Isi Penting PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 90

ANALISIS KESALAHAN HASIL KARANGAN BAHASA MELAYU

PELAJAR IBAN TINGKATAN SATU

FLORENCE ANAK GAUNG


20001 05023

TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN


DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANAMUDA PENDIDIKAN

FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM

MAC 2003

PENGAKUAN

Bahawasanya saya mengaku sesungguhnya tesis ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya catatkan sumbernya.

28 Mac 2003

.
FLORENCE ANAK GAUNG
20001 - 05023

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada Cik Husna Faredza binti Mohamed Redzwan yang telah membimbing saya
tanpa rasa jemu dan sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar sebagai panduan dalam
usaha untuk melengkapkan penulisan tesis ini.
Ribuan terima kasih dan penghargaan juga ditujukan kepada abang saya, Encik
Stanley anak Gaung kerana telah bersusah payah membantu saya dalam penulisan ini.
Tidak lupa juga kepada pengetua Encik Tan Tien Muan, penyelia petang Encik Viktor
Libau dan tidak ketinggalan Cik Rosita Awat serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kapit di atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan untuk
menyempurnakan tesis ini.
Sekalung budi dan sejambak kasih dari saya buat yang teristimewa, Michael
Endok, yang telah banyak memberi semangat dan dorongan untuk meneruskan
penulisan ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga khasnya ibu dan bapa serta rakanrakan yang telah membantu dari segi moral dan material. Terima kasih. Jasa kalian amat
bermakna buat saya.

Semoga segala jasa dan budi yang kalian berikan akan mendapat berkat dan rahmat
daripada Tuhan. Sekian.

Florence anak Gaung


Fakulti Bahasa
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak
Sesi 2000 - 2003

Mac 2003

ABSTRAK

ANALISIS KESALAHAN HASIL KARANGAN BAHASA MELAYU PELAJAR


IBAN TINGKATAN SATU

Kajian ini merupakan satu analisis kesalahan hasil penulisan karangan bahasa Melayu
di kalangan pelajar Iban tingkatan satu. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti
aspek-aspek kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh pelajar iaitu ejaan, tanda baca,
kata terbitan (imbuhan) dan penggandaan. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang
pelajar Iban tingkatan 1F. Mereka telah menjalani ujian penulisan karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan dan ujian soal selidik.
Penganalisisan telah dilakukan untuk mengesan jenis-jenis kesalahan umum bahasa
khususnya kesalahan ejaan, tanda baca, kata terbitan (imbuhan) dan penggandaan.
Berdasarkan kajian, didapati bahawa memang terdapat masalah dalam penulisan
karangan oleh pelajar tingkatan satu. Ini kerana, karangan yang telah dianalisis
menemukan banyak kesalahan umum dalam penulisan. Secara keseluruhan, kesalahan
yang paling kerap dilakukan oleh sampel ialah kesalahaan ejaan, iaitu sebanyak 145 ( 43
% ) dan diikuti kesalahan tanda baca, sebanyak 122 ( 36 % ). Seterusnya, kesalahan kata
terbitan (imbuhan) sebanyak 46 ( 13 % ) manakala kesalahan penggandaan sebanyak 28
( 8 % ). Berdasarkan soalan soal selidik, didapati beberapa masalah yang menjadi punca
pelajar melakukan kesalahan semasa menulis karangan seperti pengaruh bahasa ibunda,
tidak membuat semakan selepas siap menulis dan kecuaian pelajar itu sendiri kerana
tidak menguasai aspek tatabahasa serta kurangnya latihan penulisan. Dapatan kajian ini
dapat menggambarkan bahawa pelajar-pelajar bahasa kedua masih belum menguasai
aspek-aspek umum penulisan seperti ejaan, tanda baca, kata terbitan (imbuhan) dan
penggandaan. Kajian ini amat penting bagi melahirkan pelajar yang prihatin terhadap
kesalahan umum dalam penulisan supaya bila sampai ke peringkat yang lebih tinggi
mereka akan lebih berhati-hati dalam penulisan.

ABSTRACT

ERROR ANALYSIS OF BAHASA MELAYU ESSAY WRITING AMONG IBAN


FORM ONE STUDENT IN SMK KAPIT, SARAWAK.

This research based on error analysis of Bahasa Melayu essay writing among Form One
Iban ethnic students in Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit, Sarawak. The purpose of
the research is to identify common error that usually made by the students which is
spelling, punctuation, suffix and prefix and compound word. Research sample were 20
of Form 1F Iban students. They have been given essay writing test that length not
exceeding 180 words and research questionnaire test. Analyzed have been made to
detect type of common error language such as spelling, punctuation, suffix and prefix
and compound word. Research show there was a problem in essay writing among the
Form one students. The reason is a lot of common error has been found in the writing.
Overall the common error is spelling 145 ( 43 % ), punctuation 122 ( 36 % ), suffix
46 ( 13 % ) and compound words 28 ( 8 % ). Based on the questionnaire that have
been filled by the students there is some problem cause the student made an error while
they write an essay such as mother tongue influence, fail to check after finish writing,
and student carelessness because they did not mastered grammar aspect and lack of
writing training. Research findings designated that students still unable to mastered
common aspect in writing such as spelling, punctuation, suffix and prefix and
compound word. The research is important to make the student awareness upon their
common error in essay writing so when they reach the higher level of education they
will more careful in writing.

KANDUNGAN
Halaman

PENGAKUAN

ii

PENGHARGAAN

iii

ABSTRAK

iv

ABSTRACT

KANDUNGAN

vi

SENARAI JADUAL

viii

SENARAI SINGKATAN

BAB I

PENGENALAN
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6

BAB II

1
5
8
8
11
12

TINJAUAN LITERATUR
2.1
2.2
2.3

BAB III

Latar Belakang Kajian


Permasalahan Kajian
Tujuan kajian
Kepentingan Kajian
Batasan kajian
Definisi Konsep

Pengenalan
Literatur Berkaitan
Kajian Berkaitan

14
14
20

METODOLOGI KAJIAN
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6

Pengenalan
Reka Bentuk Kajian
Populasi dan Sampel Kajian
Alat Kajian
Prosedur Pengumpulan Data
Prosedur Penganalisisan Data

26
26
27
28
30
36

BAB IV

KEPUTUSAN KAJIAN

4.1
4.2

BAB V

Pengenalan
Dapatan kajian
4.2.1 Analisis Kesalahan Bahasa Melayu
Berdasarkan Hasil Karangan Pelajar
4.2.2 Analisis Soal Selidik Berdasarkan
Maklumat Kebahasaan Pelajar
yang Mempengaruhi Kesalahan Bahasa

37
39
39
44

RUMUSAN
5.1
5.2
5.3
5.4

Pengenalan
Kesimpulan
Perbincangan
Cadangan

55
56
57
65

SENARAI RUJUKAN

67

LAMPIRAN
I
II
III
IV
V
VI
VII

- Kesalahan Ejaan
- Kesalahan Kata Terbitan
- Kesalahan penggandaan
- Soal Selidik
- Soalan Karangan
- Fakulti Bahasa
- Kementerian Pendidikan Malaysia

70
72
73
74
77
78
79

SENARAI JADUAL

No. Jadual

Nama Jadual

Halaman

Jadual 1

Jantina Sampel

27

Jadual 2

Keputusan UPSR Penulisan Bahasa Melayu

38

Jadual 3

Analisis Keseluruhan Mengikut Jenis Kesalahan

39

Jadual 4

Analisis Kesalahan Ejaan Mengikut Jenis

40

Jadual 5

Analisis Kesalahan Tanda Baca Mengikut Jenis

41

Jadual 6

Analisis Kesalahan Kata Terbitan (Imbuhan)


Mengikut Jenis

42

Jadual 7

Analisis Kesalahan Penggandaan Mengikut Jenis

43

Jadual 8

Bahasa yang Selalu Digunakan Setiap Hari

44

Jadual 9

Kekerapan Belajar Bahasa Melayu dalam Masa


Seminggu (Asrama/Rumah)

45

Jadual 10

Kekerapan Pelajar Berlatih Membaca Untuk

46

Menambahkan Pengetahuan dalam Bahasa Melayu


Jadual 11

Kekerapan Pelajar Belajar Menulis Karangan


dalam Sebulan

47

Jadual 12

Keutamaan Semasa Menyiapkan Karangan

48

Jadual 13

Perkara yang Dilakukan Selepas Menyiapkan


Karangan

49

Jadual 14

Tindakan Pelajar Selepas Karangan Disemak

50

Jadual 15

Masalah Pelajar dalam Penulisan Karangan

51

Jadual 16

Pengaruh Bahasa Lisan (Bahasa Iban) dalam

52

Penulisan Karangan Bahasa Melayu


Jadual 17

Penggunaan Bahasa Iban apabila Sukar

53

Menggantikan Maksud dalam Bahasa Melayu


Jadual 18

Tindakan apabila Menghadapi Masalah


Penulisan Bahasa Melayu

54

SENARAI SINGKATAN

UPSR

- Ujian Penilaian Sekolah Rendah

SPM

- Sijil Pelajaran Malaysia

STPM

- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPSI

- Universiti Pendidikan Sultan Idris

BM

- Bahasa Melayu

KE

- Kesalahan Ejaan

KI

- Kesalahan Imbuhan

TB

- Kesalahan Tanda Baca

KP

- Kesalahan Penggandaan

BAB I

PENGENALAN

1.1

Latar Belakang Kajian

Mempelajari bahasa bermaksud mempelajari kemahiran yang mempunyai hubungan


dengan bahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Keempat-empat kemahiran ini perlu dipelajari oleh seseorang
supaya dapat menggunakan bahasa dengan tepat.

Antara keempat-empat kemahiran itu, kemahiran menulis merupakan kemahiran


penting yang dapat membantu mengukuhkan pola bahasa namun paling sukar dikuasai
(Abdul Shukor Shaari, 2001:24). Oleh yang demikian, kemahiran menulis haruslah
ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Pernyataan Abdul Shukor Shaari mengenai pentingnya penulisan ditegaskan


juga oleh Abdul Aziz Abdul Talib (1988:163) yang menyatakan bahawa:

10

Di antara kemahiran-kemahiran asas bahasa, yakni mendengar, bertutur,


membaca dan menulis, kemahiran menulis dianggap sebagai kemahiran komunikasi
yang paling penting dan paling sukar dikuasai dan perlu diajar secara formal. Misalnya
dalam bidang kemahiran menulis karangan, para pelajar perlu diajar dan dilatih
beberapa subkemahiran penting yang berkaitan dengan tugas tersebut. Subkemahiran itu
adalah seperti memahami tajuk karangan, mengenal pasti bakal pembacanya,
memikirkan isi, merangka dan menyusun isi, kemahiran tatabahasa, pemilihan kata,
struktur dan gaya serta aspek mekanis seperti ejaan, tanda baca, kebolehan,
kebolehbacaan tulisan tangan dan pemerengganan.

Kemahiran menulis ini diajarkan dalam semua peringkat persekolahan dan juga
wajib dipelajari oleh semua pelajar tidak kira pelajar menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pertama mahupun bahasa kedua sejak dari sekolah rendah lagi. Nawi
Ismail (1999:35) menyatakan bahawa salah satu aspek yang diajarkan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (BM) sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah
ialah karangan. Sesuai dengan tahap usia pelajar, bentuk soalan, tahap kesukaran dan
panjang pendek karangan adalah berbeza antara satu peringkat dengan peringkat yang
lain.

Menurut Marohaini Yusoff (1989:179) pengajaran menulis dan mengarang di


sekolah sewajarnya bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan
menyampaikan fikiran dan berkomunikasi secara berkesan dengan masyarakat. Ini
menunjukkan betapa pentingnya kemahiran menulis dikuasai oleh para pelajar sejak

11

awal persekolahan dan setiap kesalahan atau kekeliruan yang wujud harus dibendung
dan dibetulkan pada peringkat awal.

Kenyataan ini dipersetujui oleh Raminah Haji Sabran (1993:218) yang


menyatakan bahawa mengarang merupakan satu kemahiran yang boleh menyuburkan
dan memperkembang kemahiran berfikir, memperturunkan idea dan membantu
seseorang itu agar terus hidup dalam masyarakat yang dinamik dan kompleks. Hidup
dalam erti kata seseorang itu tidak menghadapi masalah untuk mengemas kini dirinya
dan menguasai kemajuan ilmu yang serba moden ini.

Hal ini jelas menunjukkan keperluan pelajar untuk menguasai aspek penulisan
terutamanya pada zaman ini. Mohd. Jonit Mohd. Johari (1996:78) menyatakan empat
keperluan penguasaan aspek penulisan ini. Pertama, penulisan merupakan salah satu
cara penting untuk berkomunikasi. Menurut beliau, zaman ini ialah zaman
pengkhususan yang amat memerlukan kemahiran penulisan kerana setiap pengkaji akan
menuliskan dapatan, pendapat dan prosedur penyelidikannya; setiap individu mahu
melahirkan perasaan serta harapan, impian, kegembiraan, ketakutan, kemarahan; dan
setiap individu mahu juga mengemukakan ideanya yang tersendiri.

Selain menjanjikan manusia satu ikatan komunikasi yang erat, penulisan turut
menagih satu bentuk komunikasi dalaman (internal communication) daripada
seseorang. Menulis merupakan proses penciptaan ungkapan-ungkapan dan kemudian
memiliki ungkapan tersebut. Sekiranya binaan rangkai kata dan ayat yang merupakan

12

satu dialog dalaman dalam diri seseorang itu tidak dituliskan maka ungkapan-ungkapan
tersebut akan luput begitu sahaja.

Selain itu, penulisan merupakan salah satu cara seseorang menyusun buah
fikirannya

dan

penulisan

sebagai

satu

kemahiran

yang

membantu

penulis

mempertimbangkan gagasan yang ingin diutarakannya secara lebih rasional. Oleh sebab
menulis lebih lambat daripada bertutur, maka untuk menulis sesuatu dengan jelas,
seseorang perlu mengamatinya dengan jelas juga.

Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan kepentingan penulisan dalam realiti


hidup manusia. Semua masyarakat zaman moden memberikan kedudukan yang tinggi
kepada karya-karya penulisan yang bermutu tinggi sama ada dari segi bahasa mahupun
dari segi teknik penyampaian bagi mencerminkan akal dan budi rakyat yang
menghasilkannya. Seperti kata peribahasa bahasa jiwa bangsa. Bagi mencapai hasrat
ini, segala kelemahan dalam aspek penulisan perlu diatasi pada peringkat sekolah
rendah. Jika masalah ini dibiarkan berlanjutan tanpa sebarang tindakan positif, sudah
pasti harapan ini akan terkubur begitu sahaja.

Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan yang
sering dilakukan oleh pelajar dalam penulisan. Pelajar tingkatan satu sepatutnya telah
mempunyai kemahiran asas dalam penulisan karangan. Sehubungan dengan itu, mereka
sewajarnya dapat mengarang dengan baik yakni betul dari segi bahasa dan persembahan
isi.

13

1.2

Permasalahan Kajian

Pentingnya penulisan sebagai satu kemahiran asas bahasa dalam pendidikan sekolah
menengah jelas digambarkan dalam objektif Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah
Bahasa Melayu (2000) yang menyatakan bahawa salah satu objektif pendidikan bahasa
Melayu adalah untuk melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan
secara kreatif dan berkesan.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR menyatakan program pengajaran


kemahiran menulis ialah untuk membolehkan pelajar dapat menulis karangan dan surat
kiriman yang menepati maksud dan tajuk. Pelajar juga seharusnya boleh memahami dan
mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. Jika diteliti senarai
kemahiran menulis, penekanan diberikan juga kepada tulisan yang jelas dengan
menggunakan tanda baca dan ejaan yang betul. Ini menunjukkan aspek ejaan dan tanda
baca telah ditekankan dari peringkat awal lagi.

Kesalahan bahasa merupakan gejala biasa yang ditempuh oleh individu dalam
proses mempelajari sesuatu bahasa. Makna sesuatu kata boleh berubah apabila berlaku
kesilapan ejaan (Nawi Ismail, 1996:39). Dalam konteks peperiksaan, markah yang
diperoleh oleh pelajar khususnya mata pelajaran bahasa Melayu, pasti berkurangan
sekiranya pelajar berkenaan gagal menguasai aspek ejaan.

Kenyataan ini membuktikan bahawa aspek ejaan tidak boleh dipandang remeh.
Lantaran itu, kemahiran mengeja adalah antara perkara asas yang didedahkan kepada

14

pelajar sejak awal lagi. Meskipun demikian, dari segi realiti sejumlah besar pelajar
sering melakukan berbagai-bagai kesalahan ejaan semasa menulis (Koh Boh Boon
1996:337).

Kesalahan penggunaan ejaan dan tanda baca adalah natijah daripada tidak
memahami konsep oleh sebilangan pelajar. Hal ini bukan masalah remeh yang boleh
dipandang ringan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya pelajar
bahasa kedua. Penguasaan ejaan dan penggunaan tanda baca yang tepat ialah asas
menguasai lisan dan penulisan. Kegagalan menguasai perkara-perkara asas aspek
bahasa dalam penulisan akan memberi kesan negatif pada peringkat persekolahan dan
selepas persekolahan. Kesalahan-kesalahan ini wujud kerana pelajar-pelajar belum
dapat menguasai aspek-aspek bahasa yang dipelajarinya.

Sehubungan dengan itu, kajian yang dilakukan oleh Koh Boh Boon (1996:342)
menunjukkan bahawa masih ramai pelajar yang melakukan kesalahan mekanis seperti
ejaan dan tanda baca. Berdasarkan laporan prestasi pelajar, daripada 40 sampel yang
diambil, terdapat 50% pelajar yang melakukan kesalahan ejaan dan tanda baca ini.

Pelajar tingkatan satu telah melalui satu peringkat persekolahan iaitu sekolah
rendah selama enam tahun dan kemudian tingkatan satu di sekolah menengah apabila
telah lulus UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Dari latar belakang kebahasaan
pelajar tingkatan satu pada dasarnya boleh dianggap sebagai golongan yang dapat
menguasai bahasa Melayu dengan baik dan sempurna hal ini kerana matlamat asas

15

pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan para pelajar menggunakan


untuk:
i.

memahami berbagai-bagai bahan lisan dan tulisan dalam bentuk makalah


akademik, majalah-majalah, akhbar, ceramah, forum dan menghayati
karya kreatif.

ii.

bertutur dengan fasih dan lancar serta dapat melahirkan perasaan,


pengalaman, pendapat dan pengetahuan melalui bentuk lisan dan tulisan
dengan menggunakan bahasa yang baik.

Untuk memastikan matlamat tersebut tercapai, penguasaan bahasa yang


sempurna amatlah penting supaya mesej yang hendak disampaikan akan difahami.

Memandang perihal penting dan sukarnya kemahiran ini dikuasai oleh pelajar
kita, terutama pelajar sekolah menengah atas, yang akan meninggalkan alam
persekolahan untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran, maka adalah mustahak kajian
dijalankan untuk menaksir tahap kebolehan mereka menulis karangan. Keadaan ini
harus diberi perhatian serius, kerana kebanyakan pelajar masih melakukan kesilapan
dalam aspek ejaan dan tanda baca walaupun telah memasuki peringkat menengah atas.

Oleh yang demikian, masalah ini haruslah dibendung dari peringkat menengah
rendah lagi khususnya pelajar tingkatan satu agar kesilapan yang sama tidak berulang.
Fenomena yang wujud ini telah mendorong pengkaji untuk membuat satu kajian ilmiah
yang mempunyai perkaitan dengan permasalahan ini dan mengambil pelajar Iban

16

tingkatan satu iaitu pelajar bahasa kedua sebagai populasi kajian melalui Strategi Kenal
Pasti Awal bukannya Strategi Ketinggalan.

1.3

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesalahan dalam penulisan karangan khusus
kepada pelajar Iban tingkatan satu dari aspek yang berikut:

1.4

i.

ejaan

ii.

tanda baca

iii.

kata terbitan (imbuhan)

iv.

penggandaan

Kepentingan kajian

Kajian ini bertumpu kepada analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan pelajar
tingkatan satu. Penekanan analisis kesalahan dibahagikan kepada empat aspek bahasa
iaitu ejaan, tanda baca, kata terbitan, dan penggandaan. Keempat-empat aspek ini amat
penting dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

Penguasaan keempat-empat aspek tersebut haruslah dititikberatkan sebelum


menguasai kemahiran membentuk frasa dan ayat. Kesalahan atau kegagalan menguasai

17

aspek ini boleh dianggap serius kerana ia boleh menjejaskan markah pelajar
berdasarkan kekerapan kesalahan yang dilakukan.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), menulis adalah


aspek yang penting. Senario yang berlaku pada hari ini menunjukkan pelajar sekolah
menengah kurang mengetahui hukum tatabahasa yang betul dalam penulisan. Oleh
sebab itu, hasil kajian ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar yang
terlibat, tetapi juga guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Secara
khususnya;

1.4.1

Guru-guru

Walaupun guru yang berpengalaman biasanya dapat meramal kesalahankesalahan yang dilakukan oleh pelajar namun ramalan mereka belum tentu betul
atau tepat. Ini kerana ramalan mereka bersifat subjektif dan bukan berdasarkan
data yang empiris. Akibatnya mereka mungkin tersilap membuat andaian dan
menekankan aspek bahasa yang kurang penting dalam pengajaran sedangkan
aspek yang penting dan sukar dikuasai oleh pelajar diabaikan. Oleh yang
demikian, kajian ini penting untuk menambahkan pengetahuan pihak guru
tentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dengan lebih tepat dan
objektif.

Guru-guru juga berusaha menilai kembali pengajaran mereka dan


berusaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran untuk menangani

18

kesalahan yang dilakukan oleh pelajarnya. Selain itu, guru juga akan menyusun
strategi yang lebih efektif agar mutu penguasaan bahasa di kalangan pelajar
dapat ditingkatkan serta menilai daerah kelemahan pelajar dengan lebih objektif
dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

Hasil dapatan daripada kajian ini, dapat membantu para guru untuk
mengatasi masalah kesalahan ejaan, tanda baca, kata terbitan, dan penggandaan
yang dilakukan oleh para pelajar. Kepekaan guru terhadap masalah pelajar
terutamanya dalam aspek tersebut bukan sahaja akan membantu mengatasi
kelemahan pelajarnya malah melengkapkan mereka sebagai guru bahasa Melayu
yang lebih berkesan sekaligus menghasilkan pelajar yang berkualiti.

1.4.2

Pelajar-pelajar

Pelajar dapat menilai tahap penguasaan dan kekerapan kesalahan yang


dilakukan. Dengan demikian, mereka akan berusaha untuk meningkatkan tahap
penguasaan bahasa Melayu terutamanya dalam penulisan karangan. Hasil kajian
ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar betapa pentingnya penguasaan
aspek ejaan, tanda baca, kata terbitan, dan penggandaan dalam penulisan
karangan. Keadaan ini akan dapat membantu pelajar mengatasi kelemahan diri
dan meningkatkan prestasi penulisan mereka. Untuk meningkatkan tahap
penguasaan bahasa amat penting dan perlu agar sejajar dengan tuntutan
Kementerian Pendidikan iaitu pelajar mesti lulus bahasa Melayu pada peringkat
kepujian untuk mendapatkan pangkat satu dalam peperiksaan SPM.

19

Dengan perkataan lain, guru-guru dan para pelajar dapat mengenal pasti
kesalahan dalam penulisan karangan mereka. Melaluinya, guru akan dapat membaiki
kelemahan ini serta memikirkan kaedah baru dalam merangka strategi yang mantap bagi
membolehkan pelajar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

1.5

Batasan kajian

Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan satu. Oleh sebab tujuan kajian
ini melihat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar bahasa kedua dalam penulisan
karangan maka sampel pelajar yang dipilih terdiri daripada pelajar berbangsa Iban
sahaja. Sampel ini dipilih secara rawak dari setiap tingkatan yang terdiri daripada 15
orang pelajar perempuan dan 15 orang pelajar lelaki. Sekolah Menengah Kebangsaan
Kapit, Kapit Sarawak dipilih sebagai lokasi sampel bersesuaian dengan populasi sampel
yang memerlukan pelajar berbangsa Iban sahaja.

Aspek kesalahan yang akan dianalisis dalam penulisan karangan pelajar hanya
meliputi kesalahan seperti ejaan, tanda baca, kata terbitan dan penggandaan sahaja.
Oleh sebab kajian ini hanya menganalisis kesalahan hasil karangan pelajar maka ia tidak
memberi gambaran tentang aspek lisan walaupun aspek ini tidak dapat dinafikan
pertaliannya dengan bidang penulisan.

20

1.6

Definisi Konsep

Dalam kajian ini, terdapat beberapa konsep yang digunakan. Antaranya:

1.6.1

Kesalahan

Kamus Dewan edisi ketiga (2002:1174) mendefinisikan kesalahan sebagai;

1.6.2

i.

perihal salah (perbuatan salah, kesilapan)

ii.

dipersalahkan, dianggap salah, mendapat salah

Analisis kesalahan

Dalam kajian ini, analisis kesalahan merujuk kepada kesalahan-kesalahan yang


dilakukan oleh para pelajar dalam mempelajari bahasa terutamanya dalam aspek
penulisan.

1.6.3

Karangan

Karangan merujuk kepada hasil penulisan yang ditulis oleh pelajar-pelajar


berdasarkan tajuk yang telah diberi dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

21

1.6.4

Pelajar Iban

Pelajar Iban menunjukkan populasi sampel kajian hanya terdiri daripada pelajar
berbangsa Iban sahaja.

1.6.5

Kata terbitan

Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses


pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Proses pengimbuhan ini melahirkan perkataan iaitu kata terbitan (Nik Safiah et
al, 1996: 69).

1.6.6

Penggandaan

Penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar sama ada


penggandaan penuh, separa atau berentak (Nik Safiah Karim et al., 1996: 77).

22

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan beberapa tinjauan tentang pendapat dan
kajian yang berkaitan dengan bidang yang menjadi tumpuan kajian.

2.2

Literatur Berkaitan

Pendekatan analisis kesalahan bahasa telah dimulakan dengan serius dan sistematik
pada akhir tahun 1960-an. Ahli-ahli linguistik telah menunjukkan minat yang mendalam
terhadap kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar (Halimah Hj. Ahmad, 1993: 230).
Pelbagai konsep telah dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji barat dan pengkajipengkaji tempatan tentang analisis kesalahan ini.

23

Dalam bidang analisis kesalahan ini, terdapat tiga istilah yang lazim digunakan,
iaitu kesalahan, kesilapan dan lupaan sementara (lapse). Ketiga-tiga istilah ini sering
ditukar ganti pemakaiannya kerana pengertiannya hampir-hampir sama. Walau
bagaimanapun, daripada tinjauan yang dilakukan, terdapat tokoh-tokoh penyelidik
bahasa yang membezakannya.

2.2.1

Kesalahan

Menurut Corder (1973:259), kesalahan didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang tidak
betul daripada segi nahu. Menurut beliau:

I have referred to errors as breaches of code

Jais Sahok (1991:184-197) pula menyatakan bahawa kesalahan bahasa diertikan


sebagai penggunaan bahasa yang tidak wajar dari segi tempat dan status yang diberikan
kepadanya dalam kajiannya yang bertajuk Menguasai Sistem Jamak dalam Bahasa
Melayu, manakala menurut Awang Had Salleh (1981:viii), kesalahan bahasa ialah
penggunaan bahasa yang salah dari segi tatabahasanya.

Pendapat ini lebih kurang sama dengan pendapat yang dikemukakan oleh
Abdulah Hassan, Hasnah Ibrahim, Mashudi Kader (1987:286) dalam buku mereka yang
berjudul Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Malaysia. Abdulah Hassan dan rakanrakan turut menyatakan bahawa kesalahan bahasa sebagai penggunaan yang salah dari
segi tatabahasanya.

24

Dalam pada itu, Nik Safiah Karim (1980:10) pula berpendapat bahawa;

kesalahan bahasa ditakrifkan juga sebagai penggunaan bahasa yang


melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada
pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dalam ayat.

Seterusnya menurut Abdul Hamid Mahmood (1990:244-252) pula, kesalahan


bahasa akan berlaku sekiranya tidak menggunakan bahasa yang baku. Penguasaan
bahasa baku mengikut pendapat beliau bererti menguasai semua aspek kebahasaan,
termasuk aspek sebutan, ejaan, istilah, tatabahasa, dan kosa kata. Jika pelajar gagal
menguasai aspek-aspek tersebut maka pelajar berkecenderungan melakukan kesalahan.

2.2.2

Kesilapan

Kenyataan-kenyataan di atas lebih kepada aspek yang dikatakan sebagai kesalahan


bahasa. Pengertian dan perbezaan antara kesalahan dan kesilapan bahasa sebenarnya
amat sukar ditentukan. Hakikat ini turut diakui oleh Corder (1974:25), iaitu
menurutnya;

however the problem of determining what is a learners


mistake and what is a learners errors is one of some difficulty
and involves a much more sophisticated study and analysis of
errors than is usually accorded them.

25

Namun demikian, beliau mentakrifkan kesilapan sebagai bentuk bahasa yang


kurang lengkap yang wujud daripada perbezaan tingkat sosial. Sehubungan dengan itu,
Corder (1973:259) menyatakan bahawa;

They are failures to match the language to the situation. The


most obvious examples of these failures are sosial gaffes.

Menurut Sharma (1981:21-25) pula, kesilapan bahasa boleh dikategorikan


kepada tiga jenis. Pertama, kesilapan bahasa yang selalu disebut sebagai error atau
lapse dalam bahasa pertama. Menurut Sharma, kesilapan jenis ini disebabkan oleh
beberapa faktor extralinguistic seperti lupa, gangguan emosi, kelalaian dalam proses
penerimaan pengajaran dan kurang latihan.

Kedua, kerana wujudnya kelainan-kelainan dalam penggunaan sesuatu bahasa


sama ada dari segi penggunaan aspek-aspek kata ataupun aspek-aspek penggunaan ayat.

Ketiga, ialah kesilapan bahasa yang berkaitan dengan faktor sosiolinguistik,


seperti penggunaan laras bahasa dan dialek yang menyimpang daripada hukum-hukum
tatabahasa.

Webber (1981) juga menyatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku juga
disebabkan oleh kekeliruan atau ketidakmampuan seseorang pengguna bahasa untuk
menguasai bahasa yang dipelajarinya, sama ada pengguna bahasa pertama atau pun
bahasa kedua. Dengan perkataan lain, pengguna bahasa berkenaan keliru atau tidak

26

mampu memahami penggunaan aspek-aspek tertentu dalam bahasa yang mereka


gunakan.

Nik Safiah Karim (1978) mempunyai pendapat yang hampir sama dengan
Awang Sariyan (1980). Kedua-dua pakar bahasa Melayu ini mengatakan bahawa
penggunaan bahasa amnya dan penggunaan ejaan khasnya yang tidak berdasarkan
peraturan dan sistem bahasa itu dianggap sebagai kesilapan, kecualilah jika bahasa itu
digunakan secara tidak formal.

Mohd. Daud Yusuf (1989:77) memetik pendapat seorang tokoh bahasa iaitu
Chomsky yang telah menggariskan perbezaan antara kecekapan (competence) dengan
perlakuan (performance), serta memperlihatkan pertalian di antara kedua-duanya. Bagi
Chomsky, seorang penutur asli sesuatu bahasa diandaikan mempunyai pengetahuan
yang cukup tentang rumus-rumus dan sistem bahasa ibundanya tetapi mereka masih
mengeluarkan ujaran-ujaran yang tidak gramatis. Justeru itu terlihat sedikit kelainan
pada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penutur-penutur asli dan kesalahankesalahan penutur yang mempelajari bahasa itu sebagai bahasa kedua.

Lazimnya, penutur bahasa pertama lebih peka dan cepat menyedari kesilapan
bahasa yang dilakukannya melalui tindak balas pendengarannya dan mengambil
langkah-langkah untuk memperbaikinya berbanding dengan penutur bahasa kedua.

27

Bagi penutur bahasa kedua pula mungkin sukar menyedari kesilapannya.


Mereka mungkin menggangap bahawa bentuk bahasa yang digunakan itu betul dari segi
nahu bahasa itu tetapi tidak menyedari bahawa bentuk bahasa itu sebenarnya tidak
sesuai dengan peraturan-peraturan sosial. Ini kerana mereka terpengaruh dengan bahasa
lisan yang mereka gunakan seharian atau bahasa pertama mereka. Mereka mungkin juga
tidak tahu strategi-strategi pembetulan dan tidak berupaya membetulkan kesilapan
yang dilakukan.

2.2.3

Lupaan sementara (lapse)

Lupaan sementara pula didefinisikan sebagai bentuk kesalahan yang wujud akibat
gangguan psikologi, seperti perasaan marah, takut, lalai, terburu-buru dan sebagainya
(Corder 1974:162). Pendapat Corder itu lebih kurang sama dengan Sharma (1981) yang
menyatakan bahawa lupaan sementara ini disebabkan oleh beberapa faktor di luar
linguistik, misalnya terlupa, terganggu emosi, lalai dalam proses penerimaan
(pembelajaran) dan kurang latihan.

Daripada perbincangan di atas, kesalahan merupakan aspek yang lebih


melemahkan penguasaan bahasa dan memerlukan pembetulan. Pendapat pengkajipengkaji yang telah dinyatakan di atas memperkukuh lagi hakikat ini. Oleh yang
demikian, khusus untuk kajian ini, pengkaji memilih istilah kesalahan dengan
pengertian bahawa bentuk-bentuk bahasa iaitu seperti ejaan, kata terbitan, tanda baca
dan penggandaan yang tidak mematuhi peraturan nahu bahasa Melayu. Selain itu, ia
juga bersesuaian dengan sampel yang digunakan untuk kajian iaitu pengguna bahasa

28

Melayu sebagai bahasa kedua. Hakikat ini diperkukuhkan lagi berdasarkan kenyataan
Mohd. Daud Yusuf (1989:77) yang memetik pendapat Robert Lado tentang kesilapan
dan kesalahan bahasa iaitu:

kesalahan biasanya dibuat oleh orang-orang yang tidak dapat


menguasai sepenuhnya akan struktur-struktur tatabahasa itu. Dengan
kata lain, kesalahan itu biasanya dilakukan oleh orang yang mencuba
mempelajari bahasa. Kesilapan pula biasanya dilakukan oleh penutur
asli bahasa itu sendiri. Dengan kata lain, seseorang penutur asli gagal
menggunakan sistem-sistem dan rumus bahasa dengan sepenuhnya.

Memandangkan tujuan kajian ini untuk menilai dan menganalisis pelajar bahasa
kedua iaitu pelajar berbangsa Iban maka aspek yang perlu dilihat ialah kesalahan
bukannya kesilapan.

2.3

Kajian Berkaitan

Disiplin analisis kesalahan ini telah bermula di Eropah. Dari rantau itu disiplin ini telah
berkembang ke Amerika Syarikat sehingga membolehkannya muncul sebagai satu
bidang kajian yang sangat penting. Pada pertengahan abad ke-20, telah timbul
kesedaran bahawa sebab-sebab yang penting kenapa banyak kesalahan wujud dalam
proses penguasaan bahasa kedua (Mohd. Daud Yusuf 1989: 77-78). Daripada kesedaran

29

inilah yang mewujudkan banyak kajian tentang analisis kesalahan tidak kira di negara
barat mahupun di Malaysia itu sendiri.
Menurut Azman Wan Chik (1982:579), kajian-kajian untuk melihat pendekatan
atau kaedah yang berkesan untuk mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama amat
diperlukan. Hal ini kerana proses penguasaan bahasa pertama berlainan dengan bahasa
kedua, maka tidak wajar pendekatan mengajar bahasa kedua digunakan untuk mengajar
bahasa pertama.

Untuk itu, beliau telah membuat satu kajian tentang kesilapan penggunaan
bahasa Melayu di kalangan murid-murid Melayu. Subjek terdiri daripada dua kelompok
iaitu murid Melayu yang ekabahasa dan murid Melayu yang dwibahasa. Keputusan
kajian, beliau mendapati kesalahan ejaan paling tinggi iaitu 54.74% daripada jumlah
kesalahan, diikuti kesalahan huruf besar 21.22% dan kemudian kesalahan tanda baca
sebanyak 20.37%.

Awang Sariyan (1980) menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu di


kalangan pelajar masih banyak kekeliruan, bermula dari kesalahan ejaan hinggalah
kepada kesalahan sintaksis. Dapatan ini menunjukkan mutu kemahiran bahasa di
kalangan pelajar masih rendah. Kajian seumpama ini dinyatakan oleh beliau dalam
bukunya Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia

Kadir bin Amin (1981: iv) telah membuat kajian terhadap kesilapan penggunaan
bahasa Malaysia murid-murid Melayu darjah enam di dua buah sekolah rendah di
Melaka. Kajian beliau ditumpukan kepada empat aspek kesilapan bahasa iaitu tanda

30

baca, huruf besar, imbuhan dan ejaan. Dapatan kajian beliau mendapati pelajar lebih
banyak melakukan kesalahan ejaan yang merangkumi 54.74% daripada kesemua
kesalahan yang dikaji. Purata kesalahan ejaan 5.16 kali bagi tiap-tiap orang murid.
Kesalahan-kesalahan ini amat mempengaruhi markah pelajar tambahan pula pelajar
bukan sahaja melakukan kesalahan ejaan tetapi juga kesalahan lain seperti tanda baca
dan imbuhan.

Kajian Kamaruddin Haji Husin (1986: 199-200) memperlihatkan bahawa para


pelajar masih lagi melakukan kesalahan walaupun berada pada peringkat pengajian
tinggi. Kajian beliau terhadap penguasaan bahasa Malaysia di kalangan pelajar bukan
Melayu di maktab-maktab perguruan di Kuala Lumpur mendapati bahawa 70% jumlah
kesilapan yang dilakukan oleh guru-guru pelatih berkisar tentang aspek ejaan,
penggunaan kata, pembentukan struktur ayat dan pembentukan rangkai kata.

MD Sidek bin Jais (1990:44) turut mendapati bahawa kesalahan ejaan


merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar. Dalam kajian beliau
terhadap pelajar Melayu darjah lima mendapati bahawa kesalahan ejaan merupakan
kesalahan yang paling tinggi dilakukan iaitu sebanyak 42.69 % diikuti kesalahan tanda
baca 8.99% dan imbuhan pula 7.87 % daripada keseluruhan kesalahan yang dikaji.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian Muhammed Salehudin Aman (1993:189)


di dua buah sekolah menengah agama atas di negeri Melaka agak berlainan daripada
kajian lepas. Daripada 150 sampel tingkatan empat, 81 % kesalahan yang dilakukan
ialah kesilapan kata. Walau bagaimanapun, daripada jumlah ini 32.3% ialah kesilapan

31

penggunaan imbuhan yang merupakan kesalahan paling tinggi antara semua kesilapan
bahasa.
Kajian Azahari (2001:52) juga mendapati kesilapan imbuhan merupakan
kesalahan yang paling tinggi berbanding dengan kesilapan lain.

Sampel kajiannya

terdiri daripada 97 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan empat di daerah Kinta,
Ipoh,Perak. Secara keseluruhan jenis kesilapan morfologi yang paling tinggi kekerapan
kesalahan dilakukan ialah imbuhan (64.9%), diikuti penggandaan (18.32%) dan
seterusnya pemajmukan (14.7 %).

Selain itu, hasil dapatan beliau juga mendapati bahawa sampel lelaki lebih
banyak melakukan kesilapan iaitu 66.33% yang meliputi kesalahan penggunaan ejaan.
Walau bagaimanapun, kesilapan penggunaan penggandaan dan pemajmukan tidak
memperlihatkan perbezaan yang ketara antara sampel lelaki dan perempuan.

Woo Choon (1988:53), membuat kajian terhadap 100 orang pelajar Cina
tingkatan satu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina. Kajian beliau bertujuan
mengkaji pencapaian dan kesalahan dalam penggunaan imbuhan bahasa Malaysia di
kalangan pelajar Cina tingkatan satu. Dalam kajiannya, beliau mendapati pencapaian
sampel dalam penggunaan imbuhan bahasa Melayu adalah amat rendah. Minnya hanya
49.97 daripada markat penuh 100.

Seterusnya kajian Suparman bin Sumijo (1994:60) memperlihatkan perbezaan


penguasaan tanda baca di kalangan pelajar bandar dan luar bandar dari segi penggunaan
tanda baca. Beliau telah membuat perbandingan antara pelajar tingkatan dua di dua

32

buah sekolah di Johor. 240 orang pelajar yang dipilih adalah pelajar Melayu dan juga
pelajar bukan Melayu. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lemah dalam penggunaan
tanda koma bernoktah iaitu tanda baca yang digunakan untuk memisahkan bahagianbahagian yang sejenis dan setara. Pelajar

luar bandar lebih banyak melakukan

kesalahan tanda baca iaitu sebanyak 97.81% berbanding dengan pelajar bandar iaitu
sebanyak 96.98%. Walaupun jumlah ini tidak ketara namun perbezaan tersebut tetap
ada. Ini menunjukkan penguasaan bahasa pelajar-pelajar yang tinggal di bandar lebih
baik daripada pelajar yang tinggal di desa. Walau bagaimanapun pelajar Melayu lebih
lemah penguasaan tanda baca jenis ini berbanding dengan pelajar bukan Melayu. Hasil
kajian menunjukkan pelajar Melayu melakukan 98.44 % kesalahan berbanding dengan
96.77% bagi pelajar bukan Melayu.

Dalam kajian Mohd. Kamal bin Radiman (1999:58) terhadap tingkatan empat
sekolah agama menunjukkan secara keseluruhan imbuhan awalan, akhiran, apitan dan
sisipan dapat dikuasai dengan baik oleh murid-murid sekolah agama.

Biasanya kita beranggapan pelajar aliran sastera lebih baik penguasaan bahasa
Melayunya kerana kebanyakan bahasa yang digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah menggunakan bahasa Melayu. Namun kajian Gevaratnam A/l
Nadesan mendapati pelajar aliran sastera melakukan kesalahan nahu dan ejaan yang
lebih banyak berbanding dengan contoh daripada aliran sains. Sampel kajian beliau
terdiri daripada 300 orang pelajar bandar dan juga luar bandar. Dapatan menunjukkan
pelajar aliran sastera melakukan sebanyak 59.5 % kesalahan sintaksis, 56.1 % kesalahan
morfologi dan 57.5 % kesalahan ejaan. Selain itu, beliau juga mendapati kaum Cina

33

memperlihatkan pencapaian yang lebih baik berbanding dengan contohan lain dalam
penguasaan ejaan. Mereka hanya melakukan 3000 kesalahan ejaan yang merangkumi
31.0 % daripada jumlah kesalahan ejaan.

Daripada pemerhatian pengkaji, sudah terlalu banyak kajian yang dilakukan


terhadap analisis kesalahan ini. Hampir setiap tahun kajian ini dibuat namun masalah
yang sama masih berulang. Seolah-olah tidak ada tindakan susulan apabila daerah
kesilapan pelajar telah dikesan dan dikenal pasti.

Kajian yang dijalankan ini dilakukan terhadap pelajar tingkatan satu dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit, Kapit Sarawak. Mereka dipilih kerana
keupayaan bahasa mereka belum diuji pada tahap sekolah menengah. Ujian yang paling
hampir bagi mereka ialah PMR, iaitu apabila mereka berada dalam tingkatan tiga.
Selain itu sampel yang dipilih pula dari kalangan pelajar bumiputera khasnya pelajar
yang berbangsa Iban. Kajian ini dianggap wajar bagi mengenal pasti pelbagai aspek
kesalahan bahasa yang dihadapi oleh pelajar dengan harapan dapat diperbaiki
kelemahan tersebut sebelum menduduki PMR dan meneruskan persekolahan mereka ke
peringkat menengah atas atau ke institut pengajian tinggi. Tambahan pula lebih banyak
kajian kesalahan bahasa yang dilakukan terhadap pelajar Iban berbanding dengan kajian
terhadap pelajar Melayu, Cina dan India berbanding dengan bangsa lain selain bangsa
Melayu.

34

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pendahuluan

Kajian ini dilakukan pada bulan Februari 2003 dengan mengambil 30 sampel sebagai
subjek kajian. Perbincangan dalam bab ini tertumpu pada reka bentuk kajian, populasi
dan sampel kajian, alat kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan
data.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah analisis kandungan. Kaedah ini
digunakan untuk menganalisis hasil karangan pelajar bagi mengenal pasti
kesalahan-kesalahan umum dalam penulisan yang dilakukan oleh sampel pelajar
tingkatan satu sekolah berkenaan. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar

35

hanya dianalisis mengikut jenis-jenis yang telah ditentukan bagi mengenal pasti
daerah kesalahan. Kaedah ini sesuai kerana ia hanyalah kajian mudah yang
memerlukan maklumat dianalisis secara deskriptif, iaitu dalam bentuk kekerapan
dan peratus sahaja.

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dan sampel kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan satu. Komposisi sampel
terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan, khusus kepada pelajar berbangsa
Iban sahaja dan adunan pelajar yang pencapaian mereka cemerlang, baik dan lemah
yang dipilih secara rawak daripada kelas 1F. Bilangan sampel ialah 20 orang, seimbang
antara sampel lelaki dan sampel perempuan iaitu 10 orang sampel lelaki dan 10 orang
sampel perempuan (lihat Jadual 1).

Angka 20 orang ini memadai dan dapat memenuhi kriteria perwakilan daripada
307 populasi pelajar berbangsa Iban dalam tingkatan satu di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kapit, Kapit Sarawak. Setiap sampel akan dibekalkan nombor giliran yang
diperlukan untuk menggantikan nama dan memudahkan kerja permarkahan serta
pengekodan data.
Jadual 1
Jantina Sampel
Jantina

Kekerapan

Peratus ( % )

Lelaki

10

50.0

Perempuan

10

50.0

36

Jumlah

20

100.0

Jadual 1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus sampel mengikut jantina yang
telah dipilih. Sampel ini dipilih secara rawak daripada pelajar tingkatan 1F yang
meliputi 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan.

3.3.1 Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit, Kapit Sarawak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit ditubuhkan pada tahun 1960-an. Ia


merupakan kategori sekolah bandar kerana lokasinya berhampiran dengan
Bandar Kapit. Sekolah ini menampung pelajar dari kelas peralihan hingga ke
tingkatan enam atas. Tingkatan satu terdiri daripada 11 buah kelas yang
merangkumi 431 orang pelajar. 307 orang adalah berbangsa Iban dan yang
lainnya dari kaum Melayu, Cina dan Bumiputera iaitu Kayan, Kenyah dan
Rajang.

3.4

Alat Kajian

Alat pengumpulan data penyelidikan ini dilakukan melalui dua cara, iaitu bahagian A
ujian karangan dan bahagian B pula soalan soal selidik.

3.4.1

Ujian Karangan

37

Semua pelajar tingkatan satu yang berbangsa Iban diberikan ujian menulis
karangan. Tujuan ujian ini dijalankan ialah untuk mendapatkan data yang
menjadi objektif kajian ini iaitu data mengenai kekerapan kesalahan bahasa
seperti kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan dan penggandaan melalui
penggunaan bahasa tulisan (karangan). Pengendalian ujian ini dijalankan oleh
pihak berkuasa di sekolah yang terlibat, di bawah penguasaan guru mata
pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas tingkatan satu. Semua peraturan am
mengenai pentadbiran ujian ini sama dengan pentadbiran ujian bulanan yang
lazimnya diamalkan di sekolah berkenaan. Walau bagaimanapun, sebelum ujian
ini dijalankan, penulis telah mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada
pihak berkuasa di sekolah tentang kebenaran untuk menggunakan pelajar
sekolah berkenaan sebagai sampel serta aspek lain seperti tarikh ujian, tempat
ujian dan pengawas ujian. Setelah mendapat persetujuan, ujian karangan tersebut
diadakan pada 18 Februari 2003 dalam masa 1jam 30 minit.

Daripada 27 karangan yang dihantar hanya 20 buah karangan dipilih


secara rawak daripada populasi tingkatan 1F.

3.4.2

Soal Selidik

Semua pelajar tingkatan satu yang terlibat sebagai populasi kajian diberikan
borang Soal Selidik mengenai penguasaan bahasa Melayu pelajar (lihat lampiran
IV). Soal selidik yang dikemukakan mempunyai kaitan kepada sebab kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan. Pengedaran kertas soal selidik ini

38

dilaksanakan sejurus selepas ujian karangan tamat. Pelajar diberikan masa antara
30 minit hingga 1 jam umtuk memenuhkan kertas soal selidik ini. Kertas soal
selidik yang telah siap diisi akan dikepilkan bersama jawapan karangan pelajar.
3.5

Prosedur Pengumpulan Data

3.5.1

Prosedur Pengumpulan Maklumat

Kertas cadangan penyelidikan yang lengkap akan dihantar kepada penyelia untuk
mendapatkan persetujuan dan kelulusan menjalankan kajian. Surat kebenaran daripada
Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (lihat Lampiran VI) dan
Kementerian Pendidikan (lihat Lampiran VII) diminta bagi membolehkan kajian
diteruskan. Seterusnya penyelidik mendapatkan kebenaran pengetua sekolah berkenaan
untuk menggunakan pelajar sekolahnya sebagai sampel kajian serta hasil karangan
pelajar yang terlibat.

Data dikutip secara langsung daripada pelajar melalui ujian bertulis. Kaedah ini
dipercayai dapat menguji keupayaan sebenar pelajar (Johnson 1992:115). Situasi
peperiksaan sebenar diwujudkan agar pelajar merasakan seolah-olah berada dalam
peperiksaan sebenar. Tajuk karangan yang diberikan merupakan karangan berbentuk
pengalaman

(lihat Lampiran V), sesuai dengan tahap pelajar tingkatan satu untuk

mendapatkan data yang mempunyai kualiti yang hampir sama dengan peperiksaan
sebenar.

39

Walaupun responden kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan satu sahaja
tanpa melibatkan pelajar tingkatan dua dan tiga, kelainan ini tidak menjadi masalah
kerana tujuan kajian ini menggunakan strategi kenal pasti awal iaitu melihat kesalahankesalahan umum pelajar agar dapat dibetulkan pada peringkat awal, supaya tidak
terlewat apabila pelajar menghadapi peperiksaan sebenar, PMR umpamanya. Selain itu,
pelajar tingkatan satu juga sudah terdedah kepada penulisan karangan yang betul dalam
UPSR semasa pada peringkat sekolah rendah.

Pelajar diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menghasilkan karangan yang


panjangnya kira-kira 180 hingga 200 patah perkataan. Borang soal selidik diedarkan
sejurus selepas ujian karangan tamat dan pelajar diberikan masa 30 minit hingga 1 jam
untuk melengkapkan ruang yang disediakan.

3.5.2

Penentu Kesalahan

Sebagai panduan untuk menentukan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, pengkaji
merujuk beberapa buah buku tatabahasa sebagai panduan, seperti yang berikut:

i.

Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa


Melayu. Kuala Lumpur: Syarikat Percetakan Bintang Baru

ii.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid
Mahmood (1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

40

Data yang diperoleh diperiksa berdasarkan jenis kesalahan yang ditandai dengan simbol
yang berikut:

3.5.3

KE

Kesalahan Ejaan

KT

Kesalahan Kata Terbitan (Imbuhan)

TB

Kesalahan Tanda Baca

KP

Kesalahan Penggandaan

Jenis-Jenis Kesalahan

Jenis-jenis kesalahan bahasa dikhususkan kepada jenis-jenis yang berikut:-

3.5.3.1

Ejaan

i.

kekeliruan suku kata


Umpamanya kelapa ditulis kepala dan tiap dikelirukan
dengan taip

ii.

salah memilih perkataan


Contohnya pelancong dieja pelancung

iii.

huruf yang berlebihan

41

Misalnya bekerja ditulis berkerja


iv.

huruf yang berkurangan


Contoh ialah menggosok yang dieja mengosok

v.

ketiadaan sempang
Misalnya kanak-kanak ditulis sebagai kanak kanak

vi.

kata majmuk dicantum


Seperti ibu bapa dieja ibubapa

vii.

kata nama khas tidak bermula dengan huruf besar


Seperti Sarawak yang ditulis sebagai sarawak

viii.

menggunakan huruf besar pada perkataan yang tidak


sepatutnya
Umpamanya Saya suka makan pisang goreng ditulis Saya
suka makan Pisang goreng

ix.

ayat tidak bermula dengan huruf besar


Umpamanya Mereka pergi ke pasar ditulis mereka pergi
ke pasar

x.

ejaan bahasa Iban


Umpamanya dikumpul ditulis digumpul

42

xi.

perkataan dijarak atau disambung


umpamanya ke kedai dieja kekedai

3.5.3.2

Tanda Baca

i.

penggunaan noktah
-

ii.

penggunaan koma
-

3.5.3.3

tidak meletakkan noktah pada ayat yang sepatutnya

tidak meletakkan koma pada ayat yang sepatutnya

Kata Terbitan (Imbuhan)

i.

salah dalam penggunaan variasi-variasi meN-... dan peN-...

ii.

tidak menggunakan imbuhan yang perlu dalam sesuatu


perkataan

iii.

salah penggunaan imbuhan dalam sesuatu perkataan


Umpamanya mengelirukan penggunaan ber- dengan me-, didengan me- dan ke-...-an dengan pe-...-an.

iv.

Salah dalam penggunaan imbuhan yang berakhiran i dan

43

-kan
Misalnya mengelirukan penggunaan menerangi dengan
menerangkan

v.

Salah memilih alomorf


Umpamanya kebanyakan dieja kebanyakkan

3.5.3.4

Penggandaan

i.

menggandakan perkataan yang membawa maksud jamak


Umpamanya semua pelajar ditulis semua pelajar-pelajar

ii.

kesalahan penggunaan kata ganda


Contohnya ubat-ubatan ditulis ubatan-ubatan"

iii.

tidak menggunakan perkataan yang sepatutnya digandakan


Umpamanya

berbagai-bagai

alasan

ditulis

alasan

iv.

menggandakan perkataan yang tidak sepatutnya.


Contohnya sangat ditulis sangat-sangat

44

berbagai

3.6

Prosedur Penganalisisan Data

Dapatan daripada ujian karangan yang telah dijalankan dijadikan sebagai data
maklumat. Pengkaji akan meneliti setiap karangan pelajar yang telah dipilih sebagai
sampel kajian. Setiap kesalahan yang dilakukan akan ditanda, dicatat dan dikategorikan
berdasarkan jenis-jenis yang telah ditetapkan. Data yang diperoleh akan dianalisis
dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan dan peratus.

Kesalahan-kesalahan yang telah dikenal pasti berdasarkan jenisnya akan


ditambah untuk mendapatkan kekerapan. Manakala bagi mendapatkan peratus
keseluruhan kesalahan pula adalah berdasarkan formula berikut:

X 100
Jumlah kesalahan
Jumlah kesalahan keseluruhan

45

peratus(%) kesalahan

BAB IV

KEPUTUSAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Bab ini menunjukkan data yang telah diperoleh dan dianalisis serta dihuraikan mengikut
kesalahan yang telah ditetapkan dalam Bab III.

Bagi memudahkan pengkaji mencapai tujuan atau objektif kajian, dapatan kajian
yang diperoleh akan disusun mengikut urutan. Dapatan ini, akan dipersembahkan dalam
bentuk jadual kekerapan dan peratus. Kajian ini bertujuan mengkaji kesalahan umum
penulisan bahasa Melayu tanpa melibatkan perbandingan antara pelajar lelaki dan
perempuan. Oleh yang demikian, data yang dipersembahkan meliputi kedua-dua jantina
kecuali Jadual 2.

46

Jadual 2
Keputusan UPSR Penulisan Bahasa Melayu

Lelaki
Kategori

Kekerapan

Perempuan
Peratus

Kekerapan

(%)

Jumlah

Peratus

Kekerapan

(%)

Peratus
(%)

10.0

5.0

40.0

50.0

45.0

50.0

50.0

10

50.0

Jumlah

10

100.0

10

100.0

20

100.0

Berdasarkan Jadual 2, keputusan UPSR dalam penulisan bahasa Melayu bagi pelajar
Iban secara keseluruhannya adalah pada tahap C iaitu pada tahap sederhana yang
meliputi 50.0%. Bagi pelajar dalam tahap B pula 45.0% dan diikuti tahap A atau
cemerlang hanya seorang iaitu 5.0% sahaja.

47

4.2

Dapatan Kajian

4.2.1

Analisis Kesalahan Bahasa Melayu Berdasarkan Hasil Karangan Pelajar

4.2.1.1 Analisis Keseluruhan

Jadual 3
Analisis Keseluruhan Mengikut Jenis Kesalahan

Jenis Kesalahan

Kekerapan

Peratus (%)

Ejaan

( KE )

145

42.5

Tanda baca

( TB )

122

35.8

Kata Terbitan

( KT )

46

13.5

Penggandaan

( KP )

28

8.2

341

100.0

Jumlah

(rujuk Lampiran I, II dan III untuk melihat contoh-contoh kesalahan yang dilakukan
oleh pelajar)

Secara keseluruhannya, daripada 341 kesalahan, ejaan merupakan jenis kesalahan yang
paling tinggi, iaitu meliputi 145 (42.5%) kesalahan. Tanda baca pula merupakan
kesalahan yang kedua tertinggi, meliputi 122 (35.8%) kesalahan dan diikuti imbuhan

48

sebanyak 46 (13.5%) kesalahan. Bagi penggandaan pula hanya 28 (8.2%) kesalahan


yang dapat dikesan.

Jadual 4
Analisis Kesalahan Ejaan Mengikut Jenis

KE

Kekerapan

Peratus ( % )

Kekeliruan suku kata

0.7

Salah memilih perkataan

20

13.8

Huruf yang berlebihan

2.1

Huruf yang berkurangan

4.8

Ketiadaan sempang

1.4

Kata majmuk dicantum

Kata nama khas tidak bermula dengan

2.1

25

17.2

Ayat tidak bermula dengan huruf besar

41

28.3

Ejaan bahasa Iban

6.2

Perkataan dijarak / disambung

34

23.4

145

100.0

huruf besar
Menggunakan huruf besar di tempat yang
tidak sepatutnya

Jumlah

Kesalahan ejaan merupakan kesalahan yang paling tinggi daripada semua kesalahan
yang dikaji dalam dua puluh contoh karangan pelajar. Kesalahan ini adalah sebanyak
145 yang meliputi purata 7.25 kesalahan tiap-tiap orang pelajar. Ini merupakan satu
jumlah yang besar dan menyebabkan pemotongan markah yang agak tinggi. Antara

49

sebelas kesalahan yang dikaji, kesalahan ayat tidak bermula dengan huruf besar
merupakan kesalahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 41 (28.3%) kesalahan, diikuti
kesalahan pengejaan iaitu sama ada perkataan itu dijarak atau disambung sebanyak 34
(23.4%) kesalahan.
Seterusnya, kesalahan meletakkan huruf besar pada tempat yang tidak
sepatutnya pula di tempat ketiga tertinggi iaitu sebanyak 25 (17.2%) kesalahan.
Kesalahan memilih perkataan juga agak tinggi iaitu sebanyak 20 kesalahan yang
merangkumi 13.8 peratus daripada semua kesalahan ejaan.

Kesalahan-kesalahan lain seperti ejaan bahasa Iban sebanyak 9 (6.2%) kesalahan


manakala kesalahan huruf yang berkurangan sebanyak 7 (4.8%) sahaja. Kesalahan huruf
yang berlebihan dan kata nama khas tidak bermula dengan huruf besar pula masingmasing hanya 3 (2.1%), ketiadaan tanda sempang 2 (1.4 %) kesalahan, manakala
kekeliruan suku kata merupakan kesalahan yang paling kurang dilakukan iaitu hanya 1
(0.7%) yang dapat dikesan. Walau bagaimanapun, kesalahan kata majmuk yang dieja
secara bercantum pula tidak dapat dikesan.

Jadual 5
Analisis Kesalahan Tanda Baca Mengikut Jenis

TB

Kekerapan

Peratus ( % )

Koma

95

77.9

Noktah

27

22.1

Jumlah

122

100.0

50

Secara keseluruhan, terdapat 122 kesalahan tanda baca yang dilakukan oleh pelajar
Iban. Antara dua jenis tanda baca yang dikaji, kesalahan tanda baca koma adalah yang
paling tinggi iaitu sebanyak 95 (77.9 %) kesalahan. Kesalahan ini merangkumi
kesalahan tidak meletakkan koma pada tempat yang sepatutnya dan meletakkan koma di
akhir ayat. Bagi tanda baca noktah pula hanya 27 (22.1 %) kesalahan yang dapat
dikesan. Ia meliputi kesalahan tidak meletakkan tanda noktah di akhir ayat. Kesalahan
tanda baca ini merupakan kesalahan yang kedua tertinggi daripada empat kesalahan
yang dikaji.

Jadual 6
Analisis Kesalahan Kata Terbitan (Imbuhan) Mengikut Jenis
KT

Kekerapan

Peratus ( % )

Salah guna variasi meN- dan peN-

6.5

Tidak menggunakan imbuhan yang perlu

20

43.5

17

37.0

8.7

4.3

46

100.0

dalam sesuatu perkataan.


Salah guna imbuhan dalam sesuatu
perkataan
Salah guna imbuhan yang berakhiran i
dan kan.
Alomorf
Jumlah

Kesalahan kata terbitan (imbuhan) merupakan kesalahan yang ketiga tertinggi daripada
semua kesalahan yang dikaji. Kesalahan ini adalah sebanyak 46 yang meliputi purata

51

2.3 kesalahan tiap-tiap seorang pelajar. Di antara lima kesalahan yang dikaji, tidak
menggunakan imbuhan dalam sesuatu perkataan merupakan kesalahan yang paling
tinggi iaitu sebanyak 20 (43.5%) kesalahan. Kesalahan menggunakan imbuhan dalam
sesuatu perkataan pula sebanyak 17 (37.0%) kesalahan.
Seterusnya, kesalahan menggunakan imbuhan yang berakhiran i dan kan pula
di tempat ketiga tertinggi iaitu sebanyak 4 (8.7%) kesalahan. Kesalahan-kesalahan lain
seperti kesalahan menggunakan variasi meN- dan peN- dan kesalahan alomorf pula
masing-masing sebanyak 3 (6.5%) dan 2 (4.3%) kesalahan sahaja.

Jadual 7
Analisis Kesalahan Penggandaan Mengikut Jenis

KP

Kekerapan

Peratus ( % )

17

60.7

Kesalahan penggunaan kata ganda

Tidak menggandakan perkataan yang

3.6

10

35.7

28

100.0

Menggandakan perkataan yang bermaksud


jamak

sepatutnya
Menggandakan perkataan yang tidak
sepatutnya
Jumlah

Kesalahan penggandaan merupakan kesalahan yang paling sedikit dilakukan daripada


semua jenis kesalahan yang dikaji. Kesalahan ini adalah sebanyak 28 kesalahan yang
meliputi purata 1.4 kesalahan tiap-tiap orang pelajar. Antara empat kesalahan yang

52

dikaji, kesalahan menggandakan perkataan yang bermaksud jamak merupakan


kesalahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 17 (60.7%) kesalahan.

Kesalahan menggandakan yang tidak sepatutnya pula merupakan kesalahan


yang kedua tinggi iaitu sebanyak 10 (35.7%) kesalahan. Bagi kesalahan tidak
menggandakan perkataan yang sepatutnya pula sebanyak sekali sahaja yang
merangkumi 3.6 peratus daripada semua kesalahan penggandaan. Walau bagaimanapun,
kesalahan penggunaan kata ganda pula tidak ada dalam penulisan karangan ini.

4.2.2

Analisis Soal Selidik Berdasarkan Maklumat Kebahasaan Pelajar yang


Mempengaruhi Kesalahan Bahasa

1.

Bahasa yang digunakan oleh pelajar setiap hari.

Jadual 8
Bahasa Yang Selalu Digunakan Setiap Hari
Jenis

Kekerapan

Peratus (%)

Bahasa Melayu

Bahasa Iban sepenuhnya

45.0

Bahasa Melayu dan Iban

12

55.0

Bahasa lain

20

100.0

Jumlah

Secara keseluruhan, pengalaman bahasa pertuturan seharian pelajar tidak kira di rumah,
asrama dan di sekolah menunjukkan penggunaan bahasa campuran antara bahasa

53

Melayu dan bahasa Iban merupakan bahasa yang paling kerap digunakan iaitu sebanyak
12 orang yang merangkumi 55.0 peratus daripada

20 sampel. Namun demikian,

terdapat 8 (45.0%) orang pelajar yang menggunakan bahasa Iban sepenuhnya dalam
perhubungan seharian. Keadaan ini mempengaruhi pengalaman bahasa pelajar kerana
kurang bertutur atau mencampurkan penggunaan bahasa tidak akan memperkayakan
kosa kata baharu bahasa Melayu pelajar.

2. Kekerapan pelajar belajar bahasa Melayu dalam masa seminggu (belajar di


rumah/asrama, tidak termasuk di sekolah)

Jadual 9
Kekerapan Belajar Bahasa Melayu dalam Masa Seminggu (Asrama/Rumah)

Kekerapan

Jumlah

Peratus(%)

> 5 kali

5.0

4 kali

10.0

3 kali

14

70.0

2 kali

15.0

1 kali

Jumlah

20

100.0

Kebanyakan pelajar belajar bahasa Melayu sebanyak tiga kali dalam masa seminggu,
iaitu merangkumi 70.0 % responden. Selain itu, 15.0 % pelajar belajar bahasa Melayu
sebanyak dua kali manakala empat kali hanya dua orang dan lebih dari lima kali pula

54

hanya seorang sahaja. Kekerapan belajar bahasa Melayu secara sendirian atau bersama
kawan di luar waktu sekolah boleh menambahkan kosa kata bahasa Melayu pelajar.
Pelajar sebaik-baiknya tidak mengharapkan pelajaran formal di sekolah untuk
meningkatkan penguasaan sendiri dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kekerapan pelajar berlatih membaca untuk menambahkan pengetahuan dalam


bahasa Melayu.

Secara keseluruhan, kekerapan pelajar berlatih membaca untuk menambahkan


pengetahuan mempengaruhi penguasaan bahasa sekaligus dalam penulisan karangan.
Semakin banyak pelajar berlatih membaca, semakin banyak kosa kata yang pelajar
peroleh daripada pembacaan.

Jadual 10
Kekerapan Pelajar Berlatih Membaca untuk Menambahkan Pengetahuan dalam
Bahasa Melayu

Kekerapan

Jumlah

Peratus (%)

(orang)
> 3 kali

45.0

3 kali

25.0

2 kali

30.0

1 kali

Jumlah

20

100.0

55

Berdasarkan Jadual ini, 9 orang pelajar belatih membaca lebih daripada 3 kali, 5 orang 3
kali dan 6 orang 2 kali. Ini menunjukkan satu usaha yang baik. Pelajar yang membaca
hanya dua atau 3 kali haruslah meningkatkan usaha dalam memperkaya bahasa Melayu.
4.

Kekerapan belajar menulis karangan dalam sebulan.

Secara keseluruhan, kemahiran menulis karangan dapat ditingkatkan dengan kekerapan


belajar menulis karangan. Semakin banyak pelajar belajar mengarang, semakin gramatis
ayat yang akan dihasilkan.

Jadual 11
Kekerapan Pelajar Belajar Menulis Karangan dalam Sebulan

Kekerapan

Jumlah

Peratus (%)

> 4 kali

35.0

4 kali

10.0

3 kali

15.0

2 kali

30.0

1 kali

5.0

Tidak pernah

5.0

Jumlah

20

100.0

Jadual 11 menunjukkan kekerapan pelajar menulis karangan dalam sebulan. Tujuh


orang pelajar belajar menulis karangan lebih daripada empat kali, 2 orang 4 kali, 3
orang 3 kali, 6 orang 2 kali seorang sekali dan seorang tidak pernah.

56

5.

Keutamaan semasa menyiapkan karangan.

Secara keseluruhan, hasil karangan pelajar dipengaruhi oleh keutamaan mereka semasa
menyiapkan karangan.

Jadual 12
Keutamaan Semasa Menyiapkan Karangan

Keutamaan

Jumlah

Peratus

(orang)
Isi

16

80.0

Bahasa

20.0

Jumlah

20

100.0

Jadual 12 menunjukkan kebanyakan pelajar lebih mementingkan isi daripada bahasa


dalam penulisan mereka. Lapan puluh peratus pelajar mementingkan isi manakala
hanya 20.0 peratus pelajar mementingkan bahasa.

6. Tindakan pelajar setalah menyiapkan karangan.

57

Secara keseluruhan, hasil karangan pelajar dipengaruhi oleh perkara yang dilakukan
selepas menyiapkan karangan. Tindakan yang dilakukan akan menentukan kualiti
karangan yang dihasilkan.
Jadual 13
Perkara yang Dilakukan Selepas Menyiapkan Karangan

Tindakan

Jumlah

Peratus (%)

15

75.0

15.0

10.0

Jumlah

20

100.0

Petunjuk:
1

menyemak atau membaca semula karangan untuk mencari kesalahan


bahasa

membaiki semua kesalahan bahasa yang terdapat dalam karangan itu

membaiki kesalahan tanda baca dan sedikit kekesalahan bahasa

tidak membaca atau membaikinya langsung.

Kebanyakan pelajar menyemak atau membaca semula karangan untuk mencari


kesalahan bahasa. Ia merangkumi 75.0 peratus daripada semua sampel. Tiga orang
daripada pelajar tersebut membaiki semua kesalahan bahasa yang terdapat dalam
karangan manakala 2 orang membaiki kesalahan tanda baca dan sedikit kesalahan
bahasa. Ini menunjukkan pelajar ada melakukan penyemakan setelah selesai menulis

58

karangan. Walaupun tidak semua kesalahan dapat dikesan, sekurang-kurangnya dapat


mengurangkan kesalahan yang terdapat dalam karangan mereka.

7.

Tindakan selepas karangan disemak oleh guru.

Jadual 14
Tindakan Pelajar Selepas Karangan Disemak

Tindakan

Kekerapan

Peratus (%)

kesalahan yang ditunjukkan oleh guru.

16

80.0

Membaiki sebahagian kesalahan sahaja

20.0

Tidak membaikinya langsung

20

100.0

Menyemak dan membaiki tiap-tiap

Jumlah

Jadual 14 menunjukkan tindakan pelajar setelah karangan diperiksa atau disemak oleh
guru. Lapan puluh peratus pelajar menyemak dan membaiki tiap-tiap kesalahan yang
ditunjukkan oleh guru manakala 20.0 peratus lagi hanya membaiki sebahagian
kesalahan sahaja. Walau bagaimanapun, tidak ada pelajar yang tidak melakukan apa-apa
tindakan setelah karangan mereka disemak.

59

8.

Masalah pelajar dalam penulisan karangan.

Jadual 15
Masalah Pelajar dalam Penulisan Karangan

Masalah

Kekerapan

Peratus (%)

15.0

dengan bahasa Melayu

10

50.0

Tidak dapat menggunakan tanda baca

25.0

Sukar menentukan imbuhan yang sesuai

10.0

Jumlah

20

100.0

Masalah mengeja sesuatu perkataan


yang sukar
Terkeliru antara ejaan bahasa Iban

Secara keseluruhannya, Jadual 15 menunjukkan masalah pelajar dalam penulisan


karangan. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan ini
dipengaruhi oleh faktor yang telah dinyatakan. Sepuluh orang pelajar atau 50.0 peratus
pelajar menghadapi masalah kerana terkeliru antara ejaan bahasa Iban dengan bahasa
Melayu. Ini merupakan masalah yang paling tinggi dihadapi oleh pelajar. Masalah yang
kedua tinggi ialah masalah kerana tidak dapat menggunakan tanda baca seperti koma
dan noktah di tempat yang sesuai yang melibatkan 5 orang pelajar yang merangkumi

60

25.0 peratus daripada 20 sampel. Masalah mengeja perkataan yang sukar, 3 orang
manakala masalah sukar menentukan imbuhan yang sesuai pula paling kurang dihadapi
iaitu hanya 2 orang sahaja.

9. Pengaruh bahasa lisan (bahasa Iban) terhadap penulisan karangan.

Pengaruh bahasa lisan akan menyebabkan kesalahan ejaan dalam penulisan karangan
pelajar. Secara keseluruhannya, 13 orang pelajar hanya kadang kala sahaja menghadapi
masalah ini. Walau bagaimanapun, 3 orang pelajar selalu menghadapi masalah
terpengaruh dengan bahasa lisan mereka. Namun demikian, 20.0 peratus daripada
sampel tidak pernah menghadapi masalah ini.

Jadual 16
Pengaruh Bahasa Lisan (Bahasa Iban) dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu
Jumlah

Peratus (%)

Kekerapan

(orang)

Selalu

15.0

Kadang-kadang

13

65.0

Tidak pernah

20.0

Jumlah

20

100.0

61

10. Menggunakan perkataan bahasa Iban apabila sukar untuk menerangkan sesuatu
maksud dalam bahasa Melayu.

Jadual 17
Penggunaan Bahasa Iban apabila Sukar Menggantikan Maksud dalam Bahasa
Melayu

Jumlah

Peratus (%)

Kekerapan

(orang)

Selalu

15.0

Kadang-kadang

12

60.0

Tidak pernah

25.0

Jumlah

20

100.0

Secara keseluruhannya, pelajar kadang-kadang menggantikan perkataan bahasa Melayu


dengan bahasa Iban apabila sukar untuk menerangkan maksud perkataan. Ia
merangkumi 12 orang pelajar manakala 3 orang pula memang selalu berbuat demikian.
Maknanya lebih separuh daripada sampel, ada menggunakan bahasa Iban untuk
menerangkan maksud yang sukar walaupun hanya kadang-kadang sahaja. Walau

62

bagaimanapun, 5 orang daripada sampel tidak pernah menggantikan perkataan tersebut


dengan bahasa Iban.

11.

Tindakan pelajar apabila menghadapi masalah dalam penulisan (karangan)


bahasa Melayu.

Jadual 18
Tindakan apabila Menghadapi Masalah Penulisan Bahasa Melayu

Tindakan

Kekerapan

Peratus (%)

Bertanya kepada guru

45.0

Bertanya kepada rakan-rakan

15.0

Bertanya kepada ibu bapa

5.0

Merujuk buku-buku rujukan

35.0

Tidak merujuk kepada mana-mana sumber

Jumlah

20

100.0

Berdasarkan Jadual 18, pelajar paling banyak bertanya kepada guru apabila menghadapi
masalah dalam penulisan mereka, iaitu sebanyak 9 (45.0%) orang. Tujuh (35.0%) orang
pelajar merujuk buku-buku rujukan manakala 3 (15.0%) orang pelajar bertanya kepada
rakan-rakan. Pelajar paling kurang bertanya kepada ibu bapa atau penjaga iaitu hanya
seorang sahaja.

63

BAB V

RUMUSAN

5.1

Pengenalan

Tujuan kajian ini secara khususnya ialah untuk mendapatkan data mengenai kekerapan
kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar berbangsa Iban lelaki dan
perempuan daripada tingkatan satu seperti yang diterangkan dalam Bab III. Data yang
didapati (Bab IV), telah diperoleh daripada karangan yang dihasilkan oleh sampel
menunjukkan tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
di kalangan pelajar Iban tingkatan satu pada peringkat kemahiran bahasa tulisan.

64

Oleh yang demikian, bab ini akan memperlihatkan seluruh perbincangan,


cadangan dan kesimpulan berdasarkan kemahiran bahasa tulisan yang dihasilkan oleh
sampel dalam kajian ini dengan mengaitkan kesalahan yang dilakukan berdasarkan
soalan soal selidik.
5.2

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa:

i.

Pelajar Iban memang melakukan pelbagai kesalahan bahasa dalam penulisan


bahasa Melayu. Kesalahan ini masih wujud walaupun pelajar telah berada di
peringkat sekolah menengah. Ini kerana pelajar telah dinilai dalam
peperiksaan UPSR sebelum melangkah masuk ke alam sekolah menengah.
Kekerapan kesalahan yang agak tinggi ini, menyebabkan kelemahan
penguasaan bahasa dalam penulisan karangan. Kesilapan yang berulangulang tanpa pembetulan akan menjejaskan markah serta kualiti hasil tulisan
pelajar.

ii.

Secara keseluruhannya, sampel melakukan kesalahan bahasa sebanyak 341


kesalahan. Ini menunjukkan purata kesalahan bagi setiap sampel adalah
sebanyak 17.05 kali. Fenomena ini menunjukkan masih ramai pelajar tidak
dapat menguasai aspek bahasa dalam penulisan. Kesalahan yang dilakukan
sudah pasti menyebabkan pengurangan markah yang agak tinggi.

65

iii.

Kesalahan ejaan merupakan kesalahan yang paling tinggi dilakukan oleh 20


sampel daripada semua kesalahan yang dikaji. Jumlah kesalahan ejaan yang
dilakukan oleh pelajar adalah sebanyak 145 kesalahan atau 43.0 peratus
daripada jumlah kesalahan. Dari segi ejaan, kesalahan ayat tidak bermula
dengan huruf besar merupakan kesalahan yang paling tinggi dilakukan
diikuti kesalahan menulis perkataan yang sepatutnya dijarak atau disambung.
Selain itu, daripada kajian ini, ramai pelajar masih tidak dapat membezakan
kata nama am dan kata nama khas. Ini kerana terdapat 25 kesalahan yang
merangkumi 17.2 peratus daripada kesalahan ejaan menunjukkan pelajar
menggunakan huruf besar pada tempat yang tidak sepatutnya.

iv.

Kesalahan tanda baca merupakan kesalahan kedua tinggi dilakukan oleh


pelajar. Walaupun hanya dua aspek tanda baca yang dikaji iaitu koma dan
noktah, namun terdapat 122 kesalahan atau 36.0 peratus daripada semua
kesalahan yang dikaji. Purata bagi seorang pelajar ialah sebanyak 6.1 kali.
Kelemahan ini banyak menjejaskan ayat pelajar. Pelajar tidak dapat
menghasilkan ayat yang gramatis selagi tidak dapat menguasai aspek tanda
baca ini.

v.

Kesalahan kata terbitan (imbuhan) dan penggandaan kurang dilakukan oleh


pelajar iaitu masing-masing sebanyak 46 dan 28 kesalahan sahaja yang
merangkumi 21.0 peratus daripada kesalahan yang dikaji.

66

5.3

Perbincangan

Dalam bahagian ini, perbincangan tertumpu pada dapatan kajian yang terdapat dalam
Bab 4. Jadual 3 menunjukkan kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar
dalam penulisan karangan. Secara keseluruhan, pelajar melakukan 341 kesalahan
bahasa dalam 20 contoh karangan yang dihantar. Jumlah kesalahan ini agak tinggi jika
dibandingkan dengan jumlah sampel yang hanya 20 orang. Ini menunjukkan purata bagi
seorang pelajar melakukan kesalahan ialah 17.05 kali.

5.3.1

Kesalahan Ejaan

Secara keseluruhan, kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh sampel bagi
sekolah yang dikaji ialah kesalahan dari aspek ejaan. Jumlah kesalahan yang
dilakukan dalam aspek ini ialah 145 kali yang merangkumi 43 peratus daripada
semua jenis kesalahan yang dikaji.

Antara 11 kesalahan ejaan yang dikaji, ayat tidak bermula dengan huruf
besar merupakan kesalahan yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar.
Seterusnya, aspek pengejaan sama ada perkataan tersebut harus di jarak atau di
sambung merupakan kesalahan yang kedua tinggi dan diikuti kesalahan
menggunakan huruf besar di tempat yang tidak sepatutnya dan kesalahan salah
memilih perkataan. Keempat-empat kesalahan ini menunjukkan kesalahan yang
agak tinggi iaitu lebih 20 kali.

67

Ayat tidak bermula dengan huruf besar menunjukkan kelemahan pelajar


yang paling tinggi. Kesalahan ini agak menonjol berbanding dengan kesalahan
lain, iaitu merangkumi 28.3% daripada jumlah kesalahan ejaan. Berpandukan
kepada contoh karangan pelajar, didapati bahawa ramai pelajar mengabaikan
penggunaan huruf besar yang sepatutnya ditulis pada pangkal perkataan pertama
bagi sesuatu ayat.

Kesalahan ini bukan disebabkan ketidakmahiran pelajar menggunakan


huruf besar, sebaliknya ia merupakan kecuaian mereka kerana mengabaikan
aspek ini. Ini merupakan aspek mekanis yang harus diberi perhatian serius
kerana pada tahap tingkatan satu, pelajar masih lagi melakukan kesalahan yang
sepatutnya boleh dielakkan. Pelajar telah diajar untuk menulis huruf besar dan
huruf kecil sejak baru melangkahkan kaki ke alam persekolahan, jadi sepatutnya
kesalahan ini tidak harus berlaku.

Seterusnya, bagi kesalahan perkataan yang dieja dengan menjarak atau


menyambung pula menunjukkan kelemahan pelajar menggunakan kata ke dan
di serta kesalahan-kesalahan lain. Walaupun kesalahan ini tidak dikaji dari
aspek kata sendi nama, namun ia berkait rapat dengan ejaan. Kesalahan menulis
perkataan ini menjadi satu kesalahan ejaan. Kesalahan ini menunjukkan 23.4
peratus daripada semua jenis kesalahan bahasa. Contoh kesalahan ini adalah
seperti yang berikut:

Salah

Betul

68

kerumah

ke rumah

dikebun

di kebun

kedusun

ke dusun

kekampung

ke kampung

dikampung

di kampung

kesekolah

ke sekolah

Daripada

pemerhatian,

kesalahan

yang

dilakukan

oleh

pelajar

menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai fungsi kata tersebut. Contohnya,


perkataan di sebagai kata sendi nama haruslah ditulis terpisah sekiranya
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Sebaliknya di disambung apabila ditulis di hadapan kata kerja atau kata
perbuatan dan juga apitan yang berawalan di. Bagi perkataan ke yang
berfungsi sebagai kata sendi juga harus dieja sebagai satu kata yang terpisah
daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Walau bagaimanapun,
untuk mengetahui fungsi kata atau golongan kata yang telah disebutkan, pelajar
haruslah menguasai aspek tatabahasa bahasa Melayu bermula dari peringkat
rendah iaitu dari tingkatan satu sebelum menduduki PMR dua tahun kemudian.

Bagi kesalahan menggunakan huruf besar di tempat yang tidak


sepatutnya juga menunjukkan jumlah kesalahan yang agak tinggi. Ia merupakan
kesalahan yang ketiga tinggi yang meliputi 17.2 peratus daripada semua jenis
kesalahan ejaan. Contohnya:

Salah

Betul

yang kami Perolehi tadi.

yang kami peroleh tadi.

terus Pergi ke dusun.

terus pergi ke dusun.

69

Kebetulan Pada

Kebetulan pada

saya pun Pulang.

saya pun pulang.

menceritakan Pengalamannya

menceritakan pengalamannya

Berdasarkan pemerhatian, kesalahan ini wujud disebabkan pelajar tidak


dapat menguasai kata nama am dan kata nama khas. Huruf besar sepatutnya
ditulis pada pangkal kata nama khas sahaja selain pangkal ayat. Walau
bagaimanapun, ada sesetengah kata nama khas yang tidak ditulis dalam huruf
besar dalam karangan pelajar. Kesalahan ini meliputi 2.1 peratus daripada semua
kesalahan ejaan (lihat Lampiran I).

Kesalahan lain seperti salah memilih perkataan juga agak banyak iaitu
sebanyak 20 kesalahan atau 13.8 peratus daripada semua jenis kesalahan ejaan.
Selain itu, kesalahan lain ialah kesalahan huruf berlebihan, huruf berkurangan,
ketiadaan sempang dan kekeliruan suku kata tidak banyak terdapat dalam
karangan pelajar. Walau bagaimanapun, tidak terdapat kesalahan dalam
penulisan kata majmuk yang dijumpai dalam contoh karangan pelajar tersebut.

Satu lagi aspek yang ingin ditekankan ialah ejaan bahasa Iban yang
terdapat dalam karangan pelajar. Terdapat sejumlah 9 kesalahan ejaan bahasa
Iban yang terdapat dalam karangan pelajar. Kesalahan ini wujud kerana pelajar
terpengaruh dengan bahasa lisan mereka yang menjadi bahasa pertuturan
seharian (lihat Jadual 8 dan Jadual 16). Ini kerana, apabila pelajar berasa sukar

70

untuk menerangkan maksud mereka dalam bahasa Melayu, jadi mereka


menggantikan perkataan tersebut dengan bahasa Iban (lihat Jadual 17). Ini
merupakan punca pelajar menggantikan kosa kata bahasa Melayu dengan bahasa
Iban dalam penulisan mereka.
5.3.2

Kesalahan Tanda Baca

Secara keseluruhan, tanda baca merupakan kesalahan kedua tinggi dilakukan


oleh pelajar. Jumlah kesalahan yang dilakukan dalam aspek ini ialah sebanyak
122 kesalahan yang merangkumi 36.0 peratus daripada semua jenis kesalahan
yang dikaji.

Antara 2 kesalahan tanda baca yang dikaji, kesalahan tanda baca koma
merupakan kesalahan yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar diikuti oleh
kesalahan noktah. Kesalahan tanda baca koma dan noktah masing-masing
sebanyak 95 (77.9%) dan 27 (22.1%) kesalahan. Kebanyakan pelajar tidak
meletakkan tanda koma mahupun noktah di tempat yang sepatutnya dalam ayat.
Ini menunjukkan pelajar masih tidak dapat menguasai penggunaan tanda baca.

Jika ditinjau secara keseluruhan antara semua jenis kesalahan yang


dikaji, kesalahan tanda baca merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan
oleh pelajar. Ini kerana jumlah kesalahan dua jenis tanda baca iaitu koma dan
noktah adalah sebanyak 122 kesalahan berbanding dengan 11 kesalahan ejaan
yang dikaji yang hanya 145 kesalahan sahaja. Kesalahan tanda baca koma ( , )
sebanyak 95 dan tanda baca noktah ( . ) 27. Ini menunjukkan penekanan atau

71

tumpuan haruslah diberikan terhadap kesalahan kedua-dua tanda baca ini.


Kelemahan penguasaan pelajar dari segi tanda baca ini menyebabkan ayat yang
dicipta tidak gramatis, sama ada terlalu panjang ataupun terlalu pendek.

5.3.3

Kesalahan Kata Terbitan (Imbuhan)

Berdasarkan kajian, kesalahan kata terbitan (imbuhan) merupakan kesalahan


ketiga tertinggi dilakukan oleh pelajar. Jumlah kesalahan yang dilakukan dalam
aspek ini ialah sebanyak 46 kesalahan yang merangkumi 13.0 peratus daripada
semua jenis kesalahan yang dikaji.

Antara 5 kesalahan kata terbitan (imbuhan) yang dikaji (rujuk Jadual 6),
tidak menggunakan imbuhan pada perkataan yang sepatutnya merupakan
kesalahan yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar diikuti oleh kesalahan
menggunakan imbuhan dalam sesuatu perkataan. Kesalahan ini masing-masing
adalah sebanyak 20 (43.5%) dan 17 (36.9%) kesalahan. Ini menunjukkan pelajar
masih tidak dapat menentukan dan menggunakan imbuhan yang sesuai dalam
sesuatu perkataan. Kesalahan-kesalahan lain boleh dirujuk dalam Jadual 6
manakala contoh kesalahan boleh dilihat dalam Lampiran II.

5.3.4

Kesalahan Penggandaan

Secara keseluruhan, kesalahan penggandaan merupakan kesalahan yang paling


kurang dilakukan oleh pelajar. Jumlah kesalahan yang dilakukan dalam aspek ini

72

ialah 28 kesalahan yang merangkumi 8.0 peratus daripada semua jenis kesalahan
yang dikaji.

Antara 4 kesalahan penggandaan yang dikaji (rujuk Jadual 7),


menggandakan perkataan yang membawa maksud jamak merupakan kesalahan
yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar iaitu sebanyak 17 (60.7 %).
Seterusnya, menggandakan perkataan yang tidak sepatutnya merupakan
kesalahan yang kedua tertinggi (35.7%) dan diikuti kesalahan tidak
menggandakan perkataan yang sepatutnya (3.6%). Walau bagaimanapun, tidak
terdapat kesalahan penggunaan kata ganda yang dijumpai dalam kajian ini (rujuk
Bab 3, hlm. 34). Secara keseluruhan, pelajar kurang melakukan kesalahan dari
aspek penggandaan jika dibandingkan dengan kesalahan-kesalahan lain.

Kelemahan pelajar-pelajar menguasai aspek bahasa ini selaras dengan kajian


yang dibuat oleh Kadir Amin (1981:iv) yang ditumpukan kepada aspek tanda baca,
huruf besar, imbuhan dan ejaan. Dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar lebih
banyak melakukan kesalahan ejaan yang merangkumi 54.74% daripada semua
kesalahan yang dikaji. Purata bagi kesalahan ini ialah 5.16 kali bagi tiap-tiap orang
murid.

Berdasarkan soalan soal selidik, didapati beberapa masalah yang menjadi punca
pelajar melakukan kesalahan semasa menulis karangan seperti pengaruh bahasa ibunda
(lihat Jadual 16 dan 17), tidak membuat semakan selepas siap menulis (lihat Jadual 13)
dan kecuaian serta kurangnya latihan penulisan. Di samping itu, lebih separuh daripada

73

pelajar (16 orang), mementingkan isi daripada bahasa yang digunakan dalam karangan.
Sesetengah pelajar pula, menggunakan bahasa Iban (bahasa Ibunda) apabila sukar
menerangkan maksud dalam bahasa Melayu. Ini menunjukkan pengaruh bahasa Iban
terhadap karangan pelajar. Walaupun jumlah kesalahannya sedikit tetapi ia tetap
memberi impak kepada karangan pelajar yakni penolakan markah. Melalui kajian ini,
kebanyakan responden mengakui melakukan kesalahan yang berulang-ulang kerana
mereka tidak membetulkan kesalahan setelah karangan mereka disemak oleh guru.
Kajian ini amat penting bagi melahirkan pelajar yang prihatin terhadap kesalahan umum
dalam penulisan supaya bila sampai ke peringkat yang lebih tinggi mereka akan lebih
berhati-hati dalam penulisan.

5.4

Cadangan

Kajian kesalahan umum dalam penulisan karangan terhadap pelajar berbangsa Iban atau
pengguna bahasa kedua ini merupakan perintis kepada kajian seterusnya. Adalah wajar
kajian seperti ini dilakukan supaya ada kesinambungan dan dapat melihat dapatandapatan baharu agar dapat dimanfaatkan untuk merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran khususnya pendidikan bahasa Melayu.

Berdasarkan keputusan kajian ini, beberapa cadangan dapat dikemukakan.


Antaranya adalah seperti yang berikut:

74

i.

analisis secara mendalam dari aspek kesalahan ejaan yang dilakukan oleh
pengguna bahasa kedua khusus kepada pelajar Iban. Kajian tersebut bolehlah
dikaitkan dengan faktor-faktor kelemahan serta strategi pengajaran yang
digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii.

mengkaji aspek tanda baca secara mendalam, memandangkan kajian ini


menunjukkan kesalahan tanda baca yang agak tinggi melibatkan penggunaan
koma dan noktah.

iii.

melihat kesalahan yang sama (iaitu seperti tujuan kajian), serta pelajar yang
sama semasa pelajar tersebut berada dalam tingkatan dua dan tiga nanti.
Keputusan kajian tersebut boleh mengenal pasti sama ada kelemahan pelajar
masih sama atau telah berkurangan.

iv.

kajian lanjut dijalankan untuk melihat pengaruh bahasa lisan dalam karangan
pelajar dengan melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan ibu bapa
pelajar.

v.

kajian yang serupa dijalankan dengan melibatkan pelajar pelbagai tahap


persekolahan, seperti peringkat menengah rendah dan menengah atas.

vi.

kajian yang sama dijalankan dengan membandingkan kesalahan yang


dilakukan oleh pelajar mengikut jantina.

75

SENARAI RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood (1989). Kesalahan Penggunaan Imbuhan di Kalangan Pelajar


dlm. Pelita Bahasa 1 (2) : 40-41
(1990). Penguasaan Bahasa Baku di Kalangan Pelajar dlm. Jurnal
Dewan Bahasa. 34 (4) : 244-252
(1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Syarikat Percetakan Bintang Baru
Abdul Hamid Mahmood, Inderbir Kaur (1995) Beberapa Kajian Terhadap Kesalahan
Bahasa dlm. Pelita Bahasa 39 (6) : 531-541
Abdullah Hassan (1987). Isu-Isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim, Mashudi Kader (1987). Kesalahan Bahasa dalam
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan Beberapa Proses yang Harus Dilalui
oleh Pelajar dlm. Dewan Bahasa, 45 (3) : 24-27
Arbak Othman (1981). Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise
(1985). Belajar Tatabahasa dan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti
Asmah Omar (1981). Perancangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia dlm Dewan
Bahasa 25 (12) : 3-39
Awang Had Salleh (1981). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan (1980). Pencemaran Bahasa dari Perspektif Budaya dlm. Dewan
Masyarakat XVIII (3) : 3-4

76

(1980). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Edisi


Permulaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(1984). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Sarjana (M) Sdn. Bhd.
(1987). Aspek Bahasa dalam Peperiksaan Tinjauan Berdasarkan
Karangan Pelajar dlm. Jurnal Dewan Bahasa 31 (9) : 689-717
Azahari Bin Abdullah (2001). Analisis Kesalahan Morfologi dalam Penulisan
Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Daerah Kinta, Ipoh Perak
Darul Ridzuan. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Azman Wan Chik (1983). Kesilapan Penggunaan Bahasa Malaysia oleh Murid-Murid
Melayu: Satu Kajian dlm Dewan Bahasa 27 (10) : 698-717
Brown, R. (1973). A First Language: Early Stages. Cambridge Mass: Havard
University Press
Chomsky, Noam (1965). Aspect of the Theory of Syntax. Cambridge Mass: M. I. T Press
Corder, P.S. (1974). The Significance of Learners Errors dlm. Error Analysis
Perspectives on Second Language Acuisition oleh Richard, J.C. London: Longman
Group Limited
(1973). Introducing Applied Linguistics. Harmindosworth: Penguin
Education
Ismail Dahaman (1996). Pedoman Ejaan dan Sebutan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Jais Sahok (1991). Menguasai Sistem Jamak dalam Bahasa Melayu dlm. Pelita
Bahasa. 5 (2) : 184-197
Jawatankuasa Penyelidikan Jabatan Bahasa Melayu (1994). Analisis Kesilapan Ejaan
Bahasa Melayu Baku di Kalangan Guru Pelatih: Satu Kajian Kes. Kuala Lumpur:
Maktab Perguruan Ilmu Khas
Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (1984).
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Kamaruddin Husin (1986). Penguasaan Bahasa Malaysia di Kalangan Pelajar Bukan
Melayu di Maktab-Maktab Perguruan di Kuala Lumpur. Tesis Master, Universiti
Pertanian Malaysia
Khairul Anuar (1992). Kesalahan Tanda Baca dan Ejaan. Selangor: Pustaka Delta
Pelajaran Sdn. Bhd.

77

Koh Boh Boon (1981). Mengajar Imbuhan Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributions Sdn. Bhd.
(1982). Mengajar Imbuhan Melayu. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa
Sdn. Bhd.
(1989). Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mashudi Kader, Darwis Harahap (1989). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd. Jonit Mohd. Johari (1996). Kemahiran Menulis Karangan pada Peringkat
Sekolah Menengah Atas: Sukatan Pelajaran, Prestasi, Masalah, dan Keperluan
dlm. Jurnal Dewan Bahasa 40 (3) : 78-87
Mohammed Haron (1996). Kesilapan Penggunaan Kata Jamak dalam Karangan Pelajar
Peringkat STPM dlm. Jurnal Dewan Bahasa 40 (3) : 292-301
Muhammad Salehuddin Aman (1993). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas. Tesis Master Sains, Universiti
Pertanian Malaysia
Nawi Ismail (1996). Kesalahan Ejaan: Suatu Permasalahan yang Tidak Berkesudahan
dlm. Jurnal Dewan Bahasa 40 (3) : 39-44
Nik Safiah Karim (1980). Pencemaran Bahasa Melayu dan Kesannya Terhadap
Pengajaran Bahasa Melayu dlm. Jurnal Dewan Bahasa 24 (10) : 10- 20
(1978). Bahasa Malaysia Syntax: Some
Standardization. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Aspect

of

Its

Nik Safiah Karim et al. (1996). Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Raminah Sabran (1993). Menyuburkan Kemahiran Mengarang di Kalangan Pelajar
dlm. Pelita Bahasa 5 (3) : 28-29
Sidek Jais MD (1990). Analisis Kesilapan dalam Penulisan Karangan Murid Tahun
Lima di Salah Sebuah Sekolah kebangsaan dalam Daerah Batang Padang, Perak
Darul Ridzuan: Satu kajian. Tesis Sarjana, Institut Pendidikan Sultan Idris
Sharma, S.K (1981). Error Analysis: Why and How? dlm Forum 19(3) : 21-25
Webber, R.D (1981). A Practical Design for Identifying and Classifying LanguageLearning Errors dlm. Forum XIX (4) :10-15

78

LAMPIRAN I

Kesalahan Ejaan

Salah

Betul

menyuruk

menyuruh

Sembil

sambil

teleyvision

televisyen

... buah rambulan

buah rambutan

dusan

dusun

... tidak mahu iku pak ci awa ...

tidak mahu ikut pak cik awak

kesekolah

ke sekolah

dirumah

di rumah

kerumah

ke rumah

dikampung

di kampung

ke esokan

keesokan

pu pulang

pun pulang

kesana

ke sana

walau pun

walaupun

walau bagaimana pun

walau bagaimanapun

datu

datuk

diluar

di luar

sudah di kumpuh

.... kumpul

lagi pun

lagipun

79

keluarga ku

keluargaku

sekeluaraga

sekeluarga

meyak

nyanyak

inilah Kali pertama

ini kali pertama

saya telah Pulang

saya telah pulang

nenek dan daduk

nenek dan datuk

menceritakan Pengalaman

menceritakan pengalaman

kami terus Pergi

kami terus pergi

bawak

bawa

kebetulan Pada masa itu...

kebetulan pada masa itu...

kami Pulang

kami pulang

atuk

datuk

exspress

ekspress

tv

televisyen

digumpul (kesalahan bahasa Iban)

dikumpul

terus Pergi

terus pergi

datak

datuk

sampai tak Bangun

sampai tak bangun

menghilangkan lapar dulu (kesalahan bahasa Iban) menghilangkan lapar dahulu


tidur Nyenyak

tidur nyenyak

tidak ku

tidakku

kuala Lumpur

Kuala Lumpur

kenedy

Kenedy

saya angkat bangun (kesalahan bahasa Iban)

saya bingkas bangun

menggunakan perau (kesalahan bahasa Iban)

menggunakan perau

membawak

membawa

80

LAMPIRAN II

Kata Terbitan (Imbuhan)

Salah

Betul

emak kata

emak berkata

saya kutip

saya mengutip

saya jual

saya menjual

memceritakan

memceritakan

... tidak mahu tinggal kampung

... tidak mahu tinggalkan kampung

... kerana percutian sekolah ...

... kerana rcuti sekolah ...

... berapa minggu ...

... beberapa minggu ...

bersekeluarga

sekeluarga

menungu

menunggu

kami sekeluarga kesempatan

kami sekeluarga berkesempatan

seterusan

seterusnya

untuk jumpa

untuk berjumpa

saya dengar

saya terdengar

saya tanya

saya bertanya

saya simpan

saya menyimpan

saya bawa buah

saya membawa buah

dapat memakan

dapat makan

saya beramat

saya amat

81

LAMPIRAN III

Penggandaan

Salah

Betul

buah-buah

buah-buahan

lain-lain

lain

perbagai-bagai

berbagai-bagai

pelbagai-bagai

pelbagai

beberapa jenis buah-buahan

beberapa jenis buah

buahan

buah-buahan

semua buah-buahan

semua buah

hari hampir-hampir

hari hampir

bermacam

bermacam-macam

semua buahan

semua buahan

makan habis-habis

makan sehingga habis

82

LAMPIRAN IV

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


35900 TANJONG MALIM, PERAK
SOAL SELIDIK (PELAJAR)

Peringatan: Tandakan ( X ) atau tuliskan maklumat yang berkenaan pada petak yang
disediakan dengan jujur. Maklumat ini adalah SULIT, hanya kegunaan penyelidik
sahaja dan terjamin kerahsiaannya. Kerjasama anda amat dihargai.

BAHAGIAN A: Latar Belakang Pelajar


1.

Jantina
(

Lelaki

Perempuan

2.

Tingkatan :

3.

Keputusan Bahasa Melayu UPSR :

BAHAGIAN B : Maklumat kebahasaan

1.

Bahasa yang anda selalu gunakan setiap hari


( )

bahasa Melayu

83

( )
( )
( )

2.

3.

Berapa kali anda belajar bahasa Melayu dalam masa seminggu (belajar di
rumah/asrama, tidak termasuk di sekolah) ?
( )

lebih dari lima kali

( )

4 kali

( )

3 kali

( )

2 kali

( )

1 kali

Berapa kali anda berlatih membaca untuk menambahkan pengetahuan dalam


bahasa Melayu?
(
(
(
(

4.

)
)
)
)

)
)
)
)
)
)

lebih dari 4 kali


4 kali
3 kali
2 kali
1 kali
tidak pernah

Semasa anda menyiapkan karangan, adakah anda memberikan keutamaan


kepada perkara berikut?
( )
( )

6.

lebih dari tiga kali


3 kali
2 kali
1 kali

Berapa kali anda belajar menulis karangan dalam sebulan?


(
(
(
(
(
(

5.

bahasa Iban sepenuhnya


bahasa Melayu dan bahasa Iban
bahasa lain. Nyatakan .

isi lebih diutamakan


bahasa lebih diutamakan

Setelah anda menyiapkan sesebuah karangan, adakah anda melakukan perkaraperkara berikut?

84

7.

( )

menyemak atau membaca semula karangan untuk mencari kesalahan


bahasa

( )
( )
( )

membaiki semua kesalahan bahasa yang terdapat dalam karangan itu


membaiki kesalahan tanda baca dan sedikit kekesalahan bahasa
tidak membaca atau membaikinya langsung. Kenapa? Nyatakan
sebabnya:
_________________________________________________________

Setelah karangan anda diperiksa oleh guru, adakah anda.


( )
( )
( )

8.

9.

10.

11.

menyemak dan membaiki tiap-tiap kesalahan yang ditunjukkan oleh guru


membaiki sebahagian kesalahan sahaja
tidak membaikinya langsung

Adakah anda menghadapi masalah berikut dalam penulisan karangan?


( )
( )
( )

masalah mengeja sesuatu perkataan yang sukar


terkeliru dengan ejaan bahasa Iban dengan bahasa Melayu
tidak dapat menggunakan tanda baca seperti koma dan noktah di tempat
yang sesuai.

( )

sukar menentukan imbuhan yang sesuai

Adakah anda terpengaruh dengan bahasa lisan (bahasa Iban) dalam penulisan
karangan bahasa Melayu anda?
( )

Selalu

( )

Kadang-kadang

( )

Tidak pernah

Adakah anda berasa sukar untuk menerangkan sesuatu maksud dalam bahasa
Melayu jadi anda menggunakan bahasa Iban untuk menggantikannya?
( )

Selalu

( )

Kadang-kadang

( )

Tidak pernah

Apabila anda menghadapi masalah dalam penulisan (karangan) bahasa Melayu,


anda akan
( )

Bertanya kepada guru

85

( )

Bertanya kepada rakan-rakan

( )

Bertanya kepada ibu bapa / penjaga

( )

Merujuk buku-buku rujukan

( )

Tidak merujuk kepada mana-mana sumber

LAMPIRAN IV

KERTAS 2
BAHASA MELAYU TINGKATAN SATU

ARAHAN:
1. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Panjang
karangan anda hendaklah tidak lebih daripada 180 patah perkataan hingga 200
perkataan.
2. Masa yang diperuntukkan hanya 1 jam 30 minit.
3. Gunakan kertas jawapan yang telah disediakan. Pastikan anda mencatatkan
nama penuh (atau kod yang diberikan), kelas dan tarikh di bahagian hadapan
kertas jawapan anda.
4. Tajuk karangan adalah seperti berikut:
Pada cuti hujung tahun lalu kamu telah pulang ke kampung. Kebetulan
pada waktu itu musim buah-buahan. Ceritakan pengalaman percutian
kamu itu.

86

87

LAMPIRAN V

88

LAMPIRAN VI

89

90

You might also like