KRB 3013 - Kuliah 1 Teori Dan Prinsip

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

Kuliah 1

Teori dan Prinsip


pembelajaran membaca
berdasarkan dapatan kajian

Konsep membaca diberi pelbagai definisi sejak dulu


hingga kini (Stauffer, 1969; Niles, 1972; Walker, 1974;
Pumfrey, 1977; Johnston, 1983; Daneman, 1991; Birsh,
2005; & Marzola & Shepherd, 2005).
Niles (1972) memberi definisi yang luas, iaitu membaca
melibatkan pengecaman, tindakan dan penggunaan
makna di sebalik simbol cetak.
Pumfrey (1977) menyatakan bahawa membaca ialah satu
proses yang memerlukan fikiran.
Johnston (1983) pula mendefinisikan membaca sebagai
interaksi pembaca dengan teks.
Beliau seterusnya
menjelaskan kefahaman adalah salah satu aspek
membaca dan aspek lain dalam membaca adalah
mentafsir, mengimbas, dan menyebut huruf bercetak.
2

Daneman (1991) mengatakan bahawa membaca ialah


kemahiran kognitif yang kompleks, mengandungi
sekumpulan proses pergerakan mata, tanggapan, dan
kefahaman. Proses ini melibatkan arah mata dari satu
lokasi ke lokasi yang lain, proses tahap-perkataan yang
menentukan corak visual perkataan dan akses maksud
dari ingatan, dan proses tahap-teks yang menentukan
semantik, sintaksis, dan hubungan antara beberapa
perkataan, frasa dan ayat dalam teks.
Kesimpulannya, membaca ialah proses kognitif yang
kompleks yang mengandungi beberapa kemahiran dan
memerlukan ingatan.
Dalam proses ini, pembaca
berinteraksi dengan teks untuk mendapatkan maksud
melalui hubungan perkataan, frasa, ayat dalam teks.
3

Peringkat awal pendidikan di sekolah rendah, iaitu Tahap


I (Tahun 1 hingga 3), pengajaran kemahiran membaca
menekankan kebolehan murid mentafsirkan kod atau
menterjemah lambang-lambang bertulis (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2003).
Proses yang dikenali sebagai belajar membaca ini
melibatkan kefahaman fonem, morfem, kata, bunyi dan
juga proses transkripsi ortografi (Adam, 1991).
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2003
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), kemahiran
membaca pada peringkat ini tertumpu kepada prabacaan dan membaca secara mekanis.
4

Pra-bacaan merujuk kepada kemahiran-kemahiran


sebelum aktiviti membaca dilakukan (seperti
menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama dan
memadankan huruf mengikut urutan yang
ditetapkan) dan lebih berfokus kepada murid
Tahun 1.
Bacaan mekanis pula merujuk kepada kemahirankemahiran yang terlibat semasa aktiviti membaca
(seperti membaca dengan jelas, membaca senyap,
dan membaca kuat). Fokus bacaan ini juga lebih
kepada murid Tahap l (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2003).

Tahap II (Tahun 4 hingga 6) tumpuan pembelajaran


membaca lebih diberikan kepada membaca untuk
pengetahuan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003).
Dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003), pada
tahap ini penekanan membaca diberikan kepada 2 aspek
iaitu aspek kefahaman dan penaakulan pelbagai bahan
ilmu dan sastera secara kritis.
Aspek kefahaman yang ditekankan meliputi beberapa
sub kemahiran seperti perbendaharaan kata, mencari isi
utama dan isi sampingan, penghayatan nilai murni,
membuat ramalan, dan mencari maklumat yang terdapat
dalam teks.
6

Broek dan Kremer (2000) menyatakan bahawa pada


tahap ini murid dapat mengenal pasti fakta dan peristiwa
yang
terdapat
dalam
teks
dan
kemudian
menghubungkaitkan fakta dan peristiwa tersebut dengan
pengalaman sedia ada mereka.
Matlamat untuk mencapai tahap ini telah dinyatakan
dengan jelas dalam sukatan pelajaran, iaitu pada akhir
Tahap II (Tahun 6), murid sepatutnya sudah menguasai
kemahiran membaca dengan mantap (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2003).
Kingham (2008) mengatakan bahawa pada peringkat ini
murid dapat membaca dan mentafsir maklumat yang
tersurat dan tersirat.
7

Terdapat beberapa teori membaca. Teoriteori ini menggambarkan proses membaca


sama ada peringkat rendah mahupun pada
tahap yang lebih tinggi:
i. Teori pembacaan secara automatik
ii. Teori Pemindahan maklumat
iii. Teori kecekapan verbal

Teori ini dikemukakan oleh La Berger dan Samuel (1974).


Teori mengatakan bahawa perkembangan
penguasaan
kemahiran
membaca
wujud
automatik.

dalam
secara

Model ini juga beranggapan wujud perbezaan antara


proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika
membaca.
Kemahiran membaca seperti pegecaman huruf dan
seterusnya pengecaman perkataan dikuasai secara
automatik melalui latihan.
Sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu dalam
penguasaan kemahiran membaca.
9

Model ini meramalkan hubungan yang


positif
antara
kemahiran
pemahaman
membaca teks secara automatik dengan
latihan yang dijalankan.
Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran
membaca, secara automatik berkeupayaan
dalam proses pengawalan teks serta
mempunyai lebih sumber dan mendapat
lebih pemahaman.
10

Teori ini dikemukakan oleh La Berge dan Samuel


(1985) dan Gough (1985).
Teori yang dipengaruhi oleh psikologi kognitif
ini menyatakan bahawa membaca adalah proses
pemindahan maklumat.
Teori ini mengandaikan membaca sebagai
proses mengenali huruf demi huruf dan
perkataan demi perkataan.
Pembaca berinteraksi dengan teks dengan
tujuan mendapatkan makna daripada teks yang
dibaca kepada pemikirannya.
11

Pembaca memerlukan kemahiran khusus yang


membolehkan
mereka
melakukan
proses
pemindahan.
Pembaca yang cekap pemindahan maklumat
berlaku dengan mudah dan efisien, manakala
pembaca yang lemah tidak dapat melakukannya
sedemikian.
Kemahiran ini dibina dengan memberikan murid
petikan ringkas dan diikuti dengan beberapa
soalan yang khusus yang menumpukan pada
beberapa kemahiran membaca bagi kefahaman
seperti membuat kesimpulan.
12

Teori Kecekapan Verbal diperkenalkan oleh


Perfetti (1985 & 1988).
Teori ini menekankan kemahiran membaca
secara
automatik
dengan
memperluaskannya
melangkaui
proses
mentafsir kod.
Aspek lain yang berkaitan ialah membuat
kenyataan atau cadangan secara bersepadu,
aktiviti yang berkaitan daripada ingatan dan
strategi metakognitif yang digunakan.
13

Berdasarkan teori ini, setiap pembaca mempunyai profil


yang tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal.
Bertambah efisien seseorang pembaca dalam kecekapan
verbal, bermakna lebih banyak perhatian dan sumber
ingatan bagi rujukan.
Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa
perkara yang dibaca.
Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh
skemata yang terhad.
Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks
yang
dibaca
menyukarkan
pembaca
memahami
kandungan teks.

14

Terdapat 3 model utama dalam membaca teks.


Model-model in dikemukakan oleh ahli dalam
bidang membaca dan sering dirujuk bagi
menunjukkan proses dalam pembacaan sebenar:

i. Model atas ke bawah (Top Down Model)


ii. Model bawh ke atas (Bottom up model)
iii. Model membaca interaktif.

15

Model ini berasaskan


Goodman (1967).

model

psikolinguistik

oleh

Model ini memfokuskan peranan pembaca yang


memainkan peranan utama semasa memahami teks yang
dibaca. Pergerakan bahan bacaannya bersifat linear dan
bergerak daripada atas ke bawah.
Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa bagi
meramalkan
teks
dan
mengurangkan
kebergantungannya pada cetakan teks dan bunyi bahasa.
Membaca bukanlah hanya menyentuh huruf dan
perkataan, akan tetapi interaksi pemikiran dan bahasa
yang membolehkan penekaan terhadap makna sesebuah
teks. Oleh kerana itu, membaca dikatakan sebagai
psycholinguistic guessing game (Goodman 1967).
16

Smith (1994) merumuskan beberapa ciri yang


berkaitan dengan model membaca ini, iaitu:
i.

Membaca
bukan
hanya
mengekodkan
membunyikan bahasa tulisan.

atau

ii. Membaca tidak melibatkan aktiviti memproses setiap


huruf dan setiap kata.
iii. Membaca adalah membawa makna dalam teks dan
bukannya mengeluarkan makna daripada teks
bacaan.

17

i.

Pembaca dapat memahami bahan daripada teks yang dibaca


walaupun tidak mengenali setiap perkataan yang dibaca.

ii. Pembaca perlu menggunakan makna dan isyarat tatabahasa


bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali.
iii. Membaca dan memahami makna teks adalah objektif utama dan
lebih baik daripada menguasai huruf, hubungan bunyi dan
perkataan.
iv. Membaca memerlukan aktiviti mencari makna lebih daripada
menguasai kemahiran mengenali perkataan sahaja.
v.

Fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, paragraf


dan keseluruhan teks atau bahan.

vi. Perkara penting dalam membaca adalah jumlah dan jenis


maklumat yang diperoleh melalui pembacaan.
18

Tokoh utama yang memperkenalkan model ini ialah


Gough (1972)
Pembaca membina teks daripada unit yang terkecil
bermula daripada huruf, kemudian menjadi perkataan
dan seterusnya membentuk ayat (Yahya Othman, 2004).
Bagi menginterpretsikan dan memahami ayat, pembaca
perlu memproses huruf, perkataan, frasa, klausa dan
ayat secara berurutan bagi mendapatkan makna teks.
Pembaca membina teks daripada unit yang terkecil
(huruf, perkataan & ayat) dan proses membina
kefahaman terjadi secara automatik.
19

Model ini tidak melihat kepentingan


dan peranan
pengetahuan lalu pelajar dalam membina makna.
Model ini amat berguna dalam usaha menghuraikan
tabiat membaca bagi kebanyakan pembaca yang lemah.
Pembaca lebih memfokuskan makna perkataan bagi teks
daripada makna secara global.
Eskay (1988) & Stanovich (1990) berpendapat antara
intipati yang terkandung dalam model adalah:
i. Memberikan penegasan pada teks bertulis
ii. Membaca dipandu oleh proses yang bertujuan
mencari makna.
iii. Timbul daripada bahagian kepada keseluruhan teks.
20

Model ini tidak melihat kepentingan


dan peranan
pengetahuan lalu pelajar dalam membina makna.
Model ini amat berguna dalam usaha menghuraikan
tabiat membaca bagi kebanyakan pembaca yang lemah.
Pembaca lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks
daripada makna secara global.
Eskay (1988) & Stanovich (1990) berpendapat antara
intipati yang terkandung dalam model adalah:
i. Memberikan penegasan pada teks bertulis
ii. Membaca dipandu oleh proses yang bertujuan
mencari makna.
iii. Timbul daripada bahagian kepada keseluruhan teks.
21

Membaca adalah proses bersiri. Analisis visual huruf


demi huruf membawa kepada mengenal pasti perkataan
melalui pengekodan fonemik.
Peraturan leksikal, sintaksis dan semantik diaplikasikan
kepada penghasilan fonemik yang dinyatakan dalam
bentuk cetakan.
Tujuan utama membaca adalah mempelajari kod atau
prinsip abjad.
Teks bertulis adalah diorganisasikan secara berhieraki
(huruf, perkataan, frasa, klausa dan ayat secara

berurutan )

22

Mengenal pasti ciri huruf.


Menghubungkan ciri huruf untuk memilih
huruf.
Menggabungkan huruf menjadi pola ejaan.
Menghubungkan pola ejaan bagi membentuk
perkataan.
Menimbulkan proses membina ayat, paragraf
dan tahap sesebuah teks.

23

Model ini adalah gabungan kedua-dua model atas


ke bawah dan bawah ke atas. Proses membaca
sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat
tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud dalam
kedua-dua model secara serentak.
Menurut Rumelhart (1977), membaca adalah proses
perseptual dan kognitif.
Pembaca yang mahir perlu menggunakan maklumat
deria, semantik dan pragmatik (praktikal) bagi
menyempurnakan tugsan membaca.

24

Sumber maklumat pelbagai bahan digunakan


dengan cara yang kompleks semasa proses
membaca.
Tahap
kefahaman
teks
bergantung
kepada
pemboleh ubah pembaca (minat ke atas teks, tujuan
membaca, pengetahuan berkenaan topik, kecekapan
bahasa dll) dan interaksi dengan pemboleh ubah
teks (jenis teks, struktur, sintaksis, kosa kata dll).
Keberkesanan penggunaan model ini bergantung
kepada latar belakang pembaca, tahap kefasihan
membaca, motivasi, strategi yang digunakan dan
kepercayaan budaya yang dianuti.
25

Menurut Dechant (1981), kefahaman melibatkan


hubungan yang tepat antara makna dengan simbol
perkataan; memilih makna dalam konteks dan;
mengorganisasikan serta mengekalkan makna.
Marohaini (1999) pula menyatakan bahawa kefahaman
ialah proses mendapatkan makna daripada komunikasi
sama ada melalui lisan, tulisan atau lambang-lambang
tertentu. Proses ini melibatkan proses mental yang
kompleks seperti mengecam perkataan, memilih makna
yang
sesuai,
menghubungkaitkan
idea
dengan
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun
idea, membina generalisasi dan menilai. Tegasnya,
kefahaman melibatkan sekumpulan kemahiran.
26

Sweet dan Snow (2002) menjelaskan bahawa


kefahaman ialah mengeluarkan dan membentuk
makna daripada teks. Teks meliputi teks bercetak
atau elektronik. Kefahaman menurut mereka lagi
mengandungi tiga elemen, iaitu pembaca, teks dan
aktiviti.
Ketiga-tiga elemen kefahaman ini
berinteraksi dalam konteks budaya sosial yang luas
yang memberi kesan kepada ketiga-tiga elemen
tersebut dan jenis interaksi.
Birsh (2005) menyatakan bahawa kefahaman adalah
mentafsir perkara yang dibaca dan bergantung pada
kebolehan pengecaman perkataan, kelancaran,
perbendaharaan kata, pengetahuan dunia sebenar
dan pemahaman lisan yang baik.
27

Miller (2005) mendefinisikan kefahaman sebagai


membina
makna
daripada
bahan
bercetak.
Membaca menurutnya lagi adalah proses interaktif
yang perlu menggunakan pengetahuan sedia ada
tentang bahan bercetak.
Selain itu, beliau
mengatakan bahawa jumlah perkataan yang susah,
panjang ayat dan format bahan bercetak perlu
diambil kira.
Miller
(2005)
berpendapat,
lebih
banyak
pengetahuan yang sedia ada pada seseorang
pembaca maka lebih mudah dia memahami teks
tersebut.
28

Miller (2005) mendefinisikan kefahaman sebagai


membina
makna
daripada
bahan
bercetak.
Membaca menurutnya lagi adalah proses interaktif
yang perlu menggunakan pengetahuan sedia ada
tentang bahan bercetak.
Selain itu, beliau
mengatakan bahawa jumlah perkataan yang susah,
panjang ayat dan format bahan bercetak perlu
diambil kira.
Miller
(2005)
berpendapat,
lebih
banyak
pengetahuan yang sedia ada pada seseorang
pembaca maka lebih mudah dia memahami teks
tersebut.
29

Membaca dan memahami teks ialah


keperluan untuk mendapatkan ilmu.

satu

Bagi memenuhi hasrat ini, murid perlu diajar


supaya menguasai kemahiran kefahaman sejak
sekolah rendah lagi.
Murid yang lambat menguasai kemahiran ini
akan menghadapi masalah pembelajaran kerana
hampir keseluruhan mata pelajaran akademik
melibat aktiviti membaca.

30

Terima Kasih

31

You might also like