Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB 5

ISU DAN ARTIKEL BERKAITAN DENGAN KEGAGALAN STRATEGI


JPNIN

Dalam bab berikut kami akan mengemukan isu yang berada dalam media
massa seperti akhbar yang menunjukkan kegagalan strategi jabatan perpaduan
dan intergrasi nasional. Melalui isu semasa yang timbul ini kami akan
membincangkan tentang kegagalan JPNIN dalam bab seterusnya.

5.1 Isu dan artikal kegagalan melibatkan sistem pendidikan

rajah 5.1 Sebahagian artikel isu yang melibatkan sekolah wawasan


Pada tanggal 12 november 2000, setelah hampir 3 tahun penubuhan sekolah
wawasan sebuah akbar berbahasa melayu iaitu berita harian telah mengeluar
petikan isu mengenai kemelut yang melanda sekolah wawasan, dalam akhbar
yang bertarikh 12 november itu penulis akhbar tersebut telah mengutarakan
penulisan mengenai persatuan Dong Jian Zong sebagai pencetus kemelut

sekolah wawasan sehingga penerimaan sekolah ini tidak berjaya. Didalam


kolum akhbar ini penulis telah menemubual seorang bekas guru sekolah tinggi
Chung Hua Kuala Lumpur yang bernama Bock berusia 56 tahun. Bock telah
menyertai persatuan ini selama lebih 21 tahun dimana beliau terbabit dengan
penolakan sekolah intergrasi pada 1985. sila lihat contoh artikel di lampiran A.
Selain sekolah wawasan, kegagalan sekolah vernakular juga menghimpit
masalah perpaduan yang masih lagi tidak selesai secara menyeluruh artikel
pada Khamis, 22 Oktober 2009 menunjukan isu dan idea yang ditimbul
Professor Emeritus Tan Sri Khoo kay kim di bukit mertajam pada program
wacana cabaran dan harapan Dalam artikel bertajuk PROF KHOO KAY
KIM kata hanya sekolah satu aliran boleh capai matlamat 1Malaysia beliau
mengutarakan cadangan agar sekolah vernakular dihapuskan. sila lihat contoh
artikel di lampiran B.

5.2 Isu dan artikel yang melibatkan kegagalan strategi ekonomi


Terdapat pelbagai isu kegagalan strategi ekonomi yang diutarakan di dalam
akhbar . Tetapi jika teliti akbar bertarikh 1 oktober 2004 bertajuk jangan
salahkan kerajaan melayu gagal capai matlamat 30 peratus DEB. Artikel ini
merupakan artikel utusan malaysia mengenai temubual bersama Tun Dr
Mahathir ketika pelancaran buku kenangan yang indah di melaka pada tahun
berkenaan. Dalam artikel ini Tun berpendapat orang melayu yang bersalah
menyebabkan perancangan DEB tidak mencapai seratus peratus kejayaan. (
Lampiran Artikel sila rujuk lampiran C ).Bagi isu kegagalan ekonomi akibat
salah takbir, Petikan akbar sinar pada 14 februari 2012 bertajuk Raja Nazrin
:DEB tidak berdosa,berdosa pelaksana mengutarakan sistem DEB gagal
kerana pelaksana yakni pihak kerajaan ketika itu tidak telus dalam
pembahagian ekuiti dan menyebabkan ketirisan hak milik urus niaga. sila lihat
contoh artikel di lampiran C.

5.3 Sikap-sikap Ahli Parti Politik Berteraskan Kaum Masa Kini

Umum mengetahui bahawa di Malaysia telah lama wujud parti yang berteraskan kaum
sejak sebelum merdeka lagi. Parti-parti berteraskan kaum telah berjaya bergerak dalam
memacu pembangunan negara. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, parti berteraskan
kaum telah hilang rasa hormat terhadap kaum lain. Berlakulah isu-isu tidak diingini
seperti berikut:
1) Protes yang dianjur oleh UMNO Pulau Pinang pada hari Sabtu merupakan
gangsterisme politik paling buruk dengan mengugut menggunakan soalan
retorik: Adakah DAP mahu satu lagi 13 Mei yang turut mengusung bersama
slogan dan kain rentang menakut-nakutkan serta bersifat perkauman. Malah ada
satu dengan warna merah darah dengan kata-kata, Kerana mulut pemimpin
DAP, 13 Mei 1969 terjadi Mahu lagi kaa? dan kain-kain rentang lain bertulis
ABCD Asal Bukan Cina DAP dan DAP musuh Islam.
2) Chua Soi Lek melalui kenyataannya pada 18 Oktober bahawa hudud akan
menjejaskan mata pencarian seramai 1.2 juta rakyat Malaysia. Seterusnya, beliau
membawa isu berkenaan ke perhimpunan agung MCA dengan dakwaan bahawa
lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara
negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
3) Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11. Dalam temuramah dengan
Ustaz Ahmad Awang mendedahkan bahawa dalam satu ceramah di Sungai
Siput, Samy Vellu telah berkata: "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?".
4) Pada 16 Januari 1992, Naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen,
memperlekeh dan menghentam langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya
(MPSJ) melarang pekerja muslim dari bekerja di pusat hiburan yang terlibat
dengan arak.
5) Dr Chua Soi Lek (Presiden MCA), Dr Ng Yen Yen (Naib Presiden), Chua Tee
Yong (Ahli Parlimen Labis), Tan Lian Hoe (Ketua Wanita Gerakan) serta Fong
Chan Onn (Ahli Parlimen Alor Gajah) mengkritik calon PAS di Tenang (Johor)
Normala Sudirman yang memilih untuk tidak bersalam dengan lelaki.
5.4 Isu-isu perkauman melalui media massa

Sifat kurang tanggungjawab oleh syarikat akhbar, majalah atau pengamal media telah
pun menggagalkan strategi JPNIN dalam media massa. Penulisan dan percakapan yang

menggunakan emosi sering mereka guankan dalam bidang masing-masing. Maka


berlakulah perkara yang menjejaskan integrasi antara kaum seperti berikut:
1) Artikel akhbar Utusan Malaysia mengenai Apa Lagi Orang Cina Mahu? ditulis
oleh seorang kolumnis Utusan. Zulkiflee Bakar
(zulkiflee.bakar@utusan.com.my) telah menulis sebuah artikel bertarikh 7 Mei
2013 di akhbar Utusan dan Utusan Online bahagian pilihan raya. Saudara
Zulkiflee Bakar telah memilih artikelnya dengan tajuk Apa Lagi orang Cina
mahu? Berikut adalah sebahagian petikan dari artikel yang ditulis beliau,
Persoalannya apa lagi yang puak-puak ini mahu dalam bahasa mudah, apa lagi orang
Cina mahu! Tidak cukupkah DAP memenangi 38 kerusi daripada 51 kerusi yang parti
itu tandingi dan seterusnya menjadikan ia parti dominan dalam pakatan pembangkang.
2) Selain itu, artikel Orang Cina Pura-Pura Sokong telah ditulis oleh Megat
Ramli Megat Raof dan Mohd Zaini Samsu Hadi. Artikel ini masih lagi
disimpan pada bahagian arkib Kosmo online. Sebahagian petikan artikel mereka
adalah,
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13) disebabkan Tsunami Cina di negeri ini dengan para pengundi Cina berpurapura menyokong BN tetapi mengundi calon parti pembangkang.

GAMBAR 6.4

Pada 3 Mei 2013, MySinChew.com telah mengeluarkan satu karikatur membayangkan bahawa
masyarakat Cina di Malaysia memang menjadi penentu ketika datang untuk memutuskan siapa
yang akan memimpin dalam politik tempatan kita.
Karikatur telah dibuang dari portal berita online Sin Chew Daily dengan meninggalkan
notis pada bahagian My Sinchew/Cartoons dalam bahasa Inggeris. Notis di dalam

bahasa Inggeris itu secara umumnya meminta maaf terhadap salah faham mengenai
maksud gambar tersebut. Gambar tersebut hanya untuk mencerminkan pemerhatian
pihak-pihak tertentu dalam pilihan raya, ia bukan niat untuk mempromosikan secara
jahat atau menyebabkan permusuhan di antara mana-mana pihak.

Selanjutnya, Ustaz Shahul Hamid (Pencetus Ummah Shahul) menimbulkan kemarahan penganut
Hindu apabila rakaman videonya menghina agama Hindu dimuat naik di YouTube. Beliau dalam
ucapannya empat tahun lalu turut mempersendakan patung dewa Hindu yang terletak dihadapan
premis kilang Alagappa's di Bukit Mertajam. Pendakwah itu dalam rakaman berkata: "Jika kamu
pergi ke kilang Alagappa's dekat Permatang Pauh, kamu tengok dekat pintu gerbang ada kepala
tokong terjelir lidah panjang. Tuan-tuan tahu kenapa dia jelir lidah? Pasal mana yang rempah baru
tokong kena rasa dulu sebelum jual."

You might also like