Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING

Jalan Anggerik Aranda 31/8 Kota Kemuning


Seksyen 31 40460 Shah Alam
Tel : 03-51216436 Fax : 03-51210657

SPSK 07/3

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 4/2014


Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Kehadiran (Bilangan)

: 11 November 2014
: 1.45petang
: Bilik Mesyuarat Anggerik Nilam
: Pn. Ruhaidah binti Mohd Salehan
: 11/17

Yang Hadir

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

Nama Guru
Pn. Ruhaidah binti Mohd Salehan
Cik Misnah binti Suparjan
Pn. Ng Soo Chew
Pn. Nik Hasni binti Wan Muhammad
Pn. Wong Siew Ling
Pn. Zabidah Abdullah
Pn. Noraishah binti Abu Seman
Pn. Nasuuhaa binti Mohd Zain
Pn. Musliha binti Padri
Pn. Hasnida binti Tajul Ariffin
Pn. Azma binti Abdul Kadir
Pn. Padzilah binti Mat Isa
Pn. Jesslyn Sylvia
Cik Siti Zubaidah binti Mohd
Cik Maithili a/p Tamilsekaran
En. Saipu bin Md Zain

Tidak Hadir
1.
2.
3.
4.

Jawatan/Tugas
Penolong Kanan HEM
Setiausaha Bidang HEM

Pn. Nazariah binti Ibrahim


Pn. Siti Norbaya
En. Azraei bin Mohd Jarkoni
YM Raja Azmeer bin Raja Ismail

Turut Hadir ( Jika ada): 1

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pn. Ruhaidah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke
Mesyuarat HEM kali ke empat bagi tahun 2014.
1.2 Pn. Ruhaidah juga memberi sedikit teguran kepada setiausaha untuk
menandatangani minit mesyuarat yang lepas sebelum diedarkan.
Tindakan: Makluman

SPSK 07/3
2

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pindaan pembetulan pada minit mesyuarat lepas iaitu :
4.1.2 Guru-guru tahun 6 diminta memberi pertolongan bagi cap bukubuku baharu.
Kepada : Murid-murid tahun 6 diminta memberi pertolongan bagi
mengecap buku-buku baharu.
4.2.3 Pemilihan murid RMT untuk tahun 2015 berdasarkan perkapita
RM130 dan isi rumah RM520.
2.2 Pn. Wong mencadang minit mesyuarat disahkan dengan pindaan
pembetulan.
2.3 Disokong oleh Pn. Nazariah binti Ibrahim

PERKARA BERBANGKIT
3.1 Maklum balas mesyuarat bilangan 3/2014
3.1.1 Unit Kebajikan Murid (RMT)
Pada tahun 2015, dikehendaki senarai nama murid RMT perlu diletakkan
di atas meja pengagihan makanan murid RMT di kantin.
Tindakan: Ketua Unit RMT
3.1.2 Unit Keselamatan
3.1.2.1 Rancangan latihan kebakaran kali kedua tidak dapat dilaksanakan
kerana tiga kali pindaan tarikh oleh pihak bomba atas sebab
audit, membaik pulih alatan dan tarikh yang ditentukan oleh
pihak bomba untuk pihak sekolah tidak sesuai. Lantaran,
bertembung dengan Program Hari Kanak-Kanak.
Tindakan: Makluman
3.1.3 Unit Bilik-Bilik Khas
3.1.3.1 Peraturan, jadual penggunaan, carta organisasi dan pelan
keselamatan di bilik-bilik khas perlu dipaparkan.
Tindakan: Ketua Unit Bilik Khas
3.1.4 Laporan Unit yang belum dihantar iaitu Unit Disiplin, Unit Kantin, PPDa,
Data Ponteng, Pendaftaran Tahun 1 dan Pengurusan Tahun 6.
Tindakan: Ketua-ketua Unit Berkenaan
3.1.5 Pencetakan penempatan murid Tahun 6 ke Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) sudah boleh dicetak dari 17 November 2014 hingga 21 November
2014.
Tindakan: Pengurusan Tahun 6

SPSK 07/3
4

LAPORAN UNIT / PERKARA BARU


4.1 UNIT SPBT
4.1.1 Kesemua buku teks bagi sesi persekolahan tahun 2015 telah
diedarkan kecuali pada murid tahun 4 yang akan menerima buku
teks baharu pada awal tahun 2015.
4.1.2 Penyertaan Bilik BOSS dalam pertandingan yang lepas tidak
mendapat sebarang tempat namun Pengerusi mengucapkan jutaan
terima kasih dan tahniah kepada Ketua Unit SPBT di atas segala
usaha yang telah dilakukan.
4.1.3 Mulai pada tahun 2015, tempahan buku teks oleh pihak sekolah
adalah secara online iaitu terus ke Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
4.1.4 Kebanyakan buku teks telah diedarkan kepada murid-murid kecuali
yang mempunyai masalah seperti buku teks yang tidak lengkap
dipulangkan. Hal ini atas tindakan guru kelas untuk melaporkan
kepada Ketua Unit SPBT.
4.1.5 Buku Teks pada tahun 2015 adalah mengikut tempahan
berdasarkan anggaran murid iaitu 113 dan bekalan buku teks akan
diberikan 3% lebih daripada jumlah tersebut. Namun, pendaftaran
murid tahun 1 sesi 2015 bertambah seramai 151 dan buku teks
bakal tidak mencukupi.
4.1.6 Ketua Unit SPBT mencadangkan penambahan AJK guru bagi
membantu proses cap dan edar buku teks tahun 5 yang dianggarkan
tiba di sekolah pada pertengahan Disember 2014.
4.1.7 Lantikan Pengawas SPBT pada sesi persekolahan 2015 bagi
membantu operasi.
Tindakan: Ketua Unit SPBT
4.2 UNIT KEBAJIKAN MURID
4.2.1 RMT
4.2.1.1 Pada bulan Oktober 2014 masih terdapat 20 orang murid yang
keciciran mendapat bantuan RM200. Duit ini akan dipulangkan
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
4.2.1.2 Borang RMT bagi sesi persekolahan 2015 telah diedarkan
kepada murid berkenaan.
4.2.1.3 Guru yang bertugas bagi pengagihan RMT perlu merasa
makanan yang disediakan terlebih dahulu. Begitu juga
makanan di Pra Sekolah.
Tindakan: Makluman
4.2.1.4 Cadangan bagi melaksanakan suatu program yang meraikan
anak-anak yatim dipergiat.
Tindakan: Ketua Unit RMT

SPSK 07/3
4.2.2 Susu / Snek Bijiran
4.2.2.1 Pengagihan susu dan snek bijiran pada setiap pagi kepada
murid yang terlibat berjalan seperti biasa.
4.2.2.2 Stok susu sebanyak 11 kotak dan bijiran 4 kotak perlu
dihabiskan sebelum cuti sekolah bermula iaitu 21 November
2014.
Tindakan: Ketua Unit Susu / Snek Bijiran
4.3 UNIT BILIK-BILIK KHAS
4.3.1 Tempah langsir kelas baharu dan kemaskini langsir iaitu mencuci
langsir pada cuti sekolah.
4.3.2 Carta-carta bagi sesi 2014 sudah boleh diturunkan daripada papan
carta.
Tindakan:
Makluman
4.4 UNIT KESELAMATAN
4.4.1 Latihan Kebakaran (Fire drill) kedua tidak dapat dijalankan.
Tindakan: Makluman
4.5 UNIT KANTIN
4.5.1 Peti sejuk perlu dibersihkan dan disusun dengan betul iaitu dengan
mengasingkan makanan mentah dan yang dimasak.
4.5.2 Memastikan setiap kali pertukaran pekerja baharu untuk
mendapatkan suntikan pelalian.
4.5.3 Pihak pengusaha kantin dan warga sekolah perlu bersama
memastikan kebersihan sinki supaya bersih dan tidak tersumbat.
4.5.4 Ketua Unit Kantin dikehendaki memantau pengurusan kantin dua
kali sebulan terutama susunan makanan di dalam peti sejuk.
Tindakan: Ketua Unit Kantin
4.5.5

Masalah disiplin murid tahap 2 masih tidak memuaskan kerana


sikap tidak menjaga kebersihan dengan berkeliaran membawa
makanan dan bersepah di kawasan sekolah.
Tindakan: Makluman

4.6 UNIT KESIHATAN


4.6.1 Buku kesihatan murid perlu dilengkapkan.
4.6.2 Program Bulan Kecergasan akan digabungkan dengan Unit
Kokurikulum.
4.6.3 Kad kesihatan bagi murid Pra Sekolah perlu diserahkan kepada
pejabat dan guru akan menyerahkan kepada murid pada minggu
orientasi tahun 2015.
Tindakan: Makluman

SPSK 07/3

4.7 UNIT DISIPLIN


4.7.1 Lantikan Pengawas bagi sesi persekolahan 2015 telah dibuat
dengan tempoh percubaan dua minggu yang telah dijalankan
dengan lancar.
4.7.2 Aduan kes buli yang telah dilaporkan oleh murid Tahun 5 Delima
iaitu Ahmad Syazwi mengambil masa selama 3 hari untuk
diproses.
4.7.3 Terdapat juga aduan pasangan murid berdua-duaan pada tayangan
filem pada Karnival Keusahawaan yang lepas. Tindakan telah
diambil.
Tindakan: Makluman
4.7.4

Guru disiplin mempunyai masalah untuk merekod kesalahan murid


secara online kerana maklumat murid tidak lengkap.

4.8 UNIT PENGURUSAN ASET SEKOLAH


4.8.1 Kew Pa 9 dilaksanakan sepanjang tahun.
4.8.2 Lebihan perabot akan diagihkan kepada sekolah-sekolah yang lain.
4.8.3 Pada tahun hadapan (2015) setiap aset akan di spray.
4.8.4 Bilangan kerusi dan meja di dalam bilik darjah diseragamkan
kepada 45 meja dan 45 kerusi iaitu termasuk kerusi dan meja di
sudut bacaan.
4.8.5 Kebanyakkan meja guru di dalam bilik darjah melengkung (rosak)
dan kerusi juga koyak.
4.8.6 Meja jepun di bilik J-Qaf perlu diinventori.
4.8.7 Setiap aset diingatkan untuk dilabelkan.
4.8.8 Cermin tingkap yang tidak lengkap di dalam bilik darjah perlu
dibaikpulih.
Tindakan: Ketua Unit Pengurusan Aset Sekolah
4.9 UNIT PENDAFTARAN TAHUN 1
4.9.1 Sehingga tarikh 11 November 2014, dilaporkan calon bagi murid
Tahun 1 sesi 2015 adalah seramai 151 orang dan 34 daripadanya
adalah calon penolakan dari SK Bukit Kemuning 2.
4.9.2 Guru pada bahagian pendaftaran diingatkan supaya mengambil
maklumat Pra Sekolah atau Tadika murid.
4.9.3 Ujian Diagnostik akan dijalankan pada 24 November 2014 (Isnin)
mengikut jumlah calon yang didaftarkan.
4.9.4 Subjek ujian yang akan dijalankan adalah Bahasa Malaysia,
Matematik dan Jawi.
4.9.5 Pada 3 Januari 2015 (Sabtu, Program Orientasi akan dijalankan.
Pada 5 hingga 7 Januari 2015 pula adalah Minggu Transisi Guru
Penyayang.
Tindakan : Makluman

SPSK 07/3
4.10 UNIT DATA SMM DAN BMM
4.10.1 Data SMM bagi penggal 1 dan penggal 2 tahun 2014 telah lengkap
dan selesai.
4.10.2 Guru kelas tahun 1 perlu memastikan borang BMM lengkap diisi
oleh penjaga / ibu bapa sebelum mengumpulkannya semula.
Tindakan : Makluman
5

HAL-HAL LAIN
5.1.1 Sambutan Hari Kanak-Kanak perlu dipertingkatkan lagi pada tahun
hadapan (2015) dengan pencarian lebih lagi sponsor.
Tindakan: Makluman

5.1.2

Ubat nyamuk AEDES perlu dimasukan ke dalam flush tandas


semasa cuti sekolah oleh pekerja swasta.
Tindakan: Ketua Unit Kesihatan

5.1.3

Guru yang bertugas pada mingguan perlu memberi ucapan


mengenai topic-topik yang lebih memberangsangkan pada tiap kali
hari perhimpunan rasmi.
Tindakan: Makluman

PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.20 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
(MISNAH BINTI SUPARJAN)
Setiausaha Bidang HEM

You might also like