Buku Yang Bertajuk Proses Kognisi Dan Afeksi Telah Dikarang Oleh Profesor Madya DR

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PUVANESWARY A/P BATMANATHAN

PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

KPP 6074

(20141000415)

Buku yang bertajuk Proses Kognisi dan Afeksi telah dikarang oleh Profesor Madya
Dr.Suppiah Nachiappan. Mengikut buku ini,

Proses Kognisi dan Afeksi telah dibahagikan

kepada 3 topik iaitu Proses kognisi dan Afeksi, Hubungan Psikologi kognisi dengan psikologi
afeksi, Proses kognisi dan afeksi dalam teks.
Berdasarkan huraian penulis buku ini, kognisi merujuk kepada tanggapan mental
(pemikiran) iaitu suatu status mental dan biasanya tidak terletak pada tubuh manusia. Selain itu,
menurut Bloom (1956) dan Abdullah (1989) tahap kognisi terbahagi kepada enam bahagian iaitu
pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian.
Manakala bagi definisi Afeksi, penulis buku ini menyatakannya sebagai tanggapan
perasaan sesuatu yang dirasakan seseorang misalnya seseorang itu berada dalam kemarahan
maka afeksi cenderung kepada seseorang ketika mengalaminya.
Mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan telah membuktikan bahawa keempatkeempat bahagian iaitu menginterpretasi , menghakimi,membuat keputusan, pemikiran rasional
membantu manusia meneruskan kehidupan dengan alam sekeliling. Profesor Madya Dr.Suppiah
Nachiappan

turut menyatakan bahawa interpretasi adalah proses dimana makna diambil

daripada maklumat kabur bagi membina perwakilan minda. Ia berfokuskan kepada emosi
kerisauan.
Beliau turut menjelaskan bahawa individu yang berada dalam keadaan kerisauan akan
membuat interpretasi yang negatif dimana ia berunsurkan bahaya. Mengikut pembentangan
Richard et.al (2002), apabila keadaan kerisauan meningkat ia turut meningkatkan sensitif
kemarahan.

PUVANESWARY A/P BATMANATHAN


PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

KPP 6074

(20141000415)

Seterusnya, Zalenski & Larsen (2002) menyatakan, individu yang memiliki risau pada
tahap ketinggian akan melihat peristiwa negatif

lebih mendalam daripada individu yang

memiliki kerisauan pada tahap yang rendah.


Manakala, pemikiran rasional merupakan satu proses di mana seseorang individu
menggunakan maklumat yang sedia ada bagi membuat inferens. Ia menyumbang pada
pembinaan kefahaman terhadap dunia sekeliling seseorang individu.
Konklusinya, Profesor Madya Dr. Suppiah Nachiappan selaku penulis telah
merumuskan bahawa gabungan proses kognisi dan afeksi saling berkait rapat di mana ia
merupakan entiti-entiti yang mempunyai hubungan yang saling mempengaruhi tingkah laku dan
tindak balas manusia terhadap alam sekeliling.

PUVANESWARY A/P BATMANATHAN


PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

KPP 6074

(20141000415)

2. Ulaskan bagaimana anda menilai kehadiran proses kognisi dan afeksi dalam Teks

Kehadiran proses kognisi dan afeksi perlulah dinilai dalam kalangan murid-murid bagi
memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kehadiran proses kognisi
dan afeksi dalam kelas dapat dinilai melalui beberapa cara.
Penilaian bagi proses kognisi dapat dijalankan dalam bentuk penilaian berterusan.
Penilaian berterusan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu penilaian formatif dan sumatif. Dari segi
penilaian formatif, saya dapat menilai kehadiran proses kognisi dimana dapat mengetahui
sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai oleh murid-murid. Sebagai contohnya,
pada akhir pengajaran matapelajaran Bahasa Melayu saya memberikan lembaran kerja untuk
menilai pemahaman murid-murid terhadap tajuk yang diajar.
Selain daripada itu, saya dapat menilai kehadiran proses kognisi melalui penilaian
sumatif. Penilaian sumatif ini dijalankan pada akhir tahun. Contohnya, peperiksaan UPSR yang
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Melalui penilaian ini, saya dapat
membezakan dan menilai pencapaian setiap murid terhadap matapelajaran yang diajar.
Peperiksaan ini memberi maklumat kepada saya tentang pencapaian murid secara keseluruhan
dalam peperiksaan awam yang dijalankan.
Seterusnya,

saya

juga dapat menilai

kognisi murid-murid

melalui

penilaian

pembentangan individu. Contohnya, saya memberikan tajuk pembentangan kepada setiap


individu dan memberi tempoh masa untuk menyiapkannya dengan baik. Melalui pembentangan
ini murid-murid berusaha mengumpul maklumat dan bahan ilmiah tentang tajuk yang diberikan
oleh guru.

PUVANESWARY A/P BATMANATHAN


PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

KPP 6074

(20141000415)

Penilaian yang lain bagi proses kognisi ialah, penilaian secara amali. Penilaian secara
amali dilaksanakan secara 'hands-on'. Penilaian ini dapat dijalankan melalui matapelajaran
kemahiran hidup dan reka bentuk. Sebagai contoh, saya mengarahkan murid-murid untuk
mereka cipta sesuatu dengan menggunakan bahan pembuangan. Melalui ini, saya dapat menilai
pemikiran kreatif dan kritis setiap murid.
Selain dari proses kognisi, proses afeksi juga dapat dinilai melalui beberapa penilaian
terhadap murid-murid. Dalam proses afeksi, penilaian dijalankan berdasarkan aspek emosi dan
tingkah laku murid-murid. Antara salah satunya ialah, penilaian secara pemerhatian. Melalui
pemerhatian, saya dapat mencatat maklumat tentang perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
tingkah laku murid. Untuk itu, saya perlulah sentiasa memerhatkan perlakuan ataupun perubahan
tabiat murid-murid dan merekodkannya secara sistematik.
Penilaian yang seterusnya ialah, penilaian Inventori Likert. Penilaian ini menggunakan
skala yang boleh menilai afeksi murid-murid. Dalam penilaian ini, beberapa pernyataan
diberikan dan respon diberi dalam bentuk skala seperti 5, 3 atau 2 pilihan. Melalui ini, saya
dapat menggunakan skala ini bagi menilai dan mengetahui pelbagai aspek afektif moral dalam
kalangan murid-murid. Skala ini dapat digunakan bagi matapelajaran Pendidikan Moral. Dengan
ini, dapat menilai tingkah laku murid-murid secara tidak langsung.
Selain daripada itu, saya menilai proses afeksi murid-murid melalui pembelajaran
murid. Contohnya, matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Dalam matapelajaran ini, saya dapat
menilai perasaan dan emosi murid-murid melalui karya yang dihasilkan oleh murid. Ini kerana
murid dapat menyampaikan perasaan , meluahkan emosi dan kebolehan mereka dalam pelbagai
cara. Sebagai contoh, menggunakan warna air untuk menghasilkan sesuatu karya sebagai
simbolik seperti aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan.

PUVANESWARY A/P BATMANATHAN


PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

KPP 6074

(20141000415)

Malah, penilaian boleh dilaksanakan melalui matapelajaran pendidikan moral.


Contohnya, semasa saya mengajar aktiviti nyanyian, muzik dan gerakan. Dengan cara ini,
mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa
aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, saya dapat menilai sejauh mana meningkatnya
perkembangan emosi setiap murid dalam proses Afeksi.

Kesimpulannya, Penilaian Kognisi dan Afeksi haruslah dijalankan oleh setiap guru
bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara
sistematik.Untuk itu, guru haruslah menggunakan segala alat penilaian yang sesuai mengikut
pengajaran bagi menilai kognisi dan afeksi murid-murid. Saya menjalankan penilaian ini secara
langsung dan tidak langsung bagi menilai kehadiran afeksi dan kognisi.

3. Sejauhmanakah peranan kognisi dan afeksi membantu dalam penghasilan karangan.


5

PUVANESWARY A/P BATMANATHAN


PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

KPP 6074

(20141000415)

Berdasarkan huraian penulis buku ini, kognisi merujuk kepada tanggapan mental
(pemikiran) iaitu suatu status mental dan biasanya tidak terletak pada tubuh manusia. Manakala
Afeksi pula dinyatakan sebagai tanggapan perasaan sesuatu yang dirasakan seseorang misalnya
seseorang itu berada dalam kemarahan maka afeksi cenderung kepada seseorang ketika
mengalaminya. Kemahiran Menulis adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan seseorang
individu melalui butiran-butiran tulisannya. Ia adalah penting kerana ia bertindak sebagai alat
bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang murid.
Menurut pernyataan Profesor Madya Dr. Suppiah Nachiappan, penulisan Karangan (Esei)
merupakan perkara atau komponen yang penting dalam pengajaran bahasa melayu di sekolah
rendah mahupun menengah. Terdapat pelbagai jenis format yang diperkenalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran menulis karangan dapat digunakan sebagai kaedah pelahiran idea daripada
fikiran. Seterusnya, ialah pemikiran idea sebelum, semasa mahupun selepas menulis karangan
diberi perhatian yang lebih khusus dalam proses penyiapan karangan.
Profesor Madya Dr.Suppiah Nachiappan menyatakan, bahawa kognisi ialah suatu proses
mental untuk mengetahui pelbagai perkara termasuk kesedaran, persepsi, penakulaan dan
pengadilan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan sistematik. Menurut Lahey (2009)
proses kognisi berkait rapat dengan informasi yang diperoleh, ditukar, disimpan, dicungkil dan
diguna pakai. Apabila meneliti kedua-dua definisi ini penulis dapat menyimpulkan bahawa ia
merupakan satu proses yang menterjemahkan keadaan sekeliling kepada sesuatu yang boleh
difahami melalui kognisi.
Manakala, menurut Kamaruddin Hj.Husin (1997), Proses Kognisi merupakan aktiviti aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masa
6

PUVANESWARY A/P BATMANATHAN


PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

KPP 6074

(20141000415)

lah dan sebagainya. Guru perlu memupuk kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid.
Dengan ini murid-murid dapat menilai sejauh manakah kemahiran menulis mereka membantu
menghasilkan karangan yang baik.
Seterusnya, proses ini juga perlu diberi perhatian khusus kepada proses pemikiran
individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang
dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
Pembelajaran Formal membantu mereka menghayati pengalaman dan menyimpan dalam tahap
memori panjang mereka menolong dalam penghasilan karangan yang baik.
Seterusnya, Penghasilan karangan yang baik juga bergantung kepada penyampaian
maklumat yang dikehendaki oleh soalan. Pemahaman soalan membantu murid menulis karangan
apabila proses afeksi dan proses kognisi bergabung dan membantu mencungkil idea dan huraian
darpada pengetahuan yang sedia ada.
Dalam pada itu Proses Afeksi juga mempengaruhi pemikiran pelajar iaitu sewaktu
mereka berfikir , merancang dan menulis karangan. Ia membantu pelajar mencungkil maklumat
daripada pengetahuan sedia yang ada pada murid. Afeksi memainkan peranan penting dalam
proses kognisi dimana ia menjadi asas penting untuk proses pemikiran dan memori. Ini kerana ia
merupakan satu cara untuk memperolehi pemahaman sedar.

Proses Afeksi merangkumi unsur emosi , perasaan dan tanda-tanda yang ditunjukkan
pada orang lain. Ini dapat dibuktikan bahawa proses afeksi dialami oleh setiap murid dimana ia
dapat mencungkil maklumat semasa menulis karangan.Menurut Goldstein, proses afeksi
terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu karangan secara seluruhan,pengembangan isi karangan
dan aspek penggunaan jenis ayat. Ini dapat dibuktikan berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
Nadzrah, Norsima dan Norashima (2011) ke atas murid di kawasan bandar dan luar bandar.
7

PUVANESWARY A/P BATMANATHAN


PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

KPP 6074

(20141000415)

Mereka mendapati bahawa murid-murid di luar bandar mempunyai masalah dalam penggunaan
tanda baca, isi yang dikemukakan kurang relevan serta pendedahan dalam kelas dan suasana
disekolah masih belum mencukupi untuk memastikan murid menguasai penulisan karangan
dengan baik.Pada pendapat saya kedudukan murid di bandar dan luar bandar mempengaruhi
proses afeksi.Ini adalah kerana murid-murid dikawasan luar bandar kurang terdedah dengan
pengetahuan am.
Proses Afeksi juga membantu dalam penulisan ekspresif. Apek keutamaan mengarahkan
suatu aksi iaitu memilih sesuatu tajuk karangan. Sebagai contoh aspek keutamaan dapat
membantu murid melihat dan mengamati penulisan. Pengalaman afeksi mempengaruhi proses
kognisi dan berfokus dalam meningkatkan operasi kognisi dalam menstrukturkan ilmu
pengetahuan yang dibina melalui perhatian. Sebagai contoh, penggunaan perkataan yang positif
dapat melahirkan emosi yang stabil dalam kalangan murid. Penulisan mengenai emosi yang
positf memberi impak dalam kehidupan peribadi seseorang individu.
Penulisan mengenai emosi yang positif bukan sahaja mampu meningkatkan kualiti
perhubungan cinta malah penulisan mengenai emosi juga memberi kesan kepada kecerdasan
emosi dan kepuasan hidup.Selain itu,keyakinan diri juga mempengaruhi pencapaian murid-murid
dalam penulisan.Misalnyna seseorang murid yang mempunyai keyakinan diri dapat meluahkan
perasaan, sikap dan gambaran mengenai sesuatu topik dengan berkesan.

Penilaian markah atau gred diberikan pada murid berdasarkan kepada tahap kebagusan
seorang murid dalam mempersembahkan penulisan mereka daripada membetulkan kesalahan
tatabahasa , kesalahan ejaan dan tatabahasa. Sebagai contoh dalam penulisan murid
kesinambungan idea yang berkesan perlulah diberi pujian. Ia amat penting dalam memastikan
murid mengetahui aspek-aspek penting dalam penulisan yang telah mereka kuasai. Ini tidak
bermaksud guru tidak perlu membetulkan kesalahan tatabahasa murid.
8

PUVANESWARY A/P BATMANATHAN


PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

KPP 6074

(20141000415)

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa proses kognisi dan juga afeksi mempunyai
perkaitan yang erat dalam mencungkil maklumat serta ia amat membantu pelajar dalam
menghasilkan karangan. Kewujudan kedua-dua proses dalam penghasilan karangan memberi
makna tersendiri. Ramai pengkaji telah mencipta pelbagai konsep dan istilah bagi menghuraikan
idea-idea mereka.

You might also like