Professional Documents
Culture Documents
Kaedah Pembiakan Tanaman
Kaedah Pembiakan Tanaman
Kaedah Pembiakan Tanaman
PEMBIAKAN TUMBUHAN
Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu
beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua
cara :
seksual; contoh biji benih, spora
Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain.
Biji benih
Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka
dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.
Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih
Boleh menghasilkan baka-baka baru
Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman
Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok
Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.
Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih
Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)
Mengambil masa yang panjang untuk matang
Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya
Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan
biji benihnya bermusim
Pemilihan Biji benih
Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:
Matang
Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)
Berisi, segar dan bersih dari kekotoran
Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)
Bebas dari penyakit dan perosak
Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu
dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung.
Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih
tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan
lama, biji benih hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih
dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan lama.
Percambahan biji benih
Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan
oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal
dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih
mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan
tertentu untuk mempercepatkan percambahan.
Rawatan percambahan biji benih
Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:
Pelelasan (scarification)
Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa dilakukan ialah
membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air panas.
Stratifikasi
Stratifikasi adalah proses melembutkan testa ddengan meletakkan biji benih dalam timbunan pasir,
tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik.
Vernalisasi
Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan
dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah.
Pemeraman (fermentation)
Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam beg plastik
yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.
Menyemai Biji benih
a. Rawatan sebelum menyemai
Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan dari serangan
penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.
Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah seperti Thiram, Benlate atau kuprum sulfat (kadar bancuhan 1
gm/liter air)
b. Medium Percambahan
sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kirakira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah
berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis
hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.
b. Keratan daun
Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan
helaian daun.
Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di
mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari
sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat
daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk
membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 4cm panjang.
c Keratan Akar
Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kirakira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang
bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir.
Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok
sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.
Penjagaan Keratan
Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana
akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan
dari jangkitan penyakit.
Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan
cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan
akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian
tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri
teduhan selama 7-14 hari.
Cantuman
Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Namun
ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.
Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :
a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan
i) Sandingan
b) Cantuman mata tunas
i) Cantuman 'T'
c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.
d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama
ada kulit itu boleh dikopek.
e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok
penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan
kulitnya beserta mata tunas.
f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok
penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.
g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu.
h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm
daripada bahagian yang dicantum.
Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunastunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.
Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih
b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.
c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.
d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas
menjadi kering
e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.
f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar
g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.
LENTURAN (layering)
Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi
sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.
Terdapat empat jenis lenturan:
a) Lenturan Pucuk (tip layerage)
b) Lenturan Busut
c) Lenturan Peparitan (berbaringan)
d) Lenturan udara (tut)
a) Lenturan udara (tut)
Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak
dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok
kenanga, cempaka, limau dan ciku.
Cara-cara mengetut
Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang
boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.
Tanah campuran biasa digunakan ialah:
a) 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik
b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja
organik
Cara memilih dahan yang sesuai
a) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.
b) Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat.
c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup
cahaya matahari.
Cara mengetut
a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.
b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran
yang akan dibuat.
c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat
sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.
d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas
f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.
g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah
itu padat dan melekat dengan baik.
h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.
i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan
diubah ke dalam beg plastik