Federalism Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pendahuluan (federalism, Kerajaan Persekutuan, Negeri

dan Tempatan)
Federalisme atau sistem Persekutuan merupakan satu sistem yang diperkenalkan oleh
British, semenjak sebelum merdeka lagi bagi melicinkan sistem pentadbiran dan pengurusan
ekonomi. Penggunaan sistem federalisme ini telah memberikan pelbagai kesan yang meyeluruh
dalam ekonomi dan politik di Malaysia.
Sistem federalisme adalah satu sistem yang telah digunapakai sejak zaman
kegemilangan Yunani pada kurun ke 13 bagi meningkatkan keselamatan di negera-negara
sekitar Yunani daripada serangan musuh. Sistem ini dipoluparkan kemudiannya oleh tokoh
falsafah Perancis, Jean Bodin yang menyatakan sistem federalism ini adalah merupakan sistem
terbaik bagi melicinkan perjalanan pentadbiran negara dan memberikan kuasa kepada wilayahwilayah kecil.
Pemerintahan federalisme adalah merupakan sistem kerajaan yang mempunyai kuasa
pusat dan kuasa negeri dengan masing-masing mempunyai kuasa untuk memerintah seperti
yang dipandukan oleh perlembagaan. Secara ringkasnya ciri-ciri negara yang mengamalkan
federalisme adalah mempunyai dua bentuk kerajaan iaitu diperingkat negeri dan pusat dengan
masing-masing mempunyai kuasa pemerintahan. Federalisme berlaku atau wujud dengan
persetujuan wilayah kecil atau negeri yang ingin bergabung antara satu sama lain dan
menyerahkan sebahagian kedaulatan kuasa negeri kepada kuasa pusat dengan jaminan oleh
perlembagaan.

Di Malaysia, sejarah awal sistem federalisme telah dibentuk mengikut gaya pentadbiran
colonal Inggeris. Pembentukannya diwujudkan bagi mengatasi pelbagai masalah seperti
perebutan kuasa politik, konflik pentadbiran dan penentangan idealis tempatan terhadap
penjajah British. Bagaimanapun, banyak sebab untuk sistem ini terus menjadi pilihan untuk
digunapakai di Malaysia sehingga ke hari ini.
Pelaksanaan sistem federalisme di Malaysia adalah seawal 1896 yang melibatkan
negari-negeri Melayu Bersekutu. Akhirnya pada tanggal 1 Februari 1948, Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu telah dilaksanakan yang menggunapakai sistem federalisme
sebagai sistem pentadbiran antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Sehingga Mac 1957, satu suruhanjaya Reid telah ditubuhkan bagi merangka
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai langkah penting untuk menuntut
kemerdekaan. Antara intipati penting dalam Perlembagaan Persekutan Tanah Melayu ialah
mengadakan kerajaan pusat yang kuat dan utuh disamping kuasa-kuasa negeri yang dijamin
perlembagaan, kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, mengadakan
sistem kerakyatan seperti yang dipandukan perlembagaan, dan menjamin kedudukan istimewa
orang melayu.
Maka pada 1963, Malaysia secara rasminya ditubuhkan hasil gabungan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, dan Sarawak. Sehingga ke hari ini, Malaysia terus wujud dengan ideology
federalism dalam setiap lenggok pentadbirannya tanpa mengabaikan kepentingan setiap negeri
khasnya dan rakyat amnya.

Sebagai sebuah Negara persekutuan, Malaysia telah membahagikan kuasa pentadbiran


kerajaan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan. Pembahagin kuasa kerajaan ini merupakan ciri-ciri yang paling universal bagi
semua negara pengamal sistem federalisme.
Perlembagaan

Persekutuan Malaysia hanya memperuntukkan pembahagian kuasa

kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sahaja meliputi Senarai Persekutuan,
Senarai Negeri dan Senarai bersama. Bagaimanapun, tiada peruntukan khas dibuat kepada
kerajaan tempatan, sebaliknya perkara-perkara kompeten legislative ini hanya dimasukkan di
bawah Perkara (4) senarai kedua atau Senarai Negeri. Senarai persekutuan mengandungi 27
bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia. Manakala senarai negeri mengandungi 12 bidang
kuasa dalam perlembagaan Malaysia. Akhir sekali untuk senarai bersama mengandungi 18
bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia.

You might also like