Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGA


20100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

Tel : 09-6231733
Faks : 09-6248916

.
Ruj. Kami : PIBG(SKPB)/KT/07/01(54)
Tarikh
: 19 Februari 2014
YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI,
YANG BERHORMAT HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG, A.M.T., P.J.K.,
Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu,
Tingkat U2, Blok Podium,
Wisma Darul Iman,
20503 Kuala Terengganu.
Yang Berhormat,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SEKOLAH
KEBANGSAAN PAYA BUNGA BAGI TAHUN 2014
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Untuk makluman tuan, pihak sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan
Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Paya Bunga telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2014.
Antaranya ialah :
2.1
2.2
2.3

Kem Motivasi UPSR


Kelas Tambahan Malam Bagi Murid Tahun 6
Kejohanan Olahraga dan Sukaneka Peringkat Sekolah

3.
Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Paya Bunga ingin
memohon sumbangan daripada Yang Berhormat sebanyak RM 5000.00 (Lima Ribu Ringgit) bagi
menampung perbelanjaan program tersebut. Besarlah harapan kami agar dengan sumbangan ini dapat
melonjakkan lagi kecemerlangan akademik di sekolah ini.
4.
Segala kerjasama dan komitmen amatlah kami harapkan dan mendapat perhatian yang
sewajarnya daripada Yang Berhormat.
Sekian, terima kasih.
Guru Penyayang Murid Berkualiti
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

.....
MOHD SHAFARUDDIN BIN MUSTAFFA
Yang Dipertua PIBG.
Sekolah Kebangsaan Paya Bunga.
s.k : Guru Besar SK Paya Bunga

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGA
20100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

Tel : 09-6231733
Faks : 09-6248916

.
Ruj. Kami : PIBG(SKPB)/KT/07/01(65)
Tarikh
: 12 November 2014
Pengurus,
Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.
Lot SK 53, Kawasan Perindustrian Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Untuk makluman tuan, pihak sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Paya Bunga akan mengadakan program tersebut seperti ketetapan
berikut :
2.1
2.2
2.3

Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

18 November 2014 (SELASA)


9.00 pagi
Dewan sekolah

3.
Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Paya Bunga ingin
memohon sumbangan daripada pihak tuan sebanyak RM 1000.00 (Satu ribu ringgit sahaja) bagi
menampung keperluan program tersebut.
4.
Segala kerjasama dan komitmen amatlah kami harapkan dan mendapat perhatian yang
sewajarnya daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,

....
(WAN ZAMRI B WAN ABD RAHMAN)
Setiausaha PIBG
s.k : 1. Guru Besar SK Paya Bunga
2.Yang Dipertua PIBG SK Paya Bunga

You might also like