rendah
demi mencapai matlamat FPN yang digubal pada 1988.
Banyak peritiwa berlaku pada 1988. Pada tahun ini, Ujian Penilaian Darjah 5 [UPD5]
telah dimansuhkan dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah [UPSR] diperkenalkan pada
tahun yang sama. Pada tahun ini juga, pelaksanaan KBSR telah dicapai sepenuhnya
(KPM). Pada tahun 1989 pula, pelaksanaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah
(PKBS) diperkenalkan untuk murid Tahun 1 hingga 6 di sekolah rendah. Secara tidak
langsung UPD5, UPSR dan PKBS telah mencorak bentuk kurikulum sekolah rendah pada
tahun yang dimaksudkan.

Sumber: KPM(2013)

Muka 15 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

3.3 1993-2010: KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH [KBSR] (KPM)


Tujuan KBSR diperkenalkan ialah untuk memberi tafsiran (taksiran) baru dalam beberapa
aspek tertentu kurikulum supaya dapat memantapkan pelaksanaan KBSR dengan
berkesan (KPM).
Perubahan dari kurikulum baru kepada kurikulum bersepadu adalah cetusan berterusan
objektif Falsafah Pendidikan Negara [FPN] yang digubal pada 1988. FPN pula adalah
hasil daripada cetusan mesyuarat Penyata Mahathir 1979. Antara isu yang dibincangkan
di dalam Penyata Mahathir ialah perkembangan sosio-ekonomi semasa, unsur dalaman
dan luaran, cabaran pembangunan kemanusiaan, penegasan kepada sains dan teknologi,
dasar kerajaan dan kepentingan serta wawasan negara (KPM).
FPN juga dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan [FPK] (Vince, 2013).

Sumber: Jiwa Pendidik (2013) dan Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan (KPM,2012).

Isu FPN ini telah menyebabkan pihak Kementerian Pendidikan mewujudkan Falsafah
Pendidikan

Sekolah

Rendah

[FPSR]

yang

bertumpu

kepada

pembangunan

kemanusiaan dari aspek yang menyeluruh merangkumi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI). Ini termasuklah emosi, bakat, akhlak, nilai estetika dan sosial. (Kurikulum
Baru Sekolah Rendah, 1991) (KPM).
Muka 16 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Tersuratnya Falsafah Pendidikan Negara [FPN] adalah kerana pelaksanaan FPN ke arah
pembentukan rakyat Malaysia yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab, produktif dan sedia berbakti harus dijelmakan melalui pendekatan
bersepadu (KPM). Di antara isu yang dibawa oleh FPN untuk pelaksanaan dan penilaian
kurikulum ialah (KPM):
1. Pendidikan sebagai suatu usaha yang berterusan
2. Perkembangan potensi individu
3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu
4. Insan yang seimbang dan harmonis
5. Unsur intelek
6. Unsur rohani
7. Unsur emosi
8. Unsur jasmani
9. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
11. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
13. Rakyat Malaysia yang bertanggung jawab
14. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri
15. Rakyat Malaysia yang dapat member sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Memandangkan penekanan KBSR lebih tertumpu kepada kesepaduan, maka kesepakatan
mesyuarat dicapai untuk mengenalkan KBSR sebagai kurikulum bersepadu (KBSR) pada
tahun 1993.

Muka 17 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Kurikulum bersepadu telah mengenalkan 3 mata pelajaran atau subjek baru ke dalam
sistem kurikulum sekolah rendah di Malaysia, iaitu (KPM):1. Kemahiran Hidup
2. Sains
3. Kajian Tempatan
Perubahan kurikulum bersepadu juga telah meliputi pada mata pelajaran berikut (KPM):1. Mata pelajaran Bahasa
2. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani
3. Mata pelajaran Pendidikan Islam
4. Mata pelajaran Pendidikan Moral
Kurikulum bersepadu juga diselaraskan dengan 4 prinsip utama FPN yang akhirnya
menjadi prinsip kurikulum bersepadu sekolah rendah. Pada asalnya, 4 prinsip FPN ini
adalah juga prinsip KBSR. Seterusnya, ia dikekalkan juga menjadi prinsip KSSR (KPM).

Sumber: BPK (2014)

Muka 18 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Sumber: KPM: Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Muka 19 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Di samping itu terdapat unsur baru yang diterapkan ke dalam kurikulum bersepadu ini
iaitu (KPM):1. Unsur patriotism
2. Penggunaan sempoa
3. Aspek kesepaduan
4. Budaya sekolah

2003 - Semakan KBSR


KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal
semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras
kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 [PIPP] (Nor Aziz, 2012).
Pada tahun 2009 kerajaan telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar PPSMI
secara berperingkat dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat juga
(PMR, 2014).

Muka 20 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

3.4 2011-2035: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH [KSSR]


Hasil semakan KBSR 2003 telah diperkenalkan secara rasmi ke sekolah rendah di
Malaysia pada tahun 2011. Ianya dinyatakan sebagai KSSR. KSSR adalah lebih jelas,
tersusun, padat dan agak global. KSSR mempunyai kerangka yang lebih besar.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan (BPK, 2014)

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang


murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau petunjuk


( indicator ) kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan.

Sumber: BPK (2014)


Prinsip KSSR (BPK, 2014) - Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan
kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut telah dinyatakan
seperti berikut (BPK, 2014):
1. Pendekatan Bersepadu. Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan
bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya
wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
2. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh. KSSR digubal untuk memastikan
semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
3. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid. KSSR memberi peluang yang luas
dan . saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
Muka 21 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

4. Pendidikan Seumur Hidup. KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran


yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran
kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
Fokus KSSR (BPK, 2014) - KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan
murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap
tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis,
mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan
dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Sumber: BPK(2014)

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.


Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai
kemahiran tersebut.

Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu

kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.


Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di
samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

Muka 22 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Sumber: BPK (2014)

Organisasi Kurikulum (BPK, 2014) KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular


dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai
modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata
pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap
modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk
dikuasai oleh murid.
Organisasi Tahap I - Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas,
Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di
bawah.

Sumber: BPK (2014)


Muka 23 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Organisasi Tahap II - Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam
Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan
dalam bentuk modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.

Sumber: BPK (2014)

Bentuk Kurikulum (BPK, 2014) - Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR,
merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini
berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
Enam tunjang (BPK, 2014) dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai
yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu,
Muka 24 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan
bersepadu.

Sumber: BPK (2014)

Elemen Merentas Kurikulum [EMK] (BPK, 2014) Elemen Merentas Kurikulum ialah
unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain
yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia
ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni
dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Muka 25 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara


efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas
kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang
digambarkan melalui rajah di bawah.

Sumber: BPK (2014)

Hasrat KSSR (BPK, 2014) - Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjangtunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika,
keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Muka 26 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan FPK dan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE)
dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan
UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak
(learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk
membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
Warganegara yang bertanggungjawab
Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
Pekerja berilmu

Sumber: BPK (2014)

Muka 27 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

4.0 KSSR PENDIDIKAN KHAS (BPK, 2014)


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas merangkumi
kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah
pembelajaran.
Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah
Penglihatan) secara umumnya menggunakan kurikulum aliran perdana. Sungguh pun
begitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap beberapa mata pelajaran
aliran berkenaan (khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran) selaras
dengan keperluan khas pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut diwajibkan
mempelajari mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) dan
Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL).
Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap
keupayaan dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus
kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu
menekankan akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
disediakan mata pelajaranAsas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan
mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains, Sosial dan
Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan.
Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga dibentuk secara
fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

Muka 28 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

5.0 TRANSFORMASI KURIKULUM (BPK, 2014)


Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat
Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran
pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara
terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum
persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan
itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan
mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.
Transformasi

kurikulum

sekolah

rendah

merupakan

penyusunan

semula

dan

penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah


untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus
transformasi kurikulum persekolahan rendah bukan saja kepada kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M), malah mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan
inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan
penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum
persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di
samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan
seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan
kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan
standard dibangunkan.
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM
membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas.

Muka 29 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di


sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

Sumber: KPM

2016 - Semakan Semula KSSR


Menurut kenyataan akhbar Utusan (KSSR, 2013), KSSR akan disemak semula oleh pihak
Kementerian Pelajaran pada 2016.

Ekoran daripada Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010 [PIPP] yang diisytiharkan oleh Mantan PM, Tun Abdullah Hj
Badawi dalam RMK9, Dato Sri Najib telah mengisytiharkan pula sebuah pelan
komprehensif yang baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
[PPPM]. PPPM ini adalah suatu strategi transformasi pendidikan yang agak global dan
sedang dilaksanakan melalui KSSR. Di antara penekanan baru yang diberi ialah hal
berkaitan pengantarabangsaan sekolah rendah.
Penulis berpendapat bahawa kurikulum masa depan akan dicorakkan oleh kelebihan
teknologi, seperti e-learning, m-learning atau pembelajaran mobil yang menggunakan
talipon bimbit dan tab, dan juga konsep baru the gaming of education.
Muka 30 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

6.0 RINGKASAN KBSR DAN KSSR

Sumber: BPK (2014)


Ringkasnya, KSSR adalah suatu konsep yang bersepadu, saksama dan menyeluruh
untuk sepanjang hayat murid. KSSR menampilkan rangkaian (framework) pernyataan
standard kandungan dan standard pembelajaran, 4 prinsip bersepadu FPN, organisasi
kurikulum secara modular untuk Tahap I dan II, bentuk kurikulum yang inovatif, EMK,
KSSR pendidikan khas, hasrat dan transformasi dengan

penjelasan.

KSSR juga

dilakukan secara berterusan kerana ianya mengambil kira kepentingan perubahan global
yang mendadak, kerana maklumat dan komunikasi bertindak secara pantas dan
meluas. Jika kita kurang pantas, kita akan dipintas. Penulis berpendapat bahawa KSSR
adalah sesuatu yang tepat, ringkas dan padat.

Muka 31 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

7.0 KESIMPULAN

Berikut adalah susunan Perdana Menteri yang memerintah Malaysia semenjak merdeka.
Susunan Nama PM

Gelaran

Khidmat

Tunku Abdul Rahman (Allahyarham)

Bapa Kemerdekaan

1957 - 1970

Tun Abdul Razak (Allahyarham)

Bapa Pembangunan

1970 - 1976

Tun Hussein Onn (Allahyarham)

Bapa Perpaduan

1976 - 1981

Tun Dr Mahathir Mohamad

Bapa Pemodenan

1981 - 2003

Tun Hj Abdullah Ahmad Badawi

Bapa Modal Insan

2003 - 2009

Dato Sri Najib Tun Abdul Razak

Bapa Transformasi

2009 201?

Di bawah ini pula adalah ringkasan peristiwa perkembangan kurikulum sekolah rendah.
Tahun

Jumlah

Kurikulum

1955 - 1983

28 tahun

KLSR

1983 - 1992

10 tahun

KBSR

1993 - 2010

18 tahun

KBSR

2011 - 2014

4 tahun

KSSR

2015 - 2025

11 tahun

Susunan Nama PM
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Tun Hussein Onn
Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir
Tun Hj Abdullah
Dato Sri Najib
Dato Sri Najib
?

Maklumat di atas adalah dapatan dari kajian penulis. Jika diteliti kita dapati, pendidikan
di Malaysia secara rasminya telah mencapai umur 60 tahun. Boleh dikatakan bahawa ini
adalah umur yang sangat matang, jika kita ambil 40 sebagai penanda aras. Negara juga
baru lagi menyambut kemerdekaannya yang ke 57 pada 31hb Ogos 2014 yang lalu, iaitu
pada satu usia yang sudah ranum.

Penting penulis kaitkan sejarah perkembangan kurikulum sekolah ini dengan pucuk
kepimpinan yang memerintah negara, kerana pada dasarnya, Kementerian Pelajaran
Malaysia bernaung di bawah kepimpinan Perdana Menteri sedia ada pada masa KLSR,
Muka 32 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

KBSR, KBSR dan KSSR dilaksanakan. Oleh itu, perkembangan kurikulum sekolah akan
termaktub kepada ketentuan pucuk pimpinan pada masa yang disebutkan.
Di samping itu, menurut Hussein Ahmad (2012) dalam bukunya Mission of Public
Education in Malaysia: The Challenge of Transformation menyatakan bahawa negara
juga bergolak dengan isu sosial, ekonomi dan pengaruh persekitaran yang lain, seperti
pengaruh sains dan teknologi; pengaruh kontrak sosial dari penduduk pribumi dan juga
tempatan. Ekonomi Malaysia pula sedikit sebanyak telah berjaya diolah-alih oleh
kebanyakan kaum pendatang. Unsur-unsur baru ini juga mampu mencorakkan aliran
sistem politik selari dengan peredaran masa, tempat, ruang dan peluang. Ditambah
dengan isu globalisasi, yang telah menghasilkan budaya silang dunia tanpa sempadan
kerana maklumat, komunikasi dan informasi semuanya sudah cukup terbentang. Anda
hanya perlu petik jari untuk membuat keputusan. On or Off. Yes or No. Betul atau Tidak?

Penulis sentuh perkara ini, kerana ianya amat penting dalam menentukan arah dan hala
tuju pendidikan. Lantas itu, kurikulum sekolah akan turut terlibat sama dalam perubahan
yang cukup mendadak ini. Secara tidak langsung, perubahan dari luaran boleh dan telah
menyebabkan perubahan dalaman, bukan sahaja kepada kurikulum, malahan kepada
dasar, struktur, fokus, sistem dan nilai, input, proses, serta output pengajaran dan
pembelajaran dan juga yang lainnya.

Dengan pelbagai sebab yang telah penulis sebutkan, maka perkembangan kurikulum akan
terjejas, samada secara negatif, sederhana, tidak berubah, atau secara positif. Jika kita
halusi kembali sejarah, penjajahan Jepun dan kependudukan Inggeris di Tanah Melayu,
ianya telah merubah pembelajaran tidak rasmi orang Melayu kita menjadi sesuatu yang
formal.

Samada

perubahan

ini

positif

atau

negatif,

terpulang

kepada

kita

mendefinasikannya, kerana masing-masing ada tafsiran dan taksiran yang tersendiri.


Secara jamaknya, maka kita akan bersepakat membuat pentaksiran tersebut di peringkat
akar umbi, pada umur bawahan, atau untuk murid di sekolah rendah.

Muka 33 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Maka dengan sebab itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah dirasakan perlu untuk
mempertahankan warisan bangsa dari terus menghilang ditelan arus zaman kerana ianya
berasaskan standard. Pengkajian dan penulisan tentang sejarah perkembangan kurikulum
ini sebenarnya pada penulis bukan hanya untuk meraih fakta tetapi untuk kita
mempelajari sesuatu daripadanya.

Kesimpulannya, langkah yang agak drastik perlu diambil bagi menangani unsur luaran
dan juga unsur dalaman, dalam skop pelaksanaan yang harus dilakukan secara serta
merta, berperingkat, menyeluruh atau berterusan. Langkah yang drastik inilah
menyebabkan perlunya transformasi kepada pendidikan.

Transformasi ini telah dicetuskan di bawah kepimpinan Dato Sri Najib, Perdana Menteri
kita sekarang. Beliau telah mengusulkan pelaksananaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam 3 Fasa Pembangunan, melalui program
transformasi pendidikan selepas Dialog Nasional (KPM, 2012). Perubahan ini membawa
kepada pentaksiran standard pembelajaran dan hala tuju yang baru bagi merempuh arus
globalisasi. Dengan sebab itu KSSR, PBS dan PKBS perlu dilaksanakan sebagai penanda
aras yang baru kerana ia berdasarkan penemuan fakta global (global fact finding).

Dalam sejarah perkembangan kurikulum sekolah rendah di Malaysia, banyak peristiwa


suka duka yang berlaku. Ada kalanya kita kecundang. Pada masa itulah kita akan dapati,
PPSMI

diperkenalkan,

dan

kemudiannya

dibubarkan,

kerana

perlunya

untuk

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris [MBMMBI];


PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan PT3; UPSR juga akan digantikan dengan
sistem PKBS; semakan semula KSSR dan berbagai lagi unsur baru seperti the gaming
of education, m-learning (mobile learning), pembelajaran berasaskan teknologi, Pakej
Pengajaran Berasaskan Komputer [PPBK| dan pentaksiran berasaskan web sebagai
peristiwa mendatang. Kesemua perkara ini, samada ianya belum, sudah dan akan
dibincang, akan mencatat titik baru kepada sejarah perkembangan kurikulum sekolah
rendah di Malaysia pada masa yang akan datang. Kita hanya perlukan titik, kerana
titik itu mampu menggariskan sejarah...
Muka 34 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

8.0 RUJUKAN
Ahmad, Hussein (2012). Mission of Public Education in Malaysia: The Challenge of
Transformation. Kuala Lumpur: University of Malaya Press
Amey, Prof. (2009). Sistem pendidikan di zaman pemerintahan Inggeris telah
mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu: Bincangkan. Dipetik pada 15hb September
2014 daripada http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/sistem-pendidikan-dalamzaman.html
BPK (2014). Laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum: Kementerian
Pendidikan Malaysia. Dipetik pada 23hb September 2014 daripada
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&I
temid=477&lang=en&showall=1
BPK (n.d.). Laman web rasmi: Bahagian Pembangunan Kurikulum: Kementerian
Pendidikan Malaysia (dalam Buku Penerangan: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah).
Dipetik pada 22hb September 2014 daripada
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=313&I
temid=482&lang=en
Braslavsky, Cecilia (n.d.) The Curriculum: A definition of the concept of curriculum.
Dipetik pada 13hb September 2014 daripada
http://www.ibe.unesco.org/fileadmin/user_upload/archive/AIDS/doc/cecilia_e.pdf
Curriculum (2001). Online Etymology Dictionary. Dipetik pada 14hb September 2014
daripada http://www.etymonline.com/index.php?term=curriculum
Curriculum (2014). Wikipedia: The Free Encyclopedia. Dipetik pada 14hb September
2014 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Curriculum#cite_note-1
Hazriey (2012). Secebis Ilmu: Pendudukan British di Tanah Melayu. Dipetik pada 23hb
September 2014 daripada http://hazriey-secebisilmu.blogspot.com/2012/01/pendudukanbritish-di-tanah-melayu.html
Hidden Curriculum (2014). In S. Abbott (Ed.), The Glossary of Education Reform.
Dipetik pada 13hb September 2014 daripada http://edglossary.org/hidden-curriculum
Jiwa Pendidik (2013). My Malaysia Education: Malaysia National Education
Philosophy. Dipetik pada 16hb September 2014 daripada
http://mymalaysiaeducation.blogspot.com/2013/06/malaysia-national-educationphilosophy.html
KPM (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia: Dasar Pendidikan Kebangsaan:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (Ed.3) Putra Jaya: KPM
Muka 35 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

KPM (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025: Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif. KPM
KPM (2012). Portal Web Rasmi: Bahagian Pembangunan Kurikulum: Kenyataan
Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI . Dipetik pada 15hb September 2014 daripada
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=170%
3Akenyataan-akhbar-pelaksanaan-soft-landing-ppsmi&catid=101%3Aslideshow&lang=en
KPM (2012). Portal Rasmi: Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian Pembangunan
Kurikulum. Dipetik pada 22hb September 2014 daripada
http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=52
KPM (2014). Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia: Tentang web KPM: Soalan
Lazim. Dipetik pada 23hb September 2014 daripada http://www.moe.gov.my/v/soalanlazim-view?id=147&keyword=&
KSSR (2013). Blog KSSR: Kurikulum baharu mulai tahun 2016. Oleh Mohd Asron
Mustaph (dari Utusan). Dipetik pada 23hb September 2014 daripada
http://kssr.bpk.my/berita/kurikulum-baharu-mulai-tahun-2016/
Kurikulum (2005). Kamus Dewan (ed.4, ms.856). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Nor Aziz, Nor Hayati (2012). Bersama dunia pendidikan: KBSR dan KSSR. Dipetik pada
23hb September 2014 daripada http://tie4848.blogspot.com/2012/10/kbsr-dan-kssr.html
Nurzilla (2010). Sejarah perkembangan kurikulum di Malaysia. Dipetik pada 15hb
September 2014 daripada http://www.scribd.com/doc/38470745/Sejarah-an-KurikulumDi-Malaysia
PMR (2014). Portal Pusat Maklumat Rakyat: KSSR Terap 1Malaysia. Dipetik pada 23hb
September 2014 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5585-kssr-terap-1malaysia.html
PMR (2014). Portal Pusat Maklumat Rakyat: Profil Malaysia: Ringkasan Sejarah
Malaysia. Dipetik pada 15hb September 2014 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarahmalaysia.html
PMR (2014). Portal Pusat Maklumat Rakyat: Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Dipetik pada 9hb Oktober 2014 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/6091-memartabatkan-bahasamalaysia-dan-memperkukuhkan-penguasaan-bahasa-inggeris-mbmmbi.html

Muka 36 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Rohan, Siti Rohayu (2013). Sejarah Pendidikan di Malaysia. Dipetik pada 15hb
September 2014 daripada http://www.slideshare.net/sitirohayurohan/sejarah-pendidikandi-malaysia-17745813
Sufi, Aliya (2011). Laporan Barnes 1951. Dipetik pada 15hb September 2014 daripada
http://www.scribd.com/doc/51883228/Laporan-Barnes-1951
Suhaimi, Muhammad Imran (n.d.) Utusan Online: Sejarah sistem pendidikan Perak.
Dipetik pada 16hb September 2014 daripada
http://m.utusan.com.my/Pendidikan/20120430/pe_01/Sejarah-sistem-pendidikan-Perak
Tahir, Nordin (n.d.). EDU3101: Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Perak: Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh
UNESCO (2009). United Nation Educational Scientific, and Cultural Organization:
Education: Different meanings of curriculum. Dipetik pada 15hb September 2014
daripada http://www.unesco.org/new/en/education/themes/strengthening-educationsystems/quality-framework/technical-notes/different-meaning-of-curriculum/
Vince H. (2013). Bab6: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidkan
Guru. Dipetik pada 23hb September 2014 daripada
http://www.slideshare.net/vhere1/bab-6-falsafah-pendidikan-kebangsaan-dan-falsafahpendidikan
Zainal, Sharifah Shaida (2012). Sumbangan tokoh asing terhadap perkembangan Bahasa
Melayu Moden era pramerdeka R.O.Winstedt. Dipetik pada 27hb September 2014
daripada http://www.scribd.com/doc/106785510/Sumbangan-Tokoh-Asing-TerhadapPerkembangan-Bahasa-Melayu-Moden
______ (n.d.) Bab 5: Pendidikan di Tanah Melayu Zaman Penjajah. Dipetik pada 15hb
September 2014 daripada http://studentsrepo.um.edu.my/1319/8/BAB_5.pdf

Muka 37 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

9.0 LAMPIRAN
A. Rentetan Peristiwa: Sejarah Perkembangan Kurikulum Di Malaysia
1786: Sir Francis Light Menduduki Pulau Pinang
1815: Sekolah vernakular Cina di Melaka
1816: Penang Free School
1816: Sekolah Vernakular Melayu
1816: Sekolah Vernakular Tamil
1819: Sekolah vernakular Cina di Singapura
1824 (sebelum): Pengajian AlQuran hanya di pondok/madrasah-tidak formal
1824-1957: Kependudukan Inggeris di Tanah Melayu
1826: Sekolah vernakular Melayu di P.Pinang
1856: Blundell menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Singapura
1858: Sekolah Melayu Pulau Pinang
1863: Sekolah Melayu Melaka
1941-1945: Penjajahan Jepun ke Tanah Melayu
1946: Penubuhan UMNO
1949: Laporan Barnes
1951: Laporan Fenn Wu
1952: Asas Ordinan Pelajaran
1955: Jawatankuasa Pendidikan
1956: Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)
1956: General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1957: The Education Ordinance, 1957/Asas Ordinan Pelajaran - Dasar Pelajaran Kebangsaan
1957: BM.Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1957: Negara Merdeka
1957: SR.MSSEE dimulakan
1960: Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1960: SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961: Akta Pendidikan Asas/Dasar Pendidikan Kebangsaan
1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak - 1971)
1963: Pembentukan Malaysia dengan penyatuan Sabah & Sarawak
1963: SR.MSSEE dimansuhkan
1964: General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1964: MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964: SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1965: Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967: Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1967: PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1967: Akta Bahasa Kebangsaan - diperkuatkuasakan
1967: Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1970: BM.Bahasa pengantar Darjah 1
1970: RukunNegara (de facto Malaysian pledge of allegiance) diisytihar
1971: Akta Universiti dan Kolej Universiti
1972-1974: Cross National Survey: A study of opinions about education and society
Muka 38 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

1973: Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan


1973: Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat
(Laporan Keciciran)
1973: UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1974: Akta Politeknik Ungku Omar
1974: Jawatankuasa Kabinet Menteri - mengkaji Laporan Rahman Talib
1975: Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976: BM.Bahasa pengantar Tingkatan 1
1977: PPK berpindah ke lokasi baru di Jalan Duta
1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(Penyata Mahathir)
1980: Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
1982: KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1982: SR.UDT dimansuhkan
1983: KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1983: BM.Bahasa pengantar di semua universiti
1984: Amalan Perdagangan disisipkan ke dalam subjek Kemahiran Hidup
1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1988: SR.PDL dimansuhkan
1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan
1988: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal secara rasmi
1988: Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991: Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
1991: Wawasan2020 diperkenalkan
1991: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992: Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
1993: PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan
1993: KBSR diberi nama baru Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sempena
hasil penilaian berterusan KBSR
1993: Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang
telah melaksanakannya - meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
1994: Mata pelajaran Alam dan Manusia dipisahkan menjadi Sains dan Kajian Tempatan
1996: Akta Pendidikan (New Education Act)
1996: University & College (Amendment) Act
1996: National Council of Higher Education Act
1996: Private Higher Educational Act
1996: National Accreditation Board Bill
1997: Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
1999: Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan pertama dicetak
2001: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan
2003: KBSR (Semakan)
Muka 39 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

2004: Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan pertama diterbitkan


2006: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) - oleh Pak Lah
2008: PPK ditukar nama - Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
2009: Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
2011: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan menggantikan KBSR
2011: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1, dan penambahbaikan UPSR pada 2016
2012: Dialog Pendidikan Nasional
2013: 2025: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Sept2012) - oleh Najib
2016: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan Semula)

B. Singkatan Abjad
3M
4M
BM
BPK
FPK
FPN
FPSR
KPM
KBSR
KBSR
KLSR
KSSR
MBMMBI
P&P
PKBS
PMR
PPK
PPBK
PPSMI
PT3
SPM
TMK
UPD5
UPSR

Membaca, Menulis, dan Mengira


Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul
Bahasa Melayu
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Kurikulum Lama Sekolah Rendah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris
Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah
Penilaian Menengah Rendah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Pakej Pengajaran Berasaskan Komputer
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Pentaksiran Tingkatan Tiga
Sijil Pelajaran Malaysia
Teknologi Maklumat Komunikasi
Ujian Penilaian Darjah Lima
Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Muka 40 | Sejarah Pembangunan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

You might also like