Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
SEMESTER 2 TAHUN 2011
KUMPULAN EL-M04
NAMA KURSUS
TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
KOD KURSUS
PJJ KRT 3013
TUGASAN : 1B (Esei)
Nama Pelajar

No. Matrik

MOHD SHAIPUL RIZAL B. KADIR

D20102045711

PENSYARAH
DR. AHMAD ZAMZURI BIN MOHAMAD ALI

Isi kandungan

NO.
1
2

PERKARA
1.1 Masalah yang dihadapi oleh guru ketika di bilik darjah
2.1 Asal-usul Teknologi Maklumat
Dalam konteks global
Dalam konteks di Malaysia
3.1 Bagaimana Teknologi Maklumat Dapat Membantu Dalam Proses

M/S
3
4

Pengajaran dan Pembelajaran

1.1 Masalah yang dihadapi oleh guru ketika di bilik darjah


Jika dibuat pertanyaan kepada semua guru tidak kira samada di peringkat nasional
mahupun antarabangsa berkenaan apa yang mereka inginkan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung, sudah pasti mereka mahukan kelancaran dan keselesaan
pengajaran dapat dijalankan. Namun, itu mungkin tidak dapat dicapai seratus peratus kerana
sudah pasti setiap bilik darjah mempunyai masalah yang tersendiri untuk dihadapinya. Di sini
kita akan cuba mengenal pasti beberapa masalah yang biasa dihadapi oleh setiap guru ketika
mengajar di bilik darjah.
Kita lihat kepada suasana sebuah kelas majmuk, yang mana terdapat murid di kalangan
Melayu, Cina dan India. Kalau dinilai dari segi 1 Malaysia memang boleh diberikan markah

penuh. Namun, di sinilah kita boleh lihat masalah yang timbul dalam bilik darjah adalah
masalah komunikasi. Guru akan menghadapi masalah untuk mengajar apabila timbul masalah
kefahaman bahasa di sini. Sebagai contoh, jika di dalam sekolah kebangsaan yang mana sedia
maklum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, kita sudah boleh nampak
gambaran bahawa timbul masalah komunikasi di antara guru dengan murid Cina dan India
terutama sekali murid di kelas hujung. Mereka sudah pasti tidak dapat berbahasa Melayu dengan
jelas malah ada juga yang tidak memahami bahasa Melayu. Secara tidak langsung, ia akan
menyekat dan membantutkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, masalah yang dihadapi oleh guru di dalam bilik darjah adalah masalah
persekitaran. Ini bermaksud dari segi infrastruktur mahupun kemudahan yang terdapat di bilik
darjah, dan ia juga tidak terbatas kepada bilik darjah di sekolah dalam bandar mahupun luar
bandar, tetap memberi impak yang sama. Kita jadikan situasi ini sebagai contoh, iaitu sebuah
sekolah di dalam bandaraya Kuala Lumpur, di mana kita sedia maklum bahawa sudah tentulah
muridnya dari kalangan orang bandar yang mana kemungkinan besar tidak mengenali haiwan
seperti ayam dan itik kerana ia tidak terdapat di dalam bandar. Begitulah juga sebaliknya di
sekolah luar bandar yang mana murid ini tidak banyak pendedahan tentang bandar, dan mereka
juga mungkin tidak mengenali LRT ataupun komuter. Disebabkan itu, akan wujud masalah
dalam bilik darjah yang mana mereka tidak memahami apa yang guru cuba ajarkan, kerana
persekitaran mereka tidak mempunyai benda maujud seperti yang dinyatakan.
Masalah lain yang dihadapi guru ketika mengajar di bilik darjah adalah kurangnya
bahan bantu mengajar. Ini secara tidak langsung akan merencatkan perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak dapat mencari bahan dan maklumat yang mencukupi
bagi menyediakan bahan bantu mengajar. Ini terjadi mungkin kerana bahan rujukan yang kurang
di perpustakaan mahupun tiada bilik abm di sekolah tersebut.

Setelah diberikan beberapa contoh masalah yang dihadapi oleh guru ketika mengajar di
bilik darjah, kita boleh dapat gambaran jelas bahawa jika tidak ditangani segera akan membawa
kepada kesan negatif jangkamasa panjang kepada pekembangan potensi murid ataupun pelajar.
Oleh itu, dalam bab seterusnya kita akan membincangkan tentang cara menyelesaikan masalah
tersebut melalui penggunaan teknologi komputer.

2.1 Asal-usul teknologi komputer


Dalam konteks global, teknologi komputer merupakan sesuatu yang mencabar dan unik
dalam perkembangannya. Semenjak dunia mengalami Perang Dunia ke-2 yang mengorbankan
jutaan nyawa yang tidak berdosa, pelbagai teknik telah digunakan oleh para tentera bagi
menyampaikan maklumat serta berhubung dengan mereka yang berada jauh. Bagi pihak
tentera bersekutu Jerman mahupun Amerika ketika itu, perhubungan serta komunikasi adalah
kunci dalam sesuatu peperangan dalam menempah kejayaan. Dalam laporan yang disiarkan
dalam rancangan History dari sebuah rangkaian televisyen swasta iaitu Astro, pernah
mendedahkan satu kajian dan laporan bahawa teknologi komputer mahupun internet telah
digunakan secara sulit di antara pihak tentera. Mereka bukan sahaja berlumba-lumba dalam
membina perkakasan atau alatan peperangan yang maju pada ketika itu, malah cuba membina
sesuatu yang melangkaui zaman pada ketika itu iaitu Rangkaian Jaringan (Networking).
Dengan terciptanya ia, maka bermulalah perkembangan teknologi maklumat yang mana pada
asalnya digunakan oleh pihak tentera dalam menyampaikan maklumat secara sulit di kalangan
mereka sahaja

Dalam konteks di Malaysia pula, apabila kita mengimbas kembali kepada sejarah dunia
yang lepas, kita telah menempuh dan melepasi pelbagai era. Ianya bermula dengan era pertanian,
seterusnya era perindustrian dan kini melalui era yang baru iaitu teknologi maklumat. Terdapat
pelbagai maksud yang boleh dikaitkan dengan Teknologi Maklumat, antaranya ialah;
Teknologi maklumat merupakan semua jenis peralatan atau perkakasan teknologi
yang digunakan untuk memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam bentuk
elektronik. (Mohd Sharudin, 2001)
Perkembangan teknologi maklumat merupakan sesuatu yang wajar bagi sesebuah negara yang
membangun seperti Malaysia. Ia mula berkembang pada tahun 1981, semenjak Tun Dr. Mahathir
ketika itu menggalas peranan dan tanggungjawab yang besar sebagai Perdana Menteri. Dengan
cetusan ideanya bagi merealisasikan hasrat dan impian Wawasan 2020, maka secara tidak
langsung negara kita mulai berjinak-jinak dengan teknologi maklumat. Maka bermulalah
perkembangan teknologi sehinggalah ke aspek di dalam pentadbiran, perniagaan mahupun
pendidikan.
3.1 Bagaimana teknologi komputer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam bilik
darjah.
Setelah kita mendapat input serba sedikit mengenai asal-usul teknologi komputer, kita
akn cuba melihat pula bagaimana ia dapat membantu menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.
Kita ambil masalah yang pertama seperti yang dibahaskan di atas, iaitu masalah komunikasi.
Bagi mengatasi masalah ini, kita boleh menggunakan pendekatan menggunakan perisian kamus
bergambar. Dengan adanya

kamus

bergambar

ini, maka sekurang-kurangnya

dapat

menyelesaikan sedikit masalah komunikasi dalam bilik darjah. Guru boleh membuat tayangan
terus menggunakan komputer melalui pancaran LCD. Jadi ini ternyata bahawa teknologi
computer dapat membantu menyelesaikan masalah dalam bilik darjah.

Selain itu, bagi menangani masalah persekitaran yang mana ia menjadi faktor kedua
masalah yang dihadapi oleh guru ketika dalam bilik darjah, kita akan melihat bagaimana
teknologi komputer mampu menyelesaikan permasalahan ini. Apabila menghadapi masalah ini,
teknologi komputer memang amat diperlukan apabila ia boleh menjadi medium dalam
menyampaikan info yang berkesan kepada murid. Guru boleh melayari Youtube mahupun
Google bagi menunjukkan video ataupun gambar yang tidak pernah mereka saksikan.
Bayangkanlah sekolah di pedalaman yang mana murid-muridnya tidak berkesempatan dan tidak
mampu melawat atau berkunjung ke KLCC dan Menara Kembar Petronas, dengan menggunakan
komputer beserta internet maka ia dapat menyelesaikan masalah persekitaran yang membelenggu
mereka selama ini.
Bagi masalah yang ketiga pula ialah masalah kurangnya bahan bantu mengajar.
Dengan adanya teknologi komputer, maka masalah yang dihadapi ketika di bilik darjah dapat
diselesaikan. Guru boleh melayari internet ke laman web yang telah disediakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran iaitu seperti Eduweb TV. Dalam Eduweb TV banyak bahan dan informasi
dapat digunakan sebaik mungkin oleh guru. Guru boleh mendapatkan banyak bahan bantu
mengajar di samping guru juga boleh membantu rakan guru yang lain dengan memuat naik
bahan.
Justeru itu, memang tidak dinafikan bahawa teknolgi komputer mampu menyelesaikan
masalah dihadapi oleh guru ketika di bilik darjah. Namun integriti guru dan murid amat
diperlukan sekali dalam menggunakannya kerana ia melibatkan dunia tanpa sempadan. Apabila
ia digunakan secara berhemah, maka secara tidak langsung ilmu yang diperolehi lebih
bermanfaat dan bersih untuk disalurkan kepada semua. Moga teknologi komputer akan dapat
memberikan impak positif berbanding impak negatif kepada pengguna dalam meneroka dunia
tanpa batasan ini.

You might also like