Contoh Kertas Kerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KELAB KEBUDAYAAN
JEPUN
KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN
SESI 2014/2015

KERTAS KERJA
KELAB KEBUDAYAAN JEPUN (JAPANESE CULTURE CLUB)
KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN
1.0 PENDAHULUAN
Penubuhan Kelab Kebudayaan Jepun (Japanese Culture Club) ini adalah merupakan
cara dan langkah untuk warga Kolej Matrikulasi Kelantan mempelajari dan
mengetahui kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh rakyat warganegara Jepun
sejak sekian lama.

Penubuhan Kelab Kebudayaan Jepun (Japanese Cultural Club) ini bertujuan untuk
memberi pendedahan, pengetahuan dan juga rasa ingin tahu mengenai budaya Jepun.
Ia juga menawarkan pelbagai peluang kepada warga kolej bagi mempelajari dan
memahami budaya Jepun. Terutamanya melalui pembelajaran tentang bahasa, latar
belakang sejarah, sambutan perayaan dan pelbagai kebudayaan lagi. Penubuhan kelab
ini juga adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk
mempelajari tentang budaya Jepun dengan lebih mendalam.

Justeru itu, kelab ini diharapkan dapat ditubuhkan untuk memberi peluang kepada
mereka yang berminat untuk mempelajari tentang budaya jepun dengan lebih
mendalam.
2.0 OBJEKTIF
a) Untuk melatih dan mendedahkan kemahiran asas berkenaan dengan kebudayaan
Jepun dalam kalangan warga Kolej Matrikulasi Kelantan.

b) Untuk meyediakan perkhidmatan dan maklumat mengenai kebudayaan Jepun


yang ingin diketahui.

c) Menyediakan ruang dan peluang kepada semua warga Kolej Matrikulasi Kelantan
yang mempunyai minat mendalam untuk mempelajari kebudayaan Jepun.

d) Untuk membantu meningkatkan nilai apresiasi kebudayaan Jepun kepada warga


Matrikulasi Kelantan di dalam kampus.
2

e) Memulakan aktiviti penyelidikan dan mengadakan persidangan dalam bidang


kesenian dalam kebudayaan Jepun

3.0 VISI
Menjadi sebuah kelab yang proaktif, inovatif, prihatin dan cemerlang untuk
mempelajari tentang kebudayaan Jepun.

4.0 MISI

Melahirkan graduan matrikulasi yang berilmu dan terdidik yang mempunyai.


pengetahuan dan bakat dalam kebudayaan Jepun.

5.0 PERLAKSANAAN KELAB

5.1

Pendekatan Pelaksanaan
5.1 Penubuhan Kelab ini akan terbuka kepada 40 ahli sahaja.

5.2 Perjumpaan kemungkinan dapat dilaksanakan seperti di bilik perbincangan


di perpustakaan, bilik tayangan dan bilik kuliah
.
5.3 Perjumpaan akan diadakan seminggu sekali semasa hujung minggu.

6.0

AHLI JAWATANKUASA
Pensyarah penasihat

Siti Masilah Binti Rakmad (013-3711574/018-6675744)

Pengerusi

Mirza Anwar Bin Zainuddin (0111-9701683) ( S2AP9)

Naib Pengerusi

Muhammad Zaheerul Bin Roslan (017-3862880) (S2AP3)

Setiausaha

Siti Mariam Binti Yaacob (013-9616742) (S1AP4)

Bendahari

Muhamad Faris Bin Mat Saad (017-5347191) (A2P3)


3

7.0 Penutup
Memandangkan penubuhan kelab ini amat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar
terutamanya yang mempunyai minat dalam kebudayaan jepun. Diharap penubuhan kelab
kebudayaan Jepun ini mendapat sokongan dan kelulusan dari pihak Kolej Matrikulasi
Kelantan

Disediakan oleh :

MIRZA ANWAR BIN ZAINUDDIN


Pengerusi
Kelab Kebudyaan Jepun

You might also like