Draf Tugasan Agung

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Tinjauan literatur ataupun sorotan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal,

buku, dokumen (laporan, prosiding) dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu
penyelidikan baru. Proses tinjaun ini adalah untuk mengenal pasti sama ada sesuatu penyelidikan yang
dirancang telah dilaksanakan oleh penyelidik lain,
Tinjauan literatur adalah rumusan literaur yang ditulis bertujuan menerangkan maklumat dan
penyelidikan semasa dan yang terdahulu. Tinjauan literatur disusun mengikut topik dan laporan sorotan
mengikut tema atau kajian individu. Tinjauan literatur adalah dokumentasi yang diperlukan dalam
proposal kajian di Bab 2.
Tinjauan literatur bertujuan :
memantapkan lagi kemahiran individu mencari maklumat dari pelbagai sumber.
membina ciri-ciri seorang penyelidik yang sentiasa mengikuti perkembangan bidang penyelidikan
semasa.
membantu individu mempelajari bagaimana para penyelidik menulis dan mempersembahkan
penyelidikan mereka.
mengenalpasti penyelidikan yang sesuai untuk dibandingkan dengan penyelidikan yg akan
dijalankan.
penggunaan pengkalan data membantu meningkatkan kemahiran merancang dan menyusun
bahan-bahan bacaan yang diperolehi dengan lebih cekap dan efektif.
Objektif Tinjauan Literatur :
1. Membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji.
2. Menemui pemboleh ubah yg relevan dengan tajuk penyelidikan yg baharu.
3. Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan
mendapat perspektif baru dalam topik yang sama,
4. Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yg hendak dijalankan.
5. Mendapatkan maklumat untuk istilah baru yang diperlukan dalam penyelidikan yuang akan
dijalankan.
6. Memahami struktur latarbelakang subjek penyelidikan yang dijalankan.
7. Menghubungkan idea dan teori dengan amalan berkaitan suatu topik penyelidikan.
8. Mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan topik dan
masalah penyelidikan yg akan dijalankan.

Fungsi / Kepentingan Tinjauan Literatur ?


Mengenalpasti apa yang telah dikaji/ dilakukan
Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membina rangka kerja logikal yang sesuai dengan
topik dikaji
Menyediakan rasional untuk hipotesis yang akan dikaji dan justifikasi kepada keperluan / signifikan
kajian
Mengenalpasti metodologi kajian yang sesuai digunakan
Membantu untuk interpretasi hasil kajian.

ANALISIS KARYA AGUNG HIKAYAT RAJA PASAI.


Analisis Stilistik Hikayat Raja Pasai.

Dalam proses pengkaryaan, struktur dalaman teks Hikayat Raja Pasai (HRP) banyak
diwarnai oleh bentuk-bentuk sastera lisan (unsur-unsur lipur lara, mitos, legenda,
bentuk puisi lisan dan motif sastera lisan). Namun begitu, tidak ketinggalan naratif HRP
juga dibungai dan disulami dengan unsur-unsur keindahan luarannya, iaitu aspek
stilistik.

Aspek stilistik ini merujuk kepada penggunaan gaya bahasa tertentu (gaya
bahasa di sini tidak termasuk intonasi suara, alat muzik dan hukum-hukum linguistik)
dengan pemakaian teknik-teknik lisan tertentu. Umpamanya, teknik perulangan,
skemata, formula atau seiras formula, yang konsep-konsepnya telah pun diperincikan
dan dijelaskan pada bahagian awal teks.
Oleh sebab HRP ditulis pada zaman peralihan lisan ke tulisan, teks ini amat
dipengaruhi gaya lisan. Teks HRP (1987), sangat mementingkan dan menekankan
penggunaan peranti-peranti stilistik untuk mengekspresikan sesuatu benda, perkara
dan peristiwa. Melalui peranti stilistik ini, sesuatu objek itu dikemukakan melalui
perincian-perincian secara skemata dan perulangan yang stereotaip, iaitu dalam
bentuk-bentuk formula atau seiras formula.
Dalam khazanah sastera Melayu tradisional (korpus tradisi lisan), antara
keunikan dan keindahan genrenya, banyak bergantung kepada penggunaan gaya
bahasa yang bersukat, berirama dan berentak dan juga ungkapan-ungkapan berpola
yang disampaikan dalam bentuk rumus-rumus bahasa formula atau seiras formula,
berulang-ulang dan bersifat stereotaip, misalnya seperti yang terdapat dalam ceritacerita penglipur lara, iaitu:
Alkisah, inilah peri mengatakan cerita-cerita raja
dahulu kala sedia lama, diceritakan oleh yang
empunya ceritera.

Dalam teks HRP, ungkapan-ungkapan berpola seperti frasa-frasa yang tetap


yang sering diulang-ulang dan menjadi formula atau seiras formula dipaparkan seperti
dalam contoh yang berikut:
Alkisah peri mengatakan ceritera raja yang
pertama masuk agama Islam ini Pasai (1), maka
ada diceritakan oleh orang yang empunya ceritera
ini (2), negeri yang di bawah angin (3), Pasailah
yang pertama membawa iman akan Allah dan akan

Rasulullah (4).
Petikan ini menggambarkan satu opening formula yang lumrah terdapat dalam
cerita-cerita lisan. Segmen (1) hingga (4), menjelaskan tentang religio-sosiological
mengenai raja dan negeri Pasai. Dalam segmen (3), raja yang pertama di negeri di
bawah angin (Nusantara) yang memeluk agama Islam. Dalam segmen (2) pula, segala
peristiwa yang diceritakan ini diambil daripada orang yang empunya ceritera ini, iaitu
memberi autoriti atau kewibawaan kepada sumber tradisi yang merupakan teknik
sastera lisan.
Tentulah sukar hendak mengesan siapakah yang empunya ceritera ini, tetapi
dapat diduga istilah yang empunya ceritera ini samalah dengan menurut orang tuatua dahulu yang bermakna cerita ini diambil daripada tradisi lisan yang diketahui umum
dalam masyarakat partisipatoris pada masa itu tanpa diketahui dengan jelas siapa yang
sebenarnya pengarang asal yang menuturkan ceritera ini. Ungkapan pemerian opening
formula Alkisah peri mengatakan ceritera. dalam petikan berikut diulang lagi pada
halaman berikutnya.
Alkisah maka tersebutlah perkataan Raja Ahmad.
Selang beberapa lamanya, maka baginda pun
berbuat pula sebuah negeri di Balik Rimba itu ada
kira-kira sehari perjalanan daripada negeri adinda
itu. Itupun lengkap juga dengan kota paritnya
serta dengan istana balairungnya. Maka baginda
pun duduklah dalam negeri itu bersuka-sukaan
dengan segala bala tenteranya makan minum.
(HRP,1987:1)
Permulaan formula ini juga diulang-ulang lagi di halaman berikutnya, seperti
yang berikut:
Alkisah peri mengatakan ceritera Merah Silau dan
Merah Hasum, diceriterakan oleh yang empunya
ceritera, tatkala ia diam di dalam negeri di dalam
negeri Biruan itu, hatta beberapa lamanya pada

suatu hari Merah Silau itu pergi bermain ke


sungai.
Frasa-frasa, maka ada diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera ini,
Maka ada raja dua bersaudara, seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya
Raja Muhammad, Maka diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera. Sekali
persetua pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., menggambarkan satu pemerian yang
lazim untuk permulaan tradisi lisan.
Unsur-unsur perulangan dan keselarian dalam memulakan sesuatu pemerian
dan peristiwa ini seperti satu kaedah yang menyediakan kerangka asas dalam ingatan
si penutur. Skema ini menjadi arah pandu penuturnya ketika bercerita, iaitu bagi
mengelakkan si penutur terlupa atau sengaja melakukan penyelewengan. Eric
Havelock (1963), menjelaskan bahawa penggunaan ungkapan atau frasa-frasa tertentu
bukan sahaja dapat memberikan kesan keindahan bagi pendengaran, tetapi juga
kesenangan bagi pengamal cerita mengingatinya.
Dalam tradisi lisan, aspek perulangan begitu penting disebabkan oleh beberapa
kemungkinan. Pertama, perulangan ini memudahkan si penutur cerita untuk recall and
refresh kembali daya ingatan dan hafalannya. Khalayaknya sendiri tidak tetap,
Kadangkala mobility khalayak berlaku. Justeru, si penutur perlu mengulang semula
kisah sebelumnya.
Ketiga, si penutur cerita hanya akan menebar dan menuturkan pengetahuan
yang telah sedia dikenali dan dilazimi oleh pendengarnya. Keadaan-keadaan inilah
yang telah mengongkong kuat puitika penciptaan tradisi sastera lisan. Penciptaannya
terikat ketat oleh estetika persamaan yang menetapkan bahawa dasar keindahan
terletak pada persamaan dan perulangan, bukannya pembaharuan. Kecenderungan
untuk diterima inilah yang menyebabkan si penutur cerita mempersembahkan ceritanya
secara stereotaip dan mengulang. Teknik-teknik ini juga berlaku dalam teks HRP.
Teknik perulangan ini dapat dilihat dalam pemerian berikut:

Maka beberapa lamanya baginda pun pergi


berburu ke dalam rimba belantara (1), maka
seekor perburuan tiada diperolehnya (2). Maka
baginda pun bertemu dengan sebuah surau di
tengah rimba belantara itu (3). Maka ada seorang
orang tuha dalam surau itu (4). Maka ujar orang
tuha itu, Hai, anakku, jikalau tuan hendak akan
anak, baiklah aku tunjukkan dia akan tuan.
Nantilah tuan hamba di sini barang sesaat (5).
Maka pada saat itu juga datanglah seekor gajah
terlalu besar (6). Maka ada dimandikannya ia ke
sungai (7). Maka ujar Raja Ahmad, Hamba hendak
bermohon kepada tuanku kembali dahulu ke
negeri hamba; mana jalan keluar? Maka
orang tuha itu jalan raya (8). Tiba-tiba
sampailah ia ke negeri (9).
(HRP 1987:2-3)

Dialog antara Raja Ahmad dengan seorang tua di dalam surau akan diulang oleh Raja
Ahmad dengan isterinya sebaik saja Raja Ahmad kembali ke istana seperti dalam
petikan berikut:
Maka hamba ceriterakan kepadanya akan hal
saudara hamba mendapat puteri dalam rebung
betung itu (1). Maka ujar orang tuha itu, Jikalau
tuan hendak akan anak, baiklah beri hamba
tunjukkan dia akan tuan. Nantilah tuan hamba di
sini barang sesaat (2).
(HRP,1987: 3-4)

Dalam tradisi lisan, terdapat frasa-frasa tertentu; sama ada dalam bentuk
perilaku, arahan, atau pemerian sesuatu objek, benda dan peristiwa dipetik atau
diceritakan semula kepada orang kedua atau orang ketiga, diulang-ulang selengkapnya
oleh penutur ceritanya, iaitu untuk tujuan untuk memberi penekanan kepada cerita atau
sesuatu pemerian.

Hal ini juga sama seperti yang dipaparkan dalam kisah pemerian perilaku Raja
Muhammad, apabila diberitahu bahawa Tuan Puteri Buluh Betung telah ghaib setelah
dibantu sehelai rambutnya oleh Merah Gajah. Pemeriannya seperti yang dipaparkan
dalam petikan berikut:
Setelah sudah Raja Muhammad mendengar khabar
inangnya itu, maka, ia pun mengempaskan dirinya
dan membelah-belah bajunya dan mencarik-carik
kainnya. Maka ia pun terlalu marah, maka ia
menghimpunkan segala lasykarnya, maka
didatanginya Merah Gajah itu lalu dibunuhnya.
(HRP,1987: 6)

Reaksi Raja Ahmad turut diikuti Sultan Malikul Mahmud apabila diberitahu
bahawa adindanya, Sultan Malikul Mansur telah meninggal dunia secara mengejut di
atas kubur Perdana Menterinya, Sayid Semayamuddin di Padang Maya, setelah Sultan
Malikul Mansur kembali dari pembuangannya di negeri Temiang. Reaksi ini dijelaskan
seperti dalam teks berikut:
Setelah sudah didengar oleh baginda khabar
adinda itu, maka baginda pun mengempas-empas
dirinya ke bumi dan membelah-belah bajunya,
lalu ia pengsan, tiada ia khabarkan dirinya sekirakira
sejam lamanya.
(HRP,1987:34)

Dalam naratif HRP, gambaran kehebatan dalam sesuatu peperangan juga


dipaparkan dalam satu set skema yang agak sama dan diulang-ulang untuk menjadi
satu rumus formula. Misalnya peperangan antara Raja Muhammad dengan Raja
Ahmad, Sultan Malikul Mahmud dengan bala tentera Siam dan Sultan Ahmad dengan
tentera Majapahit. Pemerian kehebatan peristiwa peperangan Raja Muhammad dengan
Raja Ahmad digambarkan seperti berikut:

Maka peranglah mereka itu terlalu ramai kelam kabut.


Maka duli pun berbangkit lalu ke udara
tiadalah berkenalan lagi seorang dengan seorang
jua pun. Maka tempik segala hulubalang dan
segala rakyat juga kedengaran dan gemerencang
bunyi segala senjata dan pendahan segala
pahlawan juga kedengaran. Maka bahananya
datang ke tengah rimba belantara. Maka daripada
kedua pihak lasykar itu banyaklah mati dan luka
sebab beramuk-amukan sama sendirinya dan
berbunuh-bunuhan mereka itu hinggalah mati
kedua-dua raja itu.
(HRP,1987: 6-7)

Begitu juga pemerian peristiwa peperangan di halaman yang diulang dalam


kisah peperangan antara orang-orang Sultan Malikul Mahmud dengan bala tentera
Siam, pemeriannya seperti berikut:
Maka peranglah mereka itu terlalu gegak-gempita
kelam kabut duli berterbangan ke udara, tiadalah
berkenalan segala manusia dan bunyi tempik
segala hulubalang dan segala rakyat juga yang
kedengaran dan gemerencang bunyi segala senjata
bahananya datang ke tengah rimba. Maka
daripada sangat darab perang itu jadi gempitalah,
maka daripada kedua pihak lasykar itu banyaklah
mati dan luka.
(HRP, 1987: 28)

Dalam tradisi lisan seluruh pernyataan dan pola-pola lisan adalah dalam bentukbentuk skemata. Ini disebabkan pernyataan cara lain tidak praktis, sia-sia dan tidak
dapat menjadi arah pandu kepada si penuturnya ketika bercerita. Hasil-hasil pemikiran
yang diterbitkan melalui bentuk-bentuk lain hanya bersifat sementara dan juga untuk
mengelak si penutur terlupa atau sengaja melakukan penyelewengan (W.J. Ong, 1982).

Dalam naratif HRP, episod yang paling menarik jelas terdapat teknik perulangan,
iaitu episod Tun Beraim Bapa dititah oleh Sultan Ahmad ke Lubuk Turai untuk mencari
benda-benda pelik dan ajaib. Dalam perjalanan ke lubuk tersebut, bermula dari rumah
lagi dan seterusnya setiap persinggahannya, Tun Beraim Bapa akan bertangis-tangisan
dan berpesan kepada sahabat taulannya. Dalam teks HRP, terdapat 5 kali berturut-turut
perkara ini berlaku, iaitu seperti berikut:
Perulangan pertama
Maka Tun Beraim Bapa pun naiklah baginda
bertangis-tangisan dengan segala isi rumahnya.
(HRP 1987: 50-51)
Perulangan kedua
Setelah itu, maka lalulah ia ke pekan, maka
baginda berdiri-diri di pekan; maka kata Tun
Beraim Bapa, Ayuh segala kamu orang pekan,
tiadalah siapa meruah kamu lagi dan bersenda
bergurau dengan tuan-tuan sekalian, karna aku
ini hendak sultan ke hulu sungai, lalu ke Bukit
Fudul Allah, entah kembali entah tiada.
Perulangan ketiga
Maka Tun Beraim Bapa pun berjalanlah dari Pintu
Tanani. Maka baginda bertemu dengan Malik
Sulaiman Dendang Air; maka berkata Tun Beraim
Bapa, Ayuh mamakku Malik Sulaiman Dendang
Air, tiadalah siapa bersenda bergurau dengan tuan
hamba, karna hamba hendak ke hulu sungai ke
Bukit Fudul Allah, entah kembali entah tiada
Perulangan keempat
Maka Tun Beraim Bapa pun lalu kembali pula ke
rumahnya bertangis-tangisan, dan segala isi
rumahnya dan hamba sahayanya.

Perulangan kelima
Setelah itu, maka Tun Beraim Bapa pun turunlah
serta membawa kedua saudaranya itu, lalu ia
berjalanlah dari pekan. Maka sabda Tun Beraim
Bapa, Ayuh segala tuan-tuan orang pekan,
tinggallah tuan-tuan sekalian. Bahawa aku
mudiklah mengiringi Sultan ke hulu sungai ke
Bukit Fudul Allah entah kembali entah tiada.

Sumber:
Md. Nasir Hamid (2004). Bentuk Dan Teknik Sastera Lisan Dalam Sastera Tulisan:
Hikayat Raja Pasai.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Falsafah Hidup dalam Hikayat Merong Mahawangsa
i.

Menghormati autoriti

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa ini, dapat dilihat falsafah hidup burung garuda yang tetap
menghormati Nabi Allah Sulaiman sebagai autoriti dan yang berkuasa di dunia pada waktu itu.
Walaupun burung garuda tersebut merancangkan kejahatan dengan berniat mahu memisahkan Raja
Rum dengan puteri benua China, dia tetap bertanya dan merujuk kepada Nabi Allah Sulaiman untuk
memberitahu akan rancangannya itu.
Maka kata burung garuda kepada burung rajawali: Dimana dapat ia sekalian hendak mengerjakan
pekerjaan itu? Pada fikiranku tiada boleh jadi, tetapi nantilah dahulu, aku hendak pergi menghadap Nabi
Allah Sulaiman karena ia itu raja besar di dalam dunia ini. Jikalau sudah ada seperti yang demikiann itu,
tiadalah aku beri jadi pekerjaan nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu
(halaman 3)
ii.

Percaya kepada takdir

Falsafah hidup ini dapat kita lihat dalam diri Nabi Allah Sulaiman. Baginda sangat percaya kepada takdir.
Hal ini dapat dilihat dalam kepercayaan baginda mengenai jodoh pertemuan yang tidak dapat
dipisahkan.
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Hai burung garuda, demi Tuhan yang menjadikan aku, adapun jodo
pertemuan itu didalam batu atau didalam kayu sekalipun tiada yang dapat mencheraikan dia
(halaman 3)

iii.

Berpegang kepada janji

Sungguhpun, burung garuda memasang niat yang tidak baik dan merancang perpisahan antara raja Rum
dan puteri raja benua China, namun dia seorang yang berpegang kepada janji. Burung garuda berjanji
kepada Nabi Allah Sulaiman akan mengundurkan diri dan tidak mengganggu kedua-dua anak raja
tersebut andainya dia tidak berjaya memisahkan kedua-duanya. Janji burung garuda ini ditepatinya dan
dia pergi membawa diri ke laut Kalzum yang jauh daripada manusia.
Maka sembah burung garuda, Ya Nabi Allah, akan pekerjaan itu atas hambamulah mencheraikan dia.
Jika tiada dapat hamba mencheraikan anak raja kedua itu nischaya hamba undurlah daripada bawah
langit dan atas bumi daerah tempat kediaman segala manusia sekalian ini.
(halaman 3-4)
Maka sembah burung garuda, Jikalau ada hidup anak Raja Rum itu serta bertemu dengan anak Raja
China yang perempuan tiga berhamba itu, bahwa sesungguhnya tiadalah hambamu ubahkan seperti
janji hambamu daripada zaman ini hendak berundur diri daripada segala kaum sifat manusia itu dan
dimanakan boleh hambamu mungkirkan janji hambamu dengan Nabi Alla hendak undur dari bawah
langit dan atas bumi yang didiami oleh segala manusia, ya Nabi Allah. Beranikah hambamu membuat
dusta kepada Nabi Allah?
(halaman 20-21)
Maka burung garuda itupun berdatang sembah, Ya Nabi Allah, hambamu pohonkan ampun banyak2
diatas nyawa badan hambamu daripada kesalahan hambamu yang telah lalu itu. ya Nabi Allah,
mohonlah hambamu pada tahun, bulan, hari ini, hendak pergi keluar daripada bawah langit dan bumi
ini, barang kemana hambamu bawa diri, hambamu diberi izin oleh Nabi Allah diatas hambamu ini.
(halaman 22)
iv.

Taat kepada pemerintah

Falsafah hidup ini telah sebati dan diamalkan dalam diri rakyat yang terdapat dalam Hikayat Merong
Mahawangsa. Jika dilihat, rakyat jelata menanamkan dalam diri mereka hati yang taat kepada
pemerintah walau bagaimanapun pemerintah atau arahan yang diberikan. Ini dapat dilihat dalam
pemerintahan Raja Bersiung. Rakyat jelata masih bertahan berada dalam pemerintahan baginda biarpun
baginda seorang yang kejam. Bukan sahaja rakyat jelata yang taat kepada pemerintah, malah seorang
yang mempunyai kesaktian dan ditakuti raja-raja, iaitu Raja Merong Mahawangsa. Raja Merong
Mahawangsa menerima arahan daripada Raja Rum untuk membawa anaknya ke benua China untuk
dikahwinkan dengan puteri benua China.
Maka titah Raja Rum kepada Raja Merong Mahawangsa, Hai saudara hamba, hendaklah saudara pergi
ke Benua China, ganti hamba membawa pergi paduka anakanda ini, kahwinkan dengan anak Raja Benua
China. Maka sembah Raha Merong Mahawangsa, Baiklah, tuanku, barang yang dititahkan itu patik
kerjakan, tuanku.

(halaman 5)
Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja Merong Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian
itupun mengerahkan sekalian orangnya suruh beringat-ingat serta memegang senjata masing2 tangan.
(halaman 7)
v.

Mengagungkan dan mempercayai kekuasaan Tuhan

Hikayat Merong Mahawangsa ini juga memperlihatkan betapa Nabi Allah Sulaiman sangat
mengagungkan dan mempercayai akan pekerjaan dan kekuasaan Tuhan. Baginda percaya bahawa hanya
Tuhan yang mempunyai kuasa atas segalanya dan manusia atau makluk Tuhan tidak dapat menentukan
sesuatu perkara sekalipun. Baginda percaya kepada janji Tuhan dan kekuasaan Tuhan. Kepercayaan
baginda dapat dilihat semasa baginda berkata-kata dan memberi pengajaran dan tauladan kepada rajaraja dan menteri-menteri berkenaan dengan tindakan burung garuda yang cuba mencabar kekuasaan
Tuhan dengan memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk bersatu.
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Hai segala raja2 dan menteriku bangsa yang baik2, hendaklah engkau
dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala
makluknya, dalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan janji
daripada Tuhan alam. Pertama rezki, sedikit atau banyak ada sehari semalam itu tiadalah segala makluk
hendak tentukan, sekalian dengan janjinya juga. Kedua, perkara yang memutuskan rezkinya, seperti
yang akan datang mara dan maut, hendak mengetahuikan dia dan hendaklah jangan kamu tentukan
bumi tempat kematiannya, melainkan kesudahannya dengan janji Allah jua. Ketiga, perkaranya jodo
pertemuan satu2 makluknya; jikalau berhimpunlah seisi alam dunia ini daripada segala bangsa yang
dijadikan Allah Taala, hendak mencheraikannya, melainkan dengan kehendak Tuhan yang menjadikan
sekalian alam jua, dengan janjinya. Keempat, perkara pencheraian yang sudah sampai waktu, saat
harinya, tiada akan dapat hendak menantikan esok harinya, tiadalah boleh, melainkan dengan
sekaliannya itupun dengan janjinya jua.
(halaman 22)

vi.

Mengambil keputusan daripada tindakan yang difikirkan

Falsafah hidup dalam karya agung ini juga turut memperlihatkan bahawa terdapatnya manusia yang
mengambil keputusan berdasarkan tindakan yang difikirkannya. Contohnya, anak tengah Raja Merong
Mahapudisat disuruh ayahandanya mencari bumi yang baik untuk membina negeri baru. Baginda
bertemu dengan beberapa pulau yang cantik dan sesuai dijadikan penempatan. Oleh hal demikian,
baginda mengambil keputusan untuk memilih sebuah pulau sahaja yang terkena dengan anak panahnya
itu.
Maka diambilnya sebiji anak panahnya daripada perak yang amat putih, lalu dikenakannya kepada
busurnya yang bernama Panah Indera Sakti, katanya, Hai Indera Sakti, jatuhlah engkau kepada bumi

pulau tiga empat biji itu. dimana engkau jatuh sekarang, disitulah aku perbuat negeri dan kota parit
tempat aku diam. Maka ditariknya busurnya itu serta memanahkan ke udara berdengung-dengung
bunyinya seperti kumbang menyering bunga lakunya, hilang ghaib. Seketika datanglah jatuh pada suatu
tempat pulau; dengan sebab itulah dinamakan Pulau Indera Sakti.
(halaman 38)
vii.

Memelihara hubungan baik sentiasa

Dalam hikayat ini, Raja Seri Mahawangsa berfikir dan berharap akan hubungan baik antara dia dan adik
beradiknya akan berkekalan sampai anak cucunya. Dengan demikian, nama baik sahaja yang diingat
orang pada masa akan datang, bukannya kejahatan.
Apa juga yang baik aku hendak membalaskan akan anak saudaraku itu, dengan tilik nazarnya dan
fikirnya yang putus didalam hatinya, biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan pada seisi alam dunia
ini, supaya jangan jadi berputusan daripada umur aku ini boleh sampai pada anak chuchu jangan
tersebut nama kejahatan pada segala raja2 dan pada khalayak sekalian.
(halaman 42)
Maka utusan itupun diberinya persalinan, dan hadiah akan paduka kakanda pula dengan beberapa
pakaian yang indah2 dan kain yang halus2 serta dipesan pula oleh Raja Seri Mahawangsa dengan
titahnya, Hendaklah tuan hamba sekalian sembahkan pada saudara kita, jika ia beroleh anak beri jua
khabar ke negeri Kedah ini, demikianlah kita hantarkan. Jikalau kita tiada sekalipun, kita pesan taruh
kepada anak chuchu kita biar sampai kepada akhir zaman, nischaya tersebutlah nama kita pada alam
dunia ini tanda kita berkasih-kasihan.
(halaman 43)
Maka titah Raja Benua Siam, Jikalau ada sekiranya datang didalam negeri saudara kita itu sesuatu hal
seperti datang ke Benua Siam inilah, jika sakit ia, sakitlah kita, karena pula paduka adinda itu saudara
kita, demikianlah pada fikiran kita siang dan malam. Maka kamu sekalianpun hendaklah demikian jua
fikirnya, supaya menjadi baik disebut orang nama kita.
(halaman 44)
viii.

Pemenang akan berkuasa

Falsafah hidup ini dapat dilihat dalam diri Raja Kelana Hitam. Baginda berminat untuk menjadi raja
negeri Kedah memandangkan sebelum ini terdapat perkhabaran bahawa negeri tersebut tidak beraja
sampailah mereka menemukan anak Raja Bersiung dan menabalkannya menjadi raja. Apabila
diceritakan keadaan Kedah yang sudah kembali beraja, Raja Kelana Hitam tidak berpuas hati. Oleh sebab
itu, baginda memutuskan untuk mengambil negeri Kedah secara rampasan jika tidak diizinkan menjadi
raja.

Demi didengar oleh Raja Kelana Hitam, maka naik marahlah ia, mukanya merah seperti bunga raya,
serta titahnya, Main yang mana kamu tewas dan peperangan yang mana kamu sudah alah, tiada
patutkah aku menjadi raja didalam negeri Kedah? Jika tiada boleh aku menjadi raja dengan baik, maka
kuambil juga dengan senjataku. Maka hendaklah kamu katakan pada penghulu engkau itu, jikalau ia
hendak menggalang-galang dan menyekat kami sekalian ini hendak pergi ke negeri Kedah itu, keluarlah
ia ke medan peperangan melihatkan pertikaman kami, baik esok atau sekarang ini, itupun yang mana
jadi keseukaan kamu.
(halaman 70)
ix.

Memerintah dengan kasih

Falsafah hidup ini diceritakan oleh menteri Kelahum kepada Raja Phra Ong Mahapudisat supaya baginda
berpegang kepada falsafah tersebut dalam pemerintahannya. Dia mengajar dan menasihati Raja Phra
agar sentiasa memiliki kasih kepada rakyat jelatanya. Dengan kasih, baginda pasti dapat memerintah
dengan bijaksana dan menjadi pemerintah yang disayangi oleh rakyat.
Setelah itu lalu diperjamukan makan minum pula kepada sekaliannya itu serta dengan memalu bunyibunyian dan mengajarkan Raja Phra Ong Mahaputisat itu sharat orang menjadi raja: Mahulah baik2,
menaruh sabar dan mengasihani diatas segala rakyat bala dan daripada hamba sahaya sekalipun
mahulah dengan adil dan murah hati dengan memberi derma kurnia sedekah akan fakir miskin dan yang
patut dibunuh sehari itupun hendaklah ditaruh sampai tiga empat hari supaya dihalusi baik2 baru
dibunuh dan yang mana menjadi raja didalam negeri Kedah bumi tanah itupun jangan duduk setempat
buat kota parit tempat yang diam itu dan mahulah ada seorang raja yang memegang negeri mahulah
suatu kota. Maka menjadi ramailah orang bumi tanah Kedah ini. Adapun tanah bumi ini baharulah
sangat menjadi daratan tempat kita duduk inipun baik tempat bumi tanah yang baik dengan daratan
boleh diperbuat seperti kota parit akan tempat segala raja2 hendak dibuat negeri duduk itu.
(halaman 78)
7.0

Rumusan

Secara keseluruhannya, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan banyak falsafah hidup yang
digunakan oleh golongan pemerintah, golongan antagonis mahupun rakyat jelata. Falsafah hidup ini
menjadi pegangan dalam diri mereka sehingga tindakan mereka banyak dipengaruhi oleh falsafah hidup
yang diciptakan sendiri mahupun diajarkan oleh orang lain. Falsafah hidup dalam Hikayat Merong
Mahawangsa sangat berguna dalam kehidupan seharian. Fungsinya dapat membimbing rakyat dan
pemimpin dalam mengolah corak kehidupan dan pentadbiran. Falsafah hidup yang meletakkan Tuhan
yang paling berkuasa seperti yang dipegang oleh Nabi Allah Sulaiman menunjukkan ketaatan baginda
sebagai umat Allah. Falsafah hidup ini menjadi panduan dalam kehidupannya. Oleh hal yang demikian,
jelaslah bahawa masyarakat dalam Hikayat Merong Mahawangsa memiliki falsafah hidup dalam
kehidupan seharian mereka

HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI


Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan hasil sastera sejarah yang tertua yang dipercayai disusun
pada abad ke-15 iaitu semasa pemerintahan Malikul Saleh hingga Pasai ditakluki olehMajapahit.
Ia dapat dibahagikan kepada 3 mengikut peralihan cerita.
Pertama, mengenai pembukaan Negeri Samudera-Pasai dan kisah pengislamannya. Kisahnya
mengaitkan keturunan raja-raja Pasai yang bernama Raja Ahmad & Raja Muhammad. Ketika
berburu, Raja Ahmad menjumpai budak perempuan daripada buluh betung. Mereka berkahwin
& mendapat seorang puteri bernama Puteri Betong. Puteri Betong puladikahwinkan dengan
Merah Gajah & mendapat 2 orang putera iaitu Merah Silu & Merah Hanum. Setelah dewasa,
Merah Silu telah membuka Pasai Samudera sempena seekor semut besar. Kisah pengislaman
Pasai pula dikaitkan dengan Merah Silu yang bermimpi bertemu dengan Rasulluah & menukar
nama kepada Sultan Malikul Saleh.
Manakala bahagian kedua menceritakan kisah mengenai kisah mengenai Tun Brahim Bapa yang
merupakan tokoh yg menjadi kebanggaan Kerajaan Pasai. Kegagahan Tun Brahim Bapa (anak
Sultan Ahmad) digambarkan seperti Hang Tuah. Beliau juga amat dikenali rakyat kerana prihatin
akan kehidupan rakyat.
Bahagian akhir cerita pula mengenai kisah penaklukan Pasai oleh Majapahit. Puncannya bermula
akibat daripada sifat dengki pembesar Pasai kepada Tun Brahim Bapa. Mereka menfitnah Tun
Brahim Bapa kononnya ia telah menceroboh gundik kesayangan raja lalu dijatuhkan hukuman
dgn meminum racun. Setelah kematian Tun Brahim, kekuasaan Pasai menjadi lemah & mudah
ditakluki Majapahit. Akhirnya, Pasai dapat dikalahkan oleh Raja Aceh iaitu Sultan Iskanar Muda
Mahkota Alam.
Dlm hikayat ini ada terselit unsur metos iaitu ketika Raja Muhammad membuka negeri &
berjumpa dgn buluh betung. Dari betung itu lahir seorang puteri bernama Puteri Betong.
Manakala kakanda Raja Muhammad iaitu Raja Ahmad mendapat putera yang dipelihara oleh
gajah lalu diberi nama Merah Gajah. Setelah Merah Gajah berkahwin dgn Puteri Betong, mereka
memperolehi anak bernama Merah Silu & Merah Hanum.Ada juga dikaitkan dgn legenda
mengenai kedatangan Islam yg dihubungkan dgn Nabi Muhammad. Merah Silu mendapat mimpi
sehingga dpt mengucap dua kalimah syahadat & dapat membaca Al-Quran. Setelah memeluk
Islam, ia berkahwin dgn Puteri Ganggang dari Perlak & mendapat putera bernama Malikul Tahir.
Kesimpulannya, Hikayat Raja-Raja Pasai mengandungi unsur metos & sejarah seperti yg
terdapat dlm ciri sastera sejarah. Kegagahan Tun Brahim diselitkan di samping memasukkan
bentuk puisi. Akan tetapi penggunaan bahasa kurang menarik & menyukarkan pembaca.

Ayatnya juga tidak sempurna di samping terselit bahasa Melayu kuno. Namun begitu, ia
merupakan sastera sejarah yang bermutu

You might also like