Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MODEL KURIKULUM TYLER

Ralph Tyler telah memperkenalkan Model Kurikulum Tyler pada tahun 1949 dan
dianggap sebagai model klasik. Model kurikulum Tyler merupakan model kurikulum
terawal dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum di Malaysia. Model
ini memberikan penekanan kepada suatu pembelajaran yang terarah, dirancang dan
dikelolakan oleh pihak sekolah.
Tyler menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif
dalam perkembangan kurikulum sangat mustahak. Menurut beliau, penekanan yang
perlu dititikberatkan dalam proses pendidikakan adalah pembentuka tingkahlaku.
Berdasarkan model ini, terdapat perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah
laku pelajar di mana perubahan yang berlaku iaitu apabila setiap kali perubahan
penyataan objektif sekolah. Persoalan-persoalan yang terdapat dalam Model Tyler
dalat diperhatikan melalui rajah di bawah:
Rajah 1

: Empat Dasar Utama Model Tyler Untuk Tujuan menilai kurikulum, persoalan-

persoalan utama yang disarakan oleh Model Kurikulum Tyler, akan dijadikan dasar utama
perbincangan penilaian. Sudah semestinya, kefahaman berkaitan keempat-empat persoalan
Model Tyler perlu mantap agar sesuatu bahan pengajaran yang direka oleh seseorang pendidik
mencapai objektif yang ditetapkan. Untuk memenuhi pencapaian matlamat kurikulum, Model
Kurikulum Tyler menetapkan empat persoalan utama yang harus diikuti:

1. Objektif
Objektif yang dinyatakan oleh Tyler dalam modelnya bermaksud matlamat
yang hendak dicapai oleh guru terhadap pelajarnya. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan menetapkan matlamat
dan objektif yang diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan.
Tyler menyatakan bahawa dalam uasha mencapai objektif, seseoramg
pendidik harus memastikan bahawa objektif pelajaran yang dipilh mestilah
selaras dengan keperluan pelajar di samping isi kandungan yang sesuai
dengan keperluan masyarakat. Satu cirri objektif yang jelas baik pula haruslah
realistic dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat pelajar. Untuk
merangka suatu pengajaran yang sistematik, Dokumen Standard Prestasi
dan dokumen Standard Kurikulum haruslah menjadi rujukan, Dalam
menentukan objektif pertimbangan yang harus diambilkira ialah penglibatan
pelajar.
Bagi merangka suatu pengajaran yang bersistematik, Dokumen Standard
Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum haruslah menjadi rujukan. Dalam
menentukan objektif, pertimbangan yang harus diambilkira ialah penglibatan
pelajar (audience), peringkat boleh diukur (behaviour), keadaan (condition)
dan tingkat prestasi pelajar.
2. Kandungan
Kandungan kursus merupakan aras kedua dalam pembentukan kurikulum
Model Tyler. Kandungan kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan
dan perancangan pembelajaran oleh pendidik. Dalam memilih kandungan
menuntut kreativiti yang mendalam seseorang pendidik. Perancang kurikulum
harus mengambilkira aspek pengalaman yang sedia ada pada pelajar
tersebut. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan penyusunan bahan
kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke
aras yang lebih kompleks. Ini bagi menghasilkan penerimaan pengajaran
yang seopitmanya daripada seseorang pendidik. Dalam penyusunan
kandungan, Tyler menyarankan tiga prinsip utama yang perlu dijadikan dasar
iaitu prinsip kesinambungan, prinsip ketertiban dan prisip kesepaduan.

i.

Prinsip Kesinambungan
Prinsip Kesinambungan berdasarkan Model Tyler bermaksud peningkatan
ilmu kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sejajar
dengan pertumbuhan fizikal dan mental pelajar seiring dengan peningkatan
umur pelajar. Menurut Tyler, kesinambungan perlu ada dari peringkat asas
sehinmgglah pelajar menguasai dan menggunakan ilmu dan kemahiran
tersebut ke peringkat yang lebih tinggi

ii.

Prinsip Ketertiban (Principe of sequence)


Prinsip ketertiban pula membawa pengertian bahawa pelajaran yang diterima
haruslah berterusan dan berturutan. Ini bermaksud pengalaman pelajaran
yang diterima melalui kemahiran dan nilai yang diterap kan merantasi waktu.
Prinsip ini memberikan peluang kepada seseorang pelajar mendalami dan
meluaskan ilmu yang telah dipelajarin ke suatu peringkat yang lebih tinggi.

iii.

Prinsip Kesepaduan
Prinsip Kesepaduan pula bermakna pengalaman

yang diperoleh oleh

seseorang pelajar dapat dihubungkaitkan antara satu ilmu atau kemahiran


yang lain. Dalam hal ini, model ini akan menampakkan keberkesanan dan
bersifat holistic.
3. Kaedah (select Method)
Kaedah dalam model Tyler berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah
pengajaran yang dipilih oleh seseorang guru. Pemilihan kaedah pengajaran
merupakan suatu yang sangat penting kerana pemilihan kaedah yang
bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan akan membawa kesan
yang terbaik kepada pembelajaran pelajar. Pemilihan buku-buku yang sesuai
di samping pemilihan alat bantu mengajar yang menarik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan memberikan impak yang terbaik.

4. Penilaian
Aras keempat dalam Model Tyler ialah penilaian. Untuk melihat kesan
ketercapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau
sebaliknya, maka penilaian akan dilakukan. Penilaian ini pula boleh
dilaksanakan dengan berbagai-bagai kaedah dan pada pelbagai peringkat
bagi mendapatkan pembuktian keberkesanan pembelajaran dan pencapaian
objektif yang telah ditetapkan. Penilaian yang biasanya dilakukan ialah
penilaian secara formatif atau sumatif. Penilaia formatif merupakan penilaian
secara berterusan yang dilakukan selepas selesai sesuatu sesi pengajaran
dan pembelajaran manakala penilaian sumatif ialah penilaian akhir tahun
seperti peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan umum. Penambahbaikan
kurikulum pula akan dilakukan secara berterusan melalui kaedah penilaian
sumatif.
Kekuatan Model Tyler
Model Tyler dilihat suatu model yang sistematik dalam mengurus perjalanan
pengajaran dan pembelajaran. Penetapan objektif dan matlamat yang jelas di
awal perancangan pengajarana memberikan seseorang guru membolehkan
idea dan gambaran yang jelas berkaitan hasil yang diharapkan dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan dan kaedah
yang dipilih dapat disepadukan serta membolehkan sesuatu hasilan tersebut
dinilai. Selain itu, ia merupakan model yang logic, mudah dan praktik
penyusunan aras kurikulum yang dimulakan dengan penetapan matlamat dan
objektif pengajaran menjadikannya mudah diterima dan praktik. Dengan ini
dapat menghasilkan maklumat yang relevan secara langsung. Satu lagi
kekuatan model ini adalah dimana pelajar dapat berinteraksi dengan
persekitaran luaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maka
dengan ini para pelajar dapat membina kemahiran berfikir secara kritis,
membantu mencari maklumat dan menanam minat dan sikap positif dalam
diri pelajar. Selain itu, model Tyler berorientasikan penilaian untuk
keberkesanan pengajaran, dimana model ini sangat mementingkan penilaian
dalam usaha menambahbaik sesuatu kurikulum. Justeru, penilaian dilakukan
bagi melihat keberkesanan sesuatu kandungan dan kaedah berdasarkan

matlamat dan objektif yang telah ditentukan. Hasil penilaian yang dilakukan
tentu sekali akan menambahbaik prestasi yang kurang baik sebelum ini.
Maka dengan itu, model ini masih digunapakai secara meluas dalam
perkembangan kurikulum di Negara kita dalam usaha menyusun suatu
kurikulum yang mantap dan berkualiti. Manakala, dalam menentukan Hala
Tuju Organisasi Model Tyler juga dapat menentukan arah atau hala tuju
sesebuah organisasi kerana sifat model ini

sendiri yang dapat membuat

pengesahan tentang keberkesanan organisasi. Selain itu, mampumenyusun


objektif dan matlamat organisasi mengikut keutamaan dan objektif terhadap
objektif penilaian.
Kelemahan Model Tyler
Model Tyler telah menjadi model terawal yang digunakan secara meluas dalam
pembangunan kurikulum di negara ini. Namun begitu, terdapat beberapa
kelemahan yang telah dikesan oleh para pengkritik terhadap model ini iaitu:
1.

Terlalu Tertakluk Kepada Objektif Model Tyler yang membuat penetapan

objektif

pengajaran

pada

peringkat

awal

ternyata

mengehadkan

objektif

kurikulum. Kesannya ialah menghalang para pendidik untuk menyerlahkan


kreativiti.
2.

Terlalu Linear Model Tyler juga dikatakan terlalu linear kerana mana-

mana kurikulum yang mengimplementasikan model ini terlalu terikat dengan


langkah-langkah yang telah ditetapkan. Para pendidik harus mengikut
langkah-langkah yang ditetapkan seperti menentukan objektif terlebih dahulu
kemudian memilih isikandungan,

menetapkan kaedah kurikulum dan akhir sekali

membuat penilaian.Jelasnya, model initidak memberikan kebebasan kepada pendidik


untuk menyusun dan mengolah bahan pengajaran
3.

Terdedah Dengan Unsur-Unsur Politik Model ini juga dikatakan terlalu

terbuka

dan

terdedah

dengan

unsur-unsur

luaran

seperti

pengaruh politik yang mudah memanipulasikan pendidikan. Impaknya ialah,


individu dan pihak yang bertanggungjawab dalam pendidikan kehilangan

kuasa untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju pembangunan


pendidikan negara.
4.

Terlalu Terikat Dengan Mata Pelajaran dan Peperiksaan Memandangkan Model

Tyler terlalu memberi tumpuan kepada kurikulum sesuatu mata pelajaran


dan peperiksaan untuk tujuan penilaian maka, kesukaran timbul untuk menulis
objektif tingkah laku.

You might also like